Aku Terima.... Sah!

| Tuesday, December 20, 2011 | |
Tak lama dulu, kita terpesona dengan aktiviti ritual oleh rakyat Malaysia yang sanggup berhimpit-himpit memenuhi ruang terhad pejabat pos di seluruh negara semata-mata untuk menuntut sesuatu yang sememangnya menjadi milik mereka. Jumlah tunai yang dinamakan bantuan untuk mengurangkan beban dalam bentuk rebate tunai. Maka, hampir setiap hari kita dipertontonkan dengan visual di tv dan gambar statik di muka depan akhbar sekumpulan manusia yang mempamerkan wajah gembira sambil mengipas wang tunai di depan kamera.




Kemudian, baru-baru ni sekali lagi kita dihidangkan dengan drama beberapa babak juga melibatkan wang tunai. Kali ini ibu bapa dan anak-anak sekolah yang menjadi pemain pentas utamanya. Pelbagai kisah suka duka, bermula dari kisah perlakuan pentadbiran sekolah yang mencilok duit dengan cara terhormat sehingga kepada kejadian seorang anak sekolah ditangkap ketika mahu membeli ekor. Keseluruhannya, tempelan imej dan visual yang sama juga masih memenangi ruang utama media massa. Anak-anak kita diminta beratur untuk diambil gambar bersama dua keping not RM50 yang dikipas-kipas di udara.




Oh ye, sebelum dan sesudah itu banyak juga kisah-kisah picisan tentang kemurahan hati para pemegang tampuk kuasa tak kira sama ada yang berada di sebelah kiri sini atau pun di sebelah kanan sana.


Bantuan daripada pihak sebelah kanan. Kasihan, makcik yang sepatutnya menjadi subjek utama dalam capture ini telah menjadi watak sampingan. Jadi, tak kisah kalau wajahnya terlindung di sebalik objek-objek lain. Yang penting, dua subjek utama di situ iaitu tangan dan wang tunai dalam sampul dapat difokus dengan tepat.


Hahahaa...! Tangannya kemas menggenggam sampul berisi wang tunai seolah-olah takut dihanyutkan air bah yang tak kelihatan dalam gambar, sambil gagal menyembunyikan mimik wajah penuh curiga.


Untuk beberapa minggu ni, aku tak sabar nak nak mengetahui siapa pula bakal menjadi pendokong watak utama yang berkaitan dengan satu akronim, BR1M. Di mana situasi gambar diambil? Apakah makcik bertongkat, atau lelaki tua berkerusi roda yang berlatar belakang rumah estet? Atau sepasang suami isteri yang duduk di ruang tamu sempit bersama-sama enam orang anak-anak kecil mereka.


Dan apakah pula tajuk yang bakal menjadi pilihan peneraju media massa utama negara kita. Apa yang pasti, perkataan `rakyat' akan menjadi keutamaan untuk diletakkan dalam baris-baris tajuk utama mereka dengan menggunakan font bersaiz paling besar.


Aku faham kenapa ini semua perlu diperbesar-besarkan sebaik sahaja aku meneliti kenyataan dari mulut seorang pemegang kuasa (kini tidak lagi) dari parti komponen pemerintah yang telah menang teruk  lebih kurang tiga tahun lalu. "Kita tidak boleh bekerja secara senyap-senyap, sebaliknya rakyat perlu tahu apa sumbangan kita kepada mereka." Macam tu la lebih kurang....


Sekian entri mata duitan.

20 comments:

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:41 AM

Siyes...malas aku nak ambik tahu segala sogokan bermediumkan wang ringgit ni..plastik!

SM Says:
December 20, 2011 at 12:56 AM

tapi, ini la yang kita hadapi setiap hari. nak tak nak, kena tatap jugak.

aku cuma kesian kat makcik yang terbaring tu je. langsung tak nampak muka dia. bodoh punya cameraman (dan YB).

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 1:10 AM

tang tu standard le..depa ni buat amal sebab nak menunjuk..memang la sekarang atas dunia konon depalah paling banyak buat pahala..esok2..ntahnya zero..ye la kan sapa kita nak judge depa tapi kalau dah over menunjuk-nunjuk,apa kes?

SM Says:
December 20, 2011 at 1:17 AM

ok, topik yang terlalu klise. kita pandang dari sudut sinisnya. keperluan untuk menunjuk ini juga telah diakui penting untuk mendapatkan sokongan masyarakat kebanyakan seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin tu. baru la boleh memenangi hati rakyat.

eh, kalau aku jadi makcik tu mau aku saman YB tu sebab muka aku terlintung dengan sampul duit.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 1:37 AM

boleh je..sebab dalam kes ini...yang perlu menjadi center of the attention is makcik tu tapi tetiba sapi punya susu, lembu juga dapat nama...lembu tu...ada beran...hakhakhak!

SM Says:
December 20, 2011 at 7:41 AM

tu la, diorang terlalu ghairah sangat sangat nak menunjuk sampai terlupa subjek utama yang sepatutnya menjadi fokus.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 8:22 AM

itulah dinamakan bermuka-muka. bukan derma kerana allah tapi nak menunjuk-nunjuk..ampunkan aku ya Allah kalau aku silap..

Pok Amai-Amai Says:
December 20, 2011 at 10:29 AM

Baik Harakah, baik Keadilan, baik Utusan...seme pun berita yg sameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
aje. Tnjk baik.

Shhh, beb...kang ade lak yg kate kite nie tak bersyukur lak. Org nak bg bantuan tp dok kutuk2 lagi.

Puck!

NenetPenne (NP) Says:
December 20, 2011 at 10:44 AM

bantuan diberi biarlah ikhlas..
kesian muka makcik tu tak dapat masuk suratkhbar sebab terlindung..
ini tidak adil!!!
ha ha ha..
depa nak bagi, aku amik duit tu tapi sayang pendapatan aku tak membenarkan aku untuk turut sama dapat duit free tu... haisssshhhh laaaaa
hidup parti (*&^%

SM Says:
December 20, 2011 at 11:10 AM

LW : seperti yang dia katakan, mereka kena buat macam tu. semata-mata untuk dilihat sebagai hero.

MF : itu orang yang tak dapat bezakan makna `bersyukur' dengan `malas'. kalau nak memberi, aku terima dengan tangan terbuka walau pun tahap keikhlasan tu boleh dipertikaikan. cuma jangan la sampai melampau sangat menunjuknya tu, sampaikan makcik tu pun tak dapat interframe!

NP : kesian makcik tu. nak bangun tak larat. bila baring macam tu, muka pulak tak nampak. siapa yang ambik gambar ni?

NenetPenne (NP) Says:
December 20, 2011 at 11:15 AM

@SM
entahhhh kurang ajar betul photograper tu... kesian makcik tu tak dapat nak frame gambar dia terima duit bantuan tu...

SM Says:
December 20, 2011 at 11:20 AM

dia patut masuk kelas fotografi secara intensif lagi. takkan tu pun nak ajar kot.

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 12:29 PM

mereka mendabik dada sebagai hero...tapi kalau jadi hero di kalangan orang yang sudah kalah, buat apa kan? aku rasa ko paham maksud aku...ok tak pe aku nak elaborate juga, sebab aku ni kalu dah menaip, payah nak stop.

mereka hero sebab terpaksa, nak pancing undi..lepas tu minta orang bawahan cari sapa-sapa yang susah terbaring atas tilam..yang dah tak boleh bergerak tu..hulur duit sekeping dua, minta juruambar datang ambik gambar tonggeng tunggang...konon merekalah yang menderma.

tapi ko notis tak...cuba kalau takdak pru, ada tak mereka nak layan orang yang datang meminta pertolongan...masa tu orang tu teriak tangis buat muka seposen pun, aku rasa susah mereka yang kata mereka hero ini untuk meletakkan sedikit belas simpati..

SM Says:
December 20, 2011 at 12:35 PM

hero ke kalau macam tu? adui, benda-benda macam ni yang hampir meluapkan amarah aku.

reen afny Says:
December 20, 2011 at 1:42 PM

haha nak duit jugak!!! tula. kesian aku tengok makcik yang skit tu. dorang sebenarnya nak amik gambar makcik tu ke atau si penghulur derma??

Lady Windsor Says:
December 20, 2011 at 2:04 PM

ko faham tak maksud hero yg aku tulis tu..its a reverse psikology..

SM Says:
December 20, 2011 at 4:35 PM

ra : tu la akibat orang tak fokus.

LW : hero dalam dunia mereka sendiri.

reen afny Says:
December 20, 2011 at 4:41 PM

apasal pulak. kali ni aku fokus la =.=
dorang saje konon bagi derma dekat makcik tu padahal nak politik. nampak baik la konon buat amal bagai. betul tak?? see fokus kan.. hehe

SM Says:
December 20, 2011 at 4:45 PM

betul, bak kata ex-pemimpin tu. beramal biar dilihat.

reen afny Says:
December 21, 2011 at 3:18 PM

haha beramal biar ditunjuk la... haha