Cina, India dan Melayu (satu kronologi kerjaya)

| Monday, November 28, 2011 | |
Tahun 2000-2003
Tampoi Utama, Johor Bahru.
Firma sederhana saiznya dengan tiga orang pekerja bahagian teknikal (termasuk aku yang kadang-kadang kena masuk ofis) dan seorang admin cantik berkulit gebu dan bertubuh montok yang bertugas di pejabat, empat orang pekerja lapangan diketuai seorang lelaki cina. Principal adalah seorang cina separuh umur tapi tampak masih segak, mempunyai seorang isteri kecil molek tapi masih beruda walau pun dah agak lama tahun berkahwin. Budaya kerja yang amat tegas, tapi mudah dibawa berbincang dan memberikan pendapat. Kebanyakan projek yang diperolehi adalah projek yang boleh aku anggap besar, dan ada antaranya diperolehi daripada firma-firma yang tak mampu menyudahkannya atas faktor keupayaan domestik mereka. Prinsip bos ni adalah mudah, kalau kau buat kerja dengan betul dan jujur, maka kau adalah saudara aku dan layak aku jaga sebaik mungkin. Tapi sedikit mengecewakan, aku pernah terpaksa bekerja sehingga tiba waktu sahur dan datang semula ke ofis semata-mata nak mengejar dateline yang tak masuk akal. - sebab berhenti : dapat offer dari kawan baik.


Tahun 2003-2006
Larkin Perdana, Johor Bahru.
Firma milik melayu yang pertama pernah aku berikan khidmat. Saiz lebih kecil dengan seorang pekerja teknikal (iaitu aku) di pejabat beserta seorang admin pemalas nak mampus cuma tau mengangkang (nasib kau lawa) dan jugak seorang staf lapangan bersama budak-budak tangkap muat. Projek yang ala kadar. Kadang-kala ada, kadang-kala aku bosan bila sepanjang minggu aku habiskan masa dengan bermain solitaire atau buat job luar sambil sekali-sekala usha awek-awek optometris seberang jalan. Mempunyai bos yang kedekut nak mampus dan terlalu berkira, sampaikan bila aku last day kerja dia masih lagi nak tolak RM100 yang aku pinjam beberapa bulan sebelumnya. - sebab berhenti : nak berambus tak puas hati dengan gaji.


Tahun 2006-2007
Taman Melawati, Kuala Lumpur
Satu lagi firma milik bumiputera tetapi dengan saiz yang lebih besar antara ke semua firma yang pernah aku curahkan khidmat. Bergelar haji, mempunyai dua orang pengurus projek dan cawangan di Kuantan, aku sebagai pekerja teknikal di pejabat boleh dianggap senior walau pun baru masuk kerja oleh kerana pengalaman (berlagak!). Mampu meraih beberapa projek kerajaan oleh kerana jaringan hubungan yang terbina sejak sekian lama. Bosnya adalah seorang yang cukup dikenali dalam bidang ni. Di sini, walau pun jawatan aku dianggap penting, tapi kedudukan aku terletak di beberapa lapis ke bawah, dalam susunan hieraki. Bekerja di sini simple, malahan kadang-kala amat mudah perjalanannya bagi aku. Manakala bosnya pula, adalah orang yang jarang aku dapat jumpa oleh kerana dia selalu sibuk bermain golf atau melancong dengan famili. - sebab berhenti : tak larat travel tiap-tiap hari, jauh.


Tahun 2007-2009
Pusat Bandar Puchong, Selangor
Firma yang paling kecil antara semuanya dengan dua orang pekerja teknikal di pejabat sahaja sebagai permanent staff. Selebihnya, firma ini hanya menggunakan khidmat freelance sama untuk kerja-kerja lapangan atau kerja-kerja akaun. Serius shit, aku suka kerja kat sini. Walau pun bosnya dan seorang lagi staf adalah india, tapi aku dapat bekerja dengan selesa dan bekerja sama dan berkomunikasi dengan baik, sama ada antara rakan sejawat atau dengan bos sendiri. Di sini, aku dikira penting dan senior walau pun baru diterima masuk, juga atas faktor pengalaman (berlagak lagi). Kadang-kala aku menjadi tempat rujukan atau menjadi orang yang menggantikan tempat bos jika dia ada urusan lain. Aku perolehi kebebasan yang lebih baik di sini, dan banyak juga aku dapat kembangkan pengetahuan aku. Walau pun projek yang diperolehi adalah dalam skala yang kecil, tapi bos aku bukan lah jenis yang kedekut taik hidung masin. Sehingga kini, walau pun tak lagi berkhidmat di sini, aku masih lagi menjalinkan hubungan kerja dengan firma kecil ni. - sebab berhenti : offer dari organisasi lebih besar (sekarang) lagi menarik.



***


Ini bukan entri yang berkaitan dengan perkauman, cuma pengalaman dan pandangan kecil aku sebagai seorang pemakan gaji yang pernah berkhidmat untuk tiga kaum utama ni, selepas puas aku cari makan secara freelance selama bertahun-tahun.


Ada antara kita yang gemar membanding-bandingkan birokrasi sesuatu organisasi itu cuma berdasarkan apa kaum yang menjadi pemilik sesebuah syarikat tu. Pada aku, perkara tu memang ada kewajarannya. Kalau bekerja dengan cina ada kerenahnya yang tersendiri. Begitu juga kalau bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh india atau bumiputera.


Beruntungnya aku, aku tak pernah lagi menghadapi kesulitan sepanjang aku bekerja dengan kaum yang sebangsa dengan aku atau pun tidak. Namun begitu, aku pasti ada ramai di luar sana yang menghadapi masalah di tempat kerja dan akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati. 


Pokok pangkalnya, aku tahu ke mana hala tuju aku sepanjang berkhidmat di dalam sesuatu organisasi tu tak kira berapa besar atau siapa bosnya. Sekian...

15 comments:

Lady Windsor Says:
November 28, 2011 at 5:48 PM

Untung juga ya ada pengalaman kerja di bawah banyak bumbung, bertukar bos dan environment...tentu ko ada banyak cerita serta pemgalaman berbeza. Aku sejak mula kerja sampai la ni, dah nak masuk 17 tahun, majikan sama. Aku pernah hantar tender notis 24 jam nak resign, sebab berbaris gila babi dengan bos kecik, tapi bos besar tolak tepi surat aku...so aku tahu rezeki aku masih di situ...

Lady Windsor Says:
November 28, 2011 at 10:08 PM

* bukan berbaris, tapi bergaduh gila babi. Ceittt typo error...

SM Says:
November 29, 2011 at 12:03 PM

bertukar-tukar tempat kerja, merasai perbezaan suasana kerja, tapi tetap buat kerja yang sama.

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 5:11 PM

ok lah tu..kaya pengalaman..majoring tahap gaban, sebab tu ko bleh buat keje guna hujung kaki je kan..

SM Says:
November 29, 2011 at 6:26 PM

sekejap tadi dah lagi maju, guna hujung kuku ibu jari kaki je.

Lady Windsor Says:
November 29, 2011 at 8:37 PM

Ceittt...itu dah tahap bidaah! Nak menipu pun biar lojik le weii!

SM Says:
November 29, 2011 at 8:53 PM

eh, ye ke? naaahahahaa!

Lady Windsor Says:
November 30, 2011 at 7:51 AM

kura2 dalam perahu! huh..!!

reen afny Says:
December 1, 2011 at 1:29 PM

haha sory lambat respon untuk entry yang ni. haaa tahun 2000 aku darjah 6 kot =.=

tula kat mana2 kerja pun mesti ada je yang tak puas hati. kalau berkaitan dengan kerja takpe.
ada member aku tak puas hati dengan colleague. entah, bagi aku pergi mati la kalau colleague kita nak buat tahi ke apa, bukan dia yang bayar gaji kan. buat kerja sendiri je. kan2...

SM Says:
December 1, 2011 at 3:01 PM

...dan sebab tu aku lebih suka kerja di firma kecil je. mudah dikawal.

reen afny Says:
December 1, 2011 at 3:06 PM

tahu takpe.. pengalaman dapat banyak kot sebap semua kerja kau kena buat. haha

SM Says:
December 1, 2011 at 4:22 PM

ya, itu yang positifnya bila kerja dalam company kecik. "sebap"? apa tu?

reen afny Says:
December 4, 2011 at 9:36 PM

sebab la.. pelat. hahaha

SM Says:
December 4, 2011 at 11:31 PM

taip pun boleh pelat????

reen afny Says:
December 6, 2011 at 10:58 AM

hahahaha lalalala.... nak perli lew tewww~~ =.=