.

| Wednesday, December 07, 2011 | |


Menghabiskan beberapa jam meneliti entri-entri terdahulu secara backward, sambil cuba meletakkan diri aku sebagai orang lain. 


Semakin sampai ke penghujung, terasa ada sesuatu yang tak kena. Perut terasa mual, kepala pening dan mata berpinar. Adunan semua itu menghasilkan kesimpulan bahawa, aku tersangat menyampah dengan semua entri dalam blog ni.


Terdetik dalam hati, macam bagus mamat ni menulis. Semua perkara dia nak ambil peduli. Entah kenapa dia suka sangat menyibuk dan bising-bising tentang perkara-perkara yang langsung tak menyusahkan dia. Nak jadi `wira papan kekunci' atau sengaja menonjolkan diri, atau lebih tepat lagi syok sendiri.


Sehingga akhirnya, setelah habis membaca, aku seolah menjadikan diri sendiri seperti orang asing kepada blog sendiri. Terdengar suatu suara melintas dalam kepala, "siapa kau nak jadi sebenarnya, adiwira?"


Ok, sekarang baru aku faham perasaan sesetengah orang apabila membaca blog aku, iaitu MENYAMPAH.


(untuk sahabatku allahyarham Aril, aku masih menangisi pemergianmu...)