Abra

| Monday, December 12, 2011 | |

Sabtu, 10 Disember 2011. Waktu lebih kurang selepas jam 8:30 malam. Para `pelabur' yang kebiasaannya menjadikan jalan belakang ni sebagai tempat paling sesak berbanding kawasan sekitar sudah semakin berkurangan, mungkin kerana aktiviti pelilauan telah mereka habiskan waktu petangnya.


Brader murtabak dah start kemas barang-barang dengan sengihan manis di bibir menandakan objektif untuk hari tu dah tercapai. Menurut apa yang diberitahu, jualan hari tu amat laris berbanding dua tiga minggu sebelumnya yang mana kemandomannya turut dirasakan oleh kawan aku.


Boring sebab orang dah tak ramai, aku mula mundar-mandir di sekitar. Meneliti telekung, kuih peniaram Alor Setar, susunan nasi campur dan kebab kurang sedap. Kemudian beralih pulak ke lokasi lebih strategik selang satu gerai ke sebelah kiri, aku menyibukkan diri mengacau brader jual mainan budak-budak.


Beberapa minit kemudian, lalu sekumpulan anak muda. Sibuk mengedarkan `penerbang' kepada para `pelabur' yang lalu-lalang. Salah seorang daripada mereka, lelaki dalam lingkungan umur awal 20-an berhenti di depan aku, manakala rakan-rakannya yang lain meneruskan perjalanan ke barat. Perasaan aku bertambah bosan. Lelaki itu masih lagi berdiri di depan aku sambil tangannya sibuk menghulurkan `penerbang' kepada `pelabur' yang sudi memperlahankan langkah tatkala melewati tempat dia berdiri.


Aku mendekatinya. "Apa benda ni?" Sapa aku sambil menunjukkan `penerbang' yang masih tersisa di tangan kanannya.


"Oh, kami dari Mycorps datang nak edarkan flyers ni. Untuk hari ni... bla bla bla..." Terang dia panjang lebar. Aku cuma mengangguk, sesekali menyampuk bertanyakan soalan yang aku kira bukan soalan bodoh untuk menyembunyikan kebodohan tegar aku.


Sepanjang beberapa minit persembangan kami, banyak jugak yang aku tanya pasal aktiviti, dana dan jugak orang-orang yang involve dengan kerja sukarela mereka ni. Dan banyak jugak yang dia `bitau' aku cuma aku malas (aku Melayu, sebab tu la malas) nak cerita berjela-jela kat sini. Dan siapa-siapa yang rajin nak tau lebih banyak, boleh klik kat sini.


Berbalik kepada mamat ni, masih muda. Mempunyai pekerjaan tetap sebagai penjawat awam di Manjung dan memang berasal dari Perak. Berperwatakan sederhana dan senang diajak bersembang. Pendek kata tak rugi la kalau buat laki! Ramah pada tahap tertinggi, dan akan cuba menjawab setiap soalan yang aku tanyakan. Tak kira soalan yang nampak macam bijak atau pun soalan yang terang-terang bodohnya. Satu lagi yang buat aku respek mantul-mantul kat dia adalah komitmen yang dia sanggup bagi untuk aktiviti sukarela macam ni. Cuba bayangkan sepanjang minggu bekerja menjalankan tugas hakiki pada hari biasa, dan kadang-kadang terpaksa memenuhi panggilan tugas sukarela tanpa mengira masa, adalah sesuatu yang amat payah untuk kita sendiri luangkan.


Tapi yang kurang sedapnya bila aku `bitau' umur aku, dia kata umur aku dah melepasi kelayakan maksimum untuk join diorang punya organisasi. Ceh! Takpe, banyak lagi jalan nak buat kebaikan.


Ok, kat bawah ni gambar `penerbang' yang aku simpan dalam poket belakang sepanjang masa sampai la ke rumah.






Sekian entri pasar malam.


*aku harap ejaan nama mamat ni sebagai tajuk entri adalah betul.

35 comments:

Lady Windsor Says:
December 12, 2011 at 11:57 AM

rajinnya ko layan mamat tu..

telor power Says:
December 12, 2011 at 12:10 PM

ko nak keje gomet juga ker

SM Says:
December 12, 2011 at 4:09 PM

LW : orang yang banyak maklumat ni kena rajin didekati.

tp : koje gomen? hahahaa...

Anonymous Says:
December 12, 2011 at 4:14 PM

ok aku kena dekati ko le sebab tau dah ko banyak maklumat kan? kan?

LW

SM Says:
December 12, 2011 at 4:16 PM

aku tak rasa macam tu. sebab aku masih remaja, tak banyak yang aku tau. kau? ya, kau mesti tau banyak perkara. contohnya macamana nak buat pasta terbaik seantero nusantara.

Lady Windsor Says:
December 12, 2011 at 4:58 PM

warghahahah...statement tak bajet langsung....weii aku masak style campak macam main teng teng la...yg penting, tekak aku suka...so aku bantai! oh ya aku baru teringat ko baru 13 tahun...dah sunat ke belum? hik!

SM Says:
December 13, 2011 at 1:21 AM

LW : aku puji la. aku ni kalau puji lain macam sikit. kau kena bangga beb.

Lady Windsor Says:
December 13, 2011 at 3:16 AM

Puji ek?? Drooling eyes...hihi

reen afny Says:
December 13, 2011 at 12:19 PM

haha aku ingat abra tu apa...
ooh aku pernah tengok mycrops ni. selalu ada kan tv1 kan. pasal golongan muda nak cipta robot. kot =.=

SM Says:
December 13, 2011 at 1:34 PM

LW : macamana cara aku puji. ok tak?

ra : hasil persembangan kami, mycorps ni luas skopnya. ada juga libatkan diri dalam kerja-kerja amal macam aktiviti dengan badan kebajikan lain, membantu mangsa bencana bla bla bla... oh, famous rupanya mycorps ni. aku mana tau, jarang sangat tekan 101.

NenetPenne (NP) Says:
December 13, 2011 at 2:33 PM

aku nak mintak tolong sikit ni
boleh tak kau bagitau adele kau tu supaya jangan diva dan demand sangat
aku dengar citer dia dah semakin mendivakan diri dah..
orang kata diva2 ni tak elok, nanti karier merundum...

sayup2 aku dengar ada jejaka botak jerit sambil kipas2 kayu warant dia
'oi oi, minah skirt pendek tu..masuk barissss laaaaa.... huh sib baik sorang jer, kalau datang kawan dia sorang lagi, lagi rabak barisan.'

SM Says:
December 13, 2011 at 3:05 PM

aik, adele sayang aku takde kena mengena dalam ini cerita la. nanti aku pujuk dia jangan diva sangat, cukup la dia menjadi diva di hati aku je.

Lady Windsor Says:
December 13, 2011 at 3:14 PM

SM: a ahh SM, ko tolong bitau Adele ko tu, jangan nak diva dengan kita orang kat sini, kalu dia diva nanti kita pakat2 boikot konsert dia..tak pun kalu dia diva sangat lagi nanti dia kena tonsil tekak terus nyanyi dalam jamban je la..

NP: Jom..belasah mana2 yang patut...i dah lama tak pukul orang...

SM lagi: ok la teknik puji-pujian ko tu..pehh!

SM Says:
December 13, 2011 at 3:20 PM

sila beri perhatian, dilarang sesiapa pun mendoakan yang tak baik terhadap wanita bernama adele ini kalau tak mahu merasai pengalaman disambar petir ketika panas terik di dalam ruang pejabat. naaahahaha!

Lady Windsor Says:
December 13, 2011 at 3:47 PM

adele tu sapa eh?

SM Says:
December 14, 2011 at 7:47 AM

ha, takut pun. terus buat-buat tak kenal. kau tau kenapa NP senyap? sebab dia takut...

Lady Windsor Says:
December 14, 2011 at 7:54 AM

Elehhh...dia senyap sebab dia sibuk aarr...



NP! Mana u..! Cepat kuar...SM nak tunjuk geraham tu...

SM Says:
December 14, 2011 at 9:42 AM

baru sebut adele dah gelabah taik kuda. hahahaa...!

reen afny Says:
December 14, 2011 at 9:45 AM

haha siot je. bapak aku suka bukak tv1. huhu yeke ada buat kerja amal. aku teringin jugak nak join jadi volunteer ni. macam mana nak join??

SM Says:
December 14, 2011 at 10:00 AM

ha, kau geledah la laman web diorang. aku tak sempat mintak nombor mamat tu. lagi pun dia kata aku dah terlalu tua nak join.

reen afny Says:
December 14, 2011 at 10:03 AM

haha yeke... adehh. okayy nanti la aku godek. hehe

NenetPenne (NP) Says:
December 14, 2011 at 10:05 AM

@SM
excuse me
EXCUSE ME me me me me!!!!(bergema)
siapa kata i takut tadi?? siapa???
mana aku takut wey..
aku sibuk laaaaaaa

kang aku dah cakap, aku memang suka keluar baris...

@LW
i ada nih.... i ada... hikssss

SM Says:
December 14, 2011 at 10:09 AM

ra : silakan...

NP : ALAMAK...

Lady Windsor Says:
December 14, 2011 at 5:53 PM

SM, kan aku dah kata dia sibuk..padan muka ko..bluekkk!

SM Says:
December 15, 2011 at 8:01 AM

buat-buat sibuk je tu. sebab takut!

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 9:02 AM

ko baik erase cepat post ko tu...dia nampak karang hangen satu badan..hahaha

SM Says:
December 15, 2011 at 10:08 AM

takpe, dia tengah sibuk. tak sempat tengok. dia tu berani buat-buat je. naaahahaha!

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 11:10 AM

Ko x sayang mulut...nanti dia cili ko...

SM Says:
December 15, 2011 at 11:12 AM

kau ingat aku takut? kalau takut pun, buat-buat je...

NenetPenne (NP) Says:
December 15, 2011 at 3:30 PM

wah wah wah...
kemain kau yer SM
yelah aku tak sibuk
kau sorang jer sibuk kat dunia ni...

SM Says:
December 15, 2011 at 5:31 PM

alamak, gangster estet dah mai!

Lady Windsor Says:
December 15, 2011 at 8:28 PM

kan aku dah cakap...hambek ko SM!


pssttt..NP, dia kutuk kita gengster estet, apa dia ingat kita koman...jumpa kat simpang tiga sana ya..kita tunggu dia...dia ingat kita gengster cap ayam!

SM Says:
December 16, 2011 at 7:54 AM

nampak tu, biasa gangster estet je tunggu kat simpang dengan stick hoki. naaahahaha!

Lady Windsor Says:
December 16, 2011 at 1:08 PM

stick hoki? ke stick choki-choki yg gula2 mat sentul...aku jumpa dia kat simpang 3, nak syncronize and set koordinat..ko tau tak macam bazooka?

SM Says:
December 16, 2011 at 2:54 PM

set coordinate? sistem coordinate apa yang kau guna? WGS, geodetik atau MRT?