Berita Yang Rapuh

| Tuesday, November 15, 2011 | |


CERITA SATU

Petang semalam (dah maghrib sebenarnya), memandu dalam hujan lebat adalah waktu yang erotik untuk aku dengar radio favourite aku Radio 24. Sebaik bergerak, jari aku automatik memusing puting besar radio mengikut arah jam semata-mata mahu melawan rintikan keras air hujan yang menghentam bumbung kereta. Time tu, ada satu program yang aku kira menarik, tapi aku tak pernah ambik tau tajuknya.

Tetamu undangannya adalah editor ruangan politik The Sun (yang juga akhbar yang wajib aku rembat kalau pagi-pagi singgah Tujuh Sebelas). Topik diorang petang tu pasal demokrasi oleh pengamal media kat Malaysia. Aku tak nak gebang pasal topik dia tu sebab karang panjang pulak aku nak taip pagi-pagi buta dengan perut kosong belum sarapan ni. Apa yang aku suka adalah dj radio ni yang kadang kala agak bias sedikit dalam bertanyakan soalan atau memberikan pendapat. Mungkin itu trick dia, biasa la tu. Macam jugak tajuk depan Harian Metro yang selalunya super sensasi.

Selalunya, bukan dalam program ni je si dj radio yang bernama Rina (kalau tak silap aku) gemar memberikan pendapat yang boleh bikin aku panas hati, tapi kadang-kadang pulak aku sangat-sangat setuju dengan apa yang dia cakap. Berlawanan pulak dengan tetamunya si editor tu.

Walau pun dia bukan bekerja bersama konglomerat penyiaran atau akhbar pemerintah, tapi hujah dia petang semalam sangat-sangat membikin bontot aku berdarah. Manakan tidak, dia selalu mengulang-ulang pendirian yang sama oleh orang-orang sebelumnya dalam ruangan yang lain. Bullshit la bro! Tolong la bagi hujah yang bernas sikit. Balik-balik nak jadikan faktor keamanan semata-mata nak kaitkan dengan isu demokrasi dalam menyampaikan berita.

Dan para pemanggilnya pulak, datang dari kedua-dua belah pihak. Ada pasukan pencadang, ada dari pasukan pembangkang. Syabas aku ucapkan pada pendengar Radio 24 sebab diorang memang agak profesional dalam memberikan pendapat, tiada emosi langsung.

Syabas jugak aku ucapkan pada dj radio ni. Kau memang favourite aku petang semalam.


CERITA DUA

Individu 1
Aku rasa yang meninggal tu indon kot, sebab aku tengok mayat yang dah ditutup tu tak pakai kasut. Mungkin worker kat construction site belakang sana la tu. Datang awal-awal pagi. Simpang tu memang bahaya sikit. Simpangnya besar. Kereta dengan moto pulak laju. Masing-masing kejar traffic light. Bahaya. Tiap-tiap pagi aku lalu seriau je rasa bila kereta laju lalu kat sebelah.
-seawal jam 7:45 pagi.

Individu 2
Mungkin staf dari bangunan ni kot. Pakai seluar slack dengan baju kerja macam kita. Lepas tu aku tengok ada sorang perempuan terduduk nangis kat tepi jalan. Bini dia kot. Sorang lagi perempuan tu aku rasa driver kereta tu, tapi tak pasti kereta apa sebab ada dua kereta berhenti tepi jalan. Tengok muka dia macam tergamam.
-beberapa minit kemudian.

Individu 3
Habis teruk jugak moto dia, hancur depan. Tersadai kat tengah. Ambulans baru sampai masa aku lalu. Sebelum sampai tu aku tengok ada polis, ingatkan ada buat road block pagi-pagi buta ni. Sekali ada accident rupanya. Entah la siapa orang tu. Takkan worker dari construction site sana kot. Diorang mesti duduk kongsi, takkan pergi kerja naik moto.
-tengahari sikit.

Big Boss
...entah la, banyak sangat rumours yang kita dengar. Ada yang kata indon, ada yang kata staf kita. Apa-apa pun cerita yang bawaan mulut macam ni saya boleh anggap macam `berita rapuh' je. Kita sendiri pun tak pasti dengan semua fakta tu. Dah ramai sangat pembawa.
-tengahari banyak.

*****

Beberapa minggu lepas. Ada satu kemalangan maut di persimpangan jalan utama ke ofis aku. Aku yang sampai awal iaitu sebelum kemalangan tu cuma dapat tau dari beberapa orang yang singgah ngeteh kat pantri. Yang menjadi persoalaan hangat antara kami adalah identiti si mangsa tu. Ada yang kata begitu, ada yang kata begini. Apa-apa hal pun, aku sangat bersatu tuju dengan pendapat big boss aku. Berita rapuh.

Zaman sekarang ni, dengan pelbagai medium yang membekalkan maklumat, tak semua sumber tu boleh dipercayai walau pun dibekalkan oleh pihak yang mempunyai kredibiliti tinggi dalam bidang dia. Kalau zaman dulu, kebanyakan berita-berita panas sekitar kampung akan diwartakan oleh segolongan kaki jaga tepi kain orang. Permulaannya, cerita tu mungkin boleh dianggap betul faktanya 90%, lama-kelamaan apabila cerita tu berpindah dari mulut ke mulut (bukan melalui french kiss), maka kesahihan fakta yang terkandung tu sangat-sangat boleh dipertikaikan, dan selayaknya dibariskan sama-sama dengan gosip liar je.

Dengan pertambahan sumber maklumat dan medium yang begitu mudah kita capai sekarang. Kadang-kala berita yang aku dengar, baca atau tonton juga aku tak pernah anggap betul seratus peratus. Ah, dah nama pun berita. Pencari berita tu kan manusia, yang proses tu pun manusia jugak. pihak yang menerima berita pun manusia. Maka, perpindahan dari satu tangan ke satu tangan yang lain belum tentu terjamin keasliannya apabila sampai kepada end user macam aku.

Kalau aku tengok (tonton) Buletin Utama, waktu yang paling menarik adalah 15 minit pertama. Itulah waktu kritikal yang memuatkan berita utama. Selalunya kalau tak ada saingan dari Cody Lundin dengan Dave Canterbury, aku akan tengok (tonton) sambil tersenyum je.

Kalau pagi-pagi pulak, ofis aku akan ada beberapa naskhah akhbar utama. Selalunya kalau kebetulan aku lalu meja depan ada benda tu, aku sekadar mengambil tau apa berita yang jadi pilihan untuk ditepekkan kat muka depan. Itu pun sudah cukup. Selebihnya aku akan baca kalau ada banyak masa terluang.

Dalam internet pun satu hal. Macam hutan rimba. Untuk satu isu, bermacam-macam fakta yang aku boleh jumpa. Ada yang `fuck'ta sampah, ada pulak auta yang nampak sangat membohongnya.

Pokok pangkalnya, kita mesti mencari berita dari pelbagai jenis sumber terutama perkara-perkara sensitif yang menyentuh kepentingan tertentu. Tak kira la kau berdiri dari pihak yang mana, yang penting mesti sedia dan terbuka dalam menerima berita bawaan ni. Sebab selalunya manusia pencari, pengumpul atau pemproses berita yang raw itu akan melaporkan (atau mengolah) berita tu mengikut persepsi sendiri, dan lebih teruk lagi kalau mengikut kepentingan sendiri.

Apa-apa hal pun, aku suka baca berita sambil dengar suara Adele. Sekian...

13 comments:

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 8:30 AM

Dalam banyak2 statement entry ko pagi ni...ayat ini je yang terkesan (at the moment di mata aku)..

"Apa-apa hal pun, aku suka baca berita sambil dengar suara Adele. Sekian..."

dan satu lagi, adalah statement ko pada bahagian - aku kaki carut
"...Aku suka mencarut dan memaki, tapi kebanyakannya dalam hati yang bertaman... "

Nota: Aku tersangatlah musykil buddy...dua tiga menjak ni aku notice dalam hati ada taman...sangat musykil...tapi aku melihat ini adalah satu perkembangan terbaru dalam arena kehidupan seorang manusia yang memang tidak boleh menyembunyikan setiap aliran bawah sedarnya daripada pemerhati di luar sana..kerana manusia ini bersifat metamorphosis jika dilihat daripada sisi pemikiran seorang kafka.."
Oh ya aku menyokong sepenuhnya jika taman itu ditumbungi bunga, tapi jangan bunga tahi ayam sudehh, paling busuk pun ko kena pastikan tiger lily atau hydrangea yang tumbuh di tanah tinggi dan perlukan cuaca sejuk, baru ada kelass beb..kih!kih!kih!

Sekian, terima kasih!

SM Says:
November 15, 2011 at 9:28 AM

taman aku dah penuh. no more space at all! hahaa...

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 11:06 AM

Bagus! Aku tahu taman ko dah penuh, anyway guna baja apa beb? Baja tahi ayam tak pe, jangan bunga tahi ayam sudehh....bhahaha!

NenetPenne (NP) Says:
November 15, 2011 at 12:11 PM

when accident occurred, investigation should be done rite away while the memory is still fresh in the mind of the witness or the person involved unless he/she sudah mati at the scence...

reen afny Says:
November 15, 2011 at 1:10 PM

kalau dengar gossip2 liar pun aku sekadar mengangguk je. padahal bukan percaya 100% pun. haha

SM Says:
November 15, 2011 at 1:44 PM

LW: ceh, aku terpaksa setuju.

NP: ni hasil daripada kau punya study ke beb?

re: ah, penggubah gossip tu pun kita jugak...

reen afny Says:
November 15, 2011 at 1:45 PM

hahaha twu xpe... asalkan jgn percaya suda.

NenetPenne (NP) Says:
November 15, 2011 at 2:30 PM

@SM
ha ah...relevant tak?

SM Says:
November 15, 2011 at 3:27 PM

sangat relevan untuk cerita kedua, tapi untuk keseluruhan isu macamana pulak?

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 3:29 PM

Isu ko panjang, kalau aku ulas x cukup tanah...

SM Says:
November 15, 2011 at 6:14 PM

tanah yang ada atas blog aku ni cukup untuk sesiapa pun...

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 8:13 AM

Sure ke cukup? Hmm....

SM Says:
November 16, 2011 at 10:39 AM

macam biasa, kalau kau rasa tak cukup, boleh buat sequel. dan nama pun ...SAMBUNGAN kan.