Deklarasi Sup Cendawan

| Wednesday, November 23, 2011 | |
Dengan ini, aku sebagai seorang yang bukan kaki makan mengisytiharkan bahawasanya sup yang paling enak dari hujung tanah utara semenanjung ssehingga ke penghujung timur negeri di bawah bayu adalah sup cendawan yang hanya boleh didapati di sebuah restoran di bandar Sibu bernama Islamic Nyonya Cafe.


Terletak di Jalan Ramin, terdapat beberapa menu dan pilihan makanan yang superb rasanya! Tapi itu semua tak boleh lawan dengan sup cendawan yang habis sampai ke buntut mangkuk besar tu aku jilat. Ah, aku peduli apa! Benda halal, lagi pun orang dah belanja tu bedal je la. Kat semenanjung atau pun Sabah, aku tak pernah jumpa lagi sup yang sesedap ni.


Campuran beberapa jenis cendawan yang aku tak tau nama dan jugak jenis yang pertama kali aku jumpa, semua tu bersatu di dalam kuah yang agak pekat sehingga rasanya sebati bersama-sama rasa sedikit masam pada kuahnya kalau dihirup begitu sahaja. Aku tak berapa pasti rasa masam tu datang dari mana, tak seperti rasa masamnya perahan limau, atau mungkin datangnya dari jenis-jenis cendawan yang digunakan.


Aku bersumpah pada diri sendiri, kalau aku datang lagi ke bandar Sibu ni, aku akan berusaha supaya dapat makan sekali lagi kat sini. Sekurang-kurangnya aku boleh menghirup sekali lagi kelazatan sup cendawan yang superb ni.

 Nasi Ayam Kapitan, terbaik...

 Sup Cendawan, superb...!

 Terima kasih kerana sudi belanja. Sekian...

21 comments:

Fara Says:
November 23, 2011 at 3:19 PM

Mcm menarik. Tapi kenapa cadangan makanan sedap tu jauh smpi ke Sibu? Aku yang tak bape nak ada kemampuan nak nek kapalterbang mcm org kaya tu mcm ne nak g sane?

>=(

Emosi betul aku dtgk sup cendawan tu. Mmg nmpk sedap!

SM Says:
November 23, 2011 at 3:28 PM

MF : ala, aku pergi pun orang tanggung. makan kat situ pun orang belanja. nak pergi sendiri atau makan sendiri bayar memang tak mampu. lagi pun, aku tak jumpa sup yang lagi sedap kat semenanjung. kalau kau ada cadangan yang lebih menarik, kat mana?

Fara Says:
November 23, 2011 at 3:42 PM

.....aku pnh mkn sup cendawan tiram kat JB. Aku lupa nama taman tu. Tapi dekat2 dgn Taman Dahlia. Sup dia sedap. Penuh dgn lauk (kdg2 sotong, kdg2 ayam). Malangnya, pas 5 kali aku makan....isi dlm sup tu makin lama makin menyedihkan.

Skg aku tatau apa nasib sup cendawan kat sana. Kat KL msh tak jmpe (hampeh je)

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 4:35 PM

Setau aku cendawan yg sering digunakan untuk buat sup adalah jenis shitake, black atau white shitake. Cendawan shitake ni paling command tapi bagus..Ada juga jenis button atau black ear monkey...aku personally suka semua jenis cendawan sebab dalam alquran ada sebut cendawan adalah antara makanan yang disyorkan ( sorry aku lupa ayat ke berapa dan surah apa). Cendawan paling mahal yg aku penah try nama truffle, berharga RM8000 sekilo jika dibeli di Peranchis.

MF, ada banyak resipi sup cendawan simple kat google...Akak selalu google je kalu nak makan sup yg ada main ingredientsnya guna cendawan...pai cendawan pun sedap...

SM Says:
November 23, 2011 at 4:37 PM

MF : taman dahlia? area skudai? memang susah nak cari pengusaha makanan yang mengekalkan rasa (kuantiti apatah lagi). alasan yang stereotype, harga barang semakin mahal. aku boleh terima alasan tu kalau dia kurangkan sedikit kuantiti, tapi mesti tak menjejaskan kualiti.

NenetPenne (NP) Says:
November 23, 2011 at 5:01 PM

belanja aku cepat!!!!!


word verification kali ini ialah deris... wth

reen afny Says:
November 23, 2011 at 5:02 PM

kwag jar! da lah tengah kebulur ni. boleh pulak post pasal makanan. hurh... favourite lak tu sup cendawan tu. huhu

SM Says:
November 23, 2011 at 5:02 PM

belanja makan tu kira mampu lagi la, tapi kalau tiket flight, mintak maaf sampai hujung kuku kaki.

deris? hahahaa...! macam siot!

SM Says:
November 23, 2011 at 5:04 PM

ra : aku jarang review makanan. tu la pasal. tapi memang ni la sup cendawan paling sedap pernah aku hirup.

reen afny Says:
November 23, 2011 at 5:07 PM

huhu yeke.. alaaa macam nak rasa je. tapi tempat dia bapak dekat kan dengan cheras =.=

pernah makan tak ireland's potatoes? sedap jugak...

SM Says:
November 23, 2011 at 5:14 PM

memang dekat gila, naik flight kurang dua jam je.

tak pernah, sebab aku bukan kaki cari tempat makan.

reen afny Says:
November 23, 2011 at 5:32 PM

mengong... naik flight memang la. huhu kalau nak myvi baru lagi best tak boleh ah. memang takkan sampai la kan.

SM Says:
November 23, 2011 at 5:36 PM

jadi, aku tugaskan kau cari sup cendawan paling sedap kat tanah semenanjung ni.

reen afny Says:
November 24, 2011 at 9:32 AM

hahaha pulaksss.... tengok la camna. huhu aku makan je kat semua tempat. hehe

Fara Says:
November 24, 2011 at 9:43 AM

Bukan Taman Dahlia Skudai tapi Tampoi, flat yg ada Taman Cempaka, Taman Melur...

Aku rs aku dah igt, Taman Melur.

Eh, nape aku tak abis2 g komen kat entri semalam ko nie ha?

SM Says:
November 24, 2011 at 1:28 PM

ra : semua tempat, dah tu bila tau kat sibu terus gelabah. apa da weh..

MF : aku tau itu tempat, agak familiar jugak sebab dulu pernah duduk kat cempaka. belakang tu ada kuarters polis dengan kem askar timbalan. sekarang kat tampoi tu nak naik highway pasir gudang sikit punya payah, fly over dah macam ular kena simpul. pening aku. nak komen, komen je la. emosi jugak ke? hahahahaa...

NenetPenne (NP) Says:
November 25, 2011 at 12:53 AM

@SM
tak payahlah jauh ke sibu sana..tu aku boleh pegi honeymoon dgn laki aku wey..

kau banjer jelah kat hotel2 mahal lagi mewah kat sini... berlambak laa bro

SM Says:
November 25, 2011 at 1:26 AM

pergh....! tersedak aku!

Lady Windsor Says:
November 25, 2011 at 1:52 AM

Eh apa lak tersedak, ko kan botak= hebat.. Ko x leh blanje NP je, aku ko jangan buat2 lupa...

SM Says:
November 25, 2011 at 1:59 AM

double sedak!

Lady Windsor Says:
November 26, 2011 at 8:23 AM

Ahahahaha...alasan!!!