Kisah Poligami

| Friday, December 02, 2011 | |
"Ha! Kau biar betul..." aku sedikit terjerit, namun kekal tidak bergerak, berbaring dengan tenang atas sofa.

"Betul la. Botak, kau jangan bagitau siapa-siapa. Yang tau cuma mak aku, bapak aku dengan kau je. Geng-geng lain pun tak tau." bunyi serious shit je suara dia dari hujung talian sejauh lebih 300km sana.

"Bongok kau, naya orang sial. Baru tiga tahun lepas aku pergi kenduri kahwin kau, naik bas rombongan yang lembab tu." suara aku masih macam tak percaya.

"Abis tu, bini first bagi pulak. Pandai kau ayat." aku tanya.

"Bini aku pun tak tau." dia jawab selamba.

"Bini nombor dua kau?" aku tanya lagi.

"Tak tau jugak..." masih jawab dengan nada selamba.

"Eh bodoh, macam sial la perangai. Macamana kau buat?" aku masih bertanya.

"Aku ada kawan kat jabatan agama. Baik punya kamcing. Bukan kecik punya orang bai. Memang ngam la. Itu kaki karaoke punya orang. Selalu diorang la yang pau aku." jawab dia. Mungkin dengan yang raut muka super selamba.

"Nikah kat mana? Golok?" masih lagi aku yang bertanya.

"Ala, pandai-pandai la adjust. Aku nikah kat mukim lain. Jurunikah tu pun kawan aku jugak." sah dia jawab dengan muka selamba.

"Shilake...!"

**********

Dua malam lepas lebih kurang jam sebelas lebih, aku terima panggilan dari kawan lama di selatan tanah air. Sejak hampir tiga tahun aku tak jumpa dan tak dapat hubungi dia dek kerana perangai dia yang suka tukar-tukar nombor telefon macam tukar perempuan.

Macam-macam yang kami sembang, sampaikan dia secara tak sengaja dah bukak rahsia kat aku. Aku percaya, memandangkan dia mempunyai personaliti yang menarik dan bermulut manis.

Lagi satu yang buat aku tak `gembira' selain isu main serong pegawai jabatan agama adalah pandangannya kenapa dia berpoligami, lebih kurang macam ni:

"Bini nombor dua aku tu kaya. Ada kereta, rumah pun dah ada. Pada aku, yang nombor satu biar aku yang tanggung. Yang nombor dua pulak, dia yang tanggung aku! Hahahaa..!"

Celaka betul... Perosak wanita, perosak nama baik lelaki!

Sekian entri Jumaat...

50 comments:

Fara Says:
December 2, 2011 at 10:30 AM

Aku tak emosi baca entri ko pagi nie. Tapi aku kasihan sgt kat lelaki tu. Serius.

Berbini 4 sekalipun, klu lps tgjwb...tak tergambar sebesar mana gamaknya dosa dia. Bukan satu penghormatan (aku tataulah klu di kalangan lelaki) pun.

Haishh...aku cite psl dosa org. Dosa aku sendiri?

SM Says:
December 2, 2011 at 10:34 AM

Aku tak terkejut sangat, sebab aku dah lama kenal dia. isunya sekarang adalah:

1: aku kecewa dengan orang-orang yang tak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

2: tindakan dia yang seolah membenarkan kata-kata `orang lelaki semua sama'. pada aku, orang macam ni tak patut wujud.

menceritakan dosa orang untuk dijadikan pengajaran berbeza dengan bercerita dosa orang untuk memburuk-burukkan orang yang sedia buruk.

tak best la kau tak emosi. sebab hari jumaat kot...

aimaniman Says:
December 2, 2011 at 10:51 AM

salam kenal dan dofollow sini dik...
akak plak x pelik perangai lelaki zaman sekarang yg dah semakin x reti nak menghargai insan bergelar isteri, pd dia cuma nak memuaskan nafsu sendiri je, perasaan orang blakang kira.. pegwai2 tu pun manusia biasa x lari dr buat salah, kalau x.. x penuh penjara, x ramai lelaki yg 'berjaya' kawen lari dik.. 1 je positifnya, lelaki2 tu mengurangkan andalusia kat mesia.. tahniah..

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 11:01 AM

boleh dak aku nak tambah..kawan ko tu patblasjuta kali shilake!....kalu hukum halalkan vodoo, aku sunat kawan ko tu dari jauh, kasi cincang putus 18 bahagian..biar x boleh main....!

SM Says:
December 2, 2011 at 11:09 AM

aimaniman :
salam juga. yang lelaki tak boleh terima bila dikatakan suka ambil kesempatan dan menindas wanita. tapi kewujudan lelaki macam ni yang terus mancacatkan pandangan masyarakat terhadap poligami. perkara baik, tapi bila sampai ke tangan manusia `cacat akal', maka terus jadi buruk juga.

LW :
silakan, aku memang tunggu nasi tambah. tapi biarlah yang berkhasiat. nak tau pandangan wanita sacara neutral.

mulanya aku ingatkan dia kahwin sebab belum dapat anak, tapi bila aku tanya dia kata "entah la botak...".

aku pasti mesti dia tersengih masa tu.

NenetPenne (NP) Says:
December 2, 2011 at 11:24 AM

babi punya jantan...

SM Says:
December 2, 2011 at 11:25 AM

NP : sabar, sabar...

NenetPenne (NP) Says:
December 2, 2011 at 11:29 AM

@SM
jantan gampang....
mcm tu kahwin? esok menjawablah kat akhirat...
pastu yang subahat tu semua sekali dapat dosa tak pasal2...tak kiralah kerja kat jabatan agama ke, jurunikah ke apa..janji dapat duit laa tu..

SM Says:
December 2, 2011 at 11:32 AM

NP : aku ni kira subahat tak?

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 11:36 AM

SM: ko separa subahat! sepatutnya ko nasihatkan dia...nak ke jadi full subahat??

dangggg! regu aku sudah mari..warghahahah!

SM Says:
December 2, 2011 at 11:42 AM

tuduhan melulu tu beb. aku dah cuba nasihatkan dia dengan kata-kata pedas (macam biasa aku buat). tapi...

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 12:04 PM

..tapi tak berkesan eh? nasihat ko x cukup pedas...

SM Says:
December 2, 2011 at 12:07 PM

takut aku pulak yang kena nasihat. hahaha! sebab tu aku memilih korang sebagai penasihat tak rasmi aku.

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 12:23 PM

ko tak kuat semangat...kalu aku, bukan bagi nasihat..tapi titik habes-habesan! biar terduduk...kawan ko tu ingat senang je...dia tatau apa itu adil dan hak serta tanggungjawab...

SM Says:
December 2, 2011 at 12:26 PM

dia (dan kebanyakan lelaki lagi) sebenarnya sangat faham dan arif pasal adil dan tanggungjawab. tapi...

Fara Says:
December 2, 2011 at 1:02 PM

NP ganti emosi aku. Hahahah! Aku tak bape nak berani emosi bab yg dekat dgn agama. Soal amalan atau jatuh hukum, bukan tugas aku atau manusia lain pun. Wahahahah! Macam bagus je komen aku kan?

NenetPenne (NP) Says:
December 2, 2011 at 1:03 PM

@SM
subahat jugak laa tu
jangan nanti bila dua2 bini dapat tahu terus serang kau
dan kau pulak bila bini dah tahu kau akan cakap, kau nak bagitau tapi tak sampai hati

jantan mcm kawan kau tu pikir seronok dunia je... orang yang berpoligami ni dia punya tanggungjawab adalah besar, salah sikit je nanti, menjawablah

tu pasal tuan guru nik aziz dia tak berpoligami sebab dia takut sekiranya tak mampu untuk berlaku adil. sebenarnya dia lebih takutkan Allah dari manusia.. good laa kan..

SM Says:
December 2, 2011 at 2:53 PM

jantan macam aku?

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 2:55 PM

jantan macam ko? pandang nasi lemak je la...kih!kih!kih! tak gitu NP?

SM Says:
December 2, 2011 at 2:58 PM

MF : macam bagus? kita semua mesti ada sedikit rasa macam bagus.

LW : nah, NP ada terus eksen kau.

NenetPenne (NP) Says:
December 2, 2011 at 3:18 PM

@SM
jantan mcm kau tu maknanya yang baik ke? entah tak tahu laa pulak kau baik ke tak
kadang2 orang ni dgn kawan2 baik tapi dgn bini, belum tentu baik

@LW
jantan mana yang tak pandang nasi lemak?? jantan yang mata buta kot...

Fara Says:
December 2, 2011 at 3:21 PM

Huishhhh!

NP dah tunjuk taring! Tahan telinga jelah ko eh?

SM Says:
December 2, 2011 at 3:36 PM

NP : aku faham, pandangan kita terhadap sesuatu isu sangat-sangat dipengaruhi oleh pengalaman terutama pengalaman pahit. ini lah namanya pukul rata. orang jahat dikatakan jahat (semestinya). orang baik tetap dikatakan jahat sebab dia itu sebangsa dengan orang jahat. sebab tu perempuan selalu sebut "ah, semua lelaki sama!". tak gitu?

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 5:02 PM

NP, jantan semua akan pandang nasi lemak, sama macam kucing lah lagaknya kalau ada ikan, tak kira ikan basi atau berkulat, nak juga jilat!

SM, wargahahaha....yeah itu dia regu yang aku tunggu2... Ko sengeh nampak geraham bongsu je lah kan...

MF, sila lihat pertarungan 2 lawan 1 kalah tak mati tapi kena bawak kita orang ke JB...hahahaha! Karang ada yg x lena tdo ni.

SM Says:
December 2, 2011 at 5:04 PM

"jantan semua akan pandang nasi lemak"

"lelaki semua memang macam tu"

"semua lelaki suka menindas"

"lelaki ni semua ego"

PUKUL RATA, ADIL KE TU?

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 5:15 PM

Pukul rata, namanya pun pukul rata...jadi aku rasa ia adalah adil dan saksama!

SM Says:
December 2, 2011 at 5:16 PM

boleh ke macam tu? yang tak buat salah turut tanggung dosa?

Lady Windsor Says:
December 2, 2011 at 6:16 PM

Alah ko pun masuk gelanggang sama..kira pukal, sekapal le tu...

NenetPenne (NP) Says:
December 3, 2011 at 12:23 AM

@SM
itulah yang dinamakan stereotyping

tak, aku tak pandang semua lelaki adalah sama walaupun pada hakikatnya ianya adalah sama

sama tapi tak serupa

kejahatan tu tidak boleh dikaitkan pada satu2 gender.. ada juga pompuan yang mcm bangsat, sebangsat lelaki

maybe ada lelaki yang baik tapi species rare lah... kau mungkin...
mungkin je lah kan.... hikssss

@LW
marilah kita sama2 sayang kat SM... sayang sebab kang tak ada dia, tak adalah tempat kita nak bersembang... ha ha ha...

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 12:26 AM

NP, owh ya..muah muah ya....betul juga tu..karang x de dia, x de la pulak regu nak bergaduh di blog ni, sunyi le pulak kan...SM ko jangan amik ati ya..kitaorang kutuk2manja jer...

SM Says:
December 3, 2011 at 9:35 PM

NP : pergh... tersentuh betul jiwa aku yang sekeras granit ni. untuk itu, aku nak jabat tangan dengan kau dan tabik mantul-mantul, sebagai tanda penghormatan kedua tertinggi. confirm kat sini yang amat berbaloi untuk mengenali kalian semua. naaahahahaa!!!

LW : tak kecik hati. aku baru nak singsing lengan dan selak kain (bak kata shahrizat), kau asyik nak buat konklusi je. takde untung berniaga...

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 10:12 PM

Weiii aku buat finishing je tapi kedai ko punya..so apa ada hal dengan aku, kedai ni ko punya la beb! Pedulikan aku...

SM Says:
December 3, 2011 at 10:22 PM

Pergh, bab finishing memang terbaik, tu pun kalau takde regu. cepat-cepat tutup kedai. hahaha!

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 10:48 PM

Terbaik eh? Cayalah beb! Kalau ada regu, ko la penat nak menangkis...kan?

SM Says:
December 3, 2011 at 10:58 PM

tangkis? setakat smash manja-manja macam tu, selamba je aku ketis!

Lady Windsor Says:
December 3, 2011 at 11:46 PM

Warghahahah smash manja le sangat...sekali aku bagi TKO... Haaa....takkan ko nak smash manja kot..

SM Says:
December 3, 2011 at 11:50 PM

NP who? LW who? aku tak kenal. bukan joe frasier yang aku patut geruni di gelanggang!

Lady Windsor Says:
December 4, 2011 at 12:59 AM

A ahh le, who are they eh? Who? Who? Haiyoo sorry I don't know them lor...u know them? Tskk!

NenetPenne (NP) Says:
December 4, 2011 at 9:18 AM

joe frasier yang kau geruni tu pun dah pegi..

NP who? LW who? meh meh jumpa kitaorang baru kau kenal siapa kami..
ececehhhh....

so jabat tangan dalam alam maya tak best, meh jabat tangan kat luar meh, baru ada feel... tak gitu LW? hiksss

reen afny Says:
December 4, 2011 at 9:29 PM

ni lah panggil jantan bukan lelaki =.=

SM Says:
December 4, 2011 at 11:27 PM

LW : who? ah, nobody...

NP : i segan, mak i kata jangan cakap dengan orang tak kenal.

ra : lelaki berhati jantan.

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 7:12 AM

NP: who is SM eh...i don't know that guy..my mom told me..do not chat to stranger...who is he aar..oh yeah...is he paiseh or pailang..or hailam? mueheheh!

SM Says:
December 5, 2011 at 7:40 AM

eh, you know nothing about word `paiseh' or `pailang'. sangat kontra pembawakan kedua-dua perkataan tu.

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 1:13 PM

err is it? owh paiseh and pailang is a 2 diff meaning eh? i thot it's a same group due to their pembawaan...kena pailang juga yg explain baru betul...advice pls!

SM Says:
December 5, 2011 at 1:21 PM

hah, cari la sendiri. jangan tuut macam tuut. hahahaaa!

Lady Windsor Says:
December 5, 2011 at 6:29 PM

Tuut macam tuut? Ko cakap apa ni eh, keretapi tut tut ke?

SM Says:
December 6, 2011 at 1:40 PM

tut tut, macam kenderaan berenjin roda tiga tu.

NenetPenne (NP) Says:
December 6, 2011 at 2:29 PM

alasangggg...konon dont talk to stranger...ha haha...
SM is a chicken...ha haha..
cemana bunyi chicken?? moooo...ha ha ha..

SM Says:
December 6, 2011 at 3:43 PM

meow...!

Lady Windsor Says:
December 6, 2011 at 7:53 PM

Mooo...!