Pandangan Koyak

| Wednesday, November 30, 2011 | |

Ting...!
Pintu terbuka.

Dua orang perempuan hampir baya aku keluar.
Tangan menjinjing bungkusan makanan.
Ruang kosong.
Aku masuk.
Dia masuk.
Aku tekan butang.
Dia diam.
Aku tengok dia.
Dia tengok aku balik.
Aku senyum.
Dia sengih kat aku balik.
Berapa? Aku tanya.
Tiga Belas. Dia jawab.
Aku pandang depan.

Finishing dinding sangat licin.
Sangat berkilat.
Mungkin rajin dicuci cleaner.

Cuma kami berdua.
Aku lelaki.
Dia juga lelaki.
Aku berusia.
Dia juga berusia.
Mungkin kurang sedikit.
Atau mungkin rupa yang melebihi usia sebenar.
Apa aku peduli.
Aku berdiri membelakangkan dia.
Tangan kanan seluk kocek.
Genggam kunci motor dan thumb drive.
Tangan kiri garu hidung.
Tak jadi nak korek.
Sebab ada pemerhati di belakang.
Tangan kiri ikut seluk kocek.
Genggam duit syiling.
Baki beli chewing gum.

Aku perasan.
Tapi dia tak perasan apa yang aku perasan.
Kepala aku pandang ke depan.
Tepat merenung imej yang direflek dari dinding.
Pun dia tak perasan aku merenung.
Aku nampak dia tak memutuskan sengihan.
Mungkin dia tak sedar.
Sengihan dia tak pernah putus.

Mata aku tetap ke depan untuk saat ke-sebelas.
Mata dia tetap ke arah yang sama.
Sejak saat ke-enam.
Saat sejak kami bersatu dalam satu ruang.

Ting...!
Pintu terbuka.
Aku melangkah.
Dia menganjak ke depan.
Aku keluar.
Dia kekal di kedudukan.
Langkah ke-tiga, aku berpaling.
Aku tengok dia.
Dia tengok aku balik.
Aku senyum.
Dia teruskan sengih dari tadi.
Aku angkat kening.
Dia angkat kening.
Aku tunggu pintu tutup.
Dia kembali menatap tempat tadi.

Plap...
Pintu tertutup rapat.
Dia hilang.
Selamat jalan lelaki baghero!



Aku dah agak, mesti mamat ni usha koyak kat baju aku. Aku tau la kau pakai baju mahal, John Master. Master tengkorak kau!

33 comments:

Fara Says:
November 30, 2011 at 4:55 PM

Gambar baju ko ke tu? Aku konpius. Nampak mcm sofa je...

Mana ko tau die pakai baju John Master? Mahal ke John Master tu? Wakakakak!

SM Says:
November 30, 2011 at 4:59 PM

cilakak, kau kata baju aku macam sarung sofa? choy...!

mana tak kenal kalau pakai keMEJA putih logo coklat. sekali imbas dah perasan. binawe! berlagak punya umat.

Fara Says:
November 30, 2011 at 5:10 PM

Hahahahah!

Ko je yg terasa kot? Maybe die nak tny ko,

NAPE BAJU KOYAK BRO?

Aku pun nak tanye, baju tu koyak dah lama ke? Atau baru je koyak?

Sorry, berpinar pandangan mata aku tgk betul ke baju ko tu? Huhuhuhu!

SM Says:
November 30, 2011 at 5:23 PM

dah lama, baju kesayangan aku ni weh. dia la yang menghangatkan badan aku pagi-pagi buta.

aku rasa dalam hati dia "serabai betul mamat ni". sebab tu dia sengih. kalau nak tanya kenapa, mesti dia tak sengih, tapi senyum manja.

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 5:32 PM

Apa ke jadah lelaki nak senyum manja pada lelaki beb, kecuali dia syok kat ngko....wakakaka...mungkinkah???

SM Says:
November 30, 2011 at 5:36 PM

kalau dia agak mungkin berdasarkan perwatakan ala sutunnya tu. cis, kau!

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 5:45 PM

Hahaha...dia nampak ko over macho dengan wajah botak ko tu..tu pasai la dia usha sengeh memanjang....bhahahaha....geli hati aku....tak sangka le beb ko ada peminat sejenis..ini baru ya aa awww!

Fara Says:
November 30, 2011 at 5:46 PM

Hahahah! Malangnya kak LW, brader tu sengih sinis. Klu senyum manja pun kak, kua entri emosi gak si SM nie. Emosi diminati kaum sejenis! Kuang! Kuang! Kuang! SM kan emosi orgnya. Sket2 nak emo..sket2 nak emo!

=p

SM Says:
November 30, 2011 at 5:50 PM

LW : jadi, apakah aku patut beli baju lain? tak patut... beli john master? lagi tak patut... mamat tu yang patut beli otak lain. lain kali jangan pandang orang macam paiseh sangat.

MF : aku emosi bertempat la beb.

Anonymous Says:
November 30, 2011 at 6:08 PM

Permulaan cite tu gua da bygkan yg lu masuk rumah pelacuran..tp bile tye brp,die sebut 13..gua konpius..xkan umur 13 @ murahnye, 13 rgt..skali dalam lif daa..syukur telahan serong gua kt lu xbtul..hahahaha

_Kamen_

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 7:20 PM

SM masuk rumah pelacuran...hahahahaha kelas la bajet ko Kamen...tak agak langsung.... Apa apa pun, memang lawak!

Word verification: SMtenisc... SM + tenis = C..bhahahaha!

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 7:52 PM

SM, ko tak payah beli baju lain...baju ni lagi lama lagi sedap pakai..lagi lunyai..lagiii sedappppp pakaiiii....

MF, memang SM ada peminat songsang...hikhikhik!

SM Says:
November 30, 2011 at 9:41 PM

kamen : cilakak! lu ingat muka spastik gua ni sinonim ke masuk tempat macam tu. kalau masuk kelas ceramah MLM tu ok lagi la. choy!

LW : gila kau! boleh pulak makcik `pelacur' dua orang tu keluar bawak nasi bungkus. nak ke mana?

LW lagi : aku kalau pakai barang, mesti sampai lunyai. kasut sampai haus tapak. tak beli baru, tapi tukar tapak je. bau kedai tak sedap. bau sendiri lagi aromatik! tak percaya, tanya adele...

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 10:14 PM

Gila kau...ko ingat makcik pelacur tu makan pasir..penat2 main, maksud aku main mahjong ka..musti cari nasi la beb..sebab tu dia pigi beli itu bungkusan...

Errr kalu tanya Adele, musti dia cakap muntah kedarah atau muntah hijau..sebab tu dia buat pembedahan tonsil bulan lepas sampai kensel le konsert jelajah eropah dia...hahahaha!

SM Says:
November 30, 2011 at 10:24 PM

masalahnya, aku masuk bangunan kerajaan. takkan pemerintah kita nak sewakan premis dia untuk aktiviti tu kot.

kau buat aku sedih. takpe, kalau bedah buasir pun, dia tetap pandu aku gila...

Lady Windsor Says:
December 1, 2011 at 1:41 AM

Apa pulak aku buat ko sedih, dia bedah tonsil, dia pandu ko gila, ko sedey, aku pulak salah? Kalu gini mamak kacang putih lagi sedey itu macam kalu ko suruh dia jual kacang kuda!

SM Says:
December 1, 2011 at 10:20 AM

ah, kau la yang ingatkan aku pasal apa...

Lady Windsor Says:
December 1, 2011 at 10:39 AM

tsk! aku tak de kena mengena...ko saja nak ingat dia..haper aku pulak? motif?

SM Says:
December 1, 2011 at 12:43 PM

NP takde, time ni la kau jadi sasaran serangan dalam perang saraf...

reen afny Says:
December 1, 2011 at 1:20 PM

aku ingat gambar seluar koyak tadi... haha
ntah2 die tersengih sebap nak berkenalan dengan kau kot.. =.=

Lady Windsor Says:
December 1, 2011 at 2:30 PM

Perang saraf la sangat...Ada aku kesah..bluerrkkk!

SM Says:
December 1, 2011 at 3:00 PM

ra : nak kenal aku takde hal. tapi aku bukan lelaki jambu k-pop kalau nak lebih-lebih.

LW : kau time NP ada boleh la berlagak. naahahahaaa!

reen afny Says:
December 1, 2011 at 3:04 PM

hahaha geli aku k-pop. tak minat, reject... tak paham satu patah perkataan pun yang dorang nyanyi. aku pelik perempuan2 gilai dorang asal eh???

SM Says:
December 1, 2011 at 4:21 PM

aku yang patut tanya kau. mungkin jawapan kita tak sama. kenapa ek?

Lady Windsor Says:
December 1, 2011 at 4:54 PM

NP ada ke, x dak ke...kalu aku nak berlagak anytime...bukan aku pakai jari dia pun nak taip kat keyboard nak posting kat kawasan ko...aku pedulik apa....except kalu ko blacklist aku...aku pun bye-bye!

SM Says:
December 1, 2011 at 6:00 PM

buat-buat garang nampak...

Lady Windsor Says:
December 1, 2011 at 8:32 PM

garang? mana der...

SM Says:
December 1, 2011 at 8:49 PM

ha, tau takut. mana NP? mana? mana?

Lady Windsor Says:
December 1, 2011 at 8:57 PM

eh...apa pulak NP nya..oo ko takut eh...mentang2lah aku sensorang...saja nak tunjuk geraham bongsu eh...

reen afny Says:
December 4, 2011 at 9:34 PM

mana aku tahu.. sebap cute2 la style dorang kot? tapi aku tak minat la..

SM Says:
December 4, 2011 at 11:30 PM

LW : gigi aku rongak la...

ra : ya, aku dah dapat jawapan. comel pada pandangan mata sebahagian perempuan. perempuan sekarang memilih lelaki jambu dan comel sebagai idola. apakah mereka juga cenderung kepada cara hidup songsang?

reen afny Says:
December 6, 2011 at 10:57 AM

songsang menda pulak?? huhu aku pun tak tahu la.. kalau aku pilih lelaki yang mampu bagi aku kesenangan. hahahaha
senang pada mata, senang pada keselesaan hidup takde tak best la.. huhu

SM Says:
December 6, 2011 at 3:44 PM

ceh, dasar!