Klinik

| Sunday, December 04, 2011 | |
Di poliklinik. Suatu malam, hampir seminggu yang lalu. Selesai mendapatkan rawatan ala kadar dengan doktor kelahiran Penang (agaknya) yang ramah, aku duduk di atas kerusi sambil meletakkan kepala ke dinding beberapa milimeter di belakang kepala.


Telinga mendengar siaran berita tentang kekalahan paling bodoh Harimau Muda di tangan Bahrain dalam kelayakan Olimpik (dikalahkan dengan tiga gol dalam masa enam minit oleh sepuluh pemain, tak ke bongok tu?). Mata tertutup rapat, tak mampu dibuka secara normal, kepala berat.


Kedudukan aku yang berjarak beberapa kaki dari kaunter ubat, memudahkan telinga aku menangkap hampir setiap jenis ubat yang diberikan kepada beberapa pesakit, kebanyakannya mereka membawa anak-anak kecil yang demam .


"Eh, takkan dua tiga puluh pun takde? Buat malu betul la."


Telinga aku ditusukkan dengan suara bernada keras dan kelantangan yang sederhana, milik seorang perempuan. Aku membukakan sedikit mata.


Kelihatan seorang lelaki sedang menggelabah, tangan kiri meraba-raba dan menyeluk poket baju dan seluar sementara tangan kanannya kemas menggenggam dompet nipis berwarna coklat gelap. Agak lusuh.


Disebelahnya berdiri seorang perempuan sederhana tinggi sedang memimpin seorang kanak-kanak di tangan kiri, mulutnya sedikit muncung dan mata tajam merenung lelaki itu. Dahi berkerut. Muka perempuan itu sedikit masam. Tapi tak dapat menandingi muka lelaki itu yang merah padam dan sedikit bingung.


Ok, ini andaian aku:


Lelaki
Si lelaki adalah seorang pekerja kasar memandangkan kulitnya sedikit gelap dan kasar, dan urat-urat yang timbul di tangan. Bergaji kecil. Mungkin juga masih belum menerima gaji bulanan seperti yang sepatutnya. Kalau tak silap aku, aku perasan dia adalah pekerja bengkel kimpalan di sebuah deretan bengkel berhampiran. Dan dia tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar ubat.


Perempuan
Seorang yang garang dan perengus. Aku perasan dia tak pernah senyum sejak aku masuk ke klinik tadi. Pekerja pejabat atau seorang kerani di mana-mana firma swasta berhampiran. Marah kerana suaminya tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar ubat. 


Sepanjang mata aku mengekori mereka sehingga ke motosikal yang diletakkan di luar, aku terfikir. Di mana agaknya kedudukan lelaki itu di mata perempuan yang dikahwininya tu? Adakah perempuan itu menghormatinya dengan selayaknya dan menjaga air muka suaminya di tempat awam?


Perlukah aku rasa simpati kepada lelaki itu kerana dilahirkan untuk menjadi orang miskin seterusya tidak mampu memberikan keselesaan kepada keluarga? Atau perlukah simpati aku diarahkan kepada perempuan itu kerana tersilap telah mengahwini seorang lelaki miskin yang cuma bermotosikal Suzuki Best 110?


Ohya, aku tak dapat mengingati kesudahan kisah di kaunter sama ada lelaki itu mempunyai duit yang cukup atau mereka terpaksa balik ke rumah dengan tangan kosong terlebih dahulu kerana kepala hotak berjambul aku sibuk membuat andaian.


Bongok apa tulis surat mc aku 28hb, kan ke public holiday tu. Pubic betul la...!

30 comments:

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 7:05 AM

berdasarkan cerita ko ni, mungkin ada sesuatu yang merasuk kedua-duanya menjadi seperti tidak sehaluan...ibarat anjing dengan kucing..atau mungkin juga retak menanti belah, bahkan tidak mustahil perbalahan itu bersifat sementara. Seribu kemungkinan ada kerana kita tidak tahu hujung pangkal permasalahan mereka...

SM Says:
December 5, 2011 at 7:38 AM

macam biasa la, aku memang suka buat andaian di tepi kain orang.

Fara Says:
December 5, 2011 at 8:53 AM

...ko mg suke je kan nak bt andaian mcm tu?

Tp bg aku, klu ye pun laki KO tu sengkek...toksahlah KO dok sound laki KO mcm nak tnjk hebat kat org len lak kan? Suami tetap suami, walau suami penagih dadah (elok tuntut fasakh klu suami tak nak ade usaha nak msk pusat serenti), suami kaki pukul ke (cpt tepon talian Nur takpun bile kena belasah tu, cekup je telo si jantan. Agak2 die meraung kesakitan, lari g balai berdekatan. Pastu tuntut fasakh), suami homoseks ke (nasihat kat suami dan suh die kembali ke pangkal jln dan jgn lupa tuntut fasakh klu die degil) dan mcm2 kes menakutkan yg byk jdk skg nie....TAPI tetap suami yg mana syurga kita di bwh tapak kaki diorang (walau ada sesetengah pmpuan asik kena KAKI je dgn laki sendiri)...

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 8:57 AM

pompuan yg kena kaki tu budus le sebab sanggup biarkan kaki laki dia naik ke badan dia...kalau sebab alasan ada anak sekalipun, tak sepatutnya kaki naik ke badan isteri, laki macam tu tak layak berada di sisi seorang pompuan bernama isteri dan pompuan pun jangan taat membabi buta..kalau sudah kena dera takkan mau taat lagi..

SM Says:
December 5, 2011 at 9:55 AM

MF : konklusi? jangan taat macam babi buta dan semestinya menjaga air muka suami walau seburuk mana pun? setahun dua boleh la, kalau bertahun-tahun? tak mungkin ketaatan tu dapat diperluruskan lagi memandangkan kebanyakan wanita lebih mendahulukan emosi dalam membuat pertimbangan.

LW : kalau wanita yang bagi `kaki' macamana?

Fara Says:
December 5, 2011 at 10:20 AM

SM - Betul!

LW - Hahahahah! Sy setuju gak kak!

Aku tak berat sebelah kali nie okeh? Aku kire, isu yg ko bangkitkan nie dah kire neutral perbincangan antara kita.

=D

SM Says:
December 5, 2011 at 10:24 AM

MF : kalau berat sebelah apa salahnya. aku juga mendambakan perdebatan lebih-lebih lagi oleh seorang yang emosional. hahahaa...! ketepikan personaliti lelaki yang kurang bernasib baik tu. apakah zaman serba pintar segalanya ni, wanita perlu meletakkan kedudukan dirinya di satu tahap di mana mereka mempunyai hak yang sama rata macam lelaki sehinggakan mereka dibenarkan membuat teguran secara lantang? sama rata maksud aku di sini adalah, apa yang lelaki dapat, mereka juga perlu miliki.

Fara Says:
December 5, 2011 at 11:15 AM

Isteri tetap yg kedua selepas suami. Itu pendapat aku yg sape2 pun tak ley nak menyangkal....

Tp bab eksploitasi wanita tu, aku betul2 nak ucapkan terima kasih kat LMFAO sbb vid clip 'sexy and i know it' sbb aku tak sangka ade gak lelaki yg menyerah diri nak mengeksploitasikan diri sendiri gak.

Aku tak mtk hak sama rata. Tp cukup2lah menganiaya perempuan. Mmg aku akui sesetengah kes, perempuan tu sendiri yg menyerah diri tp klu tak didorong lelaki...benda2 nie tak jadi mcm nie. Serius, ini bukan emosi lagi tapi aku mengeluh. Tp apa aku boleh bt? Dunia akhir zaman mmg mcm nie. Kembali ke zaman jahiliyah. Aku akui.

SM Says:
December 5, 2011 at 11:24 AM

aku setuju, tapi maksud kedua pada aku adalah isteri yang sepatutnya dipimpin.

aku tak tengok video tu. baik tengok adele! hahahaa!

jahiliyah tu jahiliyah la jugak. cuma apa yang aku nampak sekarang tanggungjawab untuk membela wanita teraniaya ni dah diletakkan ke atas bahu orang yang salah. orang tu pun melakukan dengan cara yang sedikit salah atau kurang betul. betulkan kalau aku salah.

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 1:04 PM

SM: wanita yang bagi kaki? Depends, maksud aku tengok pada keadaan. Kalau dia bagi kaki dengan maksud mempertahankan diri daripada kaki suaminya, maka aku rasa cendekiawan ulamak pun mungkin bersetuju dengan aku tapi kalau sudah terkenal dengan sikap queen kontrol dan suka memerintah suami, itu tak boleh diterima pakai.

Tapi aku suka nak tanya wanita lain, berapa ramai sangat yang berani bagi balik kaki mereka pada suami kan? yang pasti ramai yang tahan badan..heii jangan bodoh lady..sila angkat kaki, pergi pejabat agama, buat report, pergi balai polis buat repot, pergi hospital buat medical check up, jangan lupa ambil gambar bukti tapak kaki...ini untuk langkah keselamatan dan back up kalau timbul soal nusyuz!

SM Says:
December 5, 2011 at 1:20 PM

...talak juga ada di tangan wanita. undang-undang syariah memang dah cukup melindungi wanita. terpulang pada pelaksanaan dan macamana kalian gunakan untuk melindungi diri.

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 6:17 PM

SM, this time..I should say congrats! Well said buddy! Weii aku ikhlas puji ko sebab ko sangat memahami isu ini...tapi masalahnya ramai wanita sendiri tidak celik ilmu mengenai hak mereka dalam syariah, mereka cuma ingat mahu payung emas...kalau badan jadi penanggah, maruah dilanyak dan suara dimute...apa tunggu lagi ni...

reen afny Says:
December 6, 2011 at 10:51 AM

haha semangat kau nak mc pada cuti umum kan!
aku rasa kesian dekat perempuan tu, mungkin dia tak pernah dengar yang syurga seorang isteri terletak pada tapak kaki suami...

SM Says:
December 6, 2011 at 1:38 PM

LW : apa lagi, mari suarakan...

ra : apa da, aku minta mc untuk esoknya, doktor pun dah bagi. cik misi tu la silap tulis. mungkin ida pernah dengar pasal lokasi syurga tu, tapi...

Lady Windsor Says:
December 6, 2011 at 2:26 PM

Aki dah banyak kali suarakan tapi ramai nau wanita yg masih tidak mahu memahami isu ini dgn hati terbuka kerana gusar akan natijah yg akan diterima dr masyarakat...

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 2:42 PM

syurga bawah tapak kaki suami memang betul tapi tengok pada suami yagn mcmmana laa pulak kan
kalau suami tu jenis kaki pukul, peminum arak, kaki judi, penagih dadah semua bagai aku tak rasa kalau isteri melawan maka durhaka baginya...
kalau aku tengok pompuan yang bagi je diri dia kena bantai dgn suami mcm tu, bagi aku, isteri tu bodoh dan bangang...
agak2 laa nak cakap syurga tu bawah tapak kaki suami wey
lainlah kalau suami tu baik,solat tak tinggal, tak penah dera isteri tapi isteri pulak prangai mcm setan lahanat..haa tu baru betul nak kata syurga tu bawah tapak kaki suami...
siapa yang tak suka dgn statement i, i pedulik hapa....

reen afny Says:
December 6, 2011 at 3:05 PM

dia tengok kau hemsem sangat sampai silap tulis kan. hahahaa
tak habiss2 dengan tapi kau tahu... =.=

SM Says:
December 6, 2011 at 3:42 PM

LW : aku tak faham dengan natijah dari masyarakat tu.

NP : kita ambil situasi macam ni... pertama: suami jahat, isteri baik. kedua: isteri jahat, suami baik. nampak seakan sama penyelesaiannya, tapi kena guna pendekatan berbeza. situasi yang pertama dah banyak didedahkan. cuma situasi yang kedua tu je.

ra : aku rasa aku perlu bela rambut sikit supaya mata dia tak silau.

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 3:46 PM

payung emas datang dgn konsep redha yer..
redha bermaksud kena iklhlas seikhlas mungkin
tak boleh mengeluh, irihati, dengki dan sebagainya..
payung emas tidak boleh dapat mcm tu jer...
byk pengorbanan wey...
mampu kah anda???

SM Says:
December 6, 2011 at 3:51 PM

soalan yang sangat subjektif. sebab ini satu jenis pengorbanan yang sikit alang punya. redha pada mulut tak sama dengan redha dalam hati. meow!

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 3:56 PM

so redha kena di mulut dan diikuti dgn redho pada hati..
ni redho je kat mulut supaya orang puji baguihnya bini orang tu redho noo laki dia kahwin 4
tapi dalam hati..menatang beruk tu tak abis2 kahwin...aku harap konek dia tak fungsi...
ha ha ha...

SM Says:
December 6, 2011 at 3:57 PM

hahaaa...! jahat tu kau doa macam tu.

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 4:17 PM

@SM
jahat ke doa mcm tu?? ok laa tarik balik
doa kan menopause jer...boleh??

SM Says:
December 6, 2011 at 4:22 PM

ok, menopause untuk siapa? doakan la yang elok-elok. baru la dunia lebih tenteram di bawah pemerintahan yang adil dan telus...

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 4:32 PM

perlu ke doa yang elok2 untuk orang yang tak menghargai isteri? perlu kah? kalau perlu, kau je lah doa

SM Says:
December 6, 2011 at 4:35 PM

aku doakan dia kembali ke pangkal jalan...

Lady Windsor Says:
December 6, 2011 at 7:51 PM

SM, natijah dari masyarakat...aku maksudkan satu stigma dalam masyarakat, kalau bercerai mesti pandang serong pada bekas bini atau janda tu kan...specially di kampung...

reen afny Says:
December 7, 2011 at 10:28 AM

hahaha mengong... tula pasal. die tengok kepala kau tambah lagi dengan lampu yang bersilau. berpinar mata dia nak tulis.. sengalss

bact. Says:
December 9, 2011 at 12:42 AM

potong stim la
cerita tak abes pasal laki bini tu?

SM Says:
December 9, 2011 at 7:37 AM

bact : orang kata tak elok jaga tepi kain orang. hahahaa...!