Gangster : Hidup Baru

| Thursday, November 10, 2011 | |
Sedikit info, Song adalah sebuah pekan kecil yang dihubungkan oleh jalan air dari bandar Sibu. Berjarak dua jam perjalanan dengan bot panjang dari terminal feri Sibu, pekan terpencil ni mempunyai hampir semua kemudahan seperti klinik kesihatan setaraf atau lebih baik daripada Klinik Kesihatan Puchong, balai polis, masjid (penduduk Islam bukan majoriti di sini), sekolah, stesen minyak kecil dan tak ketinggalan jugak aku ada ternampak seorang polis trafik sesat tengah round naik moto kat roundabout kecil di tengah pekan koboi ni.

Hampir sejam duduk dan bersembang, entah macamana aku boleh terlupa pulak nak tanya nama tauke ni. Yang aku tau, tauke cina ni berasal dari Kuching dan dah hampir tujuh tahun berniaga kat jeti ni. Dengan bersahabatkan ketenangan sekeliling dan sejam sekali terdengar sedikit keriuhan suara penumpang yang turun naik bot serta honking dari bot yang hampir tiba, aku kira hidup dia ni memang sangat perfect. Berniaga kecil-kecilan dibantu isteri dia, selain daripada berniaga, dia jugak menghabiskan masa dengan mengail. Dikatakan, terdapat spesis ikan kegilaan pemancing di situ iaitu baung akar sebesar lengan dan jugak jackpot lain iaitu sepit biru, spesis yang biasa dikail dalam habitat buaya Batang Rajang.

Apabila mendengarkan yang tauke ni berasal dari Kuching, sebuah bandaraya yang utama di Malaysia timur, telahan aku cuma satu; aku ketika itu mungkin sedang bersembang dengan salah seorang samseng besar Sarawak. Menurut dia lagi, dia berpindah dari Kuching ke pekan Song semata-mata nak mengubah angin dan jugak mengelak persaingan perniagaan yang terlalu sengit.

Ah, iye la tu. Ingat aku nak percaya ke. Pada anggapan kasar aku, mungkin dia ni sedang menjalani hukuman buang daerah atas kesalahan jenayah dia. Kemudian, sebaik tamat tempoh hukuman tu, mungkin dia memutuskan untuk terus menetap dan berniaga kedai makan di jeti tu. Sebab, aku dah lama tau yang Sibu adalah tempat di mana terdapat ramai gangster dari pelbagai suku kaum mana kala Song pulak adalah tempat buangan bagi gangster-gangster yang menjalani hukuman. Namun begitu, seperti yang diceritakan kepada aku sebaik sampai di Song, mereka ni sebaliknya mampu hidup senang berbekalkan rangkaian perhubungan dalaman yang sedia ada, membuatkan mereka mampu meneruskan kerja-kerja mereka macam biasa. Yang berbeza cuma tempat kegiatan itu dijalankan.

Ok, aku kena berfikir positif! Macamana kalau tauke cina ni memang betul-betul orang biasa dan berpindah ke pekan kecil untuk memulakan hidup baru. Sama jugak macam aku. Satu hari nanti (sebenarnya tak lama lagi pun), bila semua rambut aku dah tak ada lagi yang berwarna hitam dan anak-anak aku pulak dah mampu cari duit sendiri serta dah sedia nak menderhaka dengan melupakan mak bapak; aku akan cari satu tempat yang sedikit terasing tetapi cukup lengkap serba-serbi walau pun tak begitu sempurna. Di situ jugak aku akan memulakan fasa baru dalam hidup aku.

Hidup yang diselubungi ketenangan bersama-sama Adele sejak azan subuh kedengaran sehinggalah mata mengantuk minta diusap bantal. Inilah kehidupan yang aku tunggu-tunggu. Cuma masalahnya sekarang aku perlu mengharungi dulu fasa serba kejar-mengejar ni.

Tauke yang aku maksudkan adalah lelaki di sebelah kiri gambar, berbaju merah dan sedang mengikat mata kail. Usah hiraukan komposisi fizikal aku yang macam bintang Hollywood, aku dah bosan sebab sering disamakan dengan Jason ni.

Sedikit info tambahan yang diceritakan kepada aku:
*Sungai Peragus adalah lokasi kejadian bot karam yang banyak sebab terdapat fenomena air pusar di bahagian dasar sungai. Dikatakan lebih 50 kes bot karam yang diketahui sehingga kini dan kedudukannya tak jauh dari Song.
*Song adalah tempat buangan bagi pelaku jenayah sejak sekian lama.
*Peribumi di sini tidak lagi menggunakan sumpit sebagai alat memburu sebaliknya dah digantikan dengan senapang patah. Harga sebutir peluru adalah mahal iaitu RM5 dan hanya dihadkan sebanyak 10 butir bagi setiap orang dalam tempoh setahun, berbanding 80 sen dalam pasaran gelap di Semenanjung dan boleh didapati dengan mudah oleh orang asli.
*Kancil agak sukar didapati dan berharga RM18/kg berbanding RM15/kg sebelumnya, tetapi Kancil 850 yang telah dihentikan pengeluarannya oleh Perodua masih boleh dilihat di jalanraya Sibu.
*Perkhidmatan bot panjang antara Sibu dan Song amat menepati masa, dan tidak akan menunggu penumpang yang terlewat.

Sekian...

31 comments:

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 2:41 AM

Mula2 baca...waaa siyes gila aku konsentret..siyes beb...tapi paragraph menjelang subuh dan rupa2nya pasangan ko adalah Adele, itu yang aku x boleh bertahan kah!kah!kah!
Lagi2 superimpose balak aku, Jason..

Eh betul ke Song tu memang port gangster kena buang daerah?

SM Says:
November 10, 2011 at 7:23 AM

apa jadah super impose pulak! ni la first time aku reveal muka aku di tengah khalayak virtual.

ya betul, rata-rata aku berusuran dengan lelaki bertatu sepanjang di sibu dan song. tatu sebab tuntutan keturunan atau sebab ehem-ehem.

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 7:36 AM

Hahaha woiii besar cita2 reveal muka legend ko tu kan. Rasanya aku baru je baca statement ko muka ko bukan untuk tontonan umum..tetiba plak kat sini deng!! Bhahaha..lawakla ko...
Eh habes tu ko x ngeri ke dok ada kat Song tu...derang tu nampak ganas tak?

SM Says:
November 10, 2011 at 7:56 AM

nampak je ganas, tapi semua ada simpan taman dalam hati. hahahaaa...! ala, gengster besar macamana pun, kalau buat kawan, takkan dia kacau punya. buat bodoh sudah...

blu4sky Says:
November 10, 2011 at 8:01 AM

assalamualaikum SM, first time nak komeng..
firstly..hahahahahahah...aku nak gelak dulu..yo yo ohhh cerita pasal gangster.. tetiba keluar muka tak boleh blah.. :p
sekian, terima kasih

SM Says:
November 10, 2011 at 8:10 AM

banyak la kau punya tak boleh blah! muka cari makan ni!!!

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 9:05 AM

Hwaaa hebat sehhh ko ada kawan dgn gangster...ni kesukaan aku ni kalau style macam gangster...ingat tak citer jason yang bawak tebusan pompuan tu...lagak ganas gila babeng tapi dalam hati ada taman....wakakakak...memang x boleh blahhh..kan Blu! kan?

Muka cari makan? Ye lah tu, nanti Adele termalu-malu di sebelah ko kala menonton konsert Search kat padang astaka...bahahahahaaha...

SM Says:
November 10, 2011 at 9:55 AM

kawan cari makan beb! apa ada hal kalau muka penuh parut bekas kena tetak pun.

cerita yang tajuk transgender tu ke? berlakon sama awek mata sepet shu qi. mamat ni memang true macam bruce wilis.

NenetPenne (NP) Says:
November 10, 2011 at 11:07 AM

wahhh cantik gambar superimpose nih...

kalau kita tak kacau gangster mestilah dia tak kacau kita kan??

aku rasa nak berkawan lah dgn gangster, nak tuntut ilmu mana yang patut...

cemana budak umur 13 tahun boleh lepas ke tempat tu arrr??? siapa chaperon kau?? ishhh

SM Says:
November 10, 2011 at 11:19 AM

banyak la kau punya super impose. memang muka aku iras-iras jason statham, nak buek camno?

gangster atau tidak, kita semua manusia yang ada naluri kemanusiaan sejak lahir. tapi...

boleh, tapi kau kena cacah tatu jugak. ada bran?

sebagai tailong sejak tadika kemas, aku bisa ke mana2 saja yang aku mau...

Fara Says:
November 10, 2011 at 11:36 AM

Oh, ko menghilang lama tu sbb ko g Song la eh?

SM Says:
November 10, 2011 at 11:43 AM

MF: sebab aku kena kidnap ke sana...

auntie nenet Says:
November 10, 2011 at 12:06 PM

haha sengal.. pandai edit pic. lawa kau posing. hehe

SM Says:
November 10, 2011 at 12:39 PM

ni yang aku letih, semua orang tak percaya. tangan aku kebas sebab banyak sangat sain autograf kat klia satu hal, nak yakinkan orang pun satu hal lagi.

NenetPenne (NP) Says:
November 10, 2011 at 12:53 PM

sudahlah SM... kau tak berani nak keluar dgn kitaorang lagi ada berani nak letak muka kau kat blog

kalau islam kata mengtattoo tu tak haram, nak gak aku tattoo gambar bunga ros berlilitkan duri2 kecil dan daun2 kecil di atas dada aku atau di lengan aku....


errr tailong tu apa???

SM Says:
November 10, 2011 at 1:09 PM

berani keluar kalau ada tiket free, TAPI...

TAPI kan sekarang dah jadi trend budak-budak kita tepek tattoo yang bukan permanent.

tailong tu macam aku la.
botak
kacak
bijak
segak

auntie nenet Says:
November 10, 2011 at 1:17 PM

haha perah santan lagi... ye2. ak percaya. nak sign! haha

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 2:23 PM

Tailong? Ko tailong? Ghahahahaha....apa ke namanya tailong kalu nak kuar dengan aku dan NP pun ko memalu kucheng....hahahaha...oitt geli mata aku mendengarnya, senak telinga aku melihat nya...ekekekeke!
NP, konpem eh kita p jumpa Amy Search aaa...

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 2:26 PM

Eh tapi kan, bab ko mengaku ko muka legend hati kacak tu aku endorse la, ya! Ko meniru gaya balak aku, Jason tu pun, tak pe dan dia suruh aku bitau ko, dia izinkan...hik!hik!hik!

SM Says:
November 10, 2011 at 2:39 PM

an: ha, kan senang macam tu! percaya je la.

LW: aku tailong yang hatinya dipenuhi rimbunan taman. tolong la wei, dapatkan tiket free... baru la namanya kawan.

LW lagi: lu silap beb, siapa tiru siapa sekarang ni...

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 3:37 PM

Ahah...aku moskeel, sejak bila pulak dalam hati ko ada taman ni eh...are you hiding something buddy...o yeah..I can smell it...hahaha...gotcha!

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 3:39 PM

Ko tiru Jason!!!

SM Says:
November 10, 2011 at 3:48 PM

bau apa? smell like a shit? or smell like a teen spirit?

NenetPenne (NP) Says:
November 10, 2011 at 4:19 PM

@LW
i need a bucket..to throw...

tak perlah kita keluar berdua jelah..kang keluar dgn orang yang ala2 jason staton ni, jenuh pulak nak jadi bodyguard dia..koserrrr....

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 6:21 PM

NP, yer la. Abaikan dia je...tau le dia bawak diri tu...tak pun Adele Ada jadi bodygad dia..koserrr! Nanti kita pergi rockin ek...

SM, smelt like tapai ubi kayu ori...arghhhh!

SM Says:
November 11, 2011 at 2:19 AM

ceh koya, patutnya korang bangga ada kawan macam aku.

Lady Windsor Says:
November 11, 2011 at 2:22 AM

Eh memang haku bangga per...pergh!

NenetPenne (NP) Says:
November 11, 2011 at 11:49 AM

bangga amat.. kalu tak bangga tak adalah aku mengomen kat blog kau empat puluh empat kali wey...

SM Says:
November 11, 2011 at 11:52 AM

aku pun turut `bangla' ada kawan macam korang.

Lady Windsor Says:
November 12, 2011 at 1:08 AM

Ko bangla apa beb? Bangladesh eh?

SM Says:
November 12, 2011 at 1:16 AM

saya malaisia ma...