Lelaki Berhati Nobel dan Sahabat Kecilnya

| Wednesday, November 23, 2011 | |
Hampir setiap petang, jika hari itu aku keluar dari ofis dalam mood rajin iaitu balik tepat pada waktunya, aku akan lalu di celah-celah apartment yang kelihatan separa usang di kejiranan Taman Kinrara kerana pemaju yang jenis pemalas nak mampus cat bangunan di bawah seliaan mereka. Waktu yang sama, tak kira sama ada hari kerja, hari minggu atau cuti umum.

Akan kelihatan kelibat seorang lelaki cina dalam lingkungan umur lewat 20-an atau juga mungkin pertengahan 30-an kerana terdapat sedikit kedutan pada wajah iras keanak-anakannya. Selalunya, dia akan keluar dari rumah pada waktu sejurus sebelum azan maghrib, di kedua-dua belah tangannya menatang gaulan nasi dengan sisa lauk beralas kepingan suratkhabar melintasi deretan kereta-kereta yang diparkir sepanjang apartment.

 Sebaik tiba di satu bucu bangunan yang selalunya jadi tempat dia duduk, dia akan dikerumuni dengan tak lebih lima ekor makhluk kecil. Atau pun, dia akan mendecitkan mulutnya jika sahabat-sahabat kecilnya itu dirasakan tak cukup korum. Aku cuma perhatikan dari jauh rutin hariannya itu. Sepanjang maghrib itu, dia akan duduk mencangkung menghadap sahabat-sahabatnya itu rakus melahap gaulan nasi khas yang dia sediakan.

Ada kalanya hari gerimis, dia tetap juga meneruskan rutin hariannya itu berbekalkan payung melayan keletah sahabat-sahabat kecil itu. Cuma jika hari hujan, aku tak berapa pasti sama ada dia akan terus memanjakan mereka.

Satu usaha yang kecil, tapi pada pandangan aku itu adalah satu perbuatan yang amat besar dan sangat nobel, memandangkan lelaki cina ini adalah seorang penghidap down syndrom!

*Ini adalah isu lama. Ada antara kita yang dah mula lupa dek kerana sibuk melayan isu-isu baru yang dimainkan di media-media. Tapi, bayangan lelaki ni takkan aku lupakan sampai bila-bila. Sampai sekarang, dia masih setia meneruskan rutin hariannya. Cuma aku terfikir, atas faktor kesihatan apakah dia mampu memberikan kasih sayangnya lagi sehingga tahun-tahun yang akan datang...


(petang tadi, jam 6:30 pm, masih terlalu awal untuk melihat kelibat mereka, tapi setengah jam kemudiannya langit pekat memuntahkan isinya, dan aku tau aku takkan melihat mereka hari ini)


Sekian, wassalam...

25 comments:

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 4:15 AM

Kalau ikut istilah Datuk Dr Fadzillah Kamsah, senario yang ko gambarkan itu, yang berlaku antara manusia dan haiwan itu, walaupun bukan membabitkan perhubungan dua hala, ia dinamakan sebagai 'kecil tapi besar'...perbuatan yg sangat simple tapi pahalanya besar jika diukur dalam konsep memberi dan menerima...

SM Says:
November 23, 2011 at 10:52 AM

kita ketepikan dulu hal penindasan sesama manusia. yang berakal waras ni, takkan nak tunggu jadi cacat akal baru nak belajar tentang kasih sayang sesama makhluk? atau pun, kita kurang prihatin dengan usaha-usaha kecil tapi besar maknanya macam lelaki cina ni. mesti kau selalu dengar datuk dr fadzillah kamsah (cikgu) kat sinar.fm kan?

Fara Says:
November 23, 2011 at 11:25 AM

.......budak remaja Cina yang normal dan bukan sindrom down buli anak kucing sampai mati. Pernah disiarkan media. Diketuk kepala anak kucing sampai tak bernyawa! Sial! Sial! Sial! Sial lah kau dunia akhirat!

Maaf. Aku emosi bila orang buli kucing. Aku emosi gak dgn Cina sindrom down tu sbb nape dia cuma bagi makan je? Nape tak selamatkan kucing tu dari kena ujan? Kenapa dan kenapa? Tak ada alasan! Dia tak layak dianugerahkan manusia berhati nobel sbb dia cuma bg makan.

>=(

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 11:26 AM

Ya, setiap hari aku dengar, tak pernah miss, kecil tapi besar kan....kita sentiasa rasa kalau buang ranting tengah jalan tu x ada apa2 pun faedahnya, walhal perbuatan itu ada yang mencatitnya...samalah halnya dengan si pemberi makan kucing tu kan...kita tak tau apa pahala dia dapat...dalam kes ini, ketepikan sekejap persoalan bangsa dan keturunan...yg kita mahu lihat ialah human value yg ada padanya...walaupun syndrome down...tapi dia kaya nilai kemanusiaan...

SM Says:
November 23, 2011 at 11:34 AM

MF:

itu memang celaka punya umat! aku memang tunggu kau punya emosi, sebab aku dah ada alat pengukur emosi orang sekarang. hahaa...

ok, kalau dia sediakan payung, kau akan tanya pulak kenapa dia tak bawak balik daripada dibiarkan basah selapas makan, lepas tu kau tanya lagi kenapa tak sediakan tempat tidur yang selesa, lepas tu tanya lagi macamana dengan kucing yang lain-lain, dan begitu la seterusnya.

aku berikan anugerah nobel pada dia sebab dia dah buat usaha kecil yang orang normal tak nampak sebagai sesuatu yang mulia.

LW:

auch! kau seorang yang sensitif dengan persekitaran...

Fara Says:
November 23, 2011 at 12:06 PM

Ahhh! Makcik aku siap amek kucing gelandangan yg skg nie dah jdk kucing bangsawan. Gumuk! Sihat! Bukan sekor. Bukan 2 ekor. Tapi berekor2!

Makcik aku Melayu.

Sekian.

SM Says:
November 23, 2011 at 12:17 PM

MF: apa jadi dengan kucing gelandangan lain yang makcik kau tak sempat ambil, apakah bakal jadi habuan anjing liar?

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 1:10 PM

MF, akak pernah rumah kawan, makcik dia siap buat banglo tiga tingkat untuk kucing...lucky!

SM, ala aku biasa2 jer...tsk!

SM Says:
November 23, 2011 at 1:24 PM

LW: jangan bagi MF datang rumah makcik kawan kau, nanti dia marah kenapa cuma tiga tingkat je. hahahaa...!

Fara Says:
November 23, 2011 at 2:25 PM

Ceh!

Mungkin sbb ko tak nak berhati nobel. Amiklah sekor bt bela kat umah!

>=p

Fara Says:
November 23, 2011 at 2:27 PM

LW - Kak, kucing yg menghuni banglo tgkt tu mmg bertuah! Kucing selebihnya, SM bt tak peduli. Tapi sibuk nak bagi noble prize kat Cina sindrom down tu!

>=(

SM Says:
November 23, 2011 at 2:38 PM

NP: choy! abis tu, takkan aku nak bagi award kat semua orang. sabar la kot ye pun. satu satu la, semua dapat...

SM Says:
November 23, 2011 at 2:40 PM

eh silap, NP pulak. MF la!

reen afny Says:
November 23, 2011 at 2:52 PM

sory bang lambat komen... hahaha

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 2:53 PM

Mwahahaha...SM, kenapa ko silap? Apakah???

SM Says:
November 23, 2011 at 3:00 PM

ra : pekerja berdedikasi dan [enuh glamour memang komited dengan kerja. haha!

LW : apa yang apakah?

reen afny Says:
November 23, 2011 at 3:18 PM

haha komited la sangat.. harini kerja relax sikit. busy dok komen2 dengan kawan2 la kat fesbuk. haha

Fara Says:
November 23, 2011 at 3:23 PM

Hahahahahaha!

MF okeh! MF! Diulangi, MF okeh! Bukan NP! Hahahahaha!

Tak pe. Aku fhm. Kan kak?

SM Says:
November 23, 2011 at 3:30 PM

ra : oh, kutu fuckbook rupanya.

MF : kau pun sama, apa yang kau faham? jangan sampai petang ni aku ambik gambar lelaki berhati nobel tu pulak. dan aku nak tanya kat rumah dia ada berapa ekor kucing.

reen afny Says:
November 23, 2011 at 3:34 PM

hahaha siottt...... mencapap sekejap kat fuckbook. skang blog time lak. hahaha

reen afny Says:
November 23, 2011 at 3:36 PM

woww! amazed.. down syndrom pun mampu bagi makan kat binatang. kita pun patut contohi dia

tapi, makhluk2 kecil tu anjing ke meow2?? huhu (untuk kepastian)

Fara Says:
November 23, 2011 at 3:44 PM

Faham tentang hati dan perasan!

Hahahahahahahaahahahahahahahahahahaa!

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 4:38 PM

MF, kan..kan! Hahaha...SM lu fikirlah sendiri...

SM Says:
November 23, 2011 at 4:38 PM

ra : kucing la, ada kaitan dengan isu petknode hari tu.

MF : ah...!

SM Says:
November 23, 2011 at 4:45 PM

LW : hahaaa... lantak kau la wei...