Simbol Keangkuhan Manusia

| Wednesday, November 16, 2011 | |
Dikatakan sebagai binaan yang temaju di zamannya. Dipenuhi dengan segala macam kemewahan dunia, semua yang ada di dalam istana di darat, boleh dinikmati di sini. Dengan segala kelengkapan mekanikal, kecanggihan sistem perhubungan dan kepakaran kru-kru kapal, HMS Titanic adalah lambang kemegahan dan penguasaan manusia di laut.

Tapi diorang lupa, keangkuhan itulah yang sebenarnya membawa mereka kepada satu tragedi yang dingati sepanjang zaman. Lepas aku tengok (tonton) dokumentari ni kat History Channel, baru la aku tau yang bukan sebab iceberg je buatkan kapal bapak canggih ni boleh tenggelam, tapi:

*kualiti rivet - Sebahagian rivet yang digunakan untuk mencantumkan plat-plat badan kapal adalah daripada campuran jenis tempaan  yang mana, rivet jenis ni mempunyai keupayaan menahan tekanan yang sangat lemah.

*kekuatan sisi kapal - Dikatakan kapal ini mampu berlayar selama beberapa hari lagi walau pun setelah melanggar ketulan ais. Mereka terlupa bahawa perlanggaran tu tak semestinya secara berdepan, tapi boleh juga menghentam bahagian sisi kapal. Kekuatan bahagian sisi Titanic sangat lemah dan kerosakan yang berlaku seolah-oleh bukaan zip.

*kesibukan melayan pesanan - Operator wireless yang bertugas pada syif tu terlalu sibuk melayan pesanan penumpang kelas atasan sehingga tidak mengendahkan beberapa amaran yang diberikan oleh kapal-kapal berhampiran.

*bot keselamatan - Ada satu ayat bikin panas hati pasal safety boat ni, 'Penumpang tidak membayar untuk melihat bot keselamatan". Sebab tu la jumlah bot tak dapat menampung keseluruhan penumpang.

Sekian...

(aku ada banyak kerja nak setel hari ni, tapi terasa nak up entri pulak)

15 comments:

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 12:22 PM

Aku tau knapa ko nak up entry ni walopon ko sibuk...

reen afny Says:
November 16, 2011 at 12:33 PM

haha bole pulak tak bayar.
bayar utk naek cruise mampu, takkan nak bayar utk naek bot keselamatan buat2 lupa kot. haha

SM Says:
November 16, 2011 at 1:00 PM

LW: kenapa?

ra: maksudnya bukan bayar untuk naik bot keselamatan, tapi penumpang yang aboard tu bayar mahal-mahal adalah sebab mereka yakin kapal yang mereka naik tu takkan karam walau macamana pun. jadi apa guna ada bot keselematan banyak kalau tak boleh karam. that's the point.

Fara Says:
November 16, 2011 at 2:04 PM

Wahhhhhhhhh! Umah baru siot! Hiks~

SM Says:
November 16, 2011 at 2:12 PM

jemput masuk, hangan malu-malu...

reen afny Says:
November 16, 2011 at 3:41 PM

huhu betul2.. tula org kaya, dorg bayar mahal2 utk safety dan guarantee sgt la yg dorg akan selamat. tak fikir posibility yg bot tu akan karam kan.

SM Says:
November 16, 2011 at 4:47 PM

keangkuhan yang memakan diri dalam cara yang menyayat hati. tapi malangnya tak ramai yang ambik iktibar. makin tinggi bangunan dibina, makin panjang jambatan dibuat merentas laut, makin besar pesawat udara diterbangkan; berbekalkan keyakinan itu adalah simbol kemajuan teknologi. tapi kadang-kala lupa yang setiap rekaan manusia akan dijanjikan dengan kecacatan. eh, terceramah pulak...!

reen afny Says:
November 16, 2011 at 5:20 PM

sedar pun! ingat nak buat huraian panjang lebar tadi. baru nak catit.. haha
tahu takpe. even posibiliti 0.1% tula kadang2 mencacatkan segalanya.. aceceh

SM Says:
November 16, 2011 at 5:37 PM

seratus tahun kemudian, bila buat siasatan forensik, baru la diorang sedar yang kapal tu mempunyai kecacatan dan bakal karam sebaik hari pertama siap.

ironinya?

reen afny Says:
November 16, 2011 at 10:13 PM

haaa yeke.. tak tahu pulak. so, kena prepare utk apa2 kemungkinan yg akan berlaku. huhu
dan tak semua yg mahal dan bagus itu sempurna. kan?

SM Says:
November 17, 2011 at 1:51 AM

ya, selagi ia objek rekaan manusia...

NenetPenne (NP) Says:
November 17, 2011 at 9:52 AM

orang kaya mestilah diberi layanan first class...

SM Says:
November 18, 2011 at 4:36 PM

walau pun dah dekat nak mati?

NenetPenne (NP) Says:
November 18, 2011 at 5:00 PM

@SM
harus..adat dunia...

SM Says:
November 18, 2011 at 5:07 PM

tak sedar lagi la tu, esok dalam neraka sama je...