Berita dan Manipulasi Perspektif

| Friday, December 30, 2011 | |
"...kebanyakan paparan berita mengandungi kecenderungan politik dan ideologi serta ditentukan oleh konteks politik semasa berkaitan masalah tertentu..." cilok dari sini.


Teringat satu masa dahulu, `arwah' ayah aku pernah manjadikan akhbar Berita Harian sebagai bahan bacaan utamanya. Setiap hari, naskhah akhbar utama negara itu pasti akan berada di ruang tamu rumah teres kos rendah aku. Kalau tak sempat dibaca pada waktu pagi minggu, dia akan baca pada waktu tengahari setelah selesai urusan waktu pagi cuti, atau pun akhbar itu akan dibeleknya bermula dari muka hadapan sehingga ke bahagian sukan apabila dia balik dari kerja pada waktu malam. Dia membaca tidak pernah berbunyi, tidak pula sambil menggelengkan atau mengganggukkan kepala seperti sesetengah orang, tidak pula ketawa jikalau ada berita dan kisah-kisah lucu. hanya dagu berjanggut sejemputnya sahaja yang bergerak-gerak. Seperkara lagi yang aku perasan, dia tidak akan meninggalkan walau satu pun artikel walau sekecil mana artikel tu, kecuali ruang iklan.


Ketagihannya terhadap membaca akhbar akhirnya telah menjangkiti pula kepada anak keduanya, iaitu aku. Ketika di asrama, aku berpeluang memperolehi naskhah akhbar dari kedua-dua bahasa Melayu dan English dengan mudah. Antara aktiviti pagi minggu aku semasa kehidupan di asrama sebelum keluar merayap sekitar bandar Johor Bahru adalah membelek-belek cetakan akhbar mingguan atau harian yang mana tak sempat aku belek hari-hari sebelumnya. Dan menjadi kegemaran aku pula akan memotong dan menyimpan rencana-rencana, cerpen atau sajak yang aku rasakan menarik ke dalam fail. Apa-apa sahaja yang menarik, terutama sekali yang berkaitan dengan astronomi seperti penemuan komet Hyakutake, atau dalam bidang kejuruteraan seperti perancangan projek penyaliran air dari negeri Selangor ke Pahang dengan menggunakan kaedah `water tunnel'. Semua aku masih simpan.


Semakin lama, ketagihan aku semakin berkurang dek kerana kesibukan zaman belajar dan juga kemudiannya aku hampir lupakan terus ketika memasuki alam pekerjaan.


Hanya yang aku sedikit addict sebelum ini hanyalah akhbar mingguan pada hari Ahad, Berita Minggu. Sanggup meredah hujan di celah-celah apartment untuk mencari akhbar di kedai runcit mamak. Cukup setakat itu sahaja.


Kini, keghairahan aku untuk menjadikan akhbar sebagai bahan wajib di rumah aku telah lama hilang kerana minat aku sebelum itu telah dibakar oleh berita-berita yang aku anggap ditulis secara manipulasi. Manipulasi di sini bukan sekadar berita-berita berkaitan politik, malahan juga berita kemasyarakatan. Apa perlunya menulis keganjilan luar tabiat yang dilakukan oleh seseorang sebelum ajalnya tiba akibat kemalangan? Kenapa perlu bertanyakan perasaan yang dihadapi oleh si balu yang baru kehilangan suami? Apa perlunya?


Sekarang, aku masih lagi mencari-cari dan menunggu. Menunggu entah bila keghairahan ketika zaman persekolahan itu akan tiba lagi. Entah...


Sekian entri untuk para editor akhbar.

30 comments:

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 4:44 PM

1st!

SM Says:
December 30, 2011 at 4:45 PM

hampeh kau!!! masuk baris!

reen afny Says:
December 30, 2011 at 4:50 PM

third!

baca?? malasssnya lahaiiiii~
kekadang je aku baca paper. time ada mood. hoho

NenetPenne (NP) Says:
December 30, 2011 at 5:01 PM

panjangnya
tak ada kerja kat opis laa tuewww
aku baca selasa nanti lah
apapun selamat menyambut tahun baru!!!

wo ai ni..muahahaahhaahaaaaab

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 5:27 PM

NP: I pun nak baca malam ni..tadi terkam sebab nak 1st...miahaha! macam la dia nak bagi hadiah...

SM Says:
December 30, 2011 at 6:29 PM

ra : takpe, tunggu mood kau mari bersama-sama dengan fokus.

NP : ya, doakan aku selamat sampai selasa nanti. hahahaa...!

LW : nak terkam bagai, apa la sangat blog longgokan sampah ni.

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 7:35 PM

oh ya sampah..kalu sini longgokan sampah, aku punya mungkin lebih daripada sampah le kot...sampah sarap...hahaha

PCL Says:
December 30, 2011 at 9:07 PM

last...

NenetPenne (NP) Says:
December 30, 2011 at 10:05 PM

eeee byknya sampah..
nak LW, pakai topeng muka ni...
ahaksss..
aku tak baca pun sebab aku tak minat politik, maafkan aku SM

Lady Windsor Says:
December 30, 2011 at 10:09 PM

hahaha..NP i sesak nafas ni..sampah banyak sangat.

telor power Says:
December 31, 2011 at 1:28 AM

aku tak suka baca akbar semasa, tapi aku mmg minat baca akbar bila ia jadi pembungkus makanan terutama nasi lemak.

Lady Windsor Says:
December 31, 2011 at 9:03 AM

TP, best kan baca pembungkus makanan..sampai senget2 leher nak baca story kat sokkabar lama tu..muahaha!

telor power Says:
December 31, 2011 at 10:01 AM

Lady W: kehkehkeh...memang syok dah ketagih kot

luahfikiran Says:
December 31, 2011 at 5:52 PM

SALAM,
Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

SM Says:
January 3, 2012 at 11:44 AM

LW : hahaa, bila campur jadi sampah masyarakat.

PCL : oit! last pun nak berebut jugak ke?

NP : maaf diterima, kalau orang lain...

tp : pernah terjadi satu kes, ada orang (aku la tu) beli paper sebab nak buat alas bontot...!

lf : terima kasih, begitu juga untuk lf dan keluarga.

telor power Says:
January 3, 2012 at 12:12 PM

kehkehkeh...apa kes beli paper buat alas bontot? takkan xbaca kot

SM Says:
January 3, 2012 at 12:20 PM

tp : nak pergi piknik, tapi tak bawak tikar. ada ke patut?

telor power Says:
January 3, 2012 at 12:24 PM

kehkehkeh...kes lupa lah nie, ( wa tak tahan nak gelak)

SM Says:
January 3, 2012 at 12:28 PM

itu time, terasa macam gampang pulak...

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:30 PM

last2.... haha siot je. sekarang susah fokus. tension kerja la. huhu

SM Says:
January 3, 2012 at 1:32 PM

weh, jangan buat benda tak fokus la. nak jadi last ni bukan susah pun. cuma perlu hilangkan fokus masa kerja (atau masa bila-bila pun).

telor power Says:
January 3, 2012 at 1:33 PM

reen: fokus2 jangan x fokus, nanti kena sound dgn SM plak kehkehkeh....

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:34 PM

huhu lepas ni da boleh start fokus kot. da close account. yahooo!

tp.. tahu takpa. asyik kena perli je. komen mesti keluar ayat 'fokus' dia tu. haha

SM Says:
January 3, 2012 at 1:39 PM

tp : hahahaaa, tau takpe...

ra : terbalik, patut sekarang la kau kena extra-focus. kalau silap, memang boleh ke laut...! weh, perkataan `fokus' tu aku dedikasikan untuk kau sorang je. patut rasa bangga.

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:40 PM

ceh siot.... kalau maksud nya aku ni seorang yang fokus takpe. ni dok perli baek punyaaa kan. huhu

yela azam baru : kena lebih fokus dalam semua bidang. wahh ayat!

telor power Says:
January 3, 2012 at 1:41 PM

kehkehkeh sabor ye reen, adat ler gurau2

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:44 PM

hahaha baekk... wa relax je ni. huhuhu T__T

SM Says:
January 3, 2012 at 1:45 PM

ra : ok, aku bagi 4 bintang untuk ayat kau yang ni. superb kebabom!

tp : haha, bahan...

reen afny Says:
January 3, 2012 at 1:49 PM

oraittt cantekkk laa... langsai hutang bintang. hahaha

SM Says:
January 3, 2012 at 2:05 PM

jangan suka sangat. kekalkan prestasi.