Bad Comment

| Thursday, December 15, 2011 | |

Tengah syok jelajah tempat penginapan yang sesuai dengan budget aku untuk family vacation hujung bulan ni, tiba-tiba terjumpa pulak komen tak puas hati daripada salah seorang pengunjung kat hotel yang `mcam best'.


"The toilet floor is forever wet, with water dripping from the WC." (yang bukan pemalas, boleh klik kat sini)


Ok, ini antara insiden yang tak ingin kita alami kalau kita dah habiskan masa dan duit untuk pergi bercuti terutamanya bersama keluarga. Entah apa punya malang nasib, boleh pulak terkena dengan insiden sebegini.


Walau pun ramai antara kita yang pernah mengalami insiden yang lebih teruk lagi, tapi pengalaman pahit sebegini sedikit sebanyak akan mencacatkan percutian yang kita harapkan menjadi percutian paling manis. Tak syok la kalau nak masuk bilik air pun terpaksa berjalan slow-slow dan super hati-hati. Dengan nak melayan air yang menitik dari wc. Memang indah la panorama.


Ada jugak aku terjumpa review dari pengunjung (hotel lain) pasal kerisauan bertembung dengan tikus pada maktu malam, memandangkan sepanjang waktu tu telinga mereka asyik dimainkan dengan nyanyian berdecit oleh spesis rodensia tu.


Kalau ye pun bertaraf hotel ayam, takkan la sampai jadi tempat bela `menti' kot. Adui...!


Sekian entri jalan-jalan cari pasal...

24 comments:

reen afny Says:
December 15, 2011 at 12:42 PM

menti tu apa?? haha suka guna bahasa kiasan kan...

biasa lah nak hujung tahun, ramai nak pergi holiday. jeles2... haha

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 12:48 PM

Menti jer, bukan V!

Daddylicious Says:
December 15, 2011 at 1:27 PM

mungkin menti tu pun sedang bercuti kot...hehe

telor power Says:
December 15, 2011 at 2:25 PM

bro lu nk bercuti ke cameron baek cari apartment. dtg ngn famili kan...

apartment di tanah rata ada di brinchang ada, kalo di brinchang baek amik blkg pej.pos rasa2 ok kot (apa nama pun wa tak taw,lupa, wa tak pernah tido kt situ)
lagi pun dia dekat dgn pasar mlm

Fara Says:
December 15, 2011 at 3:05 PM

Wahhhh!

Holiday ke CH? Mmm...bab mak menti, aku tak boleh blah. Turn off mood aku nanti!

NenetPenne (NP) Says:
December 15, 2011 at 3:15 PM

pegi dulu dan rasailah pengalaman sebenar

mungkin tu pengalaman bagi dia..pengalaman bagi kau lain pula

mungkin masa tu keadaan adalah begitu, mungkin masa kau pegi, keadaan adalah berbeza

kalau teruk juga, maknanya memang teruk laaaaa....

kalau orang tu ada sepuluh anak, jangan umpamakan kesemua sepuluh anak tu jahat dan kesemua sepuluh anak tu baik...

anda faham??

NenetPenne (NP) Says:
December 15, 2011 at 3:19 PM

aku lagi

rainbow hotel?? hotel budget ke apa tu??

laaaa patutlahhh ada menti... next time carilah hotel 5 bintang wey...
duduk hotel murah tapi ada hati nak servis mcm hotel mewah...

no wonder lahhh stevie wonder buta tak celik2...

ralphrazaq Says:
December 15, 2011 at 3:49 PM

NP - komen yg last sekali 2 aku setuju!!! hahahahaha

SM Says:
December 15, 2011 at 5:29 PM

ra : menti tu... ala, kau cari la sendiri.

LW : hahahaa, kau nak ke menti tu tidur kat celah kaki kau?

daddy : hahaaa... ok, aku anggap kau tau apa tu menti.

tp : orait bro! akan difikirkan. lokasi kedua selepas taiping.

MF : hahaaa...

NP : pergh, kau ni dah macam fadillah kamsin pulak. baik boss!

ralph : ceh, nak setuju manjang..

*nah kau, komen balas secara pukal. biasa la. orang penting mesti busy manjang...

reen afny Says:
December 15, 2011 at 5:32 PM

haha alaa, tula suka guna bahasa kiasan lagi. tula pasal... senang kteorang nak cari. huhu

SM Says:
December 15, 2011 at 5:45 PM

tu bukan bahasa kiasan la wei...

reen afny Says:
December 15, 2011 at 5:53 PM

ooh yeke. hehe

"panas bontot. nak berambus ke mana pulak tu"???

hahaha baru buat eh...

SM Says:
December 15, 2011 at 6:00 PM

sejak azali. nampak sangat kurang fokus. tula, kau kena amalkan minum air kosong lebih sikit.

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 8:18 PM

SM: so bila ko nak naik tanah tinggi ni aaa..teh stoberry ko dan NP yg aku beli kat tanah tinggi masa raya ri tu bila korang nak ambik ni weii...

NP: warghahaha...tabley tahan aaa bab no wonder stevie wonder buta x celik2...tsk!

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 8:19 PM

aku lagi...

SM: ko rasa2 berani ke menti tu tdo celah kaki aku? berani tak menti tu?

SM Says:
December 16, 2011 at 7:53 AM

LW : tanah tinggi bila-bila aku boleh naik. tapi tanah bawah tak tau bila aku akan diturunkan.

NP (via LW) : biasa la, aku terlebih mampu nak sewa bilik mahal-mahal. aku dengar dulu stevie wonder menolak untuk melakukan pembedahan mengembalikan penglihatan. ye ke?

lagi-lagi LW : menti spesimen makmal yang comel-comel tu mungkin la tak berani. tapi kalau yang saik bapak kucing dengan badan penuh sopak dan kurap, mesti laju je nak tidur kat celah kaki kau. kau macamana, ada bran? kalau berani, try la. (aku dah pernah, rasa macam siot sepanjang malam)

Lady Windsor Says:
December 16, 2011 at 8:32 AM

SM: aku pun bila2 masa je boleh naik ke tanah tinggi...tapi kalau DIA nak turunkan aku ke tanah bawah, minta2 biar aku ada cukup persediaan dulu...itupun kalau DIA dengar permintaanku..

Kau lagi SM: Aku dah pernah kena gigit dengan menti tu, saiz aku tak pasti sebab gelap. Shilake menti tu gigit kuku kaki kelingking aku padahal bukan cagu dan buat aku tambah sakit hati, aku baru lepas potong kuku siangnya. Ko bayangkan kuku dah pendek, yang si menti ni lagi gigit dan unggis kuku tu...mak aihh nyeri gila bila kena air...lepas tu aku ingat ada air manis tumpah kat kaki dan aku terus tidur tanpa basuh, rumah kat kampung punya citer..sigh!

word verification: dowogy! ciss tetiba aku teringat word doggy..shilake!

reen afny Says:
December 16, 2011 at 8:39 AM

haha takde kena mengena dengan air putih okay.. laaa yeke. selalu tak keluar pun. huhu

SM Says:
December 16, 2011 at 11:19 AM

LW:
untuk orang macam kau, aku yakin Dia akan selalu mendengar.

ok, sekarang siapa lagi berani. kau atau menti tu?

kau memang power, selalu dapat word verification yang bapak best!

ra:
ada, memang ada hasil kajian saintifik.

Lady Windsor Says:
December 16, 2011 at 11:58 AM

SM: untuk orang macam aku? nape lak? darah ko merah gak kan?

word verifcation: hiMATI???

bye.

SM Says:
December 16, 2011 at 11:59 AM

yela, orang macam kau. sebab...

(apasal aku jarang dapat word verification yang best?)

Lady Windsor Says:
December 16, 2011 at 1:04 PM

sebab apa? habiskan ayat ko tu...jangan nak tergantung...

aku dapat yang best, ko dapat yang bapak punya bestt!

SM Says:
December 16, 2011 at 2:52 PM

sebab... takpe, lain kali aku bitau...

tak pernah pulak dapat.

reen afny Says:
December 16, 2011 at 4:50 PM

yela.. baru aku teringat. huhu sibuk nak minum air masak =.=