Deklarasi Nasi Lemak

| Monday, December 19, 2011 | |
Introduksi


Tiap-tiap pagi, mesti macam-macam jenis makanan yang boleh jadi menu dalam hidangan sarapan kita. Ada yang suka makan karipap-karipap cinta, kuih lapis, donat, bihun goreng atau pun roti canai. Lepas tu bilas pulak dengan teh tarik, teh o, nescafe, milo dan macam-macam lagi. Itu orang lain. Tapi bagi aku makanan yang jadi legend ialah, nasi lemak...


Pagi semalam, buat ke sekian kalinya aku dapat makan lagi nasi lemak yang paling sedap. Dia punya sedap, tiap kali makan terasa seolah-olah pertama kali kita jamah makanan pejal dalam hidup. Dengan keadaannya yang masih panas, serta-merta nasi lemak tu terus dibungkus dalam daun pisang. Memang simple. Tak payah nak sambal udang, paru atau rendang daging bagai... Timun pun tak payah. Kalau nak telur rebus, kupas sendiri.


Setiap pagi aku sampai ofis lebih kurang jam 7:30 pagi, banyak orang aku tengok jual sarapan sepanjang jalan. Macam-macam jenis.Tapi semua tu tetap tak boleh lawan nasi lemak legend yang aku minat ni. Bukan setakat dengan rasa je, tapi juga dia punya suasana. Masih lagi mengekalkan suasana pekan kecil di tepi jalan utama. Pekan Pasir Panjang, Sekinchan.


Lagenda Hidup


Entah kenapa kami sekeluarga memang agak obses tanpa obes dengan nasi lemak ni, kalau sekali hadap sekurang-kurangnya kami akan makan dua bungkus setiap seorang. Harga pulak memang sesedap rasa. Beberapa tahun dulu masa aku mula-mula kenali pekan kecil ni harga dia cuma 50 sen je, tapi sekarang dah naik jadi 60 sen. Tapi, apa ada hal. Kalau letak rm2.00 sebungkus pun, nasi lemak ni tetap legend. Aku paham, tak mungkin harga 50 sen ni dapat dipertahankan sampai bila-bila. Aku juga peniaga, aku memang paham sangat dengan kos bahan mentah zaman sekarang ni. Dan apa yang aku respek dengan makcik ni, walau pun harga barang mentah naik, saiz nasi lemak ni tetap kekal macam dulu. Terbaik! Berniaga dengan ikhlas. Insya-allah, tuhan pasti akan redha dengan doa kami yang sentiasa mendambakan nasi lemak legend makcik ni.


Kami di sini seakan-akan telah membuat perikatan secara maya, iaitu selagi kedai ni masih wujud dan selagi makcik terdaya menjual nasi lemak ni, kami pasti akan singgah setiap kami lalu jalan ni pada waktu pagi. Tak kira la kalau kena buat u-turn jauh-jauh pun. Makcik, kami lah peminat no. 1 produk makcik.

Lokasi


Koordinate GPS 3°33'54.69", 101°04'35.34". Kalau dari selatan, cuma 7.2 km selepas pekan Sekinchan. Terletak di sebelah kiri antara deretan kedai lama sebelum Masjid Pasir Panjang. Dan kalau dari arah utara pulak, 13.3 km dari pekan Sungai Besar di sebelah kanan.


Hari tu aku cerita pasal sup cendawan kat Sibu, korang kata jauh sangat. Ha, ni dekat je. NP mesti tau tempat ni kat mana. Lebih kurang setengah jam dari pekan Tanjung Karang.

Ulasan Dari Hati Nurani

Kesegaran daun pisang yang digunakan untuk membungkus nasi lemak ni telah menerbitkan keharuman yang tambah menyelerakan ke dalam nasi. Mungkin daun ni baru diambil petang sebelumnya, mungkin. Tak macam daun pisang yang ada jual kat pasar-pasar sekitar bandar ni. Entah dah berapa lama dia pungut aku pun tak tau, dah nak layu pulak tu.

Nasi dia pulak dimasak dengan seimbang, antara santan dan kandungan beras tu sendiri. Tak terlalu lembik, tak pulak terlalu keras. Memang sesedap rasa. Rasa sedang-sedang je lemak dia. Komposisi nasi dia pulak tak melekat antara satu sama lain. Bila bukak je bungkusan tu, bau harum terus meresap ke dalam rongga hidung hingga ke segenap urat saraf. Wangi.

Sambal bilis dia pun terbaik. Makcik ni gunakan bilis yang segar. Dalam perkiraan aku, mungkin bilis yang baru dibuat. Maklumlah, Sekinchan ni mempunyai banyak jeti-jeti nelayan dan antara tempat melabuhkan ikan yang utama di sepanjang pantai barat semenanjung. Jadi, nak dapatkan bekalan ikan bilis yang segar bukan satu masalah yang besar. Dimasak dalam sambal yang tak terlalu pedas, semua orang boleh makan.

Kata orang, tak lengkap kalau makan nasi lemak tanpa aksesori tambahan macam bilis goreng, kacang goreng, telur mata dan timun. Tapi bagi aku, semua tu tak penting. Penambah rasa yang muktamad bagi aku cuma sebiji telur rebus. memang dah tersedia kat atas meja, kalau nak, ambik je lepas tu kupas sendiri.

Akhir sekali, untuk mengekalkan suasana kampung, aku bilas dengan kopi o pulak. Anak makcik ni (pada anggapan aku) bukanlah seorang pembancuh air yang pakar macam kat restoran mamak kat bandar. Tapi dia punya kopi o, memang gila punya kaw. Aku rasa rugi sangat kalau aku tinggalkan sisa walau setitik pun air dalam cawan.



Sekian entri makanan mampu milik...

33 comments:

ralphrazaq Says:
December 19, 2011 at 12:37 PM

sejak pindah putrajaya ni, aku xpnh makan nasi lemak..sedey giler weh..ble baca entri ko buat aku teringat pak cik kopiah putih yg jual nasi lemak kat PBD duluuu..T___T

SM Says:
December 19, 2011 at 12:39 PM

pulak dah. aku kongsi info supaya kita sama-sama dapat merasai kenikmatan nasi lemak yang dimasak dengan jiwa yang suci. dah tu, kau sedih pulak. adoi...

ralphrazaq Says:
December 19, 2011 at 12:43 PM

hahaha maksud aku..pak cik kopiah putih aka penjual nasi lemak kat PBD dulu pun mempunyai jiwa yg suci..nasi lemak die mg terbaik, sdp, kalu nasi die rasa lemak2 sket, smbl pun x pds, customer cina pun siap mx tapaukan sambal...huhuuuu

Pok Amai-Amai Says:
December 19, 2011 at 12:48 PM

Err, tak de dekat lagi ke destinasi nasi lemak sedap ko tu? Walau apa pun, terima kasih!

SM Says:
December 19, 2011 at 12:50 PM

ralph : gila apa, takkan kat putrajaya tu takde orang jual nasi lemak.

MF : alamak, tak cukup dekat ke. yang dekat sebelah rumah aku ada. tapi aku tak berapa nak rekomen la. sama je kot macam kat rumah kau. sama-sama... kalau lalu sana, jangan lupa singgah.

reen afny Says:
December 19, 2011 at 5:03 PM

huhu hari2 aku makan nasi lemak lauk ayam. huhu

tapi sambal dia laen daripada mak aku buat. macam nak try je.

cara kau cerita buat aku telan air liur =.=

reen afny Says:
December 19, 2011 at 5:32 PM

BTW, hari tu aku tolong mak aku meniaga tau. lepas tu ada abang botak beli nasi lemak, aku teringat dekat kau. haha

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 7:39 PM

Aku yakin makcik tu prepare nasi lemak dia dengan penuh kasih sayang, sebelum masak dia mulakan dengan Bismillah dan sambil masak pun dia mungkin berzikir di bibir atau dalam hati, sebab tu nasi jualan dia diberkati...walopon jual 60 sen jer, dia sentiasa rasa untung kerana dia ikhlas...ini pendapat dua posen aku. So bila ko nak bawak aku dan NP pi makan nasi lemak tu...hahaha soalan x sedar diri aku ni, sila jawab!

SM Says:
December 19, 2011 at 9:33 PM

ra : ceh, lain kali kalau ada brader botak datang beli, bagi la lebih sikit ayam tu. amal jariah...

LW : aku satu tuju. selalunya nasi lemak dia akan habis sebelum jam 10 pagi. jadi kalau aku lalu sebelum waktu tu, ada la rezeki aku. apa guna nasi lemak yang dipenuhi dengan segala macam lauk, tapi kita tak dapat rasa kenikmatan di hujung lidah yang terbit dari hasil tangan orang yang benar-benar ikhlas. aku dah agak, mesti kau ambik kesempatan nak pau aku. ceh!

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:30 PM

Hello jgn nak kedekut dgn aku dan NP...one day nanti ko mesti bawak aku dan NP try itu nasi lemak tau!

SM Says:
December 19, 2011 at 10:32 PM

ohya, sekinchan pun ada banyak tali air yang mana jadi tempat favourite aku untuk menduga haruan. macam selalu, aku lebih suka guna umpan hidup...

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 10:53 PM

Hah...apa lagi..cepat masuk senarai wajib bawak aku dan NP memancing..

SM Says:
December 19, 2011 at 10:54 PM

berani ke kau dan NP pegang katak?

Lady Windsor Says:
December 19, 2011 at 11:57 PM

Ala saja nak kecutkan semangat kitaorang...

SM Says:
December 20, 2011 at 12:09 AM

tak berani, jangan ngada-ngada nak ikut.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:47 AM

ko yg x berani nak bawa kitaorang!

SM Says:
December 20, 2011 at 12:58 AM

kalau ikut tapi nak kacau, aku pun fikir banyak kali jugak. kalau join sama, ok la.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 8:29 AM

aku tak kacau, aku join la...bluekkk!

NenetPenne (NP) Says:
December 20, 2011 at 10:45 AM

aku rasa aku dah komen, tapi komen aku hilang...
mmmm

SM Says:
December 20, 2011 at 10:55 AM

NP : kau tak klik `publish' kot. aku rasa kau mesti tau tempat ni kan.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:35 PM

NP, SM nak bawa kita ke kuala gandah, sambil memancing...jom yayy! yayy!

SM Says:
December 20, 2011 at 12:38 PM

sepanjang jalan ke pusat tu ada perkampungan orang asli dan kolam pancing.

reen afny Says:
December 20, 2011 at 1:44 PM

haha ingat jual untuk kebajikan apa. kuih takpe gak. ni bagi ayam?? baek isi perut aku. lalalala

ralphrazaq Says:
December 20, 2011 at 3:30 PM

SM - ada tp x sedap la...

SM Says:
December 20, 2011 at 4:37 PM

ra : aik, tu pun nak berkira? bukan semua customer kau tu botak pun. kira halal sudah.

ralph : setakat nak lepas gian kira ok la.

reen afny Says:
December 20, 2011 at 4:43 PM

haha kalau kau beli takpe... tu nak buat amal kena tanya big boss dulu la. modal dia. haha

SM Says:
December 20, 2011 at 4:44 PM

amal yang ikhlas akan dibalas dengan kemewahan dunia akhirat.

reen afny Says:
December 22, 2011 at 1:30 PM

alaaa... huhu terkena aku. huhu

SM Says:
December 22, 2011 at 8:27 PM

hahaa... aku gurau je beb.

Anonymous Says:
June 25, 2012 at 11:02 PM

Anak Makcik Jual Nasi Lemak says:
Syukran atas pengakuan Ikhlas... Mak saye kim salam kt pemilik blogger inih.. mak saye berpesan juge.. Kedai da pindah ke bangunan baru atas desakan pembangunan, kedai lame bakal dirobohkan ~ pindah x jauh dr kedai lame.. dalam 200meter kot.. kedai no 11 ~berada diantara 2 kedai runcit... jemput la menikmati nasi lemak mak saye ae :)

SM Says:
June 26, 2012 at 7:31 AM

wa alaikum salam.

sufian 019-6644415 Says:
September 8, 2013 at 4:22 AM

ka.ka.ka..kedai ni sebelah umah kedai aku dbesarkan.mmg tak dinafikan mmg paling sedap.tiada tandingan.aku tau sejarah kedai ini.now kedai tu dah roboh dan bpindah ke kedai batu yg baru.isteri n anak2 ambil alih bisness ini.kalu dtg ujung minggu kena tunggu la kalu nak tapaw. Utamakan otai2 regular customer yg selalu bfast kt situ.

smbotak Says:
September 8, 2013 at 5:04 PM

Dekat dua tahun entri ni, ada jugak yang baca. Macam kes anak makcik nasi lemak ni jugak. Hahaa. Apa pun, terima kasih bro. Barang baik, elok dikongsi...