ANWAR

| Friday, November 11, 2011 | |

`Befriended by a charismatic religious leader in jail, a youth is recruited to facilitate a terrorist agenda. Yet, will his own demons overtake him first? Starring Prithviraj, Prakash Raj, Lal & Mamta Mohandas.' - sinopsis copy dari `Ass'tro yang rajin. Bukan macam RTM yang pemalas nak mampus.

Filem ni simple je. Secara general mengisahkan kumpulan pengganas Islam yang kemaruk nak mengebom orang dan di sudut yang lain pulak pasal seorang lelaki yang nak balas dendam atas kematian famili dia. Tapi serious shit, aku memang macam tak faham apa-apa pun. Bukan tak faham sebab ni filem berbahasa Malayalam dialih suara kepada bahasa Tamil, atau pun sebab aku ni buta huruf sampai tak reti apa ke benda subtitle kat bawah tu, tak pun sebab aku tengok (tonton) cerita ni sambil buat kerja. Bukan...

Entah, macam maksud filem ni tak sampai kat aku atau aku yang memal bebal nak mampus, benda tersirat yang celah Bedah punya kacang pun tak reti-reti. Esok lusa la aku tengok (tonton) lagi. Itu la gunanya bayar RM6.95 kat `Ass'tro tiap-tiap bulan tak masuk tax celaka 6% tu, boleh ulang-ulang selagi tak tubik muntah ungu.

Lain kali la kalau aku bukan dalam mood `pemalas-macam-lembu-kenyang', aku sambung lagi pasal filem tak berapa best tapi awek mari ni.

Sekian.

12 comments:

Lady Windsor Says:
November 11, 2011 at 11:59 PM

Hahahaha....woii bila 'awek mari' tu beb..

SM Says:
November 12, 2011 at 12:05 AM

dey, awek mari tu maknanya boleh tahan sedap mata memandang...

Lady Windsor Says:
November 12, 2011 at 1:02 AM

Yanna, Kanna, ponna, solley..dey tambi yilleck poochik...hahahaha

SM Says:
November 12, 2011 at 1:11 AM

dey, subtitle takde ke?

Lady Windsor Says:
November 12, 2011 at 2:10 AM

Tambi...yenna karengge...Thani! Pasikitu! Tukem!

SM Says:
November 13, 2011 at 6:05 PM

FYI, aktor ni adalah adik kepada pelakon surya kalau tak silap...

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 7:19 PM

By hook or by crook, 2012 rumah aku ada asstro...boleh tgk drama tamil

SM Says:
November 13, 2011 at 9:41 PM

aku masih ada masa beberapa bulan lagi nak berlagak dengan kau...

Lady Windsor Says:
November 13, 2011 at 11:42 PM

Jangan risau, ko ada banyak bulan...kalau ada asstro pun, belum tentu aku sempat tonton...dah bangka ni selalunya tv yg tonton aku...

SM Says:
November 13, 2011 at 11:55 PM

hahaa, kau kena berlatih balik untuk tv endurance!

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 12:03 AM

Tu la pasal.. Dulu aku boleh proceed sampai pagi kalu hari minggu....haha

SM Says:
November 14, 2011 at 12:27 AM

kalau movie, aku pernah marathon kat TGV dua movie back to back, seingat aku bicentenial man dan the green mila. dvd pulak aku boleh hadap sampai subuh. tapi, tu dulu la...