Lilin : Selamat Hari Guru

| Sunday, November 13, 2011 | |
Assalamu alaikum.

Dah masuk hujung-hujung tahun ni, selain daripada ramai orang yang menimang menantu, majlis konvo adalah antara acara yang biasa kita dengar. Sama-ada anak jiran selang dua buah rumah sebelah kiri, anak buah atau pun anak sendiri. Dan pagi tadi aku tergerak untuk tidak bergelar `pemalas hari sabtu' buat pertama kali dalam beberapa minggu ni. Hasilnya, aku berjaya meletakkan diri aku dalam dewan Kelab Komuniti Cyberjaya semata-mata nak tolong memeriahkan majlis konvo anak buah aku.

Choy! Bukan la maknanya kalau aku tak pergi, majlis tu suram tak bermaya macam bertukar jadi majlis kenduri arwah pulak. Tapi meriah pada anak buah aku yang sulung, sebab budak ni adalah yang paling rapat antara tiga puluh dua (rasanya tak perlu kot aku bagitau jumlah yang tepat cucu mak aku) orang anak buah yang aku ada. Dan sepanjang majlis tu, aku lebih banyak bersandar kat tiang memerhatikan budak-budak kecil menari ikut tempo sesuka hati bapak diorang.

Lantak la, janji korang tetap comel. Esok dah besar orang tak panggil "ala, cutenya..." lagi dah, tapi orang akan panggil "oi gemuk!"

Dalam majlis konvo ni, anak buah aku (lelaki : sulung) berumur enam tahun dapat anugerah berupa piala kecil cap ayam Genius Reader untuk kebolehan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik dan satu lagi untuk sijil penghargaan untuk kecemerlangan membaca dalam bahasa Melayu pulak (kepala hotak berjambul aku lupa nama award ni). Manakala adik dia (perempuan) yang lima tahun cuma masuk acara menari je. Ok la tu, ada setahun lagi nak revenge kat si along tu, nanti uncle bagi latihan komprehensif ala tentera. Mesti tahun dapat anugerah pelajar paling cemerlang.

Seronok tengok perangai budak-budak kat situ. Ada yang buat muka blur atas stage, ada yang tergedik-gedik tapi tetap comel atas sebab dia memegang status kanak-kanak, bukannya si tua bangka pengunjung kelab dangdut, ada jugak yang buat hal sendiri atas stage.

Dan satu lagi perkara yang membuatkan aku nak up entri ni adalah, satu perkataan : guru. Aku sekeluarga adalah antara yang terakhir balik sebab nak rembat belon untuk askar-askar muda ni, dapat diperhatikan satu riak kepuasan kat muka cikgu-cikgu genit (dan ada seorang tu berpotongan Adele, tergoda aku!) tu sebaik acara tamat dengan lancarnya. Cuma, pada wajah mereka masih ada satu tanda tanya tentang masa depan anak-anak kecil ni.

Adakah antara mereka ni yang mampu menjadi nama besar yang dikenali serata dunia? Atau mungkin ada antara mereka ni yang berjaya menemui cara untuk memecahkan rahsia antara ruang dimensi hingga mampu membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas yang lebih maju? Atau terdapat seseorang yang bakal menduduki senarai lima orang manusia terkaya dunia? Atau lebih baik lagi mungkin menerajui kartel perniagaan dadah secara haram yang pengaruhnya meliputi tiga per empat dunia.

Tapi persoalan yang ada dalam kepala hangguk aku ni : dalam ramai-ramai budak yang grade hari ni, berapa kerat yang akan mengingati nama atau sekurang-kurangnya wajah cikgu mereka apabila umur mereka dah sebaya aku?

Dan ketika aku melihat Puan Principal ni bergambar kenangan dengan seorang kanak-kanak India bersama ibu-bapanya, taman yang terdapat dalam hati aku seolah-olah dijentik halus oleh jari gebu Adele. Tersentuh aku! Barulah aku sedar, mungkin cikgu-cikgu genit ni tak mengharapkan penghargaan berupa material atau pun ingatan, tapi cukup la sekadar mengetahui yang mereka adalah orang yang pernah mendidik seorang insan cemerlang dalam dua puluh tahun akan datang.

Shilake, sekarang aku menyesal sangat tolak offer masuk maktab perguruan dulu, konon-konon tak berapa serasi dengan kerja yang memerlukan aku memakai kemeja dan seluar slack setiap hari. Tapi masa tu aku tak nampak, aku telah menolak peluang untuk menjadi manusia mulia.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari guru kepada semua manusia mulia yang pernah mengajar aku bermula dari Wak `aku lupa nama dia' yang ajar aku alif ba ta, beberapa orang cikgu tadika yang juga aku dah terlupa nama dan rupa, cikgu sekolah rendah  sama ada yang aku ingat atau yang aku terlupa bahawa kalian pernah mengajar aku, cikgu sekolah menengah yang sempoi atau pun yang suka kena bodek dan kipas bontot oleh anjing asrama, serta lecturer aku yang pernah maki aku depan orang lain. Walau pun aku kini bukanlah seorang manusia yang berjaya, tapi aku sangat menghargai kalian. Terima kasih.

Sekian.

video
Video dan gambar snap guna handset cabuk.
Dah la blur, goyang pulak  tu.
Macam anak haram je kualiti.
Sebab tu aku cuma duduk antara celah-celah tiang je kat belakang.
Berani masuk pun dah kira orait.

19 comments:

auntie nenet Says:
November 13, 2011 at 2:38 AM

so sweet gi mjlis konvo kanak2. hehe

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 8:20 AM

Untung budak2 sekarang kecik2 dah merasa majlis konvo..kalu zaman aku dulu, belajar 20 tahun baru boleh merasa majlis konvo..tsk! Tsk!

Err ya ke anak buah ko nyer konvo, ke anak ko...hak!

Vaaa...da tukar skin eh? Baru la mari beb! Cara!!

SM Says:
November 13, 2011 at 6:03 PM

an: hah, aku pergi mana-mana pun tetap swee. tu pun nak heran ke.

LW: kalau anak aku tadika kemas je. layout macam ni ok? tak cara ah...

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 7:15 PM

Ok la layout cenggini...janji kaler hitam, kaler rasmi vamp..

SM Says:
November 13, 2011 at 9:39 PM

aku pilih background hitam dengan tekx putih sebab senang nak baca. back to the topic, dah hari kedua aku macam menyesal tolak offer maktab dulu. rasa macam nak tukar profesion jadi cikgu tadika, nak pecah monopoli wanita...

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 11:36 PM

Barang dah lepas, apa dikenang. Rezeki ko bukan di maktab...rezeki ko di tempat yg ko berada kini...DIA dah susun cantik...

SM Says:
November 13, 2011 at 11:53 PM

dan aku telah menolak untuk menjadi manusia mulia.

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 12:00 AM

...untuk jadi mulia, bukan satu lorong saja...Ada banyak lorong sebenarnya...banyak lagi...Dan ko masih belum terlambat nak masuk lorong itu...

SM Says:
November 14, 2011 at 12:25 AM

such as?

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:13 AM

Untuk menjadi 'guru' tidak semestinya mesti berada di sebuah tempat bernama sekolah...

SM Says:
November 14, 2011 at 1:17 AM

takpe, aku nak jadi guru mengaji pada anak-anak aku, sebab aku boleh kenakan rotan...

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:39 AM

Gotcha!!!

SM Says:
November 14, 2011 at 7:36 AM

ok la tu... didik anak sendiri dulu, lagi bagus.

auntie nenet Says:
November 14, 2011 at 9:57 AM

hahaha perasan pulak da....
tp betul gak tu. kadang2 ak pun rasa macam nak jadi cikgu.
da la member2 ak sume mostly amk profesion jadi cikgu. huhu

SM Says:
November 14, 2011 at 10:08 AM

aku lagi sadis. adik beradik aku semua (2 orang je) cikgu. ex-awek pulak cikgu. rasa terkesan pulak tengok cikgu tadika hari tu...

auntie nenet Says:
November 14, 2011 at 10:15 AM

haha ok la tu ada jugak jadi cikgu.
adek beradek aku sume amk profesion laen2. huhu tapi cikgu langsung takde. huhuhu

SM Says:
November 14, 2011 at 10:42 AM

profesi (cikgu tadika) yang susah nak tengok adanya orang lelaki.

blu4sky Says:
November 21, 2011 at 1:55 PM

"profesi (cikgu tadika) yang susah nak tengok adanya orang lelaki" ..susah tapi tak mustahil.. kalau berminat pergilah amik course early childhood.. UMCCed ada offer course professional diploma in early childhood or diploma in ECL dkt SEGI college..my classmate dulu ada 2 guys..alhamdulillah diaorang finished the course and graduated...byk manafaat yg boleh diperolehi..insyallah.. kalau tak jadi guru tadika pun, ilmu tu masih boleh dimanafaatkan utk anak-anak

SM Says:
November 21, 2011 at 2:02 PM

info, tq! untuk itu aku tabik kepada lelaki yang ceburkan diri dalam bidang ni. ingat senang ke nak memasuki dunia yang dimonopoli oleh wanita.