(add) Rais Yatim

| Tuesday, November 22, 2011 | |
Tinggalkan dulu cerita pasal bola sukan SEA Malaysia menang lawan Indonesia malam tadi. Ada satu perkara yang tiba-tiba melintas dalam kepala hotak berjambul aku ni.

Antara ramai-ramai orang kenamaan yang selalu expose muka dia dalam tv atau paper, cuma beberapa orang je yang aku cukup senang dengan tutur kata mereka. Susunan ayat, penggunaan kata-kata, tatabahasa atau prosa dalam ayat tu memang cukup cantik bagi orang yang bergelar kenamaan.


Selalu kita didengarkan dengan bermacam-macam kempen pasal memartabatkan bahasa kebangsaan. Menteri sana-sini sibuk rasmikan pelancaran kempen bahasa. Ada peringkat negeri, daerah atau sekolah. Ah! Bagi aku, memang bullshit la semua tu. Sangat sedut...! Dalam masa mencanangkan supaya kita meningkatkan penggunaan bahasa yang baik, pada masa yang sama jugak diorang ni la antara orang yang banyak mencemarkan bahasa ni sendiri.

 Ambil contoh paling mudah. Seorang wartawan bertanyakan soalan pasal sesuatu isu kepada seorang ahli parlimen sebaik ahli parlimen bingai tu keluar dari sidang. Bermula dari ayat pertama sampai la ke noktah yang terakhir, aku boleh dengar ungkapan-ungkapan bahasa Inggeris bercampur-baur dengan ungkapan bahasa Melayu dalam satu ayat! Macam bangsat je bunyi.

Teringat kawan bos lama aku seorang India yang kalau bersembang dengan bos aku, boleh keluar tiga bahasa sekali dalam satu ayat. Rasa macam curi dengar perbualan makhluk asing pun ada!

Bukan la bermakna aku ni sangat cemerlang dalam berbahasa, tapi aku cuma cukup tak senang dengan kelakuan orang-orang kenamaan ni mencemarkan bahasa. Bukan ke mereka sebagai public figure yang sepatutnya menampilkan diri sebagai contoh terbaik untuk rakyat. Macamana nak memartabatkan bahasa kalau pemimpin itu sendiri tak menjaga perilaku dalam berbahasa?


Maaf la, memang tak boleh nak buat apa pun, sebab bahasa pertuturan kita sehari-hari pun dah dirojakkan dengan enaknya. Kadang-kala sedap pulak didengar. Itu aku tak boleh nak cakap apa.


Tapi sekurang-kurangnya, jadilah macam dua orang ahli politik ni yang sentiasa berbahasa dengan cantik dalam setiap acara rasmi. Sekurang-kurangnya...






Oleh itu, sekarang ni aku tengah cuba nak add diorang punya fuckbook. Harap-harap terima la ye wahai datuk memanda...

Sekian...

34 comments:

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 11:55 AM

Oh datuk mamanda berdua tu memang sangat cemerlang kala berbahasa, sangat tertib sekali...hamba pun kagum amat mendengarnya kala kedua2 nya bermusyawarah...datuk bentara SM patut mendenganya secara live...musti lebih kagum...hik!hik!hik!

Bhahaha...ko jadi datuk bentara jap eh...

Fara Says:
November 22, 2011 at 11:57 AM

LW - Kak, apa tugas Datuk Bentara eh kak?

Datuk Bentara SM eh? Agak2 klu ko add diorang kat FB, dpt tanah sekangkang kera tak?

Kuang, kuang, kuang!

SM Says:
November 22, 2011 at 12:04 PM

LW: dengar kat tv pun aku dah cukup teruja, terpaku sejenak sambil mengamati butir-butir kata dari mulut mereka. ikhlas aku puji mereka berdua ni.

MF: hahahaa...! banyak la kau. tak ikhlas tu, mengharapkan tanah pulak. ingat aku ni tuan tanah kedaung ke.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 12:15 PM

SM, aku pun kagum dengan Dt Rais Yatim tu...bahasa dia memang sangat dijaga Dan dia juga terer berpantun. Kalau x silap aku, kalau ada org tanya dalam BI, baru lah dia akan jawab dalam BI, kalau yak memang dia straight cakap BM...
Chua Jui Meng pun bagus juga, dia guna bahasa baku...

MF, datuk bentara tu tinggi juga pangkatnya dalam hirarki kedudukan pentadbiran kerajaan..

NenetPenne (NP) Says:
November 22, 2011 at 12:49 PM

alah SM ni cakap pasal bahasa tapi kat blog aku suka sebut najis... sudahlaaa SM... :P

SM Says:
November 22, 2011 at 1:17 PM

LW: ya, aku pun perasan jugak pasal rais yatim ni. dan dia tak pernah campurkan-adukkan bahasa tu. satu jawapan untuk satu bahasa, bergantung pada soalan. kau rasa siapa lagi yang sangat santun bahasanya selain mereka berdua ni.

NP: eh, dah abis exam ke. ala, aku sebut (taip la) najis je. bukan t*hi. sori ya...

Fara Says:
November 22, 2011 at 2:24 PM

Heheheheheheh....

Komen NP betul2 MEMUKUL! Mcm entri sorang budak psl manusia bertamadun. Tapi at the end.....dia pun 2x5.

Well, manusia tak sempurna.

SM Says:
November 22, 2011 at 2:29 PM

ULANGAN : Bukan la bermakna aku ni sangat cemerlang dalam berbahasa, tapi aku cuma cukup tak senang dengan kelakuan orang-orang kenamaan ni mencemarkan bahasa.

kita semua sedar yang kita bukan serba sempurna, tapi tak bermakna jugak kita tak punya hak untuk menegur. salahkah menegur? atau pun jangan membuat teguran kalau diri sendiri tak betul.

macam kata-kata slapstik yang biasa kita dengar, "betulkan diri sendiri dulu sebelum nak ajar orang lain".

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 2:50 PM

Tu la pasal SM, ko ni kalau berbahasa memang santun tahap nyior gading puncak mahligai tapi ko pun pernah sebut perkataan t#¥k kat blog aku....

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 2:52 PM

O ya..setakat ni aku rasa depa berdua tu paling excellent le kalau bab bahasa...nanti jap aku fikir post cab mana lagi yg bagus...

NenetPenne (NP) Says:
November 22, 2011 at 3:13 PM

@SM
kau dan aku kan dah biasa gurau2... jantan sentap yer..nanti aku dgn LW belanja makan pulut tapai dgn ice cream..nak tak??? nak tak??

aikk apsal entry kau tu asyik marah makcik jer..cuba story mory kat kakak sikit...

Fara Says:
November 22, 2011 at 3:16 PM

Aik? Marah ka?

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 3:26 PM

NP, SM saja buat2 sentap...ala kita bukan tak tau tektik dia...dia kan botak=muka legend, ok kita tak lupa kan eskrim tapai tu, dia jer yg buat2 lupa...

MF, SM tu kalau marah memang nak kena jual....hahahaha!

SM Says:
November 22, 2011 at 3:43 PM

LW: ok, ok... lain kalu aku akan tapis segala perkataan yang bakal keluar kat blog kau (dan NP). dahsyat betul aku punya tahap, dah sampai nyior gading puncak mahligai tu.

LW: kali terakhir aku terpaku dengan rais yatim masa buletin utama hari tu, ketika dia rasmikan buku `the causeway'. bahasa yang indah...

NP: oit, nak rasuah! aku tak makan suap, juga tak makan terajang. kalau makan nasihat ok la sikit kot. cuba kau belanja nasihat kat aku. itu entri lepas marah, bila dah taip guna font besar warna merah baru lega sikit. (ah, akak la sangat. belum tau aku punya stail abang-abang ni)

MF: hahahaa...! individu berkepala botak selalunya berhati keras, mana mungkin kami marah...

LW: adui, apa lagi yang aku buat-buat lupa?

*haha! macam siot... aku tahan sengih je tengok gelagat korang. nasib baik perut aku baru lepas isi teh tarik, tahan je nanti takut tersembur.

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 3:59 PM

SM, ko abang2? Abang la sangat....ahaha! Sakit perut aku tau bayangkan adik2 yg mengaku abang2 ni...

SM Says:
November 22, 2011 at 4:03 PM

ini bermakna aku memang pandai berlakon muda beb!

Fara Says:
November 22, 2011 at 4:35 PM

Aku tatau ko botak.

SM Says:
November 22, 2011 at 4:38 PM

MF: ye la kau! jangan lupa, kami juga berhati kental!

NenetPenne (NP) Says:
November 22, 2011 at 5:02 PM

belanja nasihat kau?
aaa tak pandai...
kadang2 ada orang yang sensitif bila dinasihati...
biarlah kau cool dgn sendiri...

tak makan suap? abis kau makan cemana??? kena suap ke mulut kan?? mana ada orang makan tak suap ke mulut... tipu!!!!! lainlah kalau suap ke kaki...ha ha ha

SM Says:
November 22, 2011 at 5:23 PM

NP:
kalau belanja nasihat tak payah pakai duit beb, jimat. suap ke kaki? jangan wei, jangan tak suap.

Fara Says:
November 22, 2011 at 5:36 PM

Ooo...botak rupanya!

Lady Windsor Says:
November 22, 2011 at 7:30 PM

SM, ko buat2 lupa...kami tau..kan NP? Kan...hahaha...Lu fikirlah sendiri...

NenetPenne (NP) Says:
November 22, 2011 at 9:32 PM

bila SM bila???

biar dia fikir, kan LW kan..

SM Says:
November 22, 2011 at 10:52 PM

...masuk baris semua!

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 4:23 AM

NP, hahaha dia dah gelabah tu...dan dan tu suruh masuk baris...ekekekeke..siap la ko SM...regu aku sudah mari...

SM Says:
November 23, 2011 at 10:56 AM

hari ni dunia separa aman sebab NP ada paper...

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 1:11 PM

Separa aman ko kata....dia tahu walopon ada paper...

SM Says:
November 23, 2011 at 1:25 PM

tau tapi tak boleh buat apa, sebab tangan dan kaki terikat kat paper.

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 2:59 PM

Esok lusa, paper dah terbang habes, tau le ko bila barisan jadi kucar kacir...dia akan kerjakan ko sampai lebam...I sware...sebab aku pun akan kerjakan ko juga..a hahaha...kan NP!

SM Says:
November 23, 2011 at 3:01 PM

LW: jangan nak takutkan orang yang dah sedia takut.

reen afny Says:
November 23, 2011 at 3:38 PM

haha patut la marah bebenor aku buat entry pasal bahasa... sory lambat update. hehe

SM Says:
November 23, 2011 at 4:38 PM

bukan marah, nasihat...

reen afny Says:
November 23, 2011 at 4:45 PM

hehe ayat sinis...

Lady Windsor Says:
November 23, 2011 at 6:18 PM

SM, bhahahaha....takut ghope- ghopenye ye buddy aku ni..ini kena bitau buddy yang di sana ni..roger!