Ini Hanya Fiksi

| Saturday, November 26, 2011 | |
Masih terlalu muda, baru beberapa bulan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18 tahun. Bukan bersama keluarga, tetapi bersama-sama teman lelakinya. Pasti bukan di rumahnya, atau di taman hiburan, atau pun ketika asyik clubbing bersama teman-teman yang lain, tapi di dalam sebuah kereta berharga ratusan ribu yang mempunyai hanya dua pintu, jauh tersorok dari pandangan mata di celah bukit Ampang.


Matahari masih ada setengah jengkal lagi sebelum titik tangen bawahnya menyentuh garisan horizon bumi, jauh di ufuk sana. Ketika itu, dia berdiri tegak membelakangkan security bar, menghala ke timur laut dengan panahan cahaya mentari membakar belakang cuping telinga kirinya. Dahulu, terdapatnya hijab yang menutupi cuping itu daripada dapat dijamah mata sesiapa pun, apatah lagi memberi peluang kepada sesiapa yang bukan muhrim menyentuhnya. Tidak seperti beberapa malam yang lalu, ketika bibir teman lelakinya hampir menyentuh telinganya di saat lelaki jahanam itu melafazkan kata pengakuan, bahawa lelaki itu bukannya bapa kepada jasad di dalam rahimnya.


Pengakuan yang menafikan suatu perbuatan terkutuk...


Pegangan tangan kirinya semakin longgar. Sementara tangan kanannya meraba-raba saku seluar, tercari-cari objek yang menjadi punca kepada pembahagian sel di dalam tubuhnya, yang seterusnya membentuk satu embrio kecil. Jumpa. Jari runcingnya lantas menekan punat-punat halus mencari nama orang yang dia kenal dan percaya selain lelaki jahanam itu.


Truut, truuuttt... Truut, truuuttt...


"Ya, hello!" Keras suara lelaki di hujung talian sana.


"Papa, Meen nak mati..." Halus suaranya keluar melepasi bibir munggil, hampir tidak kedengaran dek kerana sapuan bayu lembut pergunungan.


"Elok la tu. Papa pun rasa macam nak mati jugak ni. Dah la company nak bangkrap. Makcik kamu ni pulak takde fikir lain selain habiskan harta Papa. Petang ni kalau kamu tak mati lagi, bagitau Mama dua tiga hari ni Papa tak dapat balik. Nak temankan makcik kamu pergi Milan..."


Tap! Talian dimatikan oleh pemilik suara garau itu.


Dia memejamkan mata serapat yang mungkin. Melepaskan `beri hitam' jatuh ke bawah, terus menggelungsur dan hilang ditelan rimbunan pucuk pokok hutan di bawah kakinya. Inci demi inci, tapak kaki berubah posisi menuju ke hadapan.


Kini, kedua-dua belah tangannya tidak menggapai apa-apa lagi. Tubuhnya terasa amat ringan. Udara semakin nyaman, angin semakin dingin, jiwanya juga kembali tenang. Tiada lagi kedengaran kicauan unggas seperti beberapa saat sebelumnya.


Kini dia sedang terbang. Terbang mencari dunia yang satu lagi...


*******************************************************


AMPANG, Selasa : Sekumpulan tujuh orang pendaki yang terdiri daripada pelajar IPTA terkejut apabila menemui mayat seorang remaja wanita dalam keadaan mengerikan di sini, lewat hari ini. Mereka dilaporkan menjumpai mayat itu ketika memulakan ekspedisi pendakian selama tiga hari bermula semalam di sebuah pusat rekreasi tanah tinggi di pinggir ibu kota. Salah seorang pendaki yang enggan dikenali berkata, pada mulanya mereka menyangka objek yang dilihat dari jauh itu hanyalah serpihan sampah memandangkan tempat itu adalah lokasi perkhemahan popular pada hujung minggu dan keadaan mayat yang sukar dikenali berikutan beberapa anggota badan yang terpisah antara satu sama lain, dipercayai perbuatan binatang liar. Ketua polis daerah Ampang mengesahkan telah menerima laporan penemuan mayat tersebut dan sepasukan anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. Kejadian diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Mayat telah dibawa ke HKL untuk bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian jika terdapat unsur-unsur jenayah. Beliau menasihati sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan agar melaporkannya di balai polis berhampiran.

33 comments:

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 11:14 PM

Beb, ko memang marvellous part mencuri deria rasa in gin tahu pembaca apa berlaku lebih la jut terhadap gadis itu...maksud aku memang aku dah boleh agak gadis tu nak suicide tapi ko memang excellent la kalau detailing pasal durasi dia nak suicide tu...eh buatlah cerpen..aku tatau kalu ko buat cerpen cinta, musti pembaca tangkap leleh..a hahaha..eh siyes la!

SM Says:
November 26, 2011 at 11:19 PM

gila! aku tak nak sebab:
1)aku ni jenis malas nak taip panjang-panjang.
2)perbendaharaan kata yang terhad.
3)kurang info tambahan pasal suatu isu, tempat, orang etc.
4)semua di atas.
hahahaa....! lagi pun ni cuma karangan budak spm je la. jauh nak sampai tahap cerpen.

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 11:31 PM

Arghhh ko ni x habis2 dengan karangan budak SPM, hello...berhijrah ok..hijrah! Ko tak payah detail pasal tempat atau lokasi tapi ko ada kemampuan untuk perincikan gerak geri watak, yg mana cerpen sebegini lazimnya berjaya mencuri tumpuan pembaca. Ko memang minat arwah Azizi kan..cer ko baca cerpen dia semula...perinciannya mengenai sesuatu memang detail...kita tak ramai le penulis begin...jangan malas, ko tulis berjela2 kat blog, dah sama macam cerpen aaa beb!

SM Says:
November 26, 2011 at 11:39 PM

weh, aku memang peminat no. 2 arwah walau pun bukan semua hasil karya dia aku dah baca. aku pun suka dengan arwah punya perincian untuk sesuatu situasi tu. cuba bayangkan, dia boleh describe pokok yang digunakan untuk buat rumah.

hijrah? takdo masa. sekarang tahun baru ni disambut dengan selsema dan kerja menimbun!

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 11:53 PM

Selsema..get some oranges for vitamin C. Ko tak cukup vitamin C tu...Len kali la ko buat cerpen..
Kerja aku pun menimbun dan aku tahu bos aku dah bengang dgn aku tapi aku buat pekak badak je, dia tak tahu aku lagi bengang dengan dia sebab mulut dia suka sebut mangkuk hayun! Aku pun mencarut maki org juga tapi kalau kat office aku x sebut la mende cenggitu...bila mulut dia tepi telinga aku, hilang focus aku, darah lagi naik...bak kata ko, jimbet! Aku harap dia x akan jumpa blog aku dan statement ini...kalu tidak habess aku...

SM Says:
November 27, 2011 at 12:02 AM

dan aku pun harap dia tak jumpa jugak blog aku, sebab kalau jumpa memang bernanah mata dia baca aku punya carutan. nak aku tolong carutkan?

reen afny Says:
November 27, 2011 at 12:04 AM

haha macam betul je cerita ni kan... tapi penggunaan tatabahasa yg menarik. da macam novel je jalan cerita ni. selamat cerpen je. hehe

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 12:05 AM

Eh boleh, sangat dialu- alukan...dia punya mangkuk hayun tu tak kena tempat...tu yg aku rasa distorted sangat...

SM Says:
November 27, 2011 at 12:14 AM

ra : karangan la...
LW : ha, kau buat entri dulu pasal tu. aku ni kalau pasal tokok tambah memang suka sangat.

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 12:23 AM

Kena buat entri ni aku seram...karang carutan aku penuh sebakul...Dan tetiba kalau ada la pulak kutu berahak spy blog aku, report kat dia...mampos aku..sure KPI aku merudum, dah le hari tu pun tahap nyawa2 siput babi je, kalau tahap siput orang tu kira ok lagi...

SM Says:
November 27, 2011 at 12:27 AM

aik, marah nampak. jangan marah, nanti kena jual. buat bodoh sudah... hari tu aku dapat kata-kata ugutan dari bos sebab aku ni pasif, tak sertai apa-apa aktiviti.

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 12:32 AM

Aku marah sebab ia membabitkan produktivit aku...kalu dia nak mangkuk hayun kat tepi telinga org lain aku x kesah, tapi sebab hari2 dia dok bebel tepi telinga aku, makanya aku rasa cuak gila...
Nak jual aku? Ada beran? Hahahaha...

SM Says:
November 27, 2011 at 12:38 AM

apa kata kau bebel balik kat sebelah telinga dia.

tak berani, sebab perlu letak dalam pusat bidaan berkelas tinggi. al-maklum barang klasik. hahahaaa...! (wa gurau beb)

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 12:50 AM

Aku x suka guna tektik balas balik...work smart...ikut style Sun Tzu: Art of War... Aku buat bodo jer, senyap tak kata apa pun, sebab dia bermangkuk hayun pada org lain, cuma aku tak tahan time dia bebel tu jer, macam murai terabit ekor! Aku tau dia anggap aku x makan saman dan aku tau setiap hari dia antar report pasal aku pada bos sorang lagi... Baru kejap tadi bos tu text aku bagi task..urgent task...aku tau sangat game dia orang ni...tak pe lah...hidup ini roda, hari ini hari mereka...

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 12:51 AM

Err sebab barang klasik kan...so aku kena cari pembida yg klasik juga lah kan...ahahahaha!

SM Says:
November 27, 2011 at 12:53 AM

"sempena tahun baru, apakah ucapan anda kepada mereka itu?"

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 1:07 AM

Fenin! Tetiba topic bertukar, ke aku yg dah masuk ke alam lain..apakah???

SM Says:
November 27, 2011 at 1:09 AM

nak meredakan amarah kau

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 1:16 AM

Jom tea tarik kedai mamak sambil pekena roti kuah banjir...

SM Says:
November 27, 2011 at 1:20 AM

mak aku tak bagi membazir, makan kuaci sambil tengok fenomena search...

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 1:23 AM

Oklah, sebab mak ko cakap, aku no komen...

SM Says:
November 27, 2011 at 1:27 AM

(sengih)

NenetPenne (NP) Says:
November 27, 2011 at 11:50 AM

i just dont have enough time nak chatting kat blog kawan2 mcm biasa...

maafkan saya.

Lady Windsor Says:
November 27, 2011 at 1:17 PM

NP, is ok I faham...tunggu lepas u habis exam ya..kita tala SM cukup2, dia kekwat tu sebab I sorang, x cukup regu katanya...

SM Says:
November 28, 2011 at 12:59 PM

NP & LW : takut la tu...

Lady Windsor Says:
November 28, 2011 at 5:51 PM

Takut? Takut tu apa? Kacang putih yg mamak jual kat tepi stadium eh?

NenetPenne (NP) Says:
November 28, 2011 at 10:14 PM

@SM
takut??? takut???
muahahaahahaa..
muahahahahaaaaa
siapa yang takut bai!!!!!!
tak gitu LW??
kita takut ke dia yang takut?????

SM Says:
November 29, 2011 at 12:04 PM

LW : regu dia dah datang, berlagak la tu.

NP : dah, pegi habiskan paper tu!

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 5:16 PM

SM: aku dah cakap, takut tu apa ek? makan eskrim ketika panas terik eh...ahahaha ho yeah regu aku sudah mari...ko tu yang kena jawab apa itu takut..bak kata DJ Sinar FM..Rock kapak sehhhhh!

NP: Jom kita...SM kechutt sudeyy....wakakaka!

SM Says:
November 29, 2011 at 6:27 PM

mana NP? mana NP? hang pi mana NP????? takde pun...

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 8:40 PM

Eleh....sat gi dia mai dengan silambam dia...tau le ko..kekwat!! NP..mana u! Mana!

Word verification: hantsu...kalu buang S...tsk!

SM Says:
November 29, 2011 at 8:55 PM

apa, silambam? NP who? entah, tak kenal... apa, nak menyeringai dengan geraham dia tu? NP tu cuma biasa-biasa je, tak perlu aku takutkan... word verification tu sekadar peringatan betapa aku tak takut dengan hantsu bernama NP atau LW...

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 3:52 AM

Bluekkkk! Ko poyo....