Ahli Mesyuarat Tingkap

| Friday, November 18, 2011 | |
Kawan Aku : Macamana, boleh ke?
Suara Handphone : ....(aku tak dengar)
Kawan Aku : Petang ni la gerak. Boleh?
Suara Handphone : .....(tak dengar)
Kawan Aku : Tak lama, petang esok balik sini la.
Suara Handphone : .....
Kawan Aku : Takdela, bertiga. Lelaki semua..
Suara Handphone : .....(tak dengar jugak)
Kawan Aku : Macamana? Ok?
Suara Handphone : .....(tetap tak dengar)
Kawan Aku : Ha, yela yela...

**********

Potongan daripada perbualan berdurasi beberapa minit kawan aku masa bitau (mintak izin) bini dia yang dia nak pergi out station, atas sebab job yang tak berapa nak urgent sangat. Tak lama lepas tu, `ungkapan ahli mesyuarat tingkap' terus jadi bahan lawak kami sepanjang perjalanan ke Kuantan dan balik KL...

Haha...! Sorang kawan yang lain pulak bila kena cop takut bini sebab hampir setiap minggu balik kampung jenguk bini akan jawab "aku bukan takut bini, tapi bini yang tak takut aku!"

Macam gampang je statement selamatkan diri...

32 comments:

Lady Windsor Says:
November 18, 2011 at 6:21 PM

Hahaha...aku suka jawapan gampang kawan ko tu...smart!

reen afny Says:
November 18, 2011 at 7:52 PM

miss LW... tahu takpe!

haha lelaki biasa ah ada je ayat nak cover diri kan..

SM Says:
November 19, 2011 at 8:20 AM

untuk kurang berdua: perlu ke rasa takut suami kepada isteri (atau sebaliknya)?

Lady Windsor Says:
November 19, 2011 at 10:54 AM

aku tak kata suami perlu rasa takut..tapi jawpan kawan ko tu sangat clever dan aku kalau ada peluang jumpa kawan ko tu, aku nak ucap tahniah pada dia kerana dia boleh bagi jawpan macam tu dan tetap balik jenguk bini dia seminggu sekali walaupun kawan2 chop dia takut bini...

Fara Says:
November 19, 2011 at 1:12 PM

....tiba2 teringat perihal hubby aku Setiapkali janji nak men futsal, mest kene kensel sbb hal family. Kdg2 anak tak sihat, kdg2 kena blk kmpg...keje hubby aku bkn office hour, cuti weekend. Sumtimes, weekend kena keje.

Tp kwn2 die tak phm (majoriti lom kawen). Dahlah venue men futsal jauh (stay kat Sunway, men kat Seri Kembangan). Dah tu, majoriti kwn2 lak duk Putrajaya, Nilai..dkt2 dgn area sane. Bila hubby aku kensel, diorang mulalah igt aku nak control hubby aku. Walhal, aku tak sekat die nak g mane pun. Seme tu kehendak hubby aku sendiri. Dah jdk isu kat situ. Dah tetiba jdk subject matter mesyuarat tingkap kwn2 LELAKI yg len.

Lelaki yg tak kawen, diorang takkan phm mcm ne. Dan yg da kawen pun, pastu venue nak g men futsal tu takat bwh umah je....sape yg tak isau nak tgl anak bini kan?

Haih...tibe2 emo lak!

reen afny Says:
November 19, 2011 at 4:09 PM

SM.. tak perlu takot kalau dua2 saling percaya antara satu sama laen..


kak fara... sabar2. hehe biasa la kalau org bujang ni, memang takkan paham masalah rumah tangga org.

NenetPenne (NP) Says:
November 20, 2011 at 12:22 AM

@SM
tu maknanya suami tu sayang binilah...

SM Says:
November 20, 2011 at 1:26 AM

LW: memang selalunya begitu, sebahagian kami takut (atau tak suka) dicop sebagai takut bini atas faktor ego. dan jawapan kawan aku tu, aku tak anggap sebagai jawapan selamatkan diri, tapi lebih kepada satu bentuk penghormatan kepada bini dia dalam bentuk sindiran kepada lelaki sendiri.

MF: aku jarang sependapat dengan kau, tapi kali ni aku mengakui tentang `kesependapatan' tu. Semua (boleh dikatakan la) lelaki cuba mempertahankan ego masing-masing di hadapan sesama sendiri, tanpa mahu mengakui betapa perlunya rasa hormat terhadap isteri itu ditonjolkan. apa salahnya mengakui yang kita kadang-kala takutkan isteri. pada aku, sedikit rasa takut itu akan menjadi tali kesetiaan. itu yang lebih baik. apa-apa pun, aku respek laki kau... (ah, entri pasal apa pun, kau selalu emosi, hahahaa!)

ra: TAKUT la, bukan TAKOT. glamourisme yang tak kena tempat. haha! tapi, aku rasa perlu ada sedikit rasa takut. bukannya maksud aku seperti rusa yang takutkan harimau, tapi takut yang sinonim dengan sayang.

NP: eleh, ayat tipikal. "aku bukan takut bini, tapi sayang bini la."

reen afny Says:
November 20, 2011 at 1:49 AM

ada beza ke takot dgn takut? haha
yup betul2... kang bini merajuk lama2 susah kang. siapa yg tak sayang bini oiii... haha

SM Says:
November 20, 2011 at 1:54 AM

berbeza ejaan.

takut yang lebih kepada hormat.

NenetPenne (NP) Says:
November 20, 2011 at 1:56 AM

tapi kadang2 takut tu boleh membawa kepada penipuan..

dont argue with my statement, i experienced it..

SM Says:
November 20, 2011 at 1:58 AM

mungkin itu jenis takut yang tak berkadaran dengan sayang. takut yang sedikit keterlaluan dan tak bertempat.

Lady Windsor Says:
November 20, 2011 at 4:18 AM

SM, tu la pasal lelaki ni respect kawan x kena tempat. Isu bini bukan boleh buat main2. Kawan ko tu kiranya hero di mata wanita. Satu lagi contoh, kalu ada lelaki bawak bekal bini masak, musti korang kata dia takut bini gakkan? Pada aku, lelaki cenggitu clever? Dia nak makan apa yg bini dia masak juga, jimat duit beb, x payah nak makan mende yang bergelumang dengan peluh tukang masak dan msg kat luar sana. Paling menawan aku yakin si bini akan seronok letak makanan dalam bekas jenama tupperware sambil pesan kat lakinya jangan hilangkan bekas mahal tu...ceittt aku pulak terbuat scrip drama. Eh tapi ok la lelaki bawa bekal, itu tanda dia sayang bini dan macho!

blu4sky Says:
November 20, 2011 at 6:18 AM

lol. lelaki oh lelaki kenapa suka merendahkan kaum wanita..kenapa suka cop isteri tu suka kontrol..
klu isteri tak tanya kata si isteri tak peduli.. lelaki mmg makluk yg sll confuse tak tau apa dia nak..

Lady Windsor Says:
November 20, 2011 at 8:49 AM

Blu, yes i second on you! kalau tanya kata pompuan suka berleter dan cemburu tak bertempat, kalau tak tanya karang kata x ambik tahu...walhal deme yang confuse tak tau apa dia nak sebenarnya..ahahaha!

blu4sky Says:
November 20, 2011 at 1:38 PM

LW, itulah kan..lelaki adalah ketua keluarga..dah nama pun ketua haruslah ada vision & mission dia nak bw keluarga dia ke mana..bknnye jd mcm lalang..klu kwn ckp mcm ni..dia ke sini..kwn sorang kata mcm tu dia ke situ..mudah terikut2..dah tu ego x bertempat..

SM Says:
November 20, 2011 at 11:52 PM

LW : serious shit, hampir setiap hari aku bawak bekal yang bini aku tapaukan dalam bekas tupperware. hahahaa...! BOTAK=MACHO.

blu : ops, elakkan daripada bersikap pukul rata. bukan semua lelaki macam tu. seboleh-bolehnya gunakan perkataan `kebanyakan lelaki'. baru adil kepada (sebahagian kecil) lelaki yang bukan jenis merendahkan wanita.

*diharap dapat ketepikan emosi dalam isu yang berkaitan gender untuk berlaku adil kepada sebahagian lelaki yang menghormati wanita. begitu juga panggilan kepada wanita, harap dapat berlaku adil kepada wanita yang baik dan mempunyai sifat yang perlu dihormati. sebab tu aku suka guna perkataan `kebanyakan'. harap maklum.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 1:15 AM

Ceitt! Aku dah hagak ko ni adalah lelaki botak beranak tiga yg kadang2 mengaku bujang!

Blu, ini satu lagi contoh lelaki emo! Lariiiiii....hahahaha....

SM Says:
November 21, 2011 at 1:20 AM

beranak dua la... hahahaa...! macam siot.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 3:57 AM

Owh dua ek? Bukan bini ke yang dua tu?

reen afny Says:
November 21, 2011 at 8:15 AM

NP.. betul tu.

SM.. haha memandai je. takot la. glemer sikit nyah! haha

blu4sky Says:
November 21, 2011 at 9:12 AM

SM,
noted and sorry for using the wrong expression but you can't blame me because nak dpt cth yang baik dari sebahagian kecil itu amatlah payah nak dicari..
tidak dinafikan ada sebahagian yang menghormatkan wanita tapi bila dah jumpa geng, kebanyakkannya akan join sekaki..

dan dalam kita bergurau mengatakan si polan takut bini..selalu atau pada kebiasaaannya akan membawa kepada perception isteri si polan itu adalah seorang queen control.. betulkah si isteri queen control..jangan dalam bergurau kita "terfitnah" seorang wanita yang tak bersalah..

dan sang suami tadi bukan ke lebih baik kata sang isteri prihatin tentang dirinya daripada mengatakan wife tak takut dengan dia.. dalam hal rumahtangga lebih baik kita tekankan tentang hormat menghormati antara pasangan suami isteri rather than kata-kata suami takut bini, bini tak takut suami..

bukan emo tapi sekadar pandangan based on my observation...peace**

SM Says:
November 21, 2011 at 9:46 AM

LW:
gila kau! hahaa...

ra :
apa yang betul tu dik oi? tak sudah-sudah tumpang glamer.

blu:
ya, komen yang bijak. alamak, kau salah eja perkataan `kebanyakan' tu la. huruf K ada satu je, bukan dua.

itu biasa sebab lelaki kebanyakannya mempunyai ego yang tinggi, dan perlu dipertahankan apabila berada sesama mereka. dan yang paling teruk sekali, terdapat jugak yang tak dapat terima jadi mangsa queen control walau pun cuma sekadar gurauan.

untuk statement selamatkan diri kawan aku tu, aku anggap itu suatu yang bijak dalam erti kata tersendiri. tak takut kepada dia (suami) tu menunjukkan tahap si isteri pada pandangan matanya. sebab tu la dia tak sebut queen control. dan perkataan takut tu pun boleh ditafsirkan dengan pelbagai terjemahan. tak takut yang macamana?

*ya, kita semua pasti akan memberikan pendapat berdasarkan kepada pemerhatian terhadap apa yang berlaku di sekeliling atau pun melalui pengalaman secara langsung. kita semua melalui pengalaman yang berbeza walau pun atas isu dan perkara yang sama. itu lah yang kita cari sebenarnya, kepelbagaian pandangan.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 10:57 AM

Apa lak gilanya, ko boleh kawin empat haper? Tapi aku nak cakap sila tepuk dada dan tanya selera ya kepada lelaki2 di luar sana. Mampu ke nak berlaku adil, alangkan nak bawa bekal bini masak pun dah termalu2 escargot! Ko jangan risau, aku tau ko lelaki botak dengan hati baik, tentu ko sangat adil dan saksama...bhahahaha!

blu4sky Says:
November 21, 2011 at 11:00 AM

hahaha..adui lah..BM dulu kelas ICU.. kelemahan diri yang masih perlu sentiasa dibaiki.. masalah double k, di jarak, di dekat.. iaitu adalah..ahhh memang my major problem..kalau ada yang sudi nak jadi cikgu BM..amatlah dialu-alukan

SM Says:
November 21, 2011 at 12:01 PM

blu: takpe, dimaafkan. masalah yang dah jadi lumrah oleh penutur bahasa itu sendiri.

SM Says:
November 21, 2011 at 12:15 PM

LW: kalau setakat tambah cawangan sebab tengok muka cantik baik tak payah!

reen afny Says:
November 21, 2011 at 12:47 PM

yela bila takut nanti mula la nak menipu sebap takut kena mara or husband kita tu tak bole accept reason kita. so tipu la memanjang.... disebapkan takut bukan hormat.

SM Says:
November 21, 2011 at 12:59 PM

kadang-kadang takut pun perlu jugak, tapi biar ada batasan tertentu. dalam kata mudah, takut sebab hormat. ini pendapat peribadi.

reen afny Says:
November 21, 2011 at 1:05 PM

agreed! kalau ye pun takut tak payah la nak menipu kan.

Lady Windsor Says:
November 21, 2011 at 1:05 PM

SM, hah tahu pun ko!

SM Says:
November 21, 2011 at 1:07 PM

situasi yang boleh digunapakai oleh kedua-dua belah pihak suami dan isteri. saling ada rasa menghormati dan menanam sedikit rasa takut.