Statistik Plastik

| Friday, November 25, 2011 | |

Petang tadi, lebih kurang waktu maghrib. Macam biasa kalau aku tengah drive time-time macam tu, aku lebih suka dengar Bernama Radio, sembang kerusi panas yang biasanya akan dikendalikan oleh dj Rina atau Zul. Isunya adalah, `anak tidak sah taraf'...


Semua kita tahu apa tu yang dikategorikan sebagai `anak tidak sah taraf', sama ada dari segi perundangan sivil (sewel?) di Malaysia atau dari sudut hukum syara'. Jadi tak perlu aku nak cerita, sebab aku bukan reti sangat nak cerita benda-benda macam ni. Nak tau sangat, cari sendiri pakar rujuk. Jangan jadi pemalas macam aku.


Apa yang aku nak persoalkan kat sini adalah kenyataan tetamu jemputan dalam program tu iaitu Datuk Heng Seai Kie; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika menerangkan statistik jumlah `anak tidak sah taraf' di Malaysia. Beliau dengan selamba mengatakan yang peratusan jumlah (rujuk graf anggaran aku) mereka di Malaysia adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. What the hell...?




Kenapa perlu dia membuat perbandingan dengan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih 27 juta orang tu? Memang la sedikit, dan boleh la dia bercakap dengan nada agak bangga. Tapi kalau dilihat secara individu, jumlah 50 ribu (sedikit penurunan pada tahun 2010 berbanding 2009) tu memang banyak walau pun kemudiannya dia memberitahu faktor-faktor yang menyumbang kepada jumlah `kecil' ni.


Dan, yang menjadi faktor utama pada dia (atau bahagian statistik kementeriannya) adalah perkahwinan yang tidak didaftarkan oleh kerana ibu bapa adalah dari kalangan orang asli atau peribumi Sabah/Sarawak. What the hell again...?


Itulah akibatnya kalau perkara yang membabitkan akhlak dipandang seolah-olah perkara itu hanya nombor semata-mata.






Dan, aku sangat bersetuju dengan pendapat seorang caller kemudiannya. Dia mengkritik kenyataan Datuk Heng Seai Kie yang sebelumnya. Prihatin pulak mamat ni, selain dia ada bagi pendapat yang aku dah lupa apa dia.


Dan lagi, akhirnya aku memuji Timbalan Menteri ni yang kemudiannya meminta maaf atas kenyataannya itu.


Sekian entri tak berilmiah...

18 comments:

blu4sky Says:
November 25, 2011 at 7:59 AM

statement cover line... standard lerr tu it happens anywhere..

Lady Windsor Says:
November 25, 2011 at 8:06 AM

Dia orang ni kadang2 suka suki mulut je sebut..tai logic pn ada...

Fara Says:
November 25, 2011 at 8:36 AM

Aku tak phm...ko emosi sbb dia suka-suka cakap ke atau pe yg sbnrnya?

Lady Windsor Says:
November 25, 2011 at 10:03 AM

Alamak, typo erro...aku nak taip tak logic ya...bukan taip perkataan lain...sorry tuan punya blog!

SM Says:
November 25, 2011 at 2:25 PM

blu : dia sebagai orang besar perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

LW : sebab tu aku suka dengar Bernama Radio 24, bukan setakat pengendalinya yang baik, tapi caller diorang pun bagus jugak. bukannya jenis yang nak mengurat dj macam stesen radio lain. muntah aku!

MF : aku tak suka sebab dia menganggap masalah moral ni cuma dianggap sebagai nombor biasa, yang boleh distatistikkan... lagi pun aku sejak akhir-akhir ni memang emosi sikit. hahahaa...!

LW : hahahaa... aku dah ingatkan kau nak taip apa la tadi. tula, kau ni teruja sangat nak komen. naahahahaa..!

Fara Says:
November 25, 2011 at 3:35 PM

...ah, ko pun jenis emosick gak. Makcik tu memekak sblah pun ko dah nak bagi penampo!

=|

SM Says:
November 25, 2011 at 4:04 PM

pemekakannya tersangat mengganggu kerja aku, harus ditampar supaya diam sampai bila-bila. eh, apa kaitan makcik tu dengan entri aku ni?

Lady Windsor Says:
November 25, 2011 at 4:53 PM

aku pagi2 kalu dengar radio, aku pilih sinar FM (radio yg ko kata DJ sibuk nak mengorat tu ke?) sebab aku nak dengar elemen joke semasa memandu...dah lah kapla otak aku berat, dengan segala bagai traffic, pemandu kiasu, pemandu harakiri, pemandu but%&, jadi aku kena ketawa2 dan menyanyi dalam keta walopon sensorang...aku peduli apa kalu ada driver lain tengok..aku dalam kawasan aku...so..no emo2 aarr tuan beloh, nanti kalau emo kena sihir jadi burung emu! kena tak dengan topik ko ni?

NenetPenne (NP) Says:
November 25, 2011 at 5:06 PM

nanti senang aku baca
sekarang aku tak senang
bila tak senang
baca pun tak masuk otak.

Lady Windsor Says:
November 25, 2011 at 9:00 PM

NP, heppp u p baca buku....hihi


Word verification: culnubm...?? Pelik aarrrr..

SM Says:
November 25, 2011 at 9:04 PM

LW :

kita ada citarasa masing-masing, yang mana berbeza mengikut keperluan dan keadaan. aku jenis yang jarang dengar radio. kadang-kadang aku dengar jugak abang jem dan kak engku punya omelan. atau pun stesen radio lain yang entah apa-apa, tapi tak bertahan lama, kecuali yang satu ni.

aku buat-buat emosi la... (pandang MF)

kalau nak sihir, baik sihir aku jadi pinggan kat hotel 5 binatang. tiap-tiap hari boleh `merasa' macam-macam jenis makanan yang tak mampu beli.


NP:

aik, lalu je? rindu kat aku la tu. naaahahahaa..!

SM Says:
November 25, 2011 at 9:05 PM

LW : eh, kau dah addict dengan word verification ke?

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 12:10 AM

Apa??? Addict dgn word verification? Tak de maknanya...

SM Says:
November 26, 2011 at 12:33 AM

LW : ah, tak nak mengaku...! naaahahahaa...!

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 3:02 AM

Aku saja bagi moral support kat ko since ko buat entry aku kena jackpot kan..takkan dah lupa beb! Plastic!

SM Says:
November 26, 2011 at 6:57 AM

moral support la sangat. tapi memang jackpot pun. dalam banyak perkataan, perkataan tu jugak yang naik.

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 8:17 AM

Ko yg kena jackpot sebenarnya, bukan aku!

SM Says:
November 26, 2011 at 9:27 PM

sana-sama la, abis cerita. tak payah berebut...