Diskriminasi Profesi

| Monday, November 07, 2011 | |
"...saya penyelia penerbangan anda bagi pihak kapten kapal Mastura Arifin ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami..."

**********

Bos aku yang duduk kat sebelah kiri aku menoleh ke arah aku. Aku yang sebelumnya sibuk perhati runway, pun berpaling ke kiri bila perasan si gemuk ni memandang ke arah muka aku. "Perempuan?" Dia tanya aku meminta kepastian seolah-olah aku yang semakin berumur ni dah bertambah pekak badak. Sebagai tanda aku faham soalan dan pada masa yang sama jugak malas nak jawab soalan tu dengan cara yang sopan, aku cuma mengangkatkan kening kanan aku, kemudian menyambung semula imaginasi aku tentang perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku sepanjang penerbangan ni, sepertimana rancangan Air Crash Investigation yang selalu aku hadap tu.

Sambil berimaginasi, otak aku yang sebelah lagi cuba menjawab soalan ringkas yang si gemuk sebelah aku ni tanyakan tadi. Aku rasa, aku tak perlu bersusah-payah jawab soalan super kacang tu, sebaliknya aku perlu menjawab dengan cara memberikan soalan.

"Ha'ah, mesti la perempuan. Mustahil pulak ada lelaki rakyat Malaysia yang bapak dia sampai hati bagi nama Mastura. So, apa hal kalau pilot ni perempuan? Aku tak pernah ada masalah dengan driver Intrakota atau teksi perempuan, inikan pulak pilot perempuan. Cuma emosi aku sedikit terganggu bila melihat regu takraw wanita kita bermain, dan baru-baru ni team ragbi wanita kita kena belasah cukup-cukup. Itu je yang aku tak boleh terima. Lain-lain, aku kira ok je... " Aku tanya balik si gemuk ni. Dia tak menjawab, langsung tak mendengar soalan dan omelan aku ni sebab aku bercakap bukan dengan kaedah oral.

**********

Berdasarkan jarum jam jenama Polo yang aku beli dari rambo kat pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman beberapa minggu lepas, tepat satu jam lima puluh empat minit dan entah berapa saat, kami dah betul-betul berada di ruang udara Bintulu. Di bawah sana, aku dapat lihat dengan jelas jaluran air laut yang berpintal mengairi sepanjang pantai dengan dua tona warna berbeza. Satu berwarna agak gelap dan satu lagi agak keruh menandakan pertemuan arus dari daratan yang sedang surut. Cantik jugak. Jaluran panjang ini membentuk ombak kecil seakan buih-buih yang dipintal halus macam lirik lagu kumpulan Exist (Duan, gua ingat lagu ni sebab lu suka ulang-ulang lagu ni sampai gua naik pekak masa kita duduk Keramat AU3 dulu, lu ingat lagi tak?).

Beberapa saat sebaik pesawat memasuki laluan mendarat, si gemuk sebelah aku pun ikut membetulkan kedudukan bontotnya dan memandang ke luar tingkat. "Ha, kejap lagi kita tengok macamana pilot ni touch down. Huru-hara kot..."

Aku diam, malas nak layan si gemuk ni. Dah la perjalanan dua jam dari KLIA kali ni cuaca baik, tak adventure langsung... Baik aku pejam mata pura-pura tidur lagi bagus.

*********

Aku teringat joke sorang brader masa kat arrival yang kebetulan adalah pakcik kepada pilot perempuan ni. Dia pernah ajukan soalan lawak kat anak buah dia, "Uya, apasal kau jarang cakap masa bawak kapal terbang?" Si pilot ni jawab,"bukan taknak cakap cik, nanti kalau Uya yang cakap kang takut ada orang dalam kabin tu yang terkencing takut pulak!"

Hahahaa...! Aku faham maksud lawak perempuan ni...

21 comments:

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 1:52 AM

Bagus, ko iktiraf kebolehan wanita dalam rugby..hahaha aku pun x pernah tengok pompuan main rugby walaupun memang ada team rugby pompuan...

Ko pun pernah jadi penghuni republic rakyat of keramat @AU3 eh...agaknya yang aku pernah nampak botak selalu makan roti banjir kedai mamak tu adalah ko eh?

Aku moskeel cemane ko boleh terbercakap dengan pakcik si Uya tu...tak pun Uya adalah gelpren ko...

Sekian!

SM Says:
November 8, 2011 at 7:33 AM

banyak la! aku langsung tak iktiraf penglibatan wanita dalam sukan yang keterlaluan fizikal macam ragbi atau takraw. bukan itu caranya kalau nak duduk sama rendah atau pun nak tuntut kesamarataan gender.

kebetulan pakcik si kapten ni naik flight yang sama.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 8:34 AM

hahaha tu la pasal, aku heran+konpius memalam buta baca entry ko..
dan aku masih merangka-rangka cerita bagaimana ko boleh kenal dengan pakcik si kapten tu...hahaha abaikan ini kemoskelan x berasas!

SM Says:
November 8, 2011 at 9:49 AM

kebetulan kan? mulai sekarang aku terpaksa percaya unsur-unsur kebetulan yang banyak dalam filem hindi.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 11:55 AM

Owh kebetulan ya...sangat bagus kebetulan itu...aku pun minta2 la aku berkebetulan nail lif sama dgn orang tu....miahahaha!

SM Says:
November 8, 2011 at 12:18 PM

LW: macam yang kau pernah sebut, `deus ex machina' tu la (betulkan kalau aku silap).

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 1:11 PM

i kalau tengok pilot pompuan mcm kagumnya..

eh mastura tu gf kau eh? wahhhh. dia ada kawan pilot lelaki tak? ha ha ha

SM Says:
November 8, 2011 at 1:13 PM

aku juga, berkongsi kekaguman dengan kau.

mana aku kenal minah mastura ni. aku kenal pakcik dia je. kau nak? rambut putih2 sikit macam chef wan pakai spek.

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 2:43 PM

aku tak nak pakciknya..aku nak kawan2 sepilotan dgn mastura..

tengok pramugari tak kagum sangat walaupun depa semua lawa2...

SM Says:
November 8, 2011 at 2:45 PM

kalau kau tengok pramugari sama kagum macam aku, itu dah lain beb. mintak dijauhkan. kecuali kau kagum dengan cara catwalk diorang, macam main galah panjang.

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 3:43 PM

kagum laa sebab mereka lawa dan mampu pertahankan mekap selama 13 jam...

SM Says:
November 8, 2011 at 4:07 PM

kau pulak kagum dengan anatomi manusia, sangat kompleks!

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 4:48 PM

sangat kompleks seperti kompleks membelibelah midvalley yang selalu full parking..ooh sangat sedut hokay!!!

SM Says:
November 8, 2011 at 4:53 PM

kau... kena faham tempat penggunaan perkataan sedut tu. maksudnya pun dah kompleks macam anatomi badan pramugari maswing.

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 4:58 PM

tapi aku nak guna kat situ jugak...nak guna kat situ jugakkkkkkk!!!!!

aku rasa pramugari maswing juga terbaik dari segi apperance dsbnya... compared to other local air service...

SM Says:
November 8, 2011 at 5:01 PM

betul, lebih baik daripada MAS. tapi kan dulu aku pernah jumpa rambut dalam meal dalam MAS, ada sorang pramugara baik hati dah gantikan dengan ferrerro rocher dua paket (6 biji) untuk aku.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 7:28 PM

hmm...aku kagum dengan pakcik si uya tu...rambut putih2 macam chef wan...spek mata...hoho! kih!kih!kih! SM ko jangan sengeh aarrr...

NP: sah le si Uya ni gelpren SM..dia saja malu nak ngaku...

SM Says:
November 8, 2011 at 8:15 PM

korang taknak percaya sudah....

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 8:02 AM

eh aku percaya...aku percaya uya tu gelpren ko...

NenetPenne (NP) Says:
November 9, 2011 at 3:37 PM

tapi makanan dalam meal tu bukan si pramugari yang buat, tu semua dah siap, pramugari tukang panaskan jer...rambut tu mesti maskatering punya orang yang punya...

ya ya, i stuju dgn LW bahawa unya adalah girlfren SM

SM Says:
November 9, 2011 at 3:44 PM

letih aku! susah sangat nak percaya...