10 Tahun Dulu : Potong Kepala!

| Monday, November 14, 2011 | |
"Kitak sik takut ka datang sini? Kami suka potong kepala orang..."

Itulah ayat yang keluar dari mulut seorang budak perempuan berpakaian sekolah rendah pada sorang klik aku lebih kurang 10 tahun dulu. Masa tu kali pertama aku dan team aku jejakkan kaki kat Sibu. Klik aku ni seorang perempuan (aku panggil Kak Ida) kena assign pergi ke satu sekolah, dan aku pulak kena stay kat satu roundabout tengah bandar Sibu.

Kunjungan kali kedua bersama organisasi yang lain dan tugasan yang berbeza ke Sibu dua minggu lepas mengingatkan aku pada Kak Ida ni. Sepanjang setahun kerja di bawah dia, aku kenali dia sebagai seorang yang amat disenangi. Berasal dari Ipoh dan cuma boleh drive kereta dengan gear auto walaupun pernah jadi instructor sekolah memandu, dia adalah antara orang yang aku respek kat situ selain big boss. Bijak berdiplomasi, pandai dalam management dan tak tertinggal dalam teknologi. Masa tu, pertama kali aku tengok thumb drive yang dia miliki.

Satu lagi yang buat aku respek kat dia adalah dia seorang yang sangat independent. Wah, satu lagi nilai positif yang aku dapat kesan yang perlu ada dalam diri perempuan zaman sekarang. Dia tak kisah kalau kena buat assignment ke luar sorang-sorang, walau pun ke tempat yang dia tak pernah pergi.

Berani siot, gua tabik mantul-mantul kat lu... Satu lagi, dia ni pun termasuk dalam golongan perempuan yang berani (bertempat). Berani berdepan dengan kerenah manusia, atau yang bukan manusia; macam kes gangguan kat Shahzan Inn kat Bukit Fraser dulu. Kes ni lain kali la aku gebangkan. Sebab aku sekarang dalam mood pemalas nak mampus nak bercerita berjela-jela...

Entah kat mana sekarang Kak Ida ni. Berita terakhir, dapat jugak dia kahwin dengan mamat Kuching yang ada adik lelaki baik hati tu. Mungkin sekarang dia dah dapat title Ir. kot kat pangkal nama dia. Insya-Allah!

Sekian...

22 comments:

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 1:30 PM

Ala cepat la ko citer misteri kat Fraser hill tu...Dari dulu ko kata nak citer..

SM Says:
November 14, 2011 at 1:32 PM

aku kena jumpa tamar jalis, minta dia tip nak hasilkan tulisan misteri yang baik. kalau aku buat saja, tak seram langsung...

NenetPenne (NP) Says:
November 14, 2011 at 1:35 PM

laaa dah abis? tak sempat nak warm up...

SM Says:
November 14, 2011 at 1:38 PM

nak habis macamana, start pun belum...

auntie nenet Says:
November 14, 2011 at 1:51 PM

kau kerja engineer ke??

SM Says:
November 14, 2011 at 1:51 PM

bukan...

auntie nenet Says:
November 14, 2011 at 1:52 PM

habis tu?? haha nak tahu boleh?

NenetPenne (NP) Says:
November 14, 2011 at 1:55 PM

@SM
kalau belum start ni apa? kata2 aluan eh? :P

SM Says:
November 14, 2011 at 2:02 PM

tajuk dalam tajuk.

SM Says:
November 14, 2011 at 2:03 PM

an : kuli...

NenetPenne (NP) Says:
November 14, 2011 at 2:47 PM

kenapa rumah kau kelam SM? tak ada lampu...gelap....

SM Says:
November 14, 2011 at 2:48 PM

sebab satu simbolik kepada kekelaman yang umat manusia sedang hadapi tanpa sedar...

Lady Windsor Says:
November 14, 2011 at 7:44 PM

Apa2 hal aku nak dengar citer Fraser hill tu, masa aku kat tanah tinggi lagi ko dah sebut pasal Fraser hill ni...aku dah nak naik lagi sekali dah pun tanah tinggi ko belum gak lagi cerita pasal FH...

SM Says:
November 15, 2011 at 7:27 AM

haha, kalau boleh aku nak kau rasa sendiri... ada bran?

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 8:31 AM

aku dah rasa..macam2 rasa ada, bahkan aku dah masuk ke dunia mereka..ko ada?

SM Says:
November 15, 2011 at 9:29 AM

aku pernah disapa, tapi buat-buat berani padahal kecut jugak telur.

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 11:07 AM

Dia tegur? Ada le tu yg dia berkenan pada ko...berhati2 beb....

SM Says:
November 15, 2011 at 1:42 PM

banya kau punya berkenan. makhluk lain tu wei!

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 3:31 PM

Ye la..aku tau...ko ingat aku tatau...kalau manusia tak de maknanya saja2 nak tegur weiii...nanti org cakap gila ke haper....

SM Says:
November 15, 2011 at 3:34 PM

malam pertama aku stay kat satu kampung (kota tinggi), atas sebab kerja. belum-belum dah kena kacau. lepas tu takde lagi dah, budak-budak aku yang kena teruk. aku sebagai chief diorang, mungkin nak test je kot. hahahaa...! berlagak...

Lady Windsor Says:
November 15, 2011 at 6:03 PM

Masa aku join ROTU dulu, kita orang lebih hantu daripada hantu...hantu pun takut nak dekat dgn kita orang sbb kes 'bau'...

SM Says:
November 15, 2011 at 6:14 PM

bau macam bangkai setan! (kata kawan aku)