Tahniah!

| Monday, November 21, 2011 | |

Final Bolasepak Sukan Sea
Malaysia 1 - 1 Indonesia
(4) pen (3)

ok, aku ucapkan tahniah kat diorang ni sebab dah berjaya pertahankan kejuaraan dan ajar supporters garuda yang kurang ajar. hujung babak kedua, aku sangat-sangat tak puas hati, mujur ada durian brader rumah sebelah bagi petang tadi. dapat jugak layan barang sebiji.


seperti yang aku jangka jugak, kapten harimau muda baddrol bahtiar memang boleh harap berbanding si bebal ahmad fakri saarani.


entri ini ditulis sebaik tamat perlawanan, sambil dihiasi dengan bunyi mercun dari jiran selang dua jalan kat belakang sana. mesti belen deepavali hari tu punya.


sekian dengan ucapan semoga kalian selesa berhimpit-himpit dalam baracuda...

28 comments:

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 12:31 AM

Aku dah hagak, musti ko tekun je membaca mukasurat bola kat telebesen. Dan aku dah hagak juga, habes membaca ko akan buat karangan berbau air tebu ais dan eskrem tapai pulut sebab Kolumpo menang kan? Kan? Kalu kalah tentunya karangan review ko macam tauge busuk atau macam telur tembelang pecah tepi rebam ayam dekat semak kan....

SM Says:
November 22, 2011 at 7:45 AM

dah menang tu, aku puji sebagai penghargaan. tapi siapa yang main macam kena kurap kat celah kangkang tu, elok je aku maki walau pun menang. aku takkan suka-suka puji atau keji mana-mana player tanpa sebab.

reen afny Says:
November 22, 2011 at 8:26 AM

haha weh, fakri saarani tu buka botak ke?? haha tula pasal dia suka tendang bola kemana ntah kan. aku rasa kaki dia tak bedung kot. huhu

Anonymous Says:
November 22, 2011 at 9:16 AM

SM..yerp..aku tau sangat pendirian ko...keep up beb!

LW

Fara Says:
November 22, 2011 at 9:23 AM

Aku terlambat komen entri ko!

SM Says:
November 22, 2011 at 10:03 AM

ra : tu bukan botak yang dibuat dengan ikhlas, sebab tu hasilnya ke gaung! pelik. kawan aku cakap, masa main kat paroi hari tu, habis dia kena boo dengan supporters nogori sampai la bawak keluar. tapi dapat pulak main harimau muda. apa, pak long dia orang kuat FAM kot.

LW : ok la kan, apa nak sembunyi-sembuniy. kalau tak puas hati, aku bambu je. aku ni bukannya wartawan yang dibayar gaji setiap bulan, yang perlu menulis supaya sedap dibaca semua orang dengan kata puji-pujian tak tentu arah. kalau aku tersilap, aku sedia minta maaf.

MF : kau tak pernah terlambat.

reen afny Says:
November 22, 2011 at 10:09 AM

haha tahu takpe.. eh yeke, kesian nya. da tu tendang bola asyik tak masuk je. siapa tak booo... kalau botak SM maen bola, agak2 hebat tak?? haha

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 10:29 AM
This comment has been removed by the author.
SM Says:
November 22, 2011 at 10:30 AM

aku lebih suka jadi pengkritik, boleh bambu siapa-siapa yang aku rasa main macam anak haram.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 10:31 AM

ko ingat wartawan suka suki je ke puji..yes i admit some of them did it, but not all. Its unfair to say that "... wartawan yang dibayar gaji setiap bulan, yang perlu menulis supaya sedap dibaca semua orang dengan kata puji-pujian tak tentu arah..." bukan semua tau! Tak baik ko buat tuduhan melulu...ada juga wartawan yg menulis dengan mata pena kerana membuat laporan base on a true experience...

Ahh abaikan, aku bukan sapa2 pun...ini behlog hengkau, so hengkau behbas nak taip haper...sorry bebeh!

Haaa...see, aku ni pantang dipuji...dah kuar baris pun,..heppp!

SM Says:
November 22, 2011 at 10:34 AM

LW:

MAAF, kali ni aku terlupa gunakan perkataan `kebanyakan' tu.

aku ulangi: "aku ni bukannya macam kebanyakan wartawan yang dibayar gaji setiap bulan, yang perlu menulis supaya sedap dibaca semua orang dengan kata puji-pujian tak tentu arah." maaf.

sekali lagi, aku puji mana-mana perkara yang aku rasa patut dipuji, dan mungkin akan maki sekuat hati untuk perkara yang macam bedebah keadaannya.

MAAF.

ohya, kau belum keluar baris lagi beb. masih relevan.

reen afny Says:
November 22, 2011 at 10:37 AM

haha tahu takpe... tapi best apa dorang maen game semalam kan. banyak kali buat darah aku berderau... kecut perut tengok bola semalam. haha

SM Says:
November 22, 2011 at 11:05 AM

ada satu kes yang aku percaya adalah kisah benar yang telah diceritakan kepada aku, hampir berlaku pergaduhan sesama kita akibat terlalu teruja menonton. lokasi sri damansara.

reen afny Says:
November 22, 2011 at 11:26 AM

yeke.. team international maen kot. bukan harimau malaya kan. da sokong team laen2 memang la gaduh...

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 11:28 AM

SM,
* accepted...
* buat le entry kat sri damansara tu, mai kita tengok ada tak yg nak bergaduh bila baca entry ko tu..

SM Says:
November 22, 2011 at 11:38 AM

ra:
bukan, ni berlaku malam tadi. nasib baik tak kena hempuk brader tu. bising punya pasal. kalau tak nak bising, jangan lepak mamak.

LW:
*terima kasih.
*tak reti la wei, sebab aku takde kat situ. time tu aku tengah sedap baring depan tv sambil silang kaki. orang botak macam aku ni selalunya pendamai la beb, tak suka gaduh-gaduh. tak gitu?

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 11:56 AM

Owh ok, pendamai eh? Apakah??

SM Says:
November 22, 2011 at 12:04 PM

hahahaa... pendamai yang hatinya bertaman. boleh?

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 12:16 PM

Hahahaha....taman apa ko? Taman bunga kan..bunga apa?

reen afny Says:
November 22, 2011 at 12:25 PM

haha yeke.. kalau tengok kat mamak memang camtu. terlebih excited bila jerit lebih2 lagi time masuk goal. haha bole dapat heart attack serta merta..

SM Says:
November 22, 2011 at 1:15 PM

LW: taman astakona. eh, astakona tu apa?

ra: tu la, entah mana punya jantan yang tiba-tiba naik angin pulak. rilek la kan, dah nama pun tengok bola. final pulak tu, malaysia pulak pulak pulak tu...

reen afny Says:
November 22, 2011 at 1:54 PM

tahu takpe. tengok kat kedai mamak pulak tu... (sambung ayat kau)
standard la kecoh. kalau taknak bising di tinggal kat hutan la..

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 2:57 PM

Taman astakona: taman bersegi lapan...kecuali kalu ko sebut taman damai2 astakona...haa yg ni refer kepada taman untuk istirehat yang dihasilkan dalam bentuk berbucu delapan dan ia lazimnya adalah taman untuk pameran...

SM Says:
November 22, 2011 at 3:44 PM

berasal dari bahasa apa pulak ni? sanskrit? kau ni boleh jadi ensiklopedia berkaki aku la.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 4:00 PM

Bahasa Melayu Klasik, ada disebut dalam Hikayat Malim Deman, taman damai2 astakona...

SM Says:
November 22, 2011 at 4:05 PM

terima kasih atas info. ohye, bahasa melayu klasik pun sangat berkait rapat dengan bahasa sanskrit kalau tak silap aku. sampai sekarang masih lagi terdapat perkataan yang sebenarnya dari pinjaman bahasa sanskrit. antaranya, entah aku lupa. tolong aku boleh?

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 7:32 PM

Nanti aku cek dengan munsyi Dewan...

SM Says:
November 22, 2011 at 10:48 PM

segerakan, ini ehwal kenegaraan...