HIRO : satu lawak berakal

| Monday, November 14, 2011 | |


Kat rumah aku takde Asstro Warna, tapi aku ada jugak follow Maharaja Lawak yang sebelum ni dah mengangkat Sepah sebagai juara, dan sekarang pulak tengah hot dengan gabungan pelawak dari tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan jugak Singapura, Maharaja Lawak Mega.

Aku mula terkenan dengan program Raja Lawak ni sejak musim kedua lagi sebab masa musim pertama dulu brader yang promote pasang Asstro free tak sampai lagi kat depan pintu rumah aku. Bukannya aku ni minat sangat pun dengan gelagat entah mana punya si bodoh yang paksa kita ketawa atas pentas, tapi ada jugak beberapa ketika aku dapati lawak diorang ni bukan dibuat dengan hanya menggunakan kepala hotak semata-mata.

Ambil contoh terbaik iaitu juara musim kedua Raja Lawak 2 dan Maharaja Lawak sebelum ni. Aku sangat-sangat respek kat kutu tiga orang ni. Bukan senang nak menghasilkan idea-idea lawak cerdik yang secara direct mengenakan batang hidung semua orang termasuk diri sendiri. Dalam seronok-seronok kita tergelak dengan lawaknya yang dibuat oleh muka serious shit diorang ni, tanpa kita sedar sebenarnya ketawa kita tu seolah-olah memperbodohkan diri kita sendiri.

Sekarang, contoh terbaru adalah kumpulan Hiro (serpihan kumpulan Senario dan Cecupak)dalam show minggu ketiga Maharaja Lawak Mega minggu lepas.

Membayangkan yang rakyat negara kita terpaksa menyamar menjadi bangla semata-mata nak menempatkan diri dalam perebutan pasaran kerja yang sekarang dimonopoli warga asing, agak melucukan jugak. Dengan dressing warna spellos, jalan berpegang tangan, saling tak tumpah macam dua orang bangla yang biasa kita tengok kat pasar malam! Apa yang tambah menariknya, bukan setakat menyamar dari segi percakapan dan pakaian, mereka juga secara tak sengaja dah mulai menjadi seperti bangla itu sendiri apabila hanya tahu menghafal daripada memahami (perhatikan part ketika Ilya ditanya tantang umur dan anak). Senario yang biasa kita hadapi bila berinteraksi dengan warga asing di stesen minyak, kedai serbaneka atau hypermarket terutama apabila nak bertanyakan sesuatu. Apa yang dapat mereka jawab, cuma perkara-perkara yang telah dihafal sahaja. Macam bongok!

Untuk show mereka minggu ni, ketawa kita tu sebenarnya ditujukan kepada siapa?
*Majikan yang lebih gemar mengambil pekerja asing dan mengetepikan peluang kerja warga tempatan.
*Tenaga muda kerja kita yang suka memilih kerja sama ada atas alasan mahu mengikut kelulusan, tak larat dengan kerja berat atau memang sebab pemalas nak mampus.

Okla, bagi kumpulan ni, walaupun lawak mereka bukan di taraf genius, tapi aku tetap nak kategorikan sebagai lawak pintar oleh orang-orang yang berakal.

Sekian.

7 comments:

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 12:15 AM

Makaihhh ni yg menggeletek hati aku nak call cina samseng datang pasang asstro ini jam juga walopon memalam buta...sabar hati! Sabar...grrrrr!!

SM Says:
November 14, 2011 at 12:24 AM

hahaaa.... umpan mengena! tapi lepas ni taubat taknak buat, bukan Asstro bayar aku pun!

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 12:45 AM

Haha...pancing umpan asstro...cantik la sangat!

SM Says:
November 14, 2011 at 12:56 AM

kat Asstro ni, ada beberapa program yang aku jarang miss.

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:08 AM

Jangan citer, tunggu aku ada asstro dulu...

SM Says:
November 14, 2011 at 1:15 AM

aku punya blog, aku punya suka... hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:38 AM

Baiklah!!!