Kecamukan Si Gila

| Monday, December 26, 2011 | |
Pertama kali melangkah menghampiri pintu masuk, aku dah tergamam. Jarum pendek jam di tangan kiri aku belum lagi betul-betul tegak ke nombor 9, tapi begitu ramai manusia yang dah sedia duduk dan beratur tak ubah macam sekumpulan ahli Pergerakan Wanita Umno yang mengerumuni penjual tudung lelong.


Melihat ke arah ruang makan yang aku kira menempatkan hampir seratus buah meja, apa yang aku nampak hanya susunan kepala manusia duduk tinggi rendah dalam susunan puzzle glow in the dark Mickey Mouse. Cantik. Kalau jumlahnya digandakan sepuluh kali lagi, dan pandangan aku di`zoom out' lagi sejauh empat kali ganda, maka aku akan dapat melihat hamparan permaidani hitam bercampur sedikit warna-warni tudung kemas meliputi ruang platform kayu beberapa kaki dari aras air pasang maksimum. Terasa gatal pulak tapak kaki, macam nak pijak hamparan mewah tu.


Beratur untuk menunggu giliran ikan, sotong dan udang ditimbang sepanjang lebih 30 meter iaitu melebihi pintu masuk premis selama lebih kurang 40 minit, betul-betul menguji kesabaran aku pada tahap tertinggi.


Menunggu lagi untuk hidangan pertama ikan bakar selama hampir sejam, telah melatih aku menebalkan lapisan kesabaran aku setebal tiga lapisan tilam spring.


Sekali lagi menunggu sotong goreng tepung yang dah sejuk dihidangkan di atas meja untuk 40 minit berikutnya, ternyata aku telah digolongkan dalam kalangan umat penyabar malam tadi.


Tambahan, untuk hampir 45 minit berikutnya menunggu tomyam udang berbau hanyir di letakkan di depan muka aku, aku telah bergelar juara dalam menahan kesabaran.


Dan akhirnya, menyudu kuah ikan tiga rasa selepas keseluruhan masa terbuang lebih dua jam, apa yang lidah aku rasa cuma ada satu iaitu, hairan...


(lokasi dirahsiakan)


Aku hairan, sebegitu ramai umat manusia yang datang. Dan sepanjang masa aku dicurahkan di tempat penuh puaka itu, aku masih gagal membuat kesimpulan yang mampu membezakan antara `orang gila' makan dengan orang `gila makan'.


Mujur, pembaziran dalam bentuk wang ringgit pula bukan datangnya dari dompet nipis aku!


Sekian entri komplen tempat makan paling jahanam!

37 comments:

NenetPenne (NP) Says:
December 26, 2011 at 8:51 PM

dah tahu dah ramai orang buat apa pergi makan kat situ?
tempat mana ni?
muara ikan bakar kat port kelang ke?
umbai?
bila ramai orang, mcm tu lah jadinya... order lambat, dapat makanan pun berganda lambatnya...
kalau boleh tidor dulu kat meja makan tu.

Lady Windsor Says:
December 26, 2011 at 10:22 PM

Salute beb ko punya sabar tu..aku x boleh tahan kalu nak makan pun kena tunggu 40 minit untuk sesatu menu, naik aku berambus jer dari buang masa cenggitu...

Aku agak2 le, tengok ke gaya orang 'gila makan' gitu, memang tempat tu puaka, penuh dengan mandrem dam pelaris...ko cer fikir lojik, ada ke orang sanggup beratur panjang semata2 nak makan tomyam hanyir?

Setahu aku rakyat Mesia ni x boleh kompromi pasal makan..tapi bila tiba tang tempat puaka ni boleh pulak tahan sabar dengan tahap disiplin terpuji habis...musti ada yg tak betul!

SM Says:
December 26, 2011 at 10:59 PM

NP : lokasi dirahsiakan. memang sangat menjengkelkan! bayangkan, air kelapa yang simple tu dah habis makan baru sampai.

LW : terpaksa beb. nak ikutkan hati, sebaik sampai je, aku dah ajak blah. tapi memandangkan ada orang yang aku hormati dalam rombongan berenam tu, aku terpaksa berlakon jadi lelaki maksum.

telor power Says:
December 26, 2011 at 11:40 PM

penyabar gak lu eh hahahaha

tapi wa tertarik dgn ayat pembaziran bukan keluar dari wallet ko tu
mmg style...kehkehkeh

Lady Windsor Says:
December 27, 2011 at 4:02 AM

ko lelaki maksum? apakah??? hahaha..oklah aku tabik sebab ko menghormati majlis.

ralphrazaq Says:
December 27, 2011 at 9:51 AM

SM - siannye SM dapat tom yam hanyir..hahaha meh la cni aku masakkan...

NenetPenne (NP) Says:
December 27, 2011 at 11:29 AM

kalau kau rahsiakan cemana nak tahu kalau aku tetiba terpegi tempat tu?

SM Says:
December 27, 2011 at 1:51 PM

tp : gua memang penyabar sejak lahir bai! tapi part membayar tu, gua rasa orang hilang akal je tergamak keluar duit kat situ.

LW : kena hormat majlis beb, lagi pun hati orang kena jaga walau pun dalam hati sendiri dah memaki sepanjang masa.

ralph : sori beb, aku berkabung makan tomyam udang selama dua minggu.

NP : takpe, usah kau gusar wahai sohabatku. aku telah pun pergi semula ke tempat itu pagi tadi dan memberi amaran berupa sebiji penumbuk kepada tauke restoran itu dan skrip berbunyi, "halo brader, nak berniaga cara tak ikhlas ke apa? lain kali kalau ada orang nama NP datang kat sini, lu jangan buat perangai buruk macam tu lagi, kalau tak, gua picit biji mata lu jadi omelet. paham?"

ralphrazaq Says:
December 27, 2011 at 2:37 PM

SM - tgu ikan bakar, sotong goreng tepung, tom yam udang dgn air kelapa je amek masa 2jam..kalu sedap xpe gak, berbaloi tgu ni cm haram je..tom yam bau hanyir konpem die x cuci udang 2..men campak je dlm kuali..yuckkk

NenetPenne (NP) Says:
December 27, 2011 at 2:39 PM

@SM
comelnya amaran kau kat tokey restaurant tu... errrkkkk... ha ha ha.

Lady Windsor Says:
December 27, 2011 at 4:48 PM

alah ko ni..hati aku ko tak pernah nak jaga pun..dah tiga kali aku jemput ko datang ke majlis makan2..makan je beb, bukan suruh basuh pinggan pun..tak de nya ko nak datang! sapalah aku kan...aku sedar diri...sob! Bhahahaha...ingat nak buat lawak..x menjadi..apa der...!

NenetPenne (NP) Says:
December 27, 2011 at 9:27 PM

@LW
jangan cakap mcm tu, i pun sama tak penah pegi jemputan u..tapi one day i datang okay...
i will heret SM sekali....

Lady Windsor Says:
December 27, 2011 at 9:49 PM

NP: Noted!:)

SM Says:
December 28, 2011 at 10:38 AM

ralph : jadi, elok sangat la kalau tokey restoran tu kena maki.

NP : kau punya pasal beb, aku sanggup pakok tengkuk dia.

LW : alamak, aku lupa la beb.... hahahaa!

NP lagi : eh, aku pun nak kena heret sekali? adui...

LW lagi sekali : noted apanya, karang tak pasal-pasal si NP tarik tangan aku pi bawak makan kat rumah kau. naya!

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 11:52 AM

memang one day nanti NP dan ko kena datang makan rumah aku sampai kenyang tau dak!

SM Says:
December 28, 2011 at 11:56 AM

ah...! rumah kau ada asstro? (hahahaa! saja bikin panas)

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 12:14 PM

@SM
heret tangan?? aku dukung kau terus... boleh?? ha ha ha...

SM Says:
December 28, 2011 at 12:20 PM

macam larat...

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 12:22 PM

masa tu bapak asstro pun ada..rumah ko ader?

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 12:28 PM

@SM
ooh berat eh?
ok sila jalan sendiri..ha ha ha..


@LW
SM nak pegi umah u semata2 nak tengok astro? kelakar...

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 12:50 PM

NP: SM tu dia jaki sangat rumah i x dak asstro..haha!

SM Says:
December 28, 2011 at 12:53 PM

LW & NP : aku pergi rumah yang ada asstro je. ingat, asstro!

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 1:32 PM

@SM
demand laa pulak..
rumah aku ada astro
ada berani???? hik hik hik...

SM Says:
December 28, 2011 at 1:47 PM

aku nak thangatirai ch951, ada?

NenetPenne (NP) Says:
December 28, 2011 at 1:55 PM

@SM
demand lagi..
tak ada...tak ada cennel tu
ngadalah kau ni... :P

SM Says:
December 28, 2011 at 1:57 PM

ok, kalau datang pun aku masuk rumah jiran kau yang ada chanel tu je. haaahahaa!!!

reen afny Says:
December 28, 2011 at 2:22 PM

kalau aku belah je. da tunggu lama gila kot... ni mesti tahap kelaparan kau terlampau kan2??

Lady Windsor Says:
December 28, 2011 at 2:36 PM

SM: by time ko datang rumah aku...asstro, tanggathirai, history channel..oasis, sebut apa lago ko nak..sumer ada!

SM Says:
December 28, 2011 at 2:42 PM

ra : lapar+tunggu lama=marah gila babi. tapi berjaya kawal perasaan dan kekal fokus pada persekitaran.

LW : ok, sediakan dulu. baru boleh sembang. hahahaa!!!

reen afny Says:
December 28, 2011 at 4:00 PM

fokus2... tumbuk kang =.=
huhu cakap pasal lapar.... hmm hmm

SM Says:
December 28, 2011 at 5:21 PM

aik, marah pulak... kau kuat marah la wei. sabor... hahahaa!

reen afny Says:
December 28, 2011 at 5:42 PM

haha okay jela.... dush2 ;)
puasa tak boleh marah2 la. hehe

SM Says:
December 28, 2011 at 9:01 PM

puasa rupanya, patut la...

reen afny Says:
December 29, 2011 at 10:29 AM

haha rini tak puasa ;)

SM Says:
December 29, 2011 at 2:55 PM

abis la... amaran kepada pengguna jalanraya sekelian!

reen afny Says:
December 29, 2011 at 3:29 PM

hoiiiii.... agak2 ah. hahaha gilaaa takkan la aku nak langgar dorang kot. haha siot je...

SM Says:
December 29, 2011 at 3:38 PM

hahaa...! wa gurau je beb.