Landas Angkat

| Monday, December 05, 2011 | |


Gambar menatang apa yang kat atas tu? Pergh! Kalau tak tau nampak sangat memang pemalas pergi sekolah. Sampaikan benda ni pun tak tau. Naaahahahaa...!

Kalau nak tau, benda ni adalah ramp atau landas angkat dalam bahasa Melayu. Kat sekeliling kita memang ada banyak sangat benda ni dibuat. Kat mana? Jangan jadi pemalas macam Melayu, cari la sendiri.

Apa yang aku nak bagitau kat sini, ramp kat atas ni dibuat untuk kemudahan golongan kurang upaya berkerusi roda keluar masuk dari satu tempat ke tempat yang aras lantainya berlainan. Benda ni memang wajib disediakan terutamanya di kediaman, bangunan komersil atau premis pejabat mengikut Undang-undang Kecil Bangunan (UUKB, tahun berapa aku tak ingat) yang telah diwartakan dan jugak beberapa undang-undang kecil yang berkaitan industri pembinaan kat Malaysia.

Kalau dah nama wajib tu, mesti la kena buat. Tidak boleh tidak. Mesti buat jugak.

Tapi mengikut pada gambar yang aku snap beberapa minggu sudah ni, kelihatan ketara sangat ramp ni langsung tak mengikut spesifikasi yang sepatutnya seperti mana dalam UUKB. Sekali tengok pun aku dah tahu yang ramp ni terlalu curam dan membahayakan pengguna berkerusi roda. Gila apa nak lalu ramp yang dah macam track roller coaster ni!

Sepatutnya mengikut syarat, binaan ramp ni mestilah mempunyai gradian tidak lebih 1:12. Tapi yang aku kira 1:3! Bodoh ke apa?

Nampak sangat orang yang dipertanggungjawabkan mempunyai perangai yang macam celaka dalam menyudahkan kerja. Bukan susah pun nak bikin ikut spesifikasi. Dah la tu, grab bar pun takde. Ingat tak gayat ke tengok longkang yang maha dalam tu?

Kalau ye pun nak untung, jangan la berkira sangat mortar yang beberapa scoop je nak tambah buat gradian tu bersesuaian. Jangan ingat orang kurang upaya tak ada hak yang sama macam kita yang normal ni. Kalau untuk pengguna normal kita boleh sediakan walkway yang cantik teduh dan smooth permukaannya, kenapa untuk golongan kurang upaya ni kita perlu abaikan?

Ini baru cerita pasal ramp naik dari parking lot ke unit kediaman. Belum cerita kemudahan-kemudahan yang lain lagi macam kat pengangkutan awam, tandas awam, lampu isyarat dan banyak lagi la yang melambak-lambak kecuaiannya.

Aku tak nak sentuh berkenaan bidang tugas pihak yang diamanahkan untuk membuat pemantauan bagi kerja-kerja selekeh macam ni. Sebab otak diorang pun sama bebal macam si penyedia kemudahan. Dua-dua kita boleh sumbat dalam kotak kayu, lepas tu campak dalam api neraka paling dalam!

Sekian entri pagi Isnin...

18 comments:

Fara Says:
December 5, 2011 at 11:22 AM

...aku tatau ape benda dlm dunia nie yg boleh bt ko puas ati.

SM Says:
December 5, 2011 at 11:26 AM

ada, tapi aku tak bagitau. tapi perkara yang sebegini patut ke aku (dan kau) puas hati? ini cuma jentikan pada si pembuat dan pemantau. suara aku kecil, cuma dibaca beberapa orang je.

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 12:56 PM

aku pi seminar untuk OKU last week..ko bayangkan seluas2 malaysia ni, hanya ada 16 kawasan je yang betul2 mengikuti spesifikasi kemudahan untuk OKU...sedih aku dengar..

SM Says:
December 5, 2011 at 1:18 PM

LW : you see? jadi memang patut kalau aku tak puas hati. mana tau satu masa nanti aku pulak yang kena gunakan kemudahan ni. jadi tak salah kalau aku pun turut tak puas hati walau pun aku masih lagi normal fizikal.

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 3:51 PM

paling mudah contoh dalam bangunan, langsung takdak lampu kecemasan. kalau ada pun button kecemasan dalam lift...kalu bangunan takdak lift..cemane nak buat tu bagi OKU yang pekak dan bisu...nak menjerit suara takde...kalau ada siren kebakaran pun depa bukan dengar,..lagu mana tu???

tapi kalu kelab malam, lengkap kemudahan noo....

reen afny Says:
December 6, 2011 at 10:22 AM

haha terbaekkkkk!! (gaya atok boboi boy)
tahu takpe weh! aku ingat untuk budak2 maen skateboard ke, benda2 yang ekstrem. haha mengong designer dia, selamat aku da out daripada civil ni. haha =.=

SM Says:
December 6, 2011 at 1:36 PM

LW : sebagai tambahan, bukan setakat bangunan komersil je yang lemah ciri-ciri tambahan untuk orang kurang upaya, tapi macam tu jugak dengan premis bangunan pemerintah.

ra : banyak la, kalau skaters tengok memang la suka. kalau OKU, tak menggigil kaki nak lalu...

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 2:35 PM

malaysia memang mundur dalam bab2 keprihatinan ni...
prihatin menda lain memang maju
walhal kat negara2 yang mcm jepun, orang2 cacat atau OKU ni depa buat mcm2 kemudahan...
kenapa malaysia baru nak peka...
peka pun sikit2 tapi buat pekak jer kadang2...
sebab yang buat tu tak OKU kan... tu pasal dia buat ala2 jer...
lagipun jap lagi adalah budak main roller blade atau skate board kat situ...
bukan setakat tu jer, bonggol pun buat tak ikut spec..ada yang besar dan tinggi..ada yang kecil tapi tinggi... hancus...

reen afny Says:
December 6, 2011 at 2:53 PM

haha tula pasal... aku ingat nanti mesti jadi port2 budak2 skate. huhu

SM Says:
December 6, 2011 at 3:38 PM

NP : "sebab yang buat tu tak OKU". aku harus setuju dengan kenyataan kau ni. si pemantau dan pelaksana yang `enggan' peka dengan keperluan orang kurang upaya. diulangi, keperluan! pasal bonggol tu, banyak sekarang bonggol dah macam batang kelapa melintang atas jalan. wtf!

ra : jadi port budak skate? itu je yang positif? hahaa...

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 3:43 PM

@SM
kereta aku dahlah lowered original..kalau ada bonggol mcm tu, adooooiiii terpaksa drive 'S' style..sungguhlah shitto...

SM Says:
December 6, 2011 at 3:50 PM

NP : jalan ketam? hahahaa...! aku perasan benda ni banyak kat kawasan perumahan. bermakna, bukan pihak kontraktor jalan yang buat. mungkin penduduk situ yang pakat-pakat buat. tapi ada jugak kontraktor bangang yang buat kerja bodoh ni.

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 3:54 PM

kadang2 penduduk yang buat sebab bonggol tu dibuat dgn simen yang tak dikaler warna oren dan hitam.. pastu setompok je mcm tu... what the hell???

SM Says:
December 6, 2011 at 3:56 PM

tujuannya memang baik, tapi buat tu biar la betul-betul. jangan menyusahkan kawan aku si NP ni pulak kan! wtf betul la! (aku tolong marah)

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 4:13 PM

@SM
kau lah wira ku sebab sokong aku tapi....

SM Says:
December 6, 2011 at 4:21 PM

tapi apa? kau pun dah kena penyakit `tapi' macam mamat tu jugak ke?

Lady Windsor Says:
December 6, 2011 at 5:25 PM

Everybody pls back to the topic...cheewahhh..kataku tetiba mencelah....

reen afny Says:
December 7, 2011 at 10:26 AM

da tu... suruh la arkitek tu design baru. haha