Lagu Warisan : Satu Jujukan Persoalan...

| Tuesday, November 29, 2011 | |

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Adakah lagu ini masih relevan lagi untuk dinyanyikan dan dikenang oleh orang Melayu sehingga kini? Siapa yang memiliki bumi yang kita pijak sekarang? Kenapa hasil bumi yang indah ini mengalir ke tangan orang lain? Betulkah maruah peribadi hilang walau kita masih lagi di tampuk kuasa? Cukupkah dengan hanya gagah di arena Nusantara?


Serious shit, aku pasti hampir semua penjawat awam yang pergi kursus Biro Tata Negara pernah nyanyi lagu ni. Dan kebanyakan daripada mereka hanya sekadar menyanyikan lagu ni mengikut fasilitator kat depan, tanpa mahu memahami apa yang terkandung dalam setiap bait lirik lagu ni.


Namun begitu, adakah lagu ini masih lagi perlu didendangkan? Kalau perlu, untuk apa?

25 comments:

Fara Says:
November 29, 2011 at 2:15 PM

...orang mcm ko, maybe tak relevan sbb ko pun takkan tahu apa sbb nak kena nyanyi lagu tu. Kan?

SM Says:
November 29, 2011 at 2:18 PM

ya, aku memang tak relevan hidup bersama-sama penjawat awam yang menyanyikan lagu tu tanpa sedar lirik lagu yang mereka nyanyikan.

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 3:27 PM

Ada orang nyanyi lagu ni sebab frust bercinta ok tak?

Fara Says:
November 29, 2011 at 3:33 PM

.........org2 mcm tu sbnrnya jenis tak makan saman. Jenis pk perut sendiri. Jenis bila kat tmpt keje, ada klik msg2...

Melayu oh Melayu. Sedih aku!

SM Says:
November 29, 2011 at 3:36 PM

LW : ha...? (garu kepala lutut)

MF : sebab tu aku tak rasa lagu ni relevan lagi untuk zaman sekarang. nyanyilah lagu apa pun semasa kursus oleh penjawat awam (tak semua, ada jugak yang baik), tapi bukan lagu ni.

reen afny Says:
November 29, 2011 at 4:17 PM

tak pernah dengar pun bang... haha kau pernah nyanyi ke lagu ni??

Fara Says:
November 29, 2011 at 5:21 PM

...aku rs, diorang lagi menghayati lirik Selamat Jalan Romeo la...Hehehehe. Bab senaman poco-poco, no. 1 kan?

SM Says:
November 29, 2011 at 6:29 PM

ra : aku pernah dengar, tak pernah nyanyi. kalau ditakdirkan aku kena pergi kursus yang semacam tu, dan terpaksa nyanyi untuk lulus, aku berharap aku akan demam sepanjang tempoh tu.

MF : oi! kau dah mengingatkan aku kepada satu lagi isu yang menunjukkan kebodohan orang kita.

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 8:35 PM

Apala ko doa minta demam, sempoi je la lagu tu...ko memang x de semangat patriotik!

SM Says:
November 29, 2011 at 8:52 PM

pada pandangan peribadi aku, lagu tu takde kaitan langsung dengan patriotisme. tapi lebih kepada peringatan sesama kita, atau lebih tepat lagi untuk situasi sekarang ni lebih kepada satu cara untuk menakut-nakutkan satu kaum tertentu. apa tidaknya (sekadar contoh), lagu ni diulang berkali-kali dalam masa sehari sepanjang tempoh berkursus.

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 10:16 PM

Ya kot...Kali terakhir aku nyanyi lagu ni beberapa bulan lepas sambil bawak keta balik keje malam buta...

SM Says:
November 29, 2011 at 10:54 PM

jadi, adakah kau sedang dalam mood patriotik ketika tu? atau pun kau saja-saja menyanyi tanpa tujuan tertentu?

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 3:51 AM

Aku dalam mood rindu- rinduan...rindu bantal peluk aku, nak balik tdo setelah sehari suntuk keje macam gilos! Ok tak?

SM Says:
November 30, 2011 at 7:41 AM

silakan, asalkan jangan beriringan dengan entiti gelap.

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 7:50 AM

tak tau lah kalau2 entiti itu mengiringi aku balik saban malam..

SM Says:
November 30, 2011 at 4:39 PM

J'espère que non.

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 5:35 PM

Aku harap kenyataan ko tu tak betul!

SM Says:
November 30, 2011 at 5:36 PM

hahahaaa.!

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 10:14 PM

Kan?

reen afny Says:
December 1, 2011 at 1:21 PM

hahaha sanggup demam daripada nyanyi lagu ni eh. sengalsss~ hahaha kata nak menghayati konon.. menyampah aku. haha

SM Says:
December 1, 2011 at 3:00 PM

pandangan peribadi aku : ini lagu propaganda. aku tak sukakan propaganda yang keterlaluan.

reen afny Says:
December 1, 2011 at 3:05 PM

haha memandai je.. propaganda tu apa??? haha

SM Says:
December 4, 2011 at 11:31 PM

cari dalam wiki. jangan jadi pemalas macam aku. hahahaa!

reen afny Says:
December 6, 2011 at 10:57 AM

hahaha banyak kerja.. arghh kau bukan kamus bergerak ke??? haha

SM Says:
December 6, 2011 at 3:45 PM

aku kamus pemalas!