Free sex?

| Monday, November 07, 2011 | |
Celaka, apa benda Seksualiti Merdeka ni? Baru seminggu aku takde, dah macam-macam benda durjana berlaku atas Tanah Melayu ni? Sebelum aku faham betul-betul apa yang dah berlaku, aku nak buat andaian buta berdasarkan nama binatang apakejadah ni.

1. Suatu cadangan nakal oleh golongan minoriti untuk meminta satu tarikh khusus sebagai cuti umum sempena memperingati kelakuan seks tanpa menggunakan otak.

2. Kesedaran betapa pentingnya menggunakan `helmet' ketika bersetubuh oleh remaja akhir zaman. Kerana perbuatan membuang bayi lebih terkutuk dan keji daripada berzina.

3. Menjadikan rakyat sebuah negara yang merdeka bebas melakukan seks dengan lebih kreatif dan imaginatif supaya dapat melahirkan karya-karya agung persis masterpiece masa Renaissance dulu yang lebih cenderung memaparkan imej manusia bogel.

4. Mengiktiraf perkahwinan sejenis, sedarah dan sekepala dengannya.

5. Menyediakan satu lagi ruang kosong untuk jantina dalam semua jenis borang rasmi kerajaan selain daripada ruang kosong untuk Lelaki dan Perempuan iaitu `Lain-lain'.

6. Meletakkan taraf manusia lebih tinggi sedikit daripada babi hutan sebab binatang haram ni cuma ada dua jenis jantina sahaja iaitu jantan atau (tengok tu, ATAU bukan DAN!) betina.

7. Tarikh 30 September dipilih setiap tahun sebagai tarikh perayaan Seksualiti Merdeka iaitu genap sebulan selepas Hari Kemerdekaan, dengan sambutan penuh meriah seluruh negara seperti konsert bergerak, karnival keluarga, pertandingan futsal dan dragqueen peringkat sekolah rendah.

8. Entah lah...!!!

37 comments:

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 1:43 AM

Yang no 1 tu, cadangan nakal oleh golongan minority...bukan giteww beb... Gini, cadangan paling keji oleh golongan paling celaka dan lahanat...kalau ada lagi perkataan lain yg paling lahanat, itulah perkataan paling sesuai untuk golongan atau individu yang nak menganjurkannya...

(aku tak buat entry ini sebab kalu aku buat, mesti ko baca ayatnya penuh sumpah seranah terhadap ambiga cap babi tu je...!)

SM Says:
November 8, 2011 at 7:31 AM

apa yang berlaku ni, aku tak faham la beb. atau pun perlu ke aku rumuskan ini semua sebagai akibat daripada kegagalan sistem? sistem apa pulak yang menghasilkan golongan mughalazah ni? entah, aku pun takde masa lagi nak baca habis pasal diorang ni.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 8:32 AM

ko tak payah baca habis...tapi ko kena faham le apa yg mereka nak dan tuntut...dia create Bersih aku x heran lagi, tapi kalau dia buat menatang jadah ni...memang dia pun babi!

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 9:18 AM

ok aku tambah info sket ya..si Ambongok ni kononnya mewakili suara mereka yang menuntut kebebasan seks...kononnya mereka berhak ke atas tubuh badan mereka (apa yang aku faham mereka pun bebas lah juga nak fuck dengan sesapa yang mereka suka kan...)dan ingin mengadakan dialog dengan kerajaan mengenai kehendak mereka, kebebasan bersuara mereka terhadap kehendal mereka ini...group2 yang memperjuangkan kehendak ini turut menyatakan kebebasan bersuara wajar dinikmati oleh seluruh rakyat dalam negara merdeka. Mereka ada menyatakan akta mengenai kebebasan bersuara ni tapi aku lupa kurungan berapa dan berapa...so gitulah lebih kurang apa yang aku faham..

SM Says:
November 8, 2011 at 9:48 AM

SATU: salah tafsir tentang terma kebebasan bersuara, sama jugak macam orang Islam yang salah tafsir `tiada paksaan dalam Islam'. pada dia, kebebasan itu adalah sesuatu yang total tanpa mengira hukum ketentuan azali.

DUA: aku tak heran sebab ambiga ni lahir dari sistem perundangan peninggalan si rambut blonde dan mengamalkannya sekaligus menjadikan fahaman itu sesuatu yang betul dan sahih untuk semua orang. yang aku heran, kenapa ada orang yang sama kulit dan agama dengan kita pun turut serta sependapat dengan dia jugak? apakah???

Fara Says:
November 8, 2011 at 9:58 AM

Aku rs aku fhm apa maksud Ambiga. Tapi walau aku fhm, aku msh tak setuju dgn cara dia sbb aku Islam. Bukan free thinker.

Apa yg dia cuba nak sampaikan, salah satunya;

- Tidak akan ada lagi gejala buang bayi. Berzina MEMANG BERDOSA. Bukan Islam aje tp utk semua agama. Malangnya, manusia sudah tolak tepi moraliti apatah lagi agama. Mereka lebih suka pada kebebasan termasuk orang Islam. Di Malaysia, agama lain tidak terlampau menitikberatkan soal moral. Dan kerajaan juga pandang sebelah mata. Alasan, agama lain mereka tak nak kacau. Hormat kononnya! So, klu tersangkut anak luar nikah, mrk boleh terus kahwin atau bela saja. Tak ada hal. Tak ada ketakutan. Just daftar dgn JPN. Settle. Tp org Islam tak boleh mcm tu. Ada anak luar nikah, jdk takut! Bkn takut dgn Allah tp lebih takutkan mulut2 org yg mengata. Takut kena masuk lokap sbb lahir anak luar nikah! Tu yg jdk kes bunuh anak mcm bunuh semut!

Conclusion, Ambiga tak nak org Islam takut after bt seks luar nikah. Ada sudut yg positif dr apa yg Ambiga cuba nak smpikan.

Dlm hal nie, aku rs mmg ptt kerajaan dgr apa yg Ambiga cuba nak smpikan. DENGAR DULU, BILA DAH DENGAR....BARULAH BOLEH NAK MELATAH KE APA KE! Jgn asik suka sgt nak dgr apa yg media dok canang 2, 3 hari nie!

Fara Says:
November 8, 2011 at 10:02 AM

Eh, aku lom huraikan dgn lebih pnjg. Kang, ade lak org salah tafsir dgn apa yg aku cuba nak sampaikan. Adeh! Susahlah dgn masyarakat terutama bangsa aku sendiri nie. Bukan nak menanya tapi lagi suka menghentam. Tu yg aku isau tu!

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 11:51 AM
This comment has been removed by the author.
NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 12:04 PM

ok isu terlalu berat... let the pihak berwajib bersidang dalam parlimen atau DUN atau sebagainya...

nak komen byk2 kan aku rasa menda tu dah tertulis dan tersurat

kalau negara kita ni kafir mcm copenhagen boleh lah orang2 kat malasyia ni tak melompat bila dengar statement si ambiga tu...

i penah baca kat blog mazidul one of the gay kata please leave them alone sebab dia tak kacau orang pun sekali mazidul kata ok, buatlah apa yang korang nak buat tapi mula2 sekali boleh tak keluar dari islam?

komen aku ni termasuk dalam baris tak?

SM Says:
November 8, 2011 at 12:10 PM

MF: cih, buat pertama kali aku setuju dengan setiap patah perkataan komen kau.

betul, ambiga mungkin ada tujuan positif disebalik gagasan yang dia cuba sampaikan sebaik dia (dan kita) melihat sekian banyak barah-barah sosial dah semakin menampakkan bau hanyirnya. namun, pendekatan yang dia utarakan tu bukan sesuatu yang patut kita persetujui walau pun dia mempunyai latar belakang dalam bidang perundangan yang sehebat mana pun.

dan lagi, kita (termasuk pemerintah) lebih suka meneliti dari tajuk sahaja tanpa mendengar dengan lebih teliti isi hingga ke akarnya. maaf, bukan bermaksud aku mempunyai pandangan yang sealiran dengan ambiga, tapi apa salahnya kita cuba dengar dulu tujuan dia lakukan semua ni.

dan mana yang didapati terang-terang menyalahi arus norma, itulah yang mesti kita tentang secara total.

keyword kat sini, `mendengar dan meneliti' tanpa membelakangkan tunjang daulah.

SM Says:
November 8, 2011 at 12:17 PM

NP: kau agak tertib kali ni, masih berbaris dalam keadaan terkawal.

tiap kita ada tenggungjawab yang tersendiri. sang pemerintah dengan urusan penggubalannya (atau percakaran) di dewan. sang pencetus idea dengan gagasannya yang dianggap sewel. kita sebagai orang biasa juga bertanggungjawab untuk bersuara walau pun ilmu kita senipis kertas A4 70g/sm.

kes gay (celaka!) yang mendakwa mereka harus dibiarkan sahaja sebab tidak mengganggu sesiapa tu memang selalu buat aku panas darah. mana mungkin mereka tak mengganggu sesiapa. betul mereka tak buat jenayah berat macam merompak, mencuri atau membunuh. tapi mereka sebenarnya dah mengganggu guide line yang tuhan dah siap aturkan.

itu mereka kata tak mengganggu? kalau aku waris (atau bapa) salah seorang daripada mereka, pasti aku akan rasa sangat terganggu dan aku akan pastikan perbuatan mereka tu tak menjejaskan appoinment aku nak melangkah pintu syurga esok.

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 12:42 PM

setiap hari kita dihujani dengan pelbagai masalah dan isu yang menimbulkan perdebatan dan reaksi dari rakyat...

sungguh aku tak suka....

stiap pemikiran manusia adalah berbeza dan jangan kita nilai pendapat seseorang tu kurang cerdik kalau ianya bebeza dari pendapat kita...

SM Says:
November 8, 2011 at 12:52 PM

pelbagai masalah dan isu, itu lumrah. sedangkan dunia kecil rumahtangga yang berpenghuni tak sampai sepuluh orang juga berdepan seribu macam isu dan masalah, ini kan pulak sebuah negara yang dihuni berjuta umat. apa yang perlu kita buat? nak elak? mustahil.

ya, tak seharusnya menilai pendapat seseorang tu sama ada cerdik atau tidak. lebih malang lagi kalau kita menilai sekali orang yang memberikan pendapat.

auuwww...!

Fara Says:
November 8, 2011 at 12:59 PM

Pemerintah kita taulah beb ape tu SEKSUALITI MERDEKA. Tp bt2 bengap sbb motif politik. Alahai, ko nie. Ko igt diorang tu tak bijak ke? Klu diorang dok sokong, t diorang tak dpt undi.

Isu SEKSUALITI MERDEKA nie tak lebih dari motif politik la! Yg bodohnya, yg badutnya...rakyat!

SM Says:
November 8, 2011 at 1:04 PM

motif politik? ya, perkataan yang aku tunggu dari kau. tak kira sebelah mana pun kita (atau berkecuali) jangan lah sampai sengaja jadi orang buta tak bertongkat. mengikut bontot politikus separa bebal ni semua.

aku harap, kemasukan aku dalam arena `kritikan maya' ni tak meletakkan aku dalam kalangan badut sarkas tu.

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 1:08 PM

seksualiti merdeka
bagi aku negara bebas dari seks bebas..

betul ke?

SM Says:
November 8, 2011 at 1:12 PM

betul, itu bagi kau. tapi mereka yang berfikiran songsang lain pulak pengertian merdeka tu.

auntie nenet Says:
November 8, 2011 at 1:47 PM

manusia zmn sekarang memang jahiliah... dah berbalik balik ke zmn jahiliah dulu.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 1:54 PM

Kalu nak buang pokok bunga beracun, x boleh cantas tunas atau putik bunga saja, kena cantas dan musnahkan dengan akar umbinya sekali...

SM Says:
November 8, 2011 at 2:04 PM

AN: pada mereka pulak, perlakuan songsang ni adalah salah satu bentuk cara hidup zaman baru. ada stail tak?

LW: aku kira tunas itu adalah sistem, sistem yang kita gunapakai dalam segala hal ni semakin lama semakin berbau hapak. dan apa yang kita nampak sekarang adalah salah satu daripada kesannya.

auntie nenet Says:
November 8, 2011 at 2:08 PM

style la sgt. geli dan jijik kot... padahal zmn jahiliah da berulang balek. hopefully, tidak terperangkap dgn pemikiran jahiliah. amin...

SM Says:
November 8, 2011 at 2:16 PM

ah, itu jijik pada kau. mereka tak mahu hidup berpura-pura (kononnya) dan sekarang makin berani menampilkan diri mempertahankan hak.

tapi pada masa yang sama, kita yang terang-terang menentang ni sebenarnya menyokong tanpa sedar akan percambahan budaya songsang ni. nak bukti?

auntie nenet Says:
November 8, 2011 at 2:21 PM

yg sokong tu utk manusia yg tak tahu berfikir...

SM Says:
November 8, 2011 at 2:26 PM

sekian banyak rancangan tv yang mengangkat golongan songsang ni (lelaki lembut terutamanya) sebagai watak utama. dalam drama, filem, program hiburan malahan rancangan kanak-kanak pun ada.

yang kita kat rumah ni buat apa? tepuk tangan sambil bersorak riang, konon-kononnya, "ala, itu rancangan hiburan je. orang zaman sekarang kan tau bezakan baik dan buruk".

pada aku, apa yang media ketengahkan ni adalah satu bentuk promosi yang meminta supaya golongan ini diterima baik masyarakat.

betulkan kalau aku silap...

auntie nenet Says:
November 8, 2011 at 2:39 PM

haha ye kot... media, isu apa yg boleh dibuat duit, semua isu dorang nak kecoh doii..

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 2:42 PM

tapi lelaki lembut tak semestinya gay... mereka tetap lelaki..siap ada anak lagi u

compare dgn lelaki macho sedar2 main vontot..huh!

SM Says:
November 8, 2011 at 2:42 PM

gila dowh aku tengok audien zaman sekarang, menonton (dan menyokong) membabi buta. terutama benda2 yang tersembunyi jijiknya...

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 5:53 PM

Xboleh nak salahkan media gak la...karang kalau x lapor, media gak yg salah...ikut teori economy, permintaan tinggi, suppliment pun tinggi juga aarrr...

SM Says:
November 8, 2011 at 6:00 PM

tapi, laporan mestilah jugak mengambil kira faktor sentimen dan menjaga kepentingan agama. bukannya bersifat mempromosikan LGBT secara halus macam yang aku nampak dalam drama2 dan rancangan hiburan tempatan.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 7:24 PM

sebab tu kalu ko notice, dalam media, akan ada laporan dari pendapat banyak pihak, ahli ugama, ahli politik, NGO, korporat etc...jadi suara semua orang diambil kira...

SM Says:
November 8, 2011 at 8:13 PM

itu media yang menyampaikan maklumat macam berita, forum atau talk show walau pun kadang2 aku dapati berat sebelah, it's ok pada aku. yang aku nak tempelak adalah rancangan yang berbentuk hiburan, seringkali mempromosikan LGBT tanpa kita sedar.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 9:24 PM
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 9:24 PM

Kalu bab hiburan aku x leh kata apa lah.

SM Says:
November 9, 2011 at 7:36 AM

that's my point!

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 8:01 AM

gotcha!

lkjhgfdsa Says:
November 13, 2011 at 12:10 AM

macamana kalau ada yang pergunakan ayat `tiada paksaan dalam islam' untuk membenarkan pilihan mereka ni?

Oke. aku terbaca topik ni kat blog Nami. Aku nampak komen kau. Kalau ade diorang cakap macam tu, please, terangkan kat diorang, ayat tu bukan bermaksud 'dalam Islam tiada paksaan jadi kita boleh buat ape yang kita suka!'

Bukan.

Tolong teliti balik. Ayat tu dari al-Baqarah, ayat 256. Ayat pengapitnya , 255 dan 257, cerita pasal kebesaran Allah, pasal Taghut dan orang kafir. Takde lansung sebut pasal kebebasan untuk berbuat sesuatu.

Sebenarnya, ayat tu ditujukan kepada orang-orang kafir, yang mana Islam tidak memaksa mereka (yang kafir ni) untuk masuk Islam. Itu pengertian ayat tu.

Kalau ade dengar orang pakai ayat tu untuk back up ape yang diorang buat, tolong terangkan ayat tu bermaksud Islam tak paksa orang bukan Islam masuk Islam. Ayat tu takde kaitan sama sekali dengan 'aku boleh buat ape aku suka sebab Islam takde paksaan'.

Itu daripada apa yang aku tahu lah. Sila dan tolong rujuk alim ulama dan ustaz yang berdekatan anda untuk penjelasan yang lebih jelas.

Wallahua'lam. :)

SM Says:
November 13, 2011 at 12:15 AM

Terima kasih. Aku juga tau serba sedikit latar belakang ayat tu.

Tak mendatangkan masalah kalau nak menerangkan kepada mereka yang dari berpemikiran biasa-biasa ni. Tapi agak sukar bila berdepan dengan mereka yang datang dengan pelajaran tinggi, tapi menggunakan ilmu diorang tu untuk mencari cara menghalalkan tindakan haram mereka tu.

seperti contohnya menggunakan ayat al-Quran secara sekerat-sekerat. yang memburukkan keadaan, ayat ni juga dah menjadi panduan kepada orang Islam yang lain untuk tujuan yang sama iaitu menghalalkan tindakan yang haram.