Keajaiban Mengangkat Tangan

| Thursday, December 15, 2011 | |
Petang semalam. Lebih kurang jam 6:30 pada anggaran kepala hangguk aku. Lokasi di sebuah persimpangan jalan dari Endah Parade Sri Petaling ke Stadium Bukit Jalil. Laluan rutin aku pergi dan balik kerja, tak kira sama ada menunggang belalang tempur warna hitam atau kereta buatan Malaysia kesayangan. Semua selok-belok laluan ni aku dah hafal walaupun baru beberapa bulan memilih jalan ni sebagai laluan utama. Aku dah tau kat mana lubang yang sedang elok boleh tibai dan yang mana pulak boleh menyebabkan buasir terkeluar melalui kerongkong kalau dihentam hanya dengan kelajuan 20km/j.


Atmosfera semasa diselubungi dengan rintik-rintik hujan renyai yang sebelumnya agak lebat jugak menyebabkan dagu berselaput janggut sejemput aku sedikit pedih.


Meneruskan tunggangan belalang tempur di celah-celah deretan kenderaan yang lebih berlagak dari aku dengan kelajuan sederhana, bibir aku sedikit memuncung agar dapat dapat mengeluarkan sedikit bunyi siulan bernada Set Fire To The Rain. Lagu yang wajib aku nyanyi sampai habis tiap-tiap hari. Namun, mata aku kekal fokus ke hadapan. Bersedia menghadapi sebarang marabahaya.


Tiba-tiba, sreeeetttt........!!!


Kaki kanan aku tangkas memijak brek menyebabkan tayar belakang buatan Taiwan aku yang tahap botaknya hampir menyamai kepala aku mengempar ke kanan. Belalang tempur aku menggelungsur. Hampir-hampir menghentam cermin sisi BLM putih di sebelah kanan aku.


"Woi, pukimak bastard!" Aku jerit sekuat hati.


Kepala aku menoleh ke kiri melihat `road bastard' yang memandu Myvi hitam di sebelah kiri aku sebaik aku memberhentikan belalang tempur. Motherfuckass betul, kalau nak tukar lane tu toleh la kiri kanan dulu. Ni jenis manusia takde mata ke, atau pun jenis kereta takde side mirror.


Kenderaan yang lain-lain masih bergerak perlahan. Aku mengangkat tangan kiri ke arah `road bastard' tu sebaik menaikkan visor helmet.


Aku masih lagi berhenti betul-betul di atas garisan. Sedang elok Myvi hitam tu melewati aku, aku nampak `road bastard' (jantina dirahsiakan) itu mengangkat tangan kanannya separas dahi sambil tersengih. Ok, aku faham. Kau nak minta maaf.


Maaf diterima.


Kemudian, aku pun memulas throttle setelah menginjakkan kaki kanan untuk mengarahkan belalang tempur aku maju kehadapan. Meneruskan perjalan dengan lagak gangster ala Bront Palare.


******************************


Ha, macam tu la. Kalau dah buat salah cepat-cepat minta maaf. Kalau kesalahan yang perlu memohon maaf secara bersemuka mungkin agak susah sikit disebabkan kita mempunyai tahap ego yang tinggi. Tapi kalau kat atas jalan tu, bukannya susah pun.


Cuma satu gerakan ringkas anggota batan yang paling mudah kita lakukan, iaitu mengangkat tangan atau tersengih. Itu pun dah lebih daripada cukup menyejukkan hati.


Tapi jangan angkat satu jari tengah sudah. Tu bukan nak minta maaf, tapi nak cari pasal namanya!

13 comments:

Anonymous Says:
December 15, 2011 at 8:31 AM

sy seorang pamandu wanita yg menghormati penunggang motosikal dan jg pengguna jln raya yg lain ;)

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 8:55 AM

kan...bukan payah pun nak angkat tangan separa dahi tu..kurang2 pun sengeh...terus hati jadi sejuk haper...okeh jom lastik api ke hujan....aku x boleh bersiul, mak aku kata bersiul panggil hantu..tsk!

Aku Ibu Muda Says:
December 15, 2011 at 9:00 AM

aku merempit pepagi..so, kalau ada pemandu yg mendajalkan org nek moto ni...mmg aku hambur terus kt situ...huh!

SM Says:
December 15, 2011 at 10:04 AM

anon : ok, respek mantul-mantul dan lima bintang untuk itu.

LW : tak kira la angkat tangan tu ikhlas ke tak, yang penting tu pun salah satu cara kita hormat orang lain. ramai `road bastards' yang aku tengok bila dah terang-terang buat salah (tanpa mengira jantina), buat muka tak tau je blah. aik, takut pulak hantu datang.

AIM : sabar, jangan ikut perangai macam aku.

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 10:59 AM

Aku buat2 takut...

Fara Says:
December 15, 2011 at 11:05 AM

Kenapa jantina dirahsiakan?

Semalam ada kereta memintas kereta aku walau space antara kete aku ngan kete depan sket punye sempit. Utk mengelak harimau kumbang aku mengalami kecederaan lagi sementelah kete yg nak meintas aku tu nmpknya berhati kering maka aku izinkan. Tp tak sangka, dia angkat tangan tanda terima kasih kat aku. Oh, tiba2 rs lega.

Betul kate ko. Angkat tangan tu mcm magic. Jiwa panas pun kembali tenang. Mmmm....

SM Says:
December 15, 2011 at 11:08 AM

MF : sebab aku tak pasti dia lelaki ke perempuan. iras muka macam perempuan, tapi rambut kontot. ah, masalah sikap `road bastard' kat malaysia ni aku rasa takde kaitan secara langsung dengan jantina. lega, memang lega dan sejuk hati bila tengok dia angkat tangan. permohonan maaf dia diterima...

SM Says:
December 15, 2011 at 11:09 AM

LW : ye la tu buat-buat takut...

reen afny Says:
December 15, 2011 at 12:49 PM

hahaha selamat dia angkat tangan mintak maaf... ooh kau mendapat apa?? aku still tak paham.

selamat tak cedera apa2 kan..
tula aku cakap, time kita jadi pemandu berhemah, orang laen pulak bawak kereta macam haram jadah. aiyokk...

SM Says:
December 15, 2011 at 5:31 PM

pengajaran, kalau drive tengah marah, kena sediakan tangan untuk mintak maaf secara spontan.

reen afny Says:
December 15, 2011 at 5:35 PM

huhu aku selalu je angkat tangan tanda maaf kalau buat salah. hehe

SM Says:
December 15, 2011 at 5:46 PM

ok bagus, lima bintang untuk kau...

reen afny Says:
December 16, 2011 at 8:40 AM

yeay! terima kasih.... haha