Fokus Apa Ke Jadah?

| Thursday, December 29, 2011 | |
Sekarang adalah zaman slogan. Sesiapa yang punyai gagasan yang dirasakan mampu membuta-tulikan mata dan telinga orang kebanyakan, jadi dia juga haruslah bijak mem`puzzle'kan sekian banyak perbendaharaan kata menjadi susunan ayat yang sedap ditapisi gegendang telinga.


Ada yang punyai ritma kata yang seakan-akan pantun rakyat, ada juga yang punyai perkataan yang tak pernah kita fahami. Dan ada juga yang langsung tidak mahu kita fahami, asalkan kita tidak terhalang daripada menadah kedua belah tangan menanti sisa-sisa keprihatinan.


Ah, bodoh kayu la itu semua...!


Tapi, pagi tadi ada sedikit kejutan yang aku perhatikan pada dinding sebuah bangunan. Aku sedikit tertanya. Apakah perang slogan akan digantikan dengan perang logo?


Lokasi, Pos Malaysia Cawangan Serahan Kawasan Puchong,
Jalan Industri PBP 11,
Taman Industri Puchong, Selangor.


Sekian entri malas taip panjang-panjang.


*nota kaki busuk : Pos Malaysia memang bapak pemalas. Hantar dokumen kat rumah aku pun susah sangat ke, terpaksa aku keluar dari mood malas semata-mata nak melayankan perangai buruk diorang ni...

28 comments:

NenetPenne (NP) Says:
December 29, 2011 at 3:00 PM

pos malaysia nak suruh pekerja dia fokus kerja ke nih?

selama ni gamaknya tak fokus kot, orang ramai beratur panjang, kaunter bukak satu jer...

yeah 1st..ha haha

SM Says:
December 29, 2011 at 3:04 PM

kau pun dapat penyakit 1st jugak?

sekali pandang kat logo tu nak tergelak pun ada. kali kedua pandang, rasa macam entah apa-apa.

pos malaysia dah malas buat slogan, nak alter logo 1malaysia je abis cerita...

NenetPenne (NP) Says:
December 29, 2011 at 3:16 PM

kau yang ajar aku pasal 1st ni kan..
ha ha ha...

actually perlu ke ada slogan atau logo mcm tu?

ish ish ish

SM Says:
December 29, 2011 at 3:20 PM

pada mereka tersangat-sangat la perlu. kalau dari sudut perniagaan, slogan atau logo ni dapat memperkuatkan lagi promosi untuk satu-satu produk. lagi menarik dan bombastik slogan tu, makin banyak perhatian yang diberikan.

jadi, siapa bijak buat slogan, dia ada kelebihan untuk memenangi hati pembeli (dalam hal ni, masyarakat).

cuma pendapat aku je la...

NenetPenne (NP) Says:
December 29, 2011 at 3:22 PM

@SM
maksud aku ialah perlu ke pejabat pos ni buat mcm ni?

dari sudut business for emerging or new company tu mmang lah perlu... that one i know lorrrr....hiksss..

SM Says:
December 29, 2011 at 3:24 PM

aku tak nampak perlunya pejabat pos ni buat macam ni sebab bidang mereka tidak berorientasikan perniagaan. tapi kalau tujuannya untuk menaikkan semangat dan jugak sebagai motivasi dalam menjalankan tugas, memang elok sangat la tu. cuma, kenapa ada nombor satu.

hahahaaa...! kacau daun betul la!

reen afny Says:
December 29, 2011 at 3:33 PM

haha fokus??? wa terkena beb!!! hahaha biasa la... nak tahun baru kan. ada je idea baru dorang cetuskan. heshhhh

SM Says:
December 29, 2011 at 3:37 PM

ra : cuba kau interpretasikan logo ni. aku tak berapa faham, kau pulak mesti faham sebab ada perkataan keramat kat situ.

Pok Amai-Amai Says:
December 29, 2011 at 3:39 PM

Pos pemalas tu mst Pos Laju kan? Klu takde org, suh kite amik sendiri kan? Sbnrnya nak suh ko exercise. Jgn jdk pemalas!

=p

NenetPenne (NP) Says:
December 29, 2011 at 3:39 PM

@SM
aku rasa lebih kepada motivation for the staff laa kot supaya lebih fokus menjalankan kerja bukan lebih fokus terus bercakap and ignoring the customer yang betul2 tercongok kat depan kaunter tu...(bukan semualah)

reen afny Says:
December 29, 2011 at 3:42 PM

ceh kau... siot je. kali ni kau pulak tak fokus yea. haha
aku rasa dia suruh pekerja dia supaya lebih fokus hantar surat dekat alamat rumah yang betul kot.
selalu sangat salah hantar surat!!!

SM Says:
December 29, 2011 at 3:43 PM

MF : la, mereka dibayar lebih sedikit untuk menghantar. bukan memanggil kita datang mengadap mereka di muka tingkap. ya, perkara yang melibatkan kaunter ni aku memang pemalas gila babi. serik siot!

NP : perkataan fokus tu aku boleh terima, tapi `1malaysia' tu?

ralphrazaq Says:
December 29, 2011 at 4:17 PM

SM - ni pejabat cawangan kan? kt pos besar ada ke???

SM Says:
December 29, 2011 at 4:20 PM

ralph : yessza, cawangan yang pekerjanya lebih ramai daripada pelanggan. fokus wei, fokussss...!

ralphrazaq Says:
December 29, 2011 at 4:25 PM

SM - dh mcm jalil hamid je dlm citer mahmud baginda tuh.."kita mesti fokus..!!!!" hahahaha

telor power Says:
December 29, 2011 at 4:57 PM

sm: wa suka ayat selalu lu taip...fokus.

SM Says:
December 29, 2011 at 5:15 PM

ralph : nah, jalil hamid takde kena mengena dalam ini filim!

SM Says:
December 29, 2011 at 5:16 PM

tp : sebab gua punya fokus tak pernah tergelincir bai. hahahaaa!

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 7:07 AM

Lambang 1 tu sebenarnya nak mengatakan Pos Malaysia adalah paling corot...juara corot segala juara. Sejak dulu aku dah blacklist Pos Malaysia ni..service macam sial...

SM Says:
December 30, 2011 at 7:49 AM

pulak, kau pun ada pengalaman payau ke?

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 8:14 AM

Bukan setakat pengalaman payah, more than that...bukan dengan org depan kaunter...tapi orang yg mentadbir segala bagai kaunter kat dalam tu...hiii mendidih aku kalu ingat balik walopon dah 15 tahun berlalu...

telor power Says:
December 30, 2011 at 8:20 AM

kehkehkeh....betul fokus buat kita lebih tajam.

aku semenjak dah besor nie lama dah berurusan dgn pej.pos

SM Says:
December 30, 2011 at 9:49 AM

LW : mak aih, fifteen years ago? sudah dudah la tu. past is past...

tp : apa apa pun, kita masih memerlukan khidmat mereka walau seburuk mana pun perkhidmatan tu.

telor power Says:
December 30, 2011 at 9:58 AM

yup...betul tu.tapi biasanya aku akan suh member2 yg pergi ker pos opis. pasal wa mmg malas nak ke pos opis. lantak dorang lah nak mencarut2 dalam hati,kalo dah kene paksa ngan wa

SM Says:
December 30, 2011 at 10:29 AM

tp : silap-silap lu pun kena carut sekali! hahahaa!

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 10:49 AM

SM, memang la lama...habis tu kalu mende tu membabitkan degree ke apa...daripada second upper jdi second lower....iskk aku memang x boleh mahap punya...seb baik aku menten 2nd upper...

SM Says:
December 30, 2011 at 10:58 AM

LW : orkid pendamai kena kekal `sejuk' sentiasa...

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 11:15 AM

SM, hahahaha...pandai la ngko!