Cik Alam Semesta : Interpretasi Seorang Calon SPM

| Thursday, November 17, 2011 | |
SOALAN:

Pencarian seorang ratu cantik telah sampai ke kemuncaknya minggu lalu apabila calon yang berasal dari Pulau Pinang, Kimberley Ann Estrop-Leggett telah dimahkotakan sebagai Cik Alam Semesta Malaysia 2012. Umum mengetahui bahawa, pemenang ini akan menggalas cabaran ke peringkat seterusnya menjadi duta keamanan di serata dunia. Bincangkan. Karangan mestilah tidak melebihi 360 patah perkataan (atau sesuka hati abah anda jika mahu markah dipotong sesuka hati kepala nenek pemeriksa).


JAWAPAN:

Pertandingan Cik Alam Semesta adalah suatu pertandingan yang mengumpulkan wanita-wanita tercantik seluruh dunia bukan sahaja berdasarkan kecantikan luaran, malahan juga menampilkan hati budi mereka yang luhur. Ditonton oleh lebih 600 juta penonton, pertandingan ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1952 di California dan hanya terbuka untuk peserta setempat sahaja sehinggalah diglobalkan pada sepuluh tahun kemudian. Kini, seorang individu super kaya bernama Donal `Duck' Trump yang terkenal adalah antara penganjur utama setiap tahun.

Di Malaysia, pertandingan ini telah menghasilkan beberapa orang selebriti yang kemudiannya menceburkan diri ke dalam kancah dunia hedonisme tempatan dan serantau sekitar Indonesia dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpeluang mengahwini kerabat-kerabat di-Raja seterusnya mampu mengubah hidup keluarga yang sebelumnya hanya tinggal di rumah teres atau skim perumahan rakyat.

Ini menunjukkan, pertandingan yang seperti ini tidak harus dipandang sebelah mata oleh semua pihak terutamanya makcik-makcik kolot yang tinggal di ceruk-ceruk kampung, kerana selain daripada dapat memberikan peluang kepada para pakcik tua nak mampus mencuci mata sambil menghayati keindahan anatomi ciptaan Tuhan, mereka juga dapat didedahkan dengan perkembangan fesyen terkini. Warna apa yang menjadi pilihan untuk dipadankan dengan night gown atau pun sekurang-kurangnya mereka dapat memahami saiz ideal buah dada wanita. Berlanjutan daripada itu, fesyen yang mereka adaptasi daripada apa yang ditonton sepanjang pertandingan berlangsung, dapatlah mereka gunakan untuk diperagakan di hadapan suami masing-masing agar suami mereka tak gila mencari pemanis di luar.

Selain daripada itu, kebaikan yang kita dapat perolehi dengan penganjuran pertandingan seumpama ini adalah dapat meningkatkan imej negara kita di mata dunia. Sekiranya calon yang terpilih dari negara ini layak sehingga ke peringkat tertinggi, maka Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara membangun yang berpotensi menjadi pusat perkembangan industri porno setanding negara maju lain seperti Jepun dan Jerman. Seterusnya, tahap keyakinan para pelabur ke negara ini akan meningkat selaras dengan keupayaan kita menjadi hub dalam pemasaran dan penghasilan filem berkualiti tinggi, tidak seperti video 3gp picisan hasil produser-produser muda yang banyak bersepah sekarang ini.


Apa yang diperhatikan sejak akhir-akhir ini, peserta yang mengambil bahagian bukan semata-mata memiliki kecantikan luaran, malahan kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan. Ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan soalan-soalan yang sukar dijawab walau pun untuk pelajar lepasan UPSR. Pendedahan yang berterusan seperti ini akan memberikan impak yang positif kepada golongan pelajar, kerana mereka adalah sasaran penonton yang utama. Jadi, ini secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi para pelajar agar menimba ilmu sehingga ke negara China dan kemudiannya cuba memohon untuk menyertai pertandingan Cik Alam Semesta sebaik umur mereka layak untuk bertanding. Sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai jumlah pelajar yang ramai walau pun majoriti daripada mereka hanya bercita-cita mahu menjadi ratu cantik.

Untuk keburukan daripada penganjuran acara tahunan ini pula, saya dapati tiada sebarang keburukan yang mampu memberikan kesan negatif kepada masyarakat amnya atau kepada individu tidak mengira apa agama jua secara khusus. Ini kerana, program yang disiarkan secara langsung ini amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Selain dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan, setiap ahli keluarga juga berpeluang bertukar-tukar pendapat sesama mereka secara harmoni.

Sebagai penutup, saya berharap agar penganjuran Cik Alam Semesta ini dapat diteruskan sehingga selama-lamanya atau beberapa hari sebelum tibanya hari kiamat kerana banyak kebaikan yang boleh kita kongsi bersama ketika di dalam neraka kelak. Sebagai cadangan, pencalonan para peserta juga patut dibuka kepada sesiapa sahaja tidak mengira sama ada mereka itu adalah transgender atau beragama Islam atas sebab yang telah saya nyatakan awal tadi.

Sekian terima kasih, diharap karangan saya ini dapatlah kiranya membawa saya ke mercu kejayaan di dunia dan akhirat.

35 comments:

Lady Windsor Says:
November 17, 2011 at 7:21 AM

aku nak refer pada pic tu: unsur penganiayaan paling jelas..walaupun haiwan...tabbaik tau korang buat cik nyet tu cenggitu...itu dah di luar tabi'e kehidupannya yang sebenar..mencabuli hak kebinatangannya...

NenetPenne (NP) Says:
November 17, 2011 at 9:49 AM

rata2kan aku tengok kan ramai yang jadi artis ni adalah mereka yang jobless dan tidak berpendidikan tinggi.

bila anak menyanyi, seluruh keluarga memberi sokongan sebab bila anak dah terkenal dan famous, duit masuk..mak bapak pun tak larat dah nak jadi peneroka dan dok toreh getah..sampai bila nak kaya????

same goes also to pertandingan ratu cantik ni... walaupun pertandingan ni lebih up dari pertandingan nyanyi2 tu..

Fara Says:
November 17, 2011 at 11:54 AM

Nape isu miss universe? Aku pelik?

Nape ko tak utarakan isu mr universe dulu atau maybe seimbang...miss universe ngan mr universe?

Dan kenapa ko tak alert gak saiz testis mr universe bila ko dah sibuk2 dok nak cite psl saiz buah dada miss universe?

Kenapa dan kenapa?

reen afny Says:
November 17, 2011 at 12:42 PM

teringat masa zmn sekolah. time habes buat essay mesti kira balek bape patah perkataan.. haha tp aku rasa ni da macam lebih dari 360 patah perkataan je. haha

NenetPenne (NP) Says:
November 17, 2011 at 2:50 PM

haaa this time i sokong fara
how about mr universe tu yang terang dan tak perlu suluh dia punya testis tu... that one pun kira aurat tu..dosa tu... pastu dok imagine dalam kepala hotak..wahhh besau nyaaaaa.... ha ha ha

SM tak jawab sebab dia kena pi sekolah amik result upsr.. mesti comel pakai baju sekolah kan...meh sini akak nak cubit pipi sikit...ha ha ha

SM Says:
November 18, 2011 at 4:35 PM

LW: aku cuma anggap gambar tu sebagai satu bentuk hiburan semata-mata, sebagaimana aku melihat kucing-kucing parsi gebu tinggal dalam sangkar dan kadang-kala dipakaikan gaun cantik bila tiba hari pertandingan kucing.


NP: konon-kononnya ratu cantik ni ditonjolkan sebagai individu yang berilmu dan berpendidikan tinggi, tapi aku perasan (tak bermakna aku tiap-tiap tahun tonton, sekali imbas je!) bila tiba kena jawab soalan uji minda, masing-masing kalut nak jawab.


MF:

kalau aku keluarkan isu mr universe, kau akan tanya `kenapa mr universe' jugak ke?

sebab pertama: wanita telah dimanipulasi secara salah terutama dalam isu gender, sebab kedua: ms universe lebih menonjol dan diketengahkan secara keterlaluan oleh media. bila kali terakhir ada siaran kejohanan mr universe di tv?

sebab aku lelaki.

***aku tak sedar langsung yang entri ni berkaitan terus dengan isu gender. point aku kat sini kau akan faham kalau kau tak berfikiran seksis yang keterlaluan. ini bukan isu gender, tapi moral secara keseluruhannya! dan bila aku utarakan mr universe sebagai intipati, adakah kau akan mengheret ms universe sama untuk diperdebatkan? aku rasa tidak, sebaliknya kau akan terus komen kepada isu yang sepatutnya.


ra: apsal, kau kira ke berapa patah perkataan karangan aku ni?


NP: aik, boleh pulak lompat parti? tak aci...

banyak la kau punya upsr... hahahaa! ni nak cubit pipi anak orang, dah mintak izin mak abah dia ke belum?

NenetPenne (NP) Says:
November 18, 2011 at 4:59 PM

@SM
sekarang memagn ramai orang lompat parti.... standard..pastu siap amik gambar bagai, siap tunjuk borang lompat parti semua...sebut pasal lompat ni teringin nak makan lompat tikam..kau penah makan tak?? sedappp oooo... tu aku boleh banjer tapi kena balik KB laaa.. ada brani??

oo kena mintak izin mak abah dia dulu baru boleh cubit pipi bambam anak dia? bila boleh bawak aku jumpa mak abah kau? ha haha.. 2 orang ni nak jumpa ni..aku dgn LW

suspen laa tu...

reen afny Says:
November 18, 2011 at 5:05 PM

haha kira la jugak... komen yg kau reply ni pun da macam karangan da weh. haha

SM Says:
November 18, 2011 at 5:06 PM

la, takkan kau nak berperangai tak elok macam ahli politik tipikal macam tu beb? tak mari la... lompat tikan tak pernah makan, biasa dengar. tapi kena tikam belakang pernah la. kau buat la sendiri, tak payah sampai pergi sana.

banyak la kau...! tersipu-sipu aku tau. auuww...!

reen afny Says:
November 18, 2011 at 5:08 PM

woww! sangat aktif di petang hari. mentang2 govt balek kerja pukul 5pm! hurh!

SM Says:
November 18, 2011 at 5:12 PM

bila masa aku kata aku kerja gomen? tak kuasa aku? aku baru balik luar stesen la weh. stesen yang tak glamer...

reen afny Says:
November 18, 2011 at 5:14 PM

haha salah eh. aku maen teka jela. muahaha... ooh yeke outstation. patut la komen pending. hehe

SM Says:
November 18, 2011 at 5:16 PM

aku pekerja yang tinggi tahap komitmennya tanpa memikirkan glamer. hahahaa!!!

reen afny Says:
November 18, 2011 at 5:17 PM

tinggi la sangat kan... tiap2 pagi dok update blog. puiii~ haha oii2, perli nampak =.=

SM Says:
November 18, 2011 at 5:40 PM

itu sebab aku terlalu concern dengan masalah dunia...

reen afny Says:
November 18, 2011 at 5:42 PM

poyossssss~~ huhu

SM Says:
November 18, 2011 at 5:45 PM

haha...

Lady Windsor Says:
November 18, 2011 at 6:28 PM

NP: beran ke SM nak bawak kita jumpa mak dia, nak ajak p JB pun dia dah buat2 lupa....ahahahahaha I tau sangat le tektik pailang @ tailong tu...

SM Says:
November 19, 2011 at 8:21 AM

LW: ceh, kau ingat lagi? aku pun dah (buat-buat) lupa...

Lady Windsor Says:
November 19, 2011 at 10:56 AM

hello beb...walau seribu tahun, aku akan tetap ingat walaupun ko ingat main-main...once terlepas dari mulut, its noted! hahahaha...gelabah le tu...

SM Says:
November 20, 2011 at 1:27 AM

LW: korang berdua memang kuat ingatan. atau pun korang sentiasa cari jalan nak pau aku...

Lady Windsor Says:
November 20, 2011 at 4:03 AM

Nak pau apanya, ko bukan jual kuih pau pun! Ke tanpa pengetahuan aku atau di luar pengetahuan aku ko niaga pau Ahmad? Kalau ya, ada tak yang inti kacang merah? Aku suka tu...bhahahahaha!!! Jangan marah aaa...kalau marah x legend taw!

SM Says:
November 20, 2011 at 11:53 PM

pau inti bawang putih. pernah try?

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 1:16 AM

Pernah!

SM Says:
November 21, 2011 at 1:20 AM

aku tak pernah, sebab tak pernah jumpa lagi...

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 5:59 AM

Ko patut try pau inti 'arang'...

SM Says:
November 21, 2011 at 9:47 AM

apakah? dengar pun tak pernah, buatkan aku nak cari. kat windsor ke?

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 11:42 AM

Tak..aku pernah makan kat RNR slim river...

SM Says:
November 21, 2011 at 12:02 PM

inti apa? yang aku dapat teka mungkin dibakar dengan arang. betul?

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 12:11 PM

Ntah...tapi aku pernah makan, siyes! Rasanya boleh tahan...warna hitam macam arang.

SM Says:
November 21, 2011 at 12:17 PM

kacang hitam? atau ada mungkin ada adunan lain?

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 1:07 PM

X pasti, mungkin ya kot kacang hitam, eh ada ke kacang hitam?

SM Says:
November 21, 2011 at 1:08 PM

ala, kau kan masterchef windsor, takkan tak dapat kesan inti apa tu...

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 3:59 PM

Masa tu aku bermastatutin di republic rakyat of keramat la weiii... Baru setahun jagung ni je naik taraf jadi penghuni Windsor..

SM Says:
November 21, 2011 at 4:05 PM

ok, ingatkan aku kalau lain kali aku lala RnR sungai kurus.