Budak Pandai

| Tuesday, November 08, 2011 | |
Abah, apa tu bah?
Itu iklan...
Iklan apa?
Iklan tayar...
Tayar apa?
Tayar kereta...
Oh, kereta ye bah?
Ha'ah...

Budak-budak sekarang memang banyak tanya. Mereka akan bertanya seperti mencari jawapan kepada persoalan `kenapa bangau kurus' sehingga membawa kepada si ular yang memakan katak sebagai diet harian.

Bertanya, terus bertanya sampai la mereka puas hati dengan jawapan kita atau sehingga tak ada lagi soalan yang nak ditanyakan (buat masa itu). Banyak bertanya menunjukkan dua kemungkinan iaitu:

...bertanya sebab bodoh.
...bertanya sebab pandai.

Aku pilih yang kedua, bertanya sebab budak-budak sekarang memang pandai atau sekurang-kurang nak jadi pandai. Jadi, aku dah dapat satu lagi point penting yang menyokong jawapan aku terhadap soalan ini.

Sekian...

23 comments:

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 12:51 PM

bertanya untuk menambah ilmu pengetahuan
bak orang tua kata, malu bertanya sesat jalan
bila dah sesat jalan, kembalilah ke pangkal jalan

Fara Says:
November 8, 2011 at 1:01 PM

Org bijak ialah org yg nak belajar. Entry ko dulu tu...

Tak ada isu org lama atau sekarang.

SM Says:
November 8, 2011 at 1:01 PM

dan masa nak kembali tu pun kena bertanya jugak, jangan main tujah je. makin sesat karang...

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 1:49 PM

Keje aku hari2 bertanya pada orang...ntah aku x pernah tanya apa tanggapan mereka bila aku banyak tanya...

SM Says:
November 8, 2011 at 2:01 PM

itu kerja beb, lain halnya... kalau tak bertanya, macamana kau nak buat cerita pulak.

SM Says:
November 8, 2011 at 2:02 PM

MF: jadi, aku memilih orang sekarang lebih bijak, boleh?

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 2:39 PM

@LW
u kalau tak tanya cemana nak buat kerja?? hikssss

SM Says:
November 8, 2011 at 2:44 PM

NP: tu la pasal, kang tak tanya boleh meroyan pulak bos dia...

Fara Says:
November 8, 2011 at 2:46 PM

Suka hati ko ler. Hisk!

Weh, aku tak melatahlah. Skg baru aku melatah sbb ko tuduh aku melatah! Ceh!

SM Says:
November 8, 2011 at 2:49 PM

MF: weh, kau silap entri la. ini pasal siapa pandai, takde kaitan dengan isu seksualiti tu. jauh sekali pasal latahan kau tu. aduyai!

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 3:48 PM

boleh tak kalau kita buat isu yang tidak akan membuat orang jadi latah?? atau buat entry yang best2 ala2 citer dogeng kan best..

tak payah nak jemkan otak nak fikir menda2 yang boleh buat otak jadi kusut dan serabut..

cadangan jer..

SM Says:
November 8, 2011 at 4:06 PM

ala, entri ni kadang-kadang je aku up. tapi cadangan diterima. dan kau kena tolong aku. apa jalan cerita nak buat, wataknya macamana. nak buat macam bedtime story ke?

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 4:38 PM

memanglah kadang2 kau up entry yang berat sarat tapi kadang2 tu lah jadi huru hara...

kang buat citer bedtime story ada pulak yang tertidor..

buat citer pasal sekolah kau ker, tapi lebih afdal kalau citer pasal awek kau..ha ha ha...

SM Says:
November 8, 2011 at 4:46 PM

cerita pasal ex-aweks boleh? kadang-kadang teringin nak jadi penulis cerita kanak-kanak. tapi takut kena ban sebab guna banyak sangat perkataan `kertas pasir'.

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 4:47 PM

ex aweks tak boleh
citer pasal aweks laaa

perkataan kertas pasir?? translate mean sand paper..tak lucah pun...

SM Says:
November 8, 2011 at 4:51 PM

i mean coarse language la... bahasa kesat. tak elok untuk ibu mengandung...

NenetPenne (NP) Says:
November 8, 2011 at 4:57 PM

kau buatlah buku untuk bapak2..ha ha ha

SM Says:
November 8, 2011 at 4:59 PM

aku kurang pengalaman untuk itu. kalau budak-budak ok la kot. sebab aku pun pernah ada cita-cita nak jadi cikgu tadika.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 5:48 PM

Ko buat jer cerpen pasal awek ko sekarang ni...ala ko kan selalu p dating hati Sabtu...tu dah ada plot le tu...jangan risau aku, NP dan pembaca blog ko dah tahap 18sx...

SM Says:
November 8, 2011 at 5:58 PM

haha, ini bukan blog peribadi... masih lagi mengekalkan gaya neutral cara aku.

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 7:22 PM

ye lah...kami x layak nak baca blog peribadi ko kan...aku tahu..

SM Says:
November 8, 2011 at 8:10 PM

aku ni pemalu la beb... nanti nak kena cerita pulak result SRP dulu. segan la. tapi...

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 9:21 PM

Tapi apanya lagi?