Ahmad

| Wednesday, November 16, 2011 | |

Siapa orang gila yang buat lagu ni? Guna nama Ahmad? Tak komersial langsung... Baik pakai nama Abu je, tak pun nama Kadir atau pun Ali. Apa, takde commercial value ke?

Mak bapak zaman sekarang berlumba-lumba nak menamakan bayi mereka yang bakal lahir dengan nama-nama yang super bombastik. Nama kalau tak ada tiga patah perkataan, memang tak cukup. Ditambah pulak dengan ejaan yang boleh bikin berputar lidah antara lelangit dan gusi, kesian kat budak tu bila dah masuk darjah satu esok. Baru habis belajar ABC, dah kena belajar tulis nama sendiri yang saling tak ada bezanya dengan terminologi saintifik.

Bila nak ambik exam pulak, terpaksa pulak mengira ruang yang ada sama ada cukup ke tidak sebelum tulis nama atas kertas jawapan. Aku takut satu hari nanti ada budak yang angkat tangan nak mintak kertas tambahan sebelum cikgu bagi izin menjawab. Bukan tak cukup kertas nak isi jawapan, tapi sebab tak cukup ruang nak isi nama! Apa ke jadahnya macam tu...!

Itu baru masalah nak mengeja nama atas kertas jawapan. Belum lagi pasal maksud yang ada sebalik nama tu. Mujur la sekarang ni buku panduan nama-nama bayi dah berlambak kat pasaran, boleh jugak guide mak bapak yang tamak ni pilih nama yang mana sedap. Tapi bagi yang suka membabi buta je pilih nama tu, mana yang cantik, itu la yang diorang bubuh atas borang pendaftaran JPN.

Entah dari mana sumber dia pilih nama tu pun tak peduli. Janji nama sedap, gempak dan panjang mengalahkan nama anak saudara dia yang lain.

Ok, pergi mati dengan kes nama-nama merapu ni. Sambung balik pujian aku pada komposer lagu awek mari Arrora Salwa ni. Kau memang berani bai. Dah la guna nama lelaki buat tajuk lagu. Nama stok bapak budak pulak tu.

Tabik mantul-mantul kat lu...

Sekian.

19 comments:

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 8:12 AM

Lagu ni da lama aarr...ko jer yg baru dengar...bhahaha! Eh tapi salute kan, mana ada komposer buat lagu pakai title nama jantan, balik2 nama pompuan gak yg naik...yg ni melawan arus, makanya...tabik!

reen afny Says:
November 16, 2011 at 8:52 AM

haha ramai kot yg minat lagu ni...

SM Says:
November 16, 2011 at 10:38 AM

LW: aku pun perasan dah lama, tapi salah satu sebab aku up entri buakn sebab tajuknya yang kaboom, tapi sebab...

ra: aku minat penyanyi je. boleh? aku harap dia minat aku jugak...

reen afny Says:
November 16, 2011 at 10:50 AM

haha bole je.. tapi before die jadi artis ni, profession dia polis kan?

SM Says:
November 16, 2011 at 10:57 AM

bukan, stewardess...

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 10:58 AM

Aku tau sebab apa....

reen afny Says:
November 16, 2011 at 11:00 AM

cisss dell.. perli aku lew teww. hurh

SM Says:
November 16, 2011 at 11:06 AM

LW: ...sebab apa beb?

ra: bukan perli, kenyataan. mungkin dia dah bosan jadi stewardes dan penat melintasi zon masa berbeza setiap hari, tu yang dia jadi penyanyi. sama je glamer. hahaha...!

reen afny Says:
November 16, 2011 at 11:17 AM

haha gilaa glemer eh dia. kena setempek lagi. adeh.. haha
weh, curang kat adele ke. haha

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 11:20 AM

Kura2 dalam perahu...

SM Says:
November 16, 2011 at 11:30 AM

ra: betul la tu. pada dia kerja jadi penyanyi ni lebih `fun' daripada profesi yang lain-lain. serious shit!

LW: okla, aku tau, kau pun tau. hahahaa...! apa-apa hal pun, aku rasa ada lagi ke tajuk lagu guna nama lelaki, nama orang tua pulak tu!

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 11:51 AM

Base on my observation, nope..nothing at all..except U! Hahahahah....

SM Says:
November 16, 2011 at 11:54 AM

LW: aik, kenapa dengan aku pulak?

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 12:21 PM

X payah la aku bagi jawpan, ko pun tau nape...

SM Says:
November 16, 2011 at 12:58 PM

apa dia?

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 1:58 PM

Ko pun tau...

SM Says:
November 16, 2011 at 2:13 PM

apa yang kau tau mungkin tak sama dengan apa yang aku tau, tau?

Lady Windsor Says:
November 16, 2011 at 4:24 PM

Tapi aku rasa yg ni selari...

SM Says:
November 16, 2011 at 4:48 PM

aku pulak rasa sangat serenjang. kalau nak pastikan, kau kena `bitau' beb!