JFK

| Saturday, November 12, 2011 | |

Sejak aku layan mini series The Kennedys ni kat History, baru la aku lebih faham tentang satu perkara. Sebenarnya tak mudah menjadi seorang pemimpin. Tak percaya, tanya la mana-mana ketua darjah. Mesti diorang banyak merungut pasal perangai jahanam anak-anak buah dia yang nak kena layan, belum lagi tugas angkat buku latihan dari bilik guru, catit nama budak-budak bising, silap-silap kena cop anjing cikgu.

Macam tu jugak la tanggungjawab menjadi ketua negara. Tugas dia bukan setakat berjoli sakan dengan duit rakyat atau berskandal dengan aktress seksi je. Lebih daripada tu. Mana nak layankan tekanan dalaman daripada parti sendiri atau lawan, nak berkonfrontasi dengan kuasa besar yang bapak berlagak lagi, lepas tu nak layan pening kepala buat decision penting yang melibatkan nyawa bukan dua tiga ratus orang je.

Apa yang kita nampak tentang tugas ketua negara ni sama ada dalam kotak empat segi kat ruang tamu atau dalam paper sebenarnya sekadar cebisan je. Eh, ini bukan bermakna aku ni dah jadi pro-pemerintah yang ada sekarang. Bukan!

Dan apa yang menjadi perkara baru bagi aku adalah, menjadi first lady tu lebih bermakna daripada dapat melangkah masuk ke pintu syurga. Boleh pakai duit orang sesuka hati, boleh merajuk dengan si presiden tapi pergi kat tempat yang bapak best, boleh berus bulu kuda, boleh shopping beli benda harga puluh-puluh juta tapi tak terasa nak pakai.

Memang heaven sial...!

Sekian...

22 comments:

Lady Windsor Says:
November 12, 2011 at 3:16 AM

Heaven sial...kombinasi diksi yg best siot!

SM Says:
November 12, 2011 at 11:04 PM

alamak, salah ke penggunaan perkataan aku?

Lady Windsor Says:
November 12, 2011 at 11:27 PM

Eh ...aku tak tulis salah pun..aku tulis best siot gabungan dua perkataan tu, heaven sial tu...

SM Says:
November 12, 2011 at 11:31 PM

apa yang best dengan kata-kata kesat aku? tak perlukan pujian la. bukan boleh print atas buku teks pun.

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 8:22 AM

Ntah...bukan puji pun tapi sebab tak pernah jumpa dua diksi yg sgt berlawanan sifatnya dari aspek pengertian maksud, apabila digandingkan bersama bunyinya macam lemak merdu pula...

SM Says:
November 13, 2011 at 6:04 PM

perkatan kedua tu adalah kata penguat untuk perkataan pertama, tapi ayat itu memberikan maksud yang berlawanan...

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 7:17 PM

Itulah yg buat ia jd menarik utk disebut...walopon ko mungkin melacurkan bahasa...

SM Says:
November 13, 2011 at 9:40 PM

kiranya, aku adalah bapa ayam kepada bahasa? kalau perkara yang elok, bisa saja berbahasa penuh bunga, tapi kalau merujuk perkara yang meluatkan, aku lebih senang menjadi bapa ayam...

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 11:39 PM

Bapa ayam dengan cara tersendiri...layan je, tak de salahnya pun, ini blog ko punya.. Bebas apa nak tulis, maki, hamput etc...

SM Says:
November 13, 2011 at 11:55 PM

kalau aku produser, aku nak buat mini series macam ni la.

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 12:01 AM

Okeh...buat la kat blog ko ni ha..

SM Says:
November 14, 2011 at 12:25 AM

tak kuasa, aku ni jenis pemalas...

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 12:48 AM

Tulis belit2, kalah keling botol kat kg aku!

SM Says:
November 14, 2011 at 12:57 AM

hahaa...! umpan jugak ni. sibuk suruh aku buat. kau punya e-novel apa cerita?

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:15 AM

Still on...aku dah siap 60 pg...

SM Says:
November 14, 2011 at 1:17 AM

berapa peratus progres?

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:42 AM

Sket la...baru 30%....

SM Says:
November 14, 2011 at 7:40 AM

aku ingat nak tunggu sampai 100% la...

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 2:48 PM

Ok boleh, nanti aku bagi ko baca...

SM Says:
November 14, 2011 at 2:51 PM

bagi draf pun takpe.

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 7:49 PM

Betul ke nak baca? Siyes eh?

SM Says:
November 15, 2011 at 7:28 AM

boleh je. buat modal lelap mata. haha!!!