Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (4)

| Monday, November 21, 2011 | |
Sepupu aku dulu belajar kat Jepun, balik sini kerja dengan company minyak. Memang gila babi income dia laki bini. Gaji dia sebulan je dah lebih RM20,000 tambah pulak dengan gaji bini dia entah berapa. Anak cuma sorang. Baru darjah satu, tapi jangan main-main kau. Siap dia belikan iPad2, Blackberry semua cukup mewah la. Badan pulak memang obes, jalan dah sebijik macam Doraemon (yang ni aku saja tambah). Mana taknya, tiap hari makan Mekdi dengan KFC. Budak tu cakap je nak apa. Belum petik dah dapat. Mungkin itulah kebanggaan diorang sebagai orang kaya, cara nak bagi kasih sayang kat anak dengan tabur segala macam kemewahan.


Kau tau, hari tu dia jemput aku datang birthday party anak dia. Sekali nah kau! Yang datang semua stok datuk-datuk dengan VIP je. Aku je la datang bawak anak aku macam ni. Tak datang kang, dia kata apa pulak. Dah la saudara dekat. Yang aku terkejut tengok, satu lori Mekdi kat depan rumah dia! Gila babi...


Tapi satu je la yang aku macam sedih sikit. Bila tiba nak makan lepas potong kek tu, dia mintak anak dia baca doa makan. Pergh...! Malu gila siot aku tengok dia. Langsung tak tau. Dah anak aku pulak yang baca...


*Diceritakan kepada aku ketika sesi rutin ngeteh pagi tadi.

42 comments:

Fara Says:
November 21, 2011 at 10:31 AM

Orang lelaki pun suka mengata eh? Dasat!

SM Says:
November 21, 2011 at 10:32 AM

bukan mengata la, bertukar-tukar info. hahahaa!

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 10:47 AM

Kekayaan yg membunuh...secara tak langsung parents tu gali lubang kubur untuk anak dia sendiri...

SM Says:
November 21, 2011 at 11:59 AM

imbalance of life...

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 12:07 PM

Aikk..kontot je reply, normally ko suka detailing...apakah??

SM Says:
November 21, 2011 at 12:16 PM

kontot je sebab tiba-tiba aku dah dapat keyword yang aku nak kesan daripada komen kau.

Fara Says:
November 21, 2011 at 12:29 PM

Ceh! Tuka info ape mcm nie. Siap ngata anak org tu tak pandai doa. Pastu nak jek anak die pandai doalah kan??

SM Says:
November 21, 2011 at 12:43 PM

salah ke kalau diambil iktibar?

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 1:01 PM

Hahaha...sebenarnya aku ingatakan ko nak tulis anak org tu pandai baca doa, so dalam hati aku dah ready nak ada rasa kagum le sikit2 kan, rupa2 anak ko yg pandai baca doa, ok aku proceed le kekaguman aku tu pada anak ko...muehehehe

SM Says:
November 21, 2011 at 1:05 PM

ketepikan isu anak siapa pandai baca doa sebab bukan itu point aku, aku cuma menyampaikan setepat mungkin isi bicara kami, the main thing kat sini adalah si parents tu. mungkin mereka rasa dah cukup segala apa yang mereka beri pada si anak tu dalam bentuk material sehingga kekurangan dari sudut kerohanian boleh diketepikan dengan kesempurnaan duniawi. tapi natijahnya, macam yang kita nampak sekarang...

reen afny Says:
November 21, 2011 at 1:09 PM

kak fara... lelaki gossip kalah perempuan gossip tau. hahaha

jap aku blurr kat sini, anak siapa sebenarnya ni yg kena baca doa?? haha

SM Says:
November 21, 2011 at 1:19 PM

sebab tu kami jarang bergosip.

yang pasti bukan anak aku, tapi anak pencerita (kawan aku) yang menggantikan birthday girl yang glamour tu.

reen afny Says:
November 21, 2011 at 1:21 PM

tahu pun. haha
ooh patut la ayat cam kel sekejap. sje bagi orang blurr. haha

SM Says:
November 21, 2011 at 1:27 PM

kau perlukan latihan yang khusus dalam kaedah pembacaan entri aku.

reen afny Says:
November 21, 2011 at 1:31 PM

hahaha ada pulak kursus??? hahaha

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 1:35 PM

SM, ya aku tahu...anak kawan ko...since ko guna sisi penceritaan orang pertama, maka aku reply pun guna sisi yg sama...so budak pompuan tu refer pada anak kawan ko k!
Ahh itu soal kedua, sekarang apa yg kita nak gempakkan kat sini, wang bertimbun dilonggok pada anak, tapi budak tu sikit pun tak tahu nak berdoa@bersyukur...pincang! Kesian budak cenggini...balik2 nanti musti ada juga suara berkata2 mak bapa x ajar ke? I'm pretty sure most parents don't want to face this kinda problem, embarrassing thot! That's my 2 cents...

SM Says:
November 21, 2011 at 1:43 PM

memang betul pun mak bapak tak ajar! cuma diajarkan macamana nak update twitter dengan semak phone atau tengok angry bird dalam awaktiub. selain daripada tu? takpe, bukan keperluan katanya.

blu4sky Says:
November 21, 2011 at 2:01 PM

kaya di dunia tapi miskin di akhirat.. nauzubillah..

p/s: penggunaan "di" aku betul kan :p

SM Says:
November 21, 2011 at 2:05 PM

ra: kursus kurus usus...

blu: mata dah buta dengan material duniawi, sampai terlupa dengan dunia yang lagi satu. penggunaan DI yang betul. terbaik!

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 3:17 PM

SM: kan!

Blu: Terbaikkk juga!

SM Says:
November 21, 2011 at 3:23 PM

LW: ceh, panjang la sikit komen. kata teruja. kau buat macam blog sendiri pun takpe beb. aku suka, meriahkan lagi.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 3:53 PM

Eh mana boleh...blog orang, mana boleh buat macam blog sendiri...plagiat adalah dilarang...aku tulis ikut identiti citarasa aku..kalau hari ni feeling2 Paris, aku jadi Parisian la beb, kalu esok nak jadi Germany, aku zass je cakap bahasa org kg aku di German,...hahaha kau ada?

SM Says:
November 21, 2011 at 3:56 PM

buat macam blog sendiri la, bukan tiru. beza tu wei...

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 4:58 PM

Ok I will...Thanks buddy. Jadi, duit ko boleh aku buat macam duit aku sendiri? Adakahhh? Hahahahaha....Gotcha!

SM Says:
November 21, 2011 at 5:17 PM

boleh kalau adik beradik... gotcha! apa ada hal!

Fara Says:
November 21, 2011 at 5:32 PM

Hahahahaha!

Entri ko ok. Ada pengajaran kat situ.

Tapi org yg dok jek anak dia pandai doa tu berlagak nak mampus! Geram lak aku.

(Ah, nak emosi je aku nie. Ada antibiotik utk sakit emosi aku nie tak?)

SM Says:
November 21, 2011 at 5:38 PM

apahal gelak pulak? ala, aku dengar pun ada sedikit bengkek jugak beb. tapi aku ambik moral dari cerita dia je. at least, dapat jugak pengajaran sedikit.

ohya, kau memang emosi dari dulu dan selamanya. which is good jugak la. kang mandom pulak kalau skema je.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 6:12 PM

Owh boleh ek..yay! Ko kata ada kimia dgn nasihat mak aku kan....ahahahahaha! Okeh nanti aku bg no akaun aku...

SM Says:
November 21, 2011 at 6:31 PM

bagi nombor pin sekali.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 8:50 PM

Oitt!! Mwahahahaha....(gelak guling + tongue emoticon)

SM Says:
November 21, 2011 at 11:38 PM

apa ada hal, betul tak?

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 12:32 AM

Eh tapi....

SM Says:
November 22, 2011 at 7:46 AM

kau pun nak TAPI jugak?

Anonymous Says:
November 22, 2011 at 9:19 AM

yelah...tapi...

LW

SM Says:
November 22, 2011 at 9:59 AM

eh, jadi cik anon pulak. apa nak tapi lagi ni...

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 10:33 AM

tadi aku nak posting banyak nau songeh blogspot.com pagi ni..so aku buat anon sebab nak cepat...tak pe kan...ke tak boleh?

SM Says:
November 22, 2011 at 10:36 AM

dah agak, mesti ada problem tu. boleh je, kau punya pasal, aku takde hal beb! as long as i know who you are. ramai orang jenis baling batu sembunyi tangan sekarang ni.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 11:30 AM

Not me, aku kalu buleh nak pakai kaki sekali nak baling batu...

SM Says:
November 22, 2011 at 11:39 AM

gila, dasat kau ni. jangan wei, bergegar tiang lampu kang.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 12:18 PM

Ada aku kesah?

SM Says:
November 22, 2011 at 1:13 PM

tapi aku yang kisah, kalau tiang tu dah block aku nak masuk rumah.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 2:58 PM

Bhahahaha...lagi aku tak ambil peduli....