Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (3)

| Wednesday, November 09, 2011 | |
SATU

Kadang-kadang hospital swasta ni buat kerja pun tak cukup profesional macam hospital kerajaan, nak pulak kat wad bersalin. Ada sorang kawan kat ofis tu, masa lahirkan anak yang first dulu, dia kata memang teruk gila la doktor tu. Dah la bayar mahal, nama je gah. Ada ke patut masa dia dah nak beranak sangat-sangat, baby pulak dah nak keluar, nurse dengan doktor yang on call masa tu suruh tahan dulu jangan beranak sebab doktor yang handle kes dia belum sampai lagi. Heee... Teruk! Dekat SJMC kot kalau tak silap

DUA

Baru-baru ni kawan saya tu, dia badan besar. Bila dah masuk tujuh bulan baru tau yang baby dia kembar sepasang masa scan. Yang kesiannya, lagi seminggu nak due date datang check kat hospital doktor sana confirm yang baby yang girl tu dah 24 jam meninggal. Yang peliknya doktor tu dah la kata tak ada apa-apa, siap suruh balik rumah lagi. Masa beranak tu, doktor langsung tak bagi dia dengan husband dia tengok baby yang meninggal tu. Hari tu bersalin, hari tu jugak dah boleh balik rumah. Check pun lebih kurang je. Tapi, esoknya baby yang lelaki tu pulak meninggal. Bila bawak pergi hospital yang sama, doktor pun tak bagitau apa punca baby dia meninggal. Setahu saya, kalau anak kembar ni doktor akan suggest buat caesar (betul ke aku eja ni?), lepas tu takkan tunggu sampai due date. Lagi satu, kalau baby dah meninggal dalam perut, kan bahaya tu. Sebab kandungan toksin tu boleh bahayakan nyawa ibu dengan baby lagi satu. Heee... Kesian tengok dia. Kalau orang datang melawat pun, dia sedih je. Baby dua-dua takde... Ha, hospital tu kat Ampang tapi lupa hospital yang mana satu.

**********

Kedua-dua kisah ni diceritakan kepada aku oleh orang yang sama di mana kisah yang kedua baru je dia ceritakan kat aku semalam. Dan barulah aku sedar yang zaman sekarang ni, nyawa manusia bukan lagi terletak dalam tangan Tuhan.

Kat bawah ni senarai hospital swasta kat Ampang, mana la tau ada antara kita yang dapat tau pasal kes kedua tu dengan lebih detail lagi.

40 comments:

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 8:09 AM

Ngerinya aku baca entry ko neh...takziah untuk kawan ko tu ya...nyawa manusia boleh jadi gitu-gitu je...nauzubillah! maybe bukan hospital pakar tu kan..

Teringat aku kes kawan aku, dah 7 bulan baru tahu dia pregnant sebab tiap kali p hospital nak check doktor kata ada tumor with hairy and its grow and grow..gila kan statement doktor tu..konon tunggu masa nak bedah, nak buang tumor tu, sekali yang keluar adalah baby girl yang sangat sihat dan comel..tak ke melompat mak baby tu?

Fara Says:
November 9, 2011 at 9:00 AM

Salam takziah utk kawan ko. Sumtimes, aku kena berpegang pada satu perkara, "AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN". Alhamdulillah, bayi itu meninggal tanpa perlu merasa seksanya sakit di dunia.

Aku dulu bersalin kat HKL. Misi kat wad mmg haramjadam. Tapi misi kat labor room sgt cool dan efisyen! Ms aku peknen, aku ada diabetes (keturunan). Diorang bt med check up aku seme penuh teliti dan betul2 aware. Aku sgt2 berterima kasih kat diorang (klinik kerajaan kat Taman Maju Jaya, PJ).

Tak seme kerajaan tu negatif. Dan tak seme swasta tu positif!

Err, nape komen aku pagi nie mcm ada ala-ala pesanan khidmat masyarakat eh?

SM Says:
November 9, 2011 at 10:03 AM

LW: untuk kes kawan kau yang pregnant tu, kita boleh ambik iktibar. yang lebih baik, kita kena ada opinion daripada lebih daripada seorang ahli perubatan.

MF: tak semua kerajaan tu negatif, begitu jugak sebaliknya. yang penting kita kena labih aware, lebih-lebih lagi sekarang dah macam-macam kes kita dengar dan lihat sendiri.

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 10:24 AM

SM, aku setuju, kita kena ambil lebih daripada 1 opinion walaupun mereka itu doktor..ada satu kes rakan baik aku, kakak dia pregnant dengan kandungan bermasalah.
Doktor A kata baby akan membesar tapi bermasalah dan kemungkinan cacat kerana anggota badannya langsung tidak menunjukkan perkembangan.
Doktor B kata baby ada problem juga, mungkin kalau dilahirkan pun x hidup lama dan menasihatkan baik abort jer.
Doktor C kata baby memang ada masalah tapi y not try to give her chance to breath sebab mati atau hidup adalah bukan tugas doktor.
At the same time, they search here and there pasal penyakit baby tu..

Finally the mother keep a baby sampai sembilan bulan, and let Allah decide...rasanya sekarang dah dua bulan, baby tu sihat, sempurna@cukup sifat cuma perlu dipantau tahap kesihatannya...that’s it..apa agaknya kalau mereka dengar nasihat doktor B tu kan..

eh sorry aku ambik space ko lak...sharing is caring kan?

SM Says:
November 9, 2011 at 11:00 AM

takpe, aku ada space yang unlimited. we can share everything that we need.

memang itu yang sepatutnya, usaha di tangan kita, dan ketentuan adalah di tangan Tuhan. bukan tugas kita nak menentukan hidup dan mati makhluk yang lain.

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 11:12 AM

kalau aku laa menghadapi situasi begitu..ill do till the last!

SM Says:
November 9, 2011 at 12:22 PM

fight till the end... bak sajak jentayu tu.

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 1:18 PM

ya!..never give up till end..tak pun kalau bab2 fight...over my dead body first! eh sorry dah lari topik ke aku ni?

SM Says:
November 9, 2011 at 1:28 PM

topik tak pernah lari. ohye, kau hampir setiap minggu berurusan di HUKM, servis diorang semua ok ke? takde komplen?

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 2:34 PM

HUKM rumah no 2 aku...service ok..even aku dah jadi macam staff plak sebab derang sumer kenal aku...fisioterapisnya cun melecun, nanti aku snap pic budak Ayu ni..sesuai dengan nama dia Ayu...rupa pun ayu..

yang aku nak komplen adalah bab payment je la beb...pokai la setiap kali medicalcek'ap

SM Says:
November 9, 2011 at 2:36 PM

medicalcek'ap? nate gapo tu?

pokai sekarang takpe, sebab kan ke tu salah satu usaha. yang menentukan pulak lain cerita...

NenetPenne (NP) Says:
November 9, 2011 at 2:53 PM

doktor tu manusia juga
yang doktor buat salah, hospital jugak dapat nama samada baik atau buruk

jangan salahkan sesuatu hanya kerana satu jer yang buat pasal

faham tak??

tapi lately ni ramai betul maknusia yang buang bayi..ada ke patut ikat bayi dalam plastik pastu buang kat tempat sampah... buat siasatan rupanya anak kepada pekerja vietnam yang dah kahwin tapi melakukan maksiat dgn pekerja kilang tu sendiri...

apa nak jadi dgn manusia sekarang ni yer???

ok aku dah keluar baris.sorryyyy

SM Says:
November 9, 2011 at 3:00 PM

aik, sabar beb. jangan emosi. aku tak risau kau keluar baris, sebab kau keluar dalam keadaan terkawal. hahahaa...!

inilah adalah antara masalah utama orang kita. fenomena `pukul rata'. kesalahan cuma dilakukan individu tertentu je, tapi yang selalu disebut adalah institusi tempat si pesalah tu.

dan aku tak rasa `pukul rata' ni akan hilang sebab dah jadi kebiasaan kita.

ohye, aku mention nama-nama hospital yang berkemungkinan ni cuma sebagai peringatan kepada kita sendiri dan juga kepada mereka yang terlibat dalam urusan menyelamatkan nyawa, bukan kepada si pesalah tu.

NenetPenne (NP) Says:
November 9, 2011 at 3:12 PM

aku rasa pihak hospital kena cek kredibiliti doktor dan juga jururawat yang bekerja disitu..kalau ada komen yang dibuat sila aware atau ambil tindakan..tapi dengan lebih berhemah laa..siasat betul2

maksud pukul rata tu adalah stereotype... ni aku belajar dalam subject organizational behaviour... menarik

aku cepat emo dgn manusia yang suka buang2 anak ni..senang dapat senang jer buang..orang lain susah payah usaha nak dapat anak ..tapi stil tak berhasil...

SM Says:
November 9, 2011 at 3:18 PM

aku satu tuju dengan perenggan pertama.

organizational behaviour? macam best pulak subjek `perangai organisasi' ni. bidang economy pun kena kaji perangai orang ke?

semua orang emo sekarang, terutama dengan kes buang bayi. cuma yang menambah menarik (pada pandangan aku) adalah cara berita tu diketengahkan. itu la bijaknya media memancing emosi kita.

NenetPenne (NP) Says:
November 9, 2011 at 3:35 PM

bilamasa pulak aku belajar ekonomi? tak!! aku belajar pengurusan sumber manusia..cemana nak uruskan manusia

subject 'gelagat manusia' tu sangat best... kalau orang tu perangai mcm ni sebabnya mcm ni..tapi aku kena bukak balik buku tu sebab time aku belajar tu aku di semester 4

tapi kan kalau dengar kes buang bayi, cemana olahannya aku tetap berpihak kepada bayi tu sendiri....

SM Says:
November 9, 2011 at 3:43 PM

jadi, kau mampu menilai atau mengkaji orang di sekeliling? tabiat makan, cara cangkung atau kedudukan najis lalat pun boleh efek pada perangai ke?

semester 4, bapak la kacang. kalau aku boleh score pointer 4.1!

si mangsa kecil tu sentiasa berada di pihak yang benar. cuma lagi, kita sebagai pihak yang memerhati ni aku rasa sangat2 tak cukup kalau setakat marah-marah je. sebagai pelajar pengurusan sumber manusia, kau rasa apa lagi dapat kita buat?

NenetPenne (NP) Says:
November 9, 2011 at 3:54 PM

@SM
woittt tak adalah sampai ke tabiat makan tu semua..ni kes secara general perangai manusia jer..
apakata kau pegi ke MPH pastu kau cari buku Organizational Behavior tu..

arloo pointer 4.1 tak ada yer...paling tinggi 4 flat jer tau...

boleh ajar manusia kat office jadi disiplin jer lah...ikut peraturan syarikat .. tu jelah pun... punish and reward jer lah...buat jahat, punish, buat baik, kita reward...

SM Says:
November 9, 2011 at 4:27 PM

pulak, tak pasal2 aku kena ambik self-course. nak promote la tu.

takde? patut la dulu paling tinggi aku dapat 4.0 je (berlagak!).

mungkin yang grade ni boleh apply jadi cikgu sekolah menengah, incharge bahagian disiplin. sebab budak2 zaman sekarang pun dah makin gangster.

Lady Windsor Says:
November 9, 2011 at 6:35 PM

Ahah...aku suka statement ko tu, media memang bijak memancing emosi audien tapi aku yakin pengamal media pun x adalah membabi buta lapor benda mengarut semata- mata nak pancing emosi pembaca..
Memang aku pun setuju dengan ko Dan NP, si kecil tu sekuman pun x bersalah tapi cuba bayangkan masa depan dia apabila besar, dengan nasab keturunan yang tidak diketahui asal usulnya...so pathetic!

Jadi kita sebagai komuniti dalam society memang x mempunyai mekanisma khusus mencegah kegiatan tidak bermoral ini secara total, apa yg kita boleh buat adalah educate mereka yang sekeliling kita...nak educate tu pun ada pelbagai method dan approach...eh karang kalau aku sambung makan space ko...

SM Says:
November 9, 2011 at 7:03 PM

aduyai, sambung je la. blog ni pun nama ...SAMBUNGAN. kalau tak cukup, aku buat sequel. ha, lagi?

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 7:46 AM

...sambungan...
Cadangan aku, kenakan penalty kaw2 pada mak bapak yang anak mereka terberanak tanpa nikah. Sebabnya senang saja, kalau family bonding kukuh dan parents didik anak dgn baik, tidak akan berlaku anak berpeleseran Dan fucking sana sini dengan jantan...
Kalau family bonding kukuh, parents akan ambil tahu ke mana anak mereka pergi, keluar dengan siapa, apa aktiviti dan balik pukul berapa...
Kalau family bonding kukuh, tidak akan ada anak yang suka menghabiskan masa di luar dengan peer group yang tidak bermanfaat...
Aku pun belum jadi parents tapi modul kekeluargaan yg family bonding ya kukuh adalah yang terbaik setakat ini berdasarkan pengamatan peribadi aku...lainlah kalau ada org nak bagi bajet, aku nak je buat survey pasal kes ini.
Discipline makan semeja, solat berjemaah dan lakukan perkara bersifat kekeluargaan dalam lingkungan kekeluargaan itu adalah satu benteng terhadap anak2 selain mewujudkan elemen mereke berasa disayangi...so apabila Ada perasaan begitu dalam jiwa dan diri, mereka akan berfikir panjang untuk melakukan perbuatan negatif. Pasal org luar yg buat kerja x senonoh di negara itu, ini lain cerita pula...aku belum habis meeting lagi pasal PATI dan bukan PATI ini...



Isk...kalau aku sambung ni siap satu article karang...

SM Says:
November 10, 2011 at 7:55 AM

kalau gunakan pendekatan kewangan macam tu, mungkin keberhasilannya tak menyeluruh. sebab budak2 yang suka fuck merata ni bukan datang dari latar belakang famili yang tertentu je. yang kaya, yang kedana, yang anak imam, anak mat gian, semua masuk satu kapal.

untuk beberapa isu lain, mungkin sesuai gunakan pendekatan macam ni contohnya disiplin atas jalan atau isu kebersihan.

kalau nak gunakan jugak, aku takut akan jadi bahan joke `golongan tertentu' je.

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 9:10 AM

Ya..kena ada banyak pihak, buat round table..kupas dan discuss sampai puas hati..macam kena buat sidang pleno...sebab ini isu negara...memang remaja2 yg buat keje fcuk ni tak kira latar belakang...tapi yg aku nak katanya ialah back to the basic...education abt life boleh mula daripada unit terkecil dan paling akrab atau nukleus famili...kerana ibu bapa adalah guru paling dekat dengan anak-anak...

isu lain tu bolehlah kita guna yg macam saranan ko tu..

SM Says:
November 10, 2011 at 9:59 AM

boleh didik sepenuhnya sampai umur 5 ke 6 tahun je. bila dah masuk sekolah, dah ramai kawan, tengok dunia luar, masa tu la diorang tau apa tu oral sex, apa tu doggy dan segala bagai lagi la. kuasa kawalan mutlak kita sebagai mak bapak cuma dalam lingkungan pagar rumah je.

maknanya point kau sekarang, bolak-balik macamana sekali pun last-last sampai ke parents jugak. gitu?

NenetPenne (NP) Says:
November 10, 2011 at 11:15 AM

kadang2 parents dah bagi ajaran yang secukupnya tapi still gak jadi menda yang tak diingini.. pokok pangkalnya hati individu tu sendiri..kalau dia jenis yang takut kerana Allah, dia tak akan buat tapi kalau jenis yang takut kepada manusia, bila manusia tak ada depan mata, apalagi...menyetan lah...

mcm i yang duduk sorang ni, kalau i nak angkut jantan, dah lama i angkut sebab jiran i pun jenis yang ada aku kesah punya type.. tapi for what??? for tambah dosa??? tak pelah..dah tua dah...

SM Says:
November 10, 2011 at 11:20 AM

peranggan pertama aku satu tuju.

perenggan kedua kenapa ada perkataan TAPI, jangkit dari aku jugak ke?

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 2:33 PM

SM n NP, Ok, I nak kata didikan mak bapak adalah asas...kalau ibu bapa kuat menanamkan kefahaman agama dan dalam minda anak ada asas kukuh, insyaallah x akan berlaku benda yg x baik..
Macam NP, aku pun sensorang..dah le tu kejiranan aku 90% adalah ca ya nun alif, kalu haku nak seludup jantan masuk rumah, ada depa kisah...tak ada maknanya tapi oleh sebab aku (terima kasih Allah) mengurniakan akal fikiran dan ingat didikan mak bapa mengenai dose pahala, aku tak terfikir pula nak buat gitu..bukan soal nak berlagak baik tapi pokok pangkalnya jati diri dan basic agama...anyway this is my personal p.o.v..kalau ada yg x setuju, mak tak kisah dik non...

SM Says:
November 10, 2011 at 2:42 PM

LW: another word we've got here. jatidiri. kalau jatidiri kita kuat dengan akar-akar ilmu agama, kebarangkalian nak tergelincir sebaik terlepas daripada perhatian mak bapak tu amat la kurang.

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 3:40 PM

Gotcha !!!

SM Says:
November 10, 2011 at 3:49 PM

berhasil menemui keyword, walau pun lari sikit dari tpoik entri. aku agak puas hati.

NenetPenne (NP) Says:
November 10, 2011 at 4:24 PM

@SM
salah salah..
aku dulu yang perkenalkan isu TAPI tu kat blog kau pasal kau meradang dgn driver kereta yang tak prihatin dgn penunggang motosikal...

cek cek balik...dan sila bayar royalti..ha ha ha...

Lady Windsor Says:
November 10, 2011 at 6:23 PM

NP, hahaha bagus...minta royalty dari SM tu, dapat duit kita beli teket konsert...ok bebeh!

SM Says:
November 11, 2011 at 2:22 AM

aik, nak caj jugak?

Lady Windsor Says:
November 11, 2011 at 2:23 AM

Mesti! Aku jwb bg phk NP.

SM Says:
November 11, 2011 at 2:26 AM

...persahabatan yang dibayangi dengan taburan wang ringgit.

Lady Windsor Says:
November 11, 2011 at 7:50 AM

Omakaihhh dan dan tu buat kuar falsafah yg bisa buat urat saraf sentap tu....ekekekeke!

SM Says:
November 11, 2011 at 9:48 AM

hahaaa...! falsampah la beb.

Lady Windsor Says:
November 12, 2011 at 1:09 AM

Falsampah yg dalam tong sampahnya...!

SM Says:
November 12, 2011 at 1:16 AM

gurau beb!