Gallipoli

| Sunday, December 18, 2011 | |
Peperangan Gallipoli berlaku di semenanjung Gallipoli, Turki bermula pada 25 April 1915 hingga 9 Januari 1916 semasa Perang Dunia Pertama. Ketika itu, operasi yang menggabungkan tentera British dan Perancis dijalankan untuk menawan ibu kota empayar Uthmaniah di Istanbul dan menguasai laluan perkapalan ke Rusia. Walau bagaimana pun, percubaan tersebut telah gagal dan menyebab jumlah korban yang besar di kedua-dua belah pihak.


Peperangan Gallipoli ini sebenarnya telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negara-negara yang terlibat. Bagi pihak Turki, peperangan ini dilihat sebagai tempoh yang menentukan perjalanan sejarah rakyat mereka iaitu sebagai perjuangan mempertahankan kewujudan Empayah Uthmaniah yang telah berdiri sejak berabad lamanya.


Kempen ini adalah pertempuran utama yang pertama kali disertai oleh Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) dan dianggap sebagai titik permulaan kepada kebangkitan sebangat kebangsaan di kedua-dua negara.


Berikut adalah data ringkas berkaitan kempen peperangan ini:


-sumber: Wikipedia.

******************************

Rasa macam best pulak sekali-sekali berlakon macam cikgu sejarah, teringat dulu aku selalu tidur dalam kelas sejarah cikgu Jalal. Bukan sebab aku tak minat sejarah atau sejarah tu sendiri membosankan, tapi sebab aku memang suka tidur dalam kelas. Sampai la sekarang. Kalau masuk kelas yang membosankan atau menghadiri kursus yang entah apa-apa dia mencarut kat depan, aku memilih untuk membuta sepanjang masa.

Kita seringkali dihidangkan dengan kisah-kisah peperangan sama yang dibuat dalam bentuk filem epik atau dokumentari khas di tv, atau pun sebagai bahan bacaan berbentuk rencana di majalah dan akhbar. Tapi semuanya berkaitan dengan Perang Dunia Kedua di mana semua itu langsung tidak memberikan kesan terhadap pandangan kita tentang sejarah yang telah tertulis pada masa lalu, atau pun perkara yang sedang berlaku kini yang mana pasti akan menjadi sejarah kelak tak kira sebesar mana pun sesuatu kejadian itu.

Biasanya, adegan yang menjadi tatapan kita hanyalah babak-babak penaklukan oleh tentera Allied di Normandy seperti mana yang menjadi pilihan dalam Saving Private Ryan oleh Spielberg, atau rentetan peperangan-peperangan sepanjang perairan pasifik yang menganjur dari Okinawa di selatan Jepun sehingga ke kepulauan Guadalcanal berhampiran New Guinea yang  memaparkan bagaimana Jepun berusaha mengekalkan kedudukan mereka sebagai kuasa laut di timur. Atau pun beberapa filem dan drama tempatan yang menjadikan peperangan penuh epik seperti mana di dalam filem Bukit Kepong dan Leftenan Adnan sebagai latar kisahnya.

Tersesatnya aku di dalam Wikipedia yang menemukan aku dengan kata kunci Gallipoli telah menyedarkan aku bahawa ada banyak lagi kisah pertempuran yang penuh epik tetapi telah tersembunyi dari perhatian kita.





Apa yang pasti, perang tetap perang tak kira apa pun tujuan kita melibatkan diri dalam sesuatu kempen itu. Kerana yang menjadi pertaruhan adalah nyawa.

Nyawa. Ketika itulah nilai nyawa manusia dapat ditafsirkan.

Sekian entri hari-hari dalam sejarah.

8 comments:

Lady Windsor Says:
December 18, 2011 at 5:05 PM

Sejarah menyimpan ketamadunan manusia, titik bengik perjuangan manusia dan kejayaan manusia pada satu-satu abad..tak kira pelusuk dunia mana sekalipun, kita akan merujuk kepada sejarah untuk mencari bahan bukti bagi membina masa depan...sejarah akan seniasa dijenguk walau moden macam mana sekalipun...tapi apa sudah jadi dengan negara kita, sejarah diubah sesuka hati...isk aku dah termasuk topi lain beb...sorry..


aku suka subjek sejarah, sebab cikgu sejarah selalu puji tulisan aku cantik. rupa2nya dia puji sebab nak tekel cousin aku..sekian!

SM Says:
December 18, 2011 at 6:25 PM

macamana dengan orang-orang muda kita? cukup prihatin ke dengan sejarah?

Lady Windsor Says:
December 18, 2011 at 7:42 PM

orang muda kita rasanya hanya tahu mencipta sejarah, bukannya prihatin dgn sejarah...

SM Says:
December 18, 2011 at 7:54 PM

mencipta sejarah. eh, ada sudut positifnya di situ. tapi bergantung juga dengan sejarah yang maca mana mereka mahu ukirkan.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 12:28 AM

Ya ada sejarah yang benar2 akan menjadi sumber sejarah dan ada juga yang memalitkan sejarah hitam dalam peradaban bangsa...

SM Says:
December 19, 2011 at 7:46 AM

dan malangnya, masa yang akan menentukan sejarah yang mana satu telah kita catitkan.

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 8:22 AM

Masa memang synonym dengan sejarah...yang perlu dilihat di sini adalah apakah bentuk sejarah yang sudah, sedang dan akan dilakar...

SM Says:
December 19, 2011 at 10:15 AM

apa yang perlu dilihat? hehe (sengih), yang tidak melihat dari sudut yang betul akan menyebabkan mereka telah membuat lakaran sejarah yang hitam tanpa sedar.