Iklan Percuma

| Wednesday, November 30, 2011 | 29 comments |



Sekali pandang, cantik. Packing dah macam kondom. Pandang kali kedua, ada unsur-unsur maskulin. Ok la kot. Logo pulak saling tak tumpah macam logo satu saluran tv Singapore. Saiz pack yang sesedap sara untuk dipegang, atau masuk poket.


Pertama kali try pagi, rasanya agak keras sikit. Macam pertama kali hisap Winston merah lepas bertukar dari Sampoerna hijau.


Kunyah kali kedua, rasa macam makin ok. Selepas habis kepingan yang ketiga, aku try pulak Winston light macam biasa. Ptuuiiii...! Apasal rokok aku ni rasa macam taik lipas peram dalam telur tembelang pulak ni?

Pandangan Koyak

| | 33 comments |

Ting...!
Pintu terbuka.

Dua orang perempuan hampir baya aku keluar.
Tangan menjinjing bungkusan makanan.
Ruang kosong.
Aku masuk.
Dia masuk.
Aku tekan butang.
Dia diam.
Aku tengok dia.
Dia tengok aku balik.
Aku senyum.
Dia sengih kat aku balik.
Berapa? Aku tanya.
Tiga Belas. Dia jawab.
Aku pandang depan.

Finishing dinding sangat licin.
Sangat berkilat.
Mungkin rajin dicuci cleaner.

Cuma kami berdua.
Aku lelaki.
Dia juga lelaki.
Aku berusia.
Dia juga berusia.
Mungkin kurang sedikit.
Atau mungkin rupa yang melebihi usia sebenar.
Apa aku peduli.
Aku berdiri membelakangkan dia.
Tangan kanan seluk kocek.
Genggam kunci motor dan thumb drive.
Tangan kiri garu hidung.
Tak jadi nak korek.
Sebab ada pemerhati di belakang.
Tangan kiri ikut seluk kocek.
Genggam duit syiling.
Baki beli chewing gum.

Aku perasan.
Tapi dia tak perasan apa yang aku perasan.
Kepala aku pandang ke depan.
Tepat merenung imej yang direflek dari dinding.
Pun dia tak perasan aku merenung.
Aku nampak dia tak memutuskan sengihan.
Mungkin dia tak sedar.
Sengihan dia tak pernah putus.

Mata aku tetap ke depan untuk saat ke-sebelas.
Mata dia tetap ke arah yang sama.
Sejak saat ke-enam.
Saat sejak kami bersatu dalam satu ruang.

Ting...!
Pintu terbuka.
Aku melangkah.
Dia menganjak ke depan.
Aku keluar.
Dia kekal di kedudukan.
Langkah ke-tiga, aku berpaling.
Aku tengok dia.
Dia tengok aku balik.
Aku senyum.
Dia teruskan sengih dari tadi.
Aku angkat kening.
Dia angkat kening.
Aku tunggu pintu tutup.
Dia kembali menatap tempat tadi.

Plap...
Pintu tertutup rapat.
Dia hilang.
Selamat jalan lelaki baghero!



Aku dah agak, mesti mamat ni usha koyak kat baju aku. Aku tau la kau pakai baju mahal, John Master. Master tengkorak kau!

Lagu Warisan : Satu Jujukan Persoalan...

| Tuesday, November 29, 2011 | 25 comments |

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara

Adakah lagu ini masih relevan lagi untuk dinyanyikan dan dikenang oleh orang Melayu sehingga kini? Siapa yang memiliki bumi yang kita pijak sekarang? Kenapa hasil bumi yang indah ini mengalir ke tangan orang lain? Betulkah maruah peribadi hilang walau kita masih lagi di tampuk kuasa? Cukupkah dengan hanya gagah di arena Nusantara?


Serious shit, aku pasti hampir semua penjawat awam yang pergi kursus Biro Tata Negara pernah nyanyi lagu ni. Dan kebanyakan daripada mereka hanya sekadar menyanyikan lagu ni mengikut fasilitator kat depan, tanpa mahu memahami apa yang terkandung dalam setiap bait lirik lagu ni.


Namun begitu, adakah lagu ini masih lagi perlu didendangkan? Kalau perlu, untuk apa?

Cina, India dan Melayu (satu kronologi kerjaya)

| Monday, November 28, 2011 | 15 comments |
Tahun 2000-2003
Tampoi Utama, Johor Bahru.
Firma sederhana saiznya dengan tiga orang pekerja bahagian teknikal (termasuk aku yang kadang-kadang kena masuk ofis) dan seorang admin cantik berkulit gebu dan bertubuh montok yang bertugas di pejabat, empat orang pekerja lapangan diketuai seorang lelaki cina. Principal adalah seorang cina separuh umur tapi tampak masih segak, mempunyai seorang isteri kecil molek tapi masih beruda walau pun dah agak lama tahun berkahwin. Budaya kerja yang amat tegas, tapi mudah dibawa berbincang dan memberikan pendapat. Kebanyakan projek yang diperolehi adalah projek yang boleh aku anggap besar, dan ada antaranya diperolehi daripada firma-firma yang tak mampu menyudahkannya atas faktor keupayaan domestik mereka. Prinsip bos ni adalah mudah, kalau kau buat kerja dengan betul dan jujur, maka kau adalah saudara aku dan layak aku jaga sebaik mungkin. Tapi sedikit mengecewakan, aku pernah terpaksa bekerja sehingga tiba waktu sahur dan datang semula ke ofis semata-mata nak mengejar dateline yang tak masuk akal. - sebab berhenti : dapat offer dari kawan baik.


Tahun 2003-2006
Larkin Perdana, Johor Bahru.
Firma milik melayu yang pertama pernah aku berikan khidmat. Saiz lebih kecil dengan seorang pekerja teknikal (iaitu aku) di pejabat beserta seorang admin pemalas nak mampus cuma tau mengangkang (nasib kau lawa) dan jugak seorang staf lapangan bersama budak-budak tangkap muat. Projek yang ala kadar. Kadang-kala ada, kadang-kala aku bosan bila sepanjang minggu aku habiskan masa dengan bermain solitaire atau buat job luar sambil sekali-sekala usha awek-awek optometris seberang jalan. Mempunyai bos yang kedekut nak mampus dan terlalu berkira, sampaikan bila aku last day kerja dia masih lagi nak tolak RM100 yang aku pinjam beberapa bulan sebelumnya. - sebab berhenti : nak berambus tak puas hati dengan gaji.


Tahun 2006-2007
Taman Melawati, Kuala Lumpur
Satu lagi firma milik bumiputera tetapi dengan saiz yang lebih besar antara ke semua firma yang pernah aku curahkan khidmat. Bergelar haji, mempunyai dua orang pengurus projek dan cawangan di Kuantan, aku sebagai pekerja teknikal di pejabat boleh dianggap senior walau pun baru masuk kerja oleh kerana pengalaman (berlagak!). Mampu meraih beberapa projek kerajaan oleh kerana jaringan hubungan yang terbina sejak sekian lama. Bosnya adalah seorang yang cukup dikenali dalam bidang ni. Di sini, walau pun jawatan aku dianggap penting, tapi kedudukan aku terletak di beberapa lapis ke bawah, dalam susunan hieraki. Bekerja di sini simple, malahan kadang-kala amat mudah perjalanannya bagi aku. Manakala bosnya pula, adalah orang yang jarang aku dapat jumpa oleh kerana dia selalu sibuk bermain golf atau melancong dengan famili. - sebab berhenti : tak larat travel tiap-tiap hari, jauh.


Tahun 2007-2009
Pusat Bandar Puchong, Selangor
Firma yang paling kecil antara semuanya dengan dua orang pekerja teknikal di pejabat sahaja sebagai permanent staff. Selebihnya, firma ini hanya menggunakan khidmat freelance sama untuk kerja-kerja lapangan atau kerja-kerja akaun. Serius shit, aku suka kerja kat sini. Walau pun bosnya dan seorang lagi staf adalah india, tapi aku dapat bekerja dengan selesa dan bekerja sama dan berkomunikasi dengan baik, sama ada antara rakan sejawat atau dengan bos sendiri. Di sini, aku dikira penting dan senior walau pun baru diterima masuk, juga atas faktor pengalaman (berlagak lagi). Kadang-kala aku menjadi tempat rujukan atau menjadi orang yang menggantikan tempat bos jika dia ada urusan lain. Aku perolehi kebebasan yang lebih baik di sini, dan banyak juga aku dapat kembangkan pengetahuan aku. Walau pun projek yang diperolehi adalah dalam skala yang kecil, tapi bos aku bukan lah jenis yang kedekut taik hidung masin. Sehingga kini, walau pun tak lagi berkhidmat di sini, aku masih lagi menjalinkan hubungan kerja dengan firma kecil ni. - sebab berhenti : offer dari organisasi lebih besar (sekarang) lagi menarik.



***


Ini bukan entri yang berkaitan dengan perkauman, cuma pengalaman dan pandangan kecil aku sebagai seorang pemakan gaji yang pernah berkhidmat untuk tiga kaum utama ni, selepas puas aku cari makan secara freelance selama bertahun-tahun.


Ada antara kita yang gemar membanding-bandingkan birokrasi sesuatu organisasi itu cuma berdasarkan apa kaum yang menjadi pemilik sesebuah syarikat tu. Pada aku, perkara tu memang ada kewajarannya. Kalau bekerja dengan cina ada kerenahnya yang tersendiri. Begitu juga kalau bekerja dengan syarikat yang dimiliki oleh india atau bumiputera.


Beruntungnya aku, aku tak pernah lagi menghadapi kesulitan sepanjang aku bekerja dengan kaum yang sebangsa dengan aku atau pun tidak. Namun begitu, aku pasti ada ramai di luar sana yang menghadapi masalah di tempat kerja dan akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati. 


Pokok pangkalnya, aku tahu ke mana hala tuju aku sepanjang berkhidmat di dalam sesuatu organisasi tu tak kira berapa besar atau siapa bosnya. Sekian...

Ini Hanya Fiksi

| Saturday, November 26, 2011 | 33 comments |
Masih terlalu muda, baru beberapa bulan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18 tahun. Bukan bersama keluarga, tetapi bersama-sama teman lelakinya. Pasti bukan di rumahnya, atau di taman hiburan, atau pun ketika asyik clubbing bersama teman-teman yang lain, tapi di dalam sebuah kereta berharga ratusan ribu yang mempunyai hanya dua pintu, jauh tersorok dari pandangan mata di celah bukit Ampang.


Matahari masih ada setengah jengkal lagi sebelum titik tangen bawahnya menyentuh garisan horizon bumi, jauh di ufuk sana. Ketika itu, dia berdiri tegak membelakangkan security bar, menghala ke timur laut dengan panahan cahaya mentari membakar belakang cuping telinga kirinya. Dahulu, terdapatnya hijab yang menutupi cuping itu daripada dapat dijamah mata sesiapa pun, apatah lagi memberi peluang kepada sesiapa yang bukan muhrim menyentuhnya. Tidak seperti beberapa malam yang lalu, ketika bibir teman lelakinya hampir menyentuh telinganya di saat lelaki jahanam itu melafazkan kata pengakuan, bahawa lelaki itu bukannya bapa kepada jasad di dalam rahimnya.


Pengakuan yang menafikan suatu perbuatan terkutuk...


Pegangan tangan kirinya semakin longgar. Sementara tangan kanannya meraba-raba saku seluar, tercari-cari objek yang menjadi punca kepada pembahagian sel di dalam tubuhnya, yang seterusnya membentuk satu embrio kecil. Jumpa. Jari runcingnya lantas menekan punat-punat halus mencari nama orang yang dia kenal dan percaya selain lelaki jahanam itu.


Truut, truuuttt... Truut, truuuttt...


"Ya, hello!" Keras suara lelaki di hujung talian sana.


"Papa, Meen nak mati..." Halus suaranya keluar melepasi bibir munggil, hampir tidak kedengaran dek kerana sapuan bayu lembut pergunungan.


"Elok la tu. Papa pun rasa macam nak mati jugak ni. Dah la company nak bangkrap. Makcik kamu ni pulak takde fikir lain selain habiskan harta Papa. Petang ni kalau kamu tak mati lagi, bagitau Mama dua tiga hari ni Papa tak dapat balik. Nak temankan makcik kamu pergi Milan..."


Tap! Talian dimatikan oleh pemilik suara garau itu.


Dia memejamkan mata serapat yang mungkin. Melepaskan `beri hitam' jatuh ke bawah, terus menggelungsur dan hilang ditelan rimbunan pucuk pokok hutan di bawah kakinya. Inci demi inci, tapak kaki berubah posisi menuju ke hadapan.


Kini, kedua-dua belah tangannya tidak menggapai apa-apa lagi. Tubuhnya terasa amat ringan. Udara semakin nyaman, angin semakin dingin, jiwanya juga kembali tenang. Tiada lagi kedengaran kicauan unggas seperti beberapa saat sebelumnya.


Kini dia sedang terbang. Terbang mencari dunia yang satu lagi...


*******************************************************


AMPANG, Selasa : Sekumpulan tujuh orang pendaki yang terdiri daripada pelajar IPTA terkejut apabila menemui mayat seorang remaja wanita dalam keadaan mengerikan di sini, lewat hari ini. Mereka dilaporkan menjumpai mayat itu ketika memulakan ekspedisi pendakian selama tiga hari bermula semalam di sebuah pusat rekreasi tanah tinggi di pinggir ibu kota. Salah seorang pendaki yang enggan dikenali berkata, pada mulanya mereka menyangka objek yang dilihat dari jauh itu hanyalah serpihan sampah memandangkan tempat itu adalah lokasi perkhemahan popular pada hujung minggu dan keadaan mayat yang sukar dikenali berikutan beberapa anggota badan yang terpisah antara satu sama lain, dipercayai perbuatan binatang liar. Ketua polis daerah Ampang mengesahkan telah menerima laporan penemuan mayat tersebut dan sepasukan anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. Kejadian diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Mayat telah dibawa ke HKL untuk bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian jika terdapat unsur-unsur jenayah. Beliau menasihati sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan agar melaporkannya di balai polis berhampiran.

Entri Tahun Baru

| | 24 comments |

Tips Berguna

| Friday, November 25, 2011 | 13 comments |
"Kita tinggal di rumah orang, perlu menjalinkan hubungan yang baik dan berkomunikasi juga." 
- Jackie Chan, Shinjuku Incident.


Oh patut la... Aku ingatkan mereka cuma praktikkan perkara ni kat Tanah Melayu je, tapi kat seluruh dunia.

(tiada tajuk yang sesuai)

| | 21 comments |
"Ala, orang kita ni kalau menang puji melambung-lambung. Tapi bila kalah kutuk bukan main. Ingat senang ke main bola tu, nak pulak bila terpaksa berdepan dengan beribu-beribu penyokong lawan. Cuba bagi orang yang kutuk tu main, mati kutu dia tengah padang."

Ha, ni lagi satu bangang. Kami kutuk bukan sebab suka-suka je kutuk. Kami juga berhak mengkritik, dan kadang-kala dalam nada yang keras sedikit sehingga akhirnya kelihatan seperti mengutuk atau merendah-rendahkan pasukan sendiri.

Apa, nak suruh kami cuba main tengah padang? Wei bodoh, itu bukan kerja kami sial. Dan kami marah bukan sebab kami ni pandai sangat main bola, tapi apa yang kami tak puas hati adalah bila pemain tak menjalankan kerja mereka dengan baik iaitu: BERMAIN BOLA! Jadi buat apa nak suruh kami ganti si bebal kat tengah padang tu pulak.

Cuba lah rasional sikit dalam memberikan komen, jangan buat aku panas hati. Tak pasal-pasal aku apply jadi Presiden FAM karang...!

Serious shit, lepas game final hari tu, aku bagi kata-kata pujian bercampur kutukan walau pun mereka menang. Siapa main macam lelaki gila beronani tengah padang tu, aku kutuk. Yang main hebat pulak, aku bagi two thumbs up!

Ini bukan entri emosi, tapi entri tak puas hati. Sekian...

Statistik Plastik

| | 18 comments |

Petang tadi, lebih kurang waktu maghrib. Macam biasa kalau aku tengah drive time-time macam tu, aku lebih suka dengar Bernama Radio, sembang kerusi panas yang biasanya akan dikendalikan oleh dj Rina atau Zul. Isunya adalah, `anak tidak sah taraf'...


Semua kita tahu apa tu yang dikategorikan sebagai `anak tidak sah taraf', sama ada dari segi perundangan sivil (sewel?) di Malaysia atau dari sudut hukum syara'. Jadi tak perlu aku nak cerita, sebab aku bukan reti sangat nak cerita benda-benda macam ni. Nak tau sangat, cari sendiri pakar rujuk. Jangan jadi pemalas macam aku.


Apa yang aku nak persoalkan kat sini adalah kenyataan tetamu jemputan dalam program tu iaitu Datuk Heng Seai Kie; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika menerangkan statistik jumlah `anak tidak sah taraf' di Malaysia. Beliau dengan selamba mengatakan yang peratusan jumlah (rujuk graf anggaran aku) mereka di Malaysia adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. What the hell...?




Kenapa perlu dia membuat perbandingan dengan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih 27 juta orang tu? Memang la sedikit, dan boleh la dia bercakap dengan nada agak bangga. Tapi kalau dilihat secara individu, jumlah 50 ribu (sedikit penurunan pada tahun 2010 berbanding 2009) tu memang banyak walau pun kemudiannya dia memberitahu faktor-faktor yang menyumbang kepada jumlah `kecil' ni.


Dan, yang menjadi faktor utama pada dia (atau bahagian statistik kementeriannya) adalah perkahwinan yang tidak didaftarkan oleh kerana ibu bapa adalah dari kalangan orang asli atau peribumi Sabah/Sarawak. What the hell again...?


Itulah akibatnya kalau perkara yang membabitkan akhlak dipandang seolah-olah perkara itu hanya nombor semata-mata.






Dan, aku sangat bersetuju dengan pendapat seorang caller kemudiannya. Dia mengkritik kenyataan Datuk Heng Seai Kie yang sebelumnya. Prihatin pulak mamat ni, selain dia ada bagi pendapat yang aku dah lupa apa dia.


Dan lagi, akhirnya aku memuji Timbalan Menteri ni yang kemudiannya meminta maaf atas kenyataannya itu.


Sekian entri tak berilmiah...

Dasar Liang Lahad

| | 11 comments |

LW, kau dah kena jackpot semalam!

| Thursday, November 24, 2011 | 8 comments |
 psycho medical...

 cepat la sikit, pundek!

 bos, makan begedil ke?

cokodok with corn?

jadah apa pakai dakwat! 

ha, yang ni terbaik la beb...!

Dinding Kaca

| | 26 comments |

Gedegang! Gedegang...! Hantukan keras kepalanya menggegarkan sisi kabinet dan mengocakkan sedikit permukaan air yang sebelumnya tenang sejak pagi tadi. Rasa kebosanan semakin lama semakin membarah di dalam segenap urat sarafnya. Kepala hotaknya sedikit berpusing, pandangan mata kuyunya agak berpinar bukan kerana kesan hantukan pada dinding kaca sebentar tadi, tapi dek kerana air yang keluar dan masuk ke dalam mulutnya. Memualkan. Terasa seperti mengemam najisnya sendiri, muntah! Tapi dia harus menahan daripada mengeluarkan isi perutnya, kerana dia tak mahu jadi satu-satunya makhluk tuhan yang akan menyedut muntah sendiri. Membuatkannya lebih kurang sama jijik macam Badang yang sanggup memakan muntah jembalang sungai.


Sepanjang pagi ni, tiada apa yang dapat dia lakukan selain melekap pada dinding kaca menyedut kesan-kesan kotoran lama dan baru. Cuma itu sahaja yang mampu dia lakukan, memandangkan telah dua hari sajian kegemarannya tidak dihulurkan dari atas sana. Habis meleser di bucu kiri, dia mengheret pula dirinya perlahan-lahan ke arah bucu yang satu lagi. Begitulah rutinnya, amat membosankan!


"Celaka! Aku mesti berambus dari sini secepat mungkin. Tempat ni dah macam neraka. Aku pasti si Carassius yang berperangai macam jahanam tu mesti dah kena campak kat tempat yang teruk macam ni. Padan muka, dulu masa kau hidup selalu sangat kau mengutuk aku". Plecostomus bercakap sendirian dalam hati. Memang kehidupannya sedikit berubah sejak kehadiran Carassius beberapa bulan yang lalu. Berubah daripada menjalani kehidupan yang normal menjadi kepada hidup seperti dalam neraka jahanam tingkat paling bawah.


Walau pun dia adalah penghuni paling senior dan telah diam sejak tempat itu dibuka, namun dia sering menjadi mangsa cemuhan sinis oleh si Carrasius lantaran keadaan fizikalnya yang menjelikkan. Antara mereka, dia dikenali sebagai pengotor kerana kegemaran dan tabiatnya yang gemar melekap pada dinding kaca sepanjang hari sambil mulutnya sentiasa menghisap kekotoran yang bertapak di dinding sama ada lendiran sisa makanan, sisa buangan atau pun lumut-lumut muda.


Tapi kesengsaraan hidupnya yang bertahan beberapa bulan itu tamat dua hari lalu, apabila Carassius ditemui tidak bernyawa di celah-celah gazebo buatan bersebelan dengan filter power head sana. Kematian si Carassius tidak disedari Plecostomus oleh kerana mereka berdua memang jarang bertegur sapa, hanya diketahui olehnya apabila tubuh Carassius diangkat keluar betul-betul di hadapan matanya.


Kini, dia terpaksa meneruskan kehidupannya sendiri, sekali lagi. Jika Carassius tidak diambil kira, setakat ini dia telah menghuni tempat neraka itu bersama-sama empat yang lainnya silih berganti. Semuanya mati sama ada oleh sebab keracunan air atau bergaduh sesama sendiri.


Renungan mata kuyunya makin jauh. Jauh bukan setakat menembusi dinding kaca betul-betul di hujung misainya, malahan menembusi pintu solid hingga dia dapat membayangkan apa yang ada di dunia luar sana. Dirasakan udara dan air yang bercampur di sini semakin melemaskan. Menyesakkan nafasnya. Ke utara dia bosan, menuju ke selatan dia terasa lebih celaka, atau sekadar mundar-mandir di sekeliling ruang sempit itu juga membuatkan dia macam nak gila.


Ah, sial la...! Aku nak berambus! Berambus dari neraka yang maha celaka ni! Dia menjerit dalam hati. Badannya diregang sepuas-puas hati, mengeliat melintuk seakan-akan menari mengikut rentak lambada. Di dalam kepala hangguknya dah sedia terbayang akan udara nyaman dan segar yang bakal menusuk masuk menyelinap ke seluruh tubuhnya. Bagaimana titisan rintik hujan hujung November bakal menitis ke mukanya tatkala dia menari-nari gembira di luar kelak. Dan apabila telah penat menghayati atmosfera dunia luar sana, dia boleh merebahkan badannya di perdu pokok mangga di simpang jalan besar sana. Ah, inilah bayangan syurga sebenar yang sentiasa menjadi mainan imaginasinya.


Tapi bagaimana aku nak melepaskan diri dari kurungan zalim ni? Siapa yang akan tolong aku? Apakah aku memang dilahirkan semata-mata untuk menjadi seperti apa yang aku jadi sekarang?


Rasa benci mulai merebak kepada ibu bapa kandungnya, asal keturunannya juga mula dipersoalkan. Dia rasa, memang sesuatu yang bodoh apabila nenek moyangnya dulu mengamalkan cara hidup yang penuh kekotoran dan menjijikkan. Walau pun mereka mendiami tempat yang serba mewah dan berprestij tinggi, mereka tetap menjadi pengotor apabila tibanya waktu makan. Sungguh jijik. Dia juga mulai menyesal kerana tidak mati sebelum dilahirkan. Apa guna dikurniakan usia hingga ratusan tahun kalau sepanjang hayatnya dia hanya menjadi makhluk berkasta paling rendah?


Tolong, tolong aku. Tolong lepaskan aku dari sini... Suara sayu hatinya merintih...


******************************


Petang itu, sedang Plecostomus asyik menguis-nguis najisnya yang melekat di celah-celah bongkah kayu, dia dikejutkan dengan satu suara yang pernah dikenalinya dulu. Gemersik suara itu pernah menjentik pendengarannya beberapa tahun dulu, sebelum pemilik suara itu memutuskan untuk meninggalkannya sendirian menghadapi ejekan penghuni lain. Suatu keputusan yang amat-amat dibantah. Bukan kerana dia tidak mempunyai kawan yang lain, tapi kerana dia tak mahu pemilik suara itu bergelandangan di luar sana dan menjalani hidup seperti dirinya.


"Eh, Achatina!" Mulutnya menjerit sebaik dia berpaling ke arah susuk tubuh yang sudah semakin berisi sejak kali terakhir dia melihat sahabatnya itu.


'Achatina...!" Jeritan deras yang keluar dari pangkal kerongkongnya semakin lama bertukar nada menjadi sayu. Air matanya mulai bertakung membanjiri penglihatannya sehingga membuatkan dia hampir-hampir melanggar salur blower.


Achatina tersengih. Sengihan yang amat menggembirakan. Mulut tak bergigi yang amat dia rindukan. "Ke mana kau pergi selama ni? Kenapa kau pergi tanpa pengetahuan aku dulu? Kau sihat sekarang? Kenapa kau tak pernah kirimkan berita kepada aku? Apakah kau dah berjumpa sahabat baru selain aku? Adakah kau tak rindukan aku?"


Bertubi-tubi soalan yang tertembak keluar melalui bibir lepernya, seakan tidak membenarkan Achatina bernafas. Dirangkul, dihimpit, digulingkan dan habis diasak tubuh Achatina hingga separuh badan berlendir Achatina terbenam ke dasar butiran batu-batu halus.


"Aku ada, tak ke mana-mana sangat pun. Cuma mencari cabaran dunia realiti di luar sana." Jawab Achatina dengan butiran perkataan yang kurang jelas dek kerana sengihannya yang semakin melebar. "Kawan, kau macamana sekarang. Kau tak banyak berubah sejak aku pergi dulu.'


Riak wajah Plecostomus yang berbau harum dan ditumbuhi flora cinta Min Malik kembali mendung, redup. Dalam tempoh tak kurang setengah saat, graf keceriaan yang mengalas wajahnya jatuh merudum hingga ke paras negatif. Air mata yang menjulur hingga ke hujung misainya segera ditepis seolah-olah mahu menyembunyikan perasaan hiba yang maha hebat ketika itu. "Hm, aku macam ni jugak. Tetap tak berubah sebagaimana kau tinggalkan aku dulu. Selagi tempat ni wujud dan berbentuk kiub, selagi itu la aku tetap tak berubah." Tenang suara Plecostomus menjawab hampir tidak didengari.


"Kawanku, aku kira kau dah ketemui segala jenis kebahagiaan yang dulu kau amat dambakan bukan? Maafkan aku sebab pernah menghalang kau dulu." Kata Plecostomus.


"Ah, tak mengapa. Sebentar lagi aku akan ceritakan apa yang ada di luar sana. Kau pasti teruja dengan apa yang aku jumpa selama ni. Cepat, bawakan aku ke tempat kita membuang masa dulu." Achatina meninggikan sedikit suaranya seakan mahu menceriakan sedikit suasana. "Lagi pun aku takkan singgah lama disi, cuma mahu menjenguk sahabat. Mungkin esok pagi aku akan kembali berkelana."


Mata Plecostomus yang sejak azali sepet kuyu serta-merta membundar, terkejut dengan kata-kata sahabatnya. "Kenapa cepat sangat? Aku belum puas menatap wajah kau."


"Dan aku ada sesuatu yang perlu diceritakan kepada kau, mungkin aku tak akan sempat menghabiskan cerita aku sebelum waktu syuruk esok. Tolong la jangan pergi dulu..." gesa Plecostomus sambil menyeka lendiran yang masih tersisa di hujung bibirnya sejak tengah hari tadi.


"Ha, aku tau mesti kau teringin juga nak keluar dari neraka ni kan? Itu bukan masalah besar. Sepatutnya kau ikut apa yang aku ajukan dulu. Kau perlu berani..." Sengihan Achatina bertukar menjadi senyuman sinis, penuh terisi makna mendalam.


"Itu lah yang aku nak ceritakan kepada kau sebentar lagi." Jawab Plecostomus selamba...


******************************


Tak boleh jadi, dia mesti laksanakan rancangannya pagi ini jugak. Segala-gala perancangan telah siap disusun sejak Achatina mengheret diri pergi meninggalkan dirinya buat kali kedua malam tadi. Kata Achatina, waktu gelap adalah waktu yang paling sesuai untuk menyusup keluar masuk ke ruang neraka itu. Dia tidak pasti dengan kebenaran teori apokalips sahabatnya itu, biarkan. Biarkan sahaja teori persenyawaan beradas menjadi pemalar dalam penentuan kadar ketumpatan sesuatu jisim dalam ruang vakum itu berkubur. Dia tidak peduli.


Takkan dia peduli dengan tips-tips untuk melepaskan diri sebanyak tiga halaman bercetak font bersaiz 12 dan menggunakan Times New Romans sebagai font style. Dia tahu, dan dia memang telah sedia menghafal tips-tips itu sejak bertahun dulu. Sejak dia ditinggalkan terkotak-katik dibuli sendirian. Kerana teori dan tips-tips sebagaimana yang diajar Achatina itu sama dengan yang mereka telaah ketika membesar bersama dulu.


Cuma ketika itu dia tidak mempunyai kekuatan untuk melepaskan jasadnya melepasi dinding kaca itu. Takut, tiada keberanian. Langsung tidak seperti Achatina yang mempunyai keinginan sebegitu kuat, sehingga mampu membawanya keluar menerobos ke dunia yang lebih real. Realiti yang selama ini cuma ada dalam kotak imaginasinya setiap malam.


Janji mereka, Achatina akan menunggu Plecostomus antara tongkolan batu-bata serpihan binaan dengan tembok berkemasan pebble wash setinggi dua kaki, sebaik sahaja matahari mula menampakkan jalur cahayanya dari celah-celah perumahan highrise kos rendah di sebelah timur sana. Itu yang semakin menguatkan semangatnya, bak Rusdi Ramli ketika berlakon dalam drama Spektra, Hati Waja lama dahulu. Drama celup kegemarannya yang membuatkan dia sering membayangkan dirinya seperti pesilat kampung, sepertimana watak lakonan hero kacak itu. Tembok pebble wash itu memang telah menjadi jamuan matanya setiap pagi dan petang, tatkala pintu solid di depan sana terbuka untuk membolehkan penghuni selain dirinya meloloskan diri keluar masuk.


Cuma kali ini, dia yakin. Tak lama lagi, permukaan menggerutu itu bukan lagi dapat dilihat dari jauh, malahan dapat dicium  sepuas-puasnya. Mengikut perkiraan kasar dengan menggunakan persamaan kuadratik dan menggunakan nombor perdana sebagai pekali, dia yakin peluangnya akan tiba dalam masa beberapa minit lagi.


"Eh, sampai bila lagi kau nak jadi pengecut macam ni? Kau nak mati di sini jugak ke? Jangan biarkan takdir kau berlaku dengan sendirinya. Kau yang harus memilih takdir kau. Bukan aku, bukan juga Tuhan. Sekarang aku dah bagitau apa yang patut kau buat. Terserah pada engkau sama ada kau mahu terus menjadi pengecut." Masih terngiang-ngiang lagi kata Achatina di telinganya usai mereka menjamu selera bersama setelah beberapa lama. Makam malam yang penuh bermakna, walau pun hanya berbekalkan menu yang biasa dia hadam setiap hari. Dalam hati, dia lega kerana Achatina masih sudi berada di sisinya walau pun cuma untuk beberapa jam. Harapannya untuk menunggu tangan Tuhan dihulurkan menyeberangi dinding kaca ini sudah tiada lagi. Tuhan tidak boleh diharap, sengaja mahu aku mati di neraka ni!


"Selama bertahun-tahun kau hidup sebagai penganut kasta paling hina. Dimaki, dicaci dan dikeji setiap penghuni lain. Apakah kau sudi lagi menunggu penghuni baru yang bakal menggantikan tempat Carassius dulu? Tidak. Kau tidak perlu mati di sini sebagai makhluk yang bacul. Ini bukan tempat untuk mati yang baik. Kau juga berhak menikmati hidup dan menunggu kematian di tempat seindah syurga. Cepat, semakin lama kau pertimbangkan cadangan aku, rasa takut kau akan kembali memakan semangat kau yang selama ni terbakar." Tambah Achatina lagi. "Aku sudah mengenali kau sebagai makhluk hina, dan aku tak mahu melihat kau juga mati hina. Sudah lah kau tak tahu di mana kau dilahirkan, malahan kau tak pernah kenal siapa ibu bapa kau. Tarikh lahir sebenar kau pun tak pernah kau pedulikan! Sekarang lah masanya..."


Desakan demi desakan Achatina yang memukul dirinya semakin membuatkan dirinya panas. Nekad. Kini tekadnya sudah semakin bulat. Hari ini adalah hari terakhir dia menjadi makhluk hina di situ. Dan sebentar lagi, dia akhirnya akan menikmati nyamannya udara pagi.


Kreeuuuk... Pintu hadapan setebal labih satu inci dan diperbuat dari kayu itu dibuka perlahan. Sedikit cahaya menerpa masuk, menyuluh terus ke muka Plecostomus. Matanya terkebil-kebil menantikan saat yang sesuai. Segalanya sudah di dalam kepala. Penghujung dinding kaca kini tinggal beberapa sentimeter sahaja lagi dengan kepalanya. Jarak yang paling ideal.


Dia berundur sedikit, sedia untuk membuat gerakan Ussain Bolt menerpa garis penamat.


Tap! Dammm....


Bunyi punat pada door knob ditekan kasar dan perlahan-lahan pintu ditutup rapat, sekaligus melenyapkan tembakan cahaya pagi dari luar. Serentak dengan itu, Plecostomus seterusnya melonjakkan dirinya melepasi dinding kaca sekuat-kuat hati.


Dia tidak menoleh lagi, tak perlu. Kerana kini tubuhnya sudah terawang-awang di udara menanti untuk mendarat ke atas permukaan yang menjanjikan permulaan perjalanan hidup baru...


Plaap...!


******************************


"Woi Bagong, apahal lu punya ikan ni melepek kat atas lantai ni? Tengok ni, habis kena hurung semut, lu tak perasan ke masa balik tadi?" Pitun menjerit dari ruang tamu rumah teres dua tingkat itu, tak ubah macam cikgu disiplin terpijak taik.


"Ikan apa pulak, kan ikan emas gua dah kojol kelmarin." Tingkah si Bagong dari dalam jamban. "Gua nak berak pun tak senang la lu ni!"


"Eh bongok, ikan bandaraya lu ni la. Ikan mana lagi. Kan gua dah suruh lu buang je dalam parit belakang sana hari tu. Busuk tau tak? Pemalas macam lembu la lu ni, dasar jantan perosak wanita!" Keras nada suara Pitun dilempar ke arah pintu jamban sambil tangannya menguis-nguis bangkai ikan di lantai ruang tamu menggunakan gulungan majalah Mangga. "Patut la gua tengok banyak semut beratur masa masuk tadi."


"Ala, lu setelkan la sekejap. Gua sakit perut sial. Ni gara-gara lu punya nasi goreng malam tadi la ni." Rintih Bagong sayup.


"Huh, gua jugak kena..." Kata Pitun. Matanya liar mancari penyapu yang tak pernah wujud di rumah bujang itu. "Tank ni bagi gua boleh? Gua nak tanam pokok lengkuas. Mak awek gua bagi la..."


(dah lama rasanya aku tak buat cerita pasal binatang, tapi malas pulak nak taip panjang-panjang sebab aku sendiri malas nak baca)

Deklarasi Sup Cendawan

| Wednesday, November 23, 2011 | 21 comments |
Dengan ini, aku sebagai seorang yang bukan kaki makan mengisytiharkan bahawasanya sup yang paling enak dari hujung tanah utara semenanjung ssehingga ke penghujung timur negeri di bawah bayu adalah sup cendawan yang hanya boleh didapati di sebuah restoran di bandar Sibu bernama Islamic Nyonya Cafe.


Terletak di Jalan Ramin, terdapat beberapa menu dan pilihan makanan yang superb rasanya! Tapi itu semua tak boleh lawan dengan sup cendawan yang habis sampai ke buntut mangkuk besar tu aku jilat. Ah, aku peduli apa! Benda halal, lagi pun orang dah belanja tu bedal je la. Kat semenanjung atau pun Sabah, aku tak pernah jumpa lagi sup yang sesedap ni.


Campuran beberapa jenis cendawan yang aku tak tau nama dan jugak jenis yang pertama kali aku jumpa, semua tu bersatu di dalam kuah yang agak pekat sehingga rasanya sebati bersama-sama rasa sedikit masam pada kuahnya kalau dihirup begitu sahaja. Aku tak berapa pasti rasa masam tu datang dari mana, tak seperti rasa masamnya perahan limau, atau mungkin datangnya dari jenis-jenis cendawan yang digunakan.


Aku bersumpah pada diri sendiri, kalau aku datang lagi ke bandar Sibu ni, aku akan berusaha supaya dapat makan sekali lagi kat sini. Sekurang-kurangnya aku boleh menghirup sekali lagi kelazatan sup cendawan yang superb ni.

 Nasi Ayam Kapitan, terbaik...

 Sup Cendawan, superb...!

 Terima kasih kerana sudi belanja. Sekian...

Lelaki Berhati Nobel dan Sahabat Kecilnya

| | 25 comments |
Hampir setiap petang, jika hari itu aku keluar dari ofis dalam mood rajin iaitu balik tepat pada waktunya, aku akan lalu di celah-celah apartment yang kelihatan separa usang di kejiranan Taman Kinrara kerana pemaju yang jenis pemalas nak mampus cat bangunan di bawah seliaan mereka. Waktu yang sama, tak kira sama ada hari kerja, hari minggu atau cuti umum.

Akan kelihatan kelibat seorang lelaki cina dalam lingkungan umur lewat 20-an atau juga mungkin pertengahan 30-an kerana terdapat sedikit kedutan pada wajah iras keanak-anakannya. Selalunya, dia akan keluar dari rumah pada waktu sejurus sebelum azan maghrib, di kedua-dua belah tangannya menatang gaulan nasi dengan sisa lauk beralas kepingan suratkhabar melintasi deretan kereta-kereta yang diparkir sepanjang apartment.

 Sebaik tiba di satu bucu bangunan yang selalunya jadi tempat dia duduk, dia akan dikerumuni dengan tak lebih lima ekor makhluk kecil. Atau pun, dia akan mendecitkan mulutnya jika sahabat-sahabat kecilnya itu dirasakan tak cukup korum. Aku cuma perhatikan dari jauh rutin hariannya itu. Sepanjang maghrib itu, dia akan duduk mencangkung menghadap sahabat-sahabatnya itu rakus melahap gaulan nasi khas yang dia sediakan.

Ada kalanya hari gerimis, dia tetap juga meneruskan rutin hariannya itu berbekalkan payung melayan keletah sahabat-sahabat kecil itu. Cuma jika hari hujan, aku tak berapa pasti sama ada dia akan terus memanjakan mereka.

Satu usaha yang kecil, tapi pada pandangan aku itu adalah satu perbuatan yang amat besar dan sangat nobel, memandangkan lelaki cina ini adalah seorang penghidap down syndrom!

*Ini adalah isu lama. Ada antara kita yang dah mula lupa dek kerana sibuk melayan isu-isu baru yang dimainkan di media-media. Tapi, bayangan lelaki ni takkan aku lupakan sampai bila-bila. Sampai sekarang, dia masih setia meneruskan rutin hariannya. Cuma aku terfikir, atas faktor kesihatan apakah dia mampu memberikan kasih sayangnya lagi sehingga tahun-tahun yang akan datang...


(petang tadi, jam 6:30 pm, masih terlalu awal untuk melihat kelibat mereka, tapi setengah jam kemudiannya langit pekat memuntahkan isinya, dan aku tau aku takkan melihat mereka hari ini)


Sekian, wassalam...

NP : mayday again!

| Tuesday, November 22, 2011 | 2 comments |
Jimbet betul, dah la aku punya software jawi ada problem. Internet Explorer pun dah berapa lama jadi bapak slow gila. Software bikin drawing yang latest pulak corupt. Nak tambah suwey lagi, dvd drive jem! Dah tu sekarang ni, nak bukak hayun laju-laju sampai gutter drain pulak dah tubik jadah apa ntah. Aku syak ini semua perancangan pihak zionis yang cuba meningkatkan amarah aku secara terancang. Tak syok ma kalu tada kena buai sama itu NP...!

KEPALA BABI

| | |
KEPALA
BABI
BETUL
MAKCIK-MAKCIK
NI!

NAK
MEMEKAK
JANGAN
DUDUK
DEKAT
AKU.

JANGAN
SAMPAI
AKU
TUMBUK
MUKA
SEKOR-SEKOR...

YA, AKU MEMANG SUKA MEMAKI HAMUN DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT.
SO, WHAT THE FUCKING FUCK???

(add) Rais Yatim

| | 34 comments |
Tinggalkan dulu cerita pasal bola sukan SEA Malaysia menang lawan Indonesia malam tadi. Ada satu perkara yang tiba-tiba melintas dalam kepala hotak berjambul aku ni.

Antara ramai-ramai orang kenamaan yang selalu expose muka dia dalam tv atau paper, cuma beberapa orang je yang aku cukup senang dengan tutur kata mereka. Susunan ayat, penggunaan kata-kata, tatabahasa atau prosa dalam ayat tu memang cukup cantik bagi orang yang bergelar kenamaan.


Selalu kita didengarkan dengan bermacam-macam kempen pasal memartabatkan bahasa kebangsaan. Menteri sana-sini sibuk rasmikan pelancaran kempen bahasa. Ada peringkat negeri, daerah atau sekolah. Ah! Bagi aku, memang bullshit la semua tu. Sangat sedut...! Dalam masa mencanangkan supaya kita meningkatkan penggunaan bahasa yang baik, pada masa yang sama jugak diorang ni la antara orang yang banyak mencemarkan bahasa ni sendiri.

 Ambil contoh paling mudah. Seorang wartawan bertanyakan soalan pasal sesuatu isu kepada seorang ahli parlimen sebaik ahli parlimen bingai tu keluar dari sidang. Bermula dari ayat pertama sampai la ke noktah yang terakhir, aku boleh dengar ungkapan-ungkapan bahasa Inggeris bercampur-baur dengan ungkapan bahasa Melayu dalam satu ayat! Macam bangsat je bunyi.

Teringat kawan bos lama aku seorang India yang kalau bersembang dengan bos aku, boleh keluar tiga bahasa sekali dalam satu ayat. Rasa macam curi dengar perbualan makhluk asing pun ada!

Bukan la bermakna aku ni sangat cemerlang dalam berbahasa, tapi aku cuma cukup tak senang dengan kelakuan orang-orang kenamaan ni mencemarkan bahasa. Bukan ke mereka sebagai public figure yang sepatutnya menampilkan diri sebagai contoh terbaik untuk rakyat. Macamana nak memartabatkan bahasa kalau pemimpin itu sendiri tak menjaga perilaku dalam berbahasa?


Maaf la, memang tak boleh nak buat apa pun, sebab bahasa pertuturan kita sehari-hari pun dah dirojakkan dengan enaknya. Kadang-kala sedap pulak didengar. Itu aku tak boleh nak cakap apa.


Tapi sekurang-kurangnya, jadilah macam dua orang ahli politik ni yang sentiasa berbahasa dengan cantik dalam setiap acara rasmi. Sekurang-kurangnya...






Oleh itu, sekarang ni aku tengah cuba nak add diorang punya fuckbook. Harap-harap terima la ye wahai datuk memanda...

Sekian...

Tahniah!

| Monday, November 21, 2011 | 28 comments |

Final Bolasepak Sukan Sea
Malaysia 1 - 1 Indonesia
(4) pen (3)

ok, aku ucapkan tahniah kat diorang ni sebab dah berjaya pertahankan kejuaraan dan ajar supporters garuda yang kurang ajar. hujung babak kedua, aku sangat-sangat tak puas hati, mujur ada durian brader rumah sebelah bagi petang tadi. dapat jugak layan barang sebiji.


seperti yang aku jangka jugak, kapten harimau muda baddrol bahtiar memang boleh harap berbanding si bebal ahmad fakri saarani.


entri ini ditulis sebaik tamat perlawanan, sambil dihiasi dengan bunyi mercun dari jiran selang dua jalan kat belakang sana. mesti belen deepavali hari tu punya.


sekian dengan ucapan semoga kalian selesa berhimpit-himpit dalam baracuda...

Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (4)

| | 42 comments |
Sepupu aku dulu belajar kat Jepun, balik sini kerja dengan company minyak. Memang gila babi income dia laki bini. Gaji dia sebulan je dah lebih RM20,000 tambah pulak dengan gaji bini dia entah berapa. Anak cuma sorang. Baru darjah satu, tapi jangan main-main kau. Siap dia belikan iPad2, Blackberry semua cukup mewah la. Badan pulak memang obes, jalan dah sebijik macam Doraemon (yang ni aku saja tambah). Mana taknya, tiap hari makan Mekdi dengan KFC. Budak tu cakap je nak apa. Belum petik dah dapat. Mungkin itulah kebanggaan diorang sebagai orang kaya, cara nak bagi kasih sayang kat anak dengan tabur segala macam kemewahan.


Kau tau, hari tu dia jemput aku datang birthday party anak dia. Sekali nah kau! Yang datang semua stok datuk-datuk dengan VIP je. Aku je la datang bawak anak aku macam ni. Tak datang kang, dia kata apa pulak. Dah la saudara dekat. Yang aku terkejut tengok, satu lori Mekdi kat depan rumah dia! Gila babi...


Tapi satu je la yang aku macam sedih sikit. Bila tiba nak makan lepas potong kek tu, dia mintak anak dia baca doa makan. Pergh...! Malu gila siot aku tengok dia. Langsung tak tau. Dah anak aku pulak yang baca...


*Diceritakan kepada aku ketika sesi rutin ngeteh pagi tadi.

Dua Jenis

| Sunday, November 20, 2011 | 41 comments |


Lokasi : pasar malam legend Jalan Tuanku Abdul Rahman
Waktu : ketika azan Isya' dari Masjid India
Situasi : dua ekor malaun tengah cangkung sambil berborak tak hormat azan




Scene 1


Dia : Memang problem gila sekarang aku ni.
Aku : Apahal?
Dia : Duit la. Banyak dah aku punya sangkut.
Aku : Sangkut apa jadahnya. Ok je aku tengok, rokok tetap tak putus.
Dia : Duit aku negatif bulan ni. Hutang rumah yang satu lagi tu dah dua bulan kantoi.
Aku : Abis tu, kau ingat aku ni anak Tan Sri ke nak mintak tolong?
Dia : Takde la. Aku tau kau ni kedana... 
Aku : Cibai...
Dia : Kau tau tak, macamana nak lari dari masalah?
Aku : Tau, caranya kau tak payah lari. Sebab dalam dunia ni ada dua jenis manusia yang takde masalah.
Dia : Siapa, macamana?
Aku : Orang gila dengan orang mati...
Dia : Sial, kau nak suruh aku mati ke?
Aku : Bukan, aku nak kau jadi orang gila...
Dia : Wei, bongok...!




Scene 2


Dia : Eh, macamana agaknya kalau satu masa tu ada sekali bedebuk emas jatuh depan kita.
Aku : Boleh sangat, bukan susah pun.
Dia : Merompak?
Aku : Bukan, tu kerja haram. Ada satu tempat.
Dia : Mana?
Aku : Dalam syurga....
Dia : Kimak, yang ni kau nak suruh aku mati ke?
Aku : Bukan jugak, aku nak kau pastikan amalan kau lebih sikit daripada dosa.
Dia : Celaka...!




*****
On the way balik berniaga, nampak seorang lelaki gelandangan yang kelihatan seperti kurang siuman. Serta-merta mulut cabul aku bagitau dia sambil menudingkan jari ke arah lelaki tu, "ha, aku dah nampak masa depan kau". Dan ubatnya, kepala aku kena tunjal...


Masalah? Kenapa nak takut atau cuba lari dari masalah? Bukan ke masalah  tu tercipta cuma untuk diselesaikan... Sebab tu la Tuhan letakkan otak kita elok di dalam tempurung kepala, supaya kita dapat gunakan untuk memikirkan cara menyelesaikan masalah dengan betul dan teratur, dan seboleh-bolehnya jalan penyelesaian yang kita pilih tu tak akan menerbitkan masalah yang lain.


Sekian entri dinihari...

Ahli Mesyuarat Tingkap

| Friday, November 18, 2011 | 32 comments |
Kawan Aku : Macamana, boleh ke?
Suara Handphone : ....(aku tak dengar)
Kawan Aku : Petang ni la gerak. Boleh?
Suara Handphone : .....(tak dengar)
Kawan Aku : Tak lama, petang esok balik sini la.
Suara Handphone : .....
Kawan Aku : Takdela, bertiga. Lelaki semua..
Suara Handphone : .....(tak dengar jugak)
Kawan Aku : Macamana? Ok?
Suara Handphone : .....(tetap tak dengar)
Kawan Aku : Ha, yela yela...

**********

Potongan daripada perbualan berdurasi beberapa minit kawan aku masa bitau (mintak izin) bini dia yang dia nak pergi out station, atas sebab job yang tak berapa nak urgent sangat. Tak lama lepas tu, `ungkapan ahli mesyuarat tingkap' terus jadi bahan lawak kami sepanjang perjalanan ke Kuantan dan balik KL...

Haha...! Sorang kawan yang lain pulak bila kena cop takut bini sebab hampir setiap minggu balik kampung jenguk bini akan jawab "aku bukan takut bini, tapi bini yang tak takut aku!"

Macam gampang je statement selamatkan diri...

Cik Alam Semesta : Interpretasi Seorang Calon SPM

| Thursday, November 17, 2011 | 35 comments |
SOALAN:

Pencarian seorang ratu cantik telah sampai ke kemuncaknya minggu lalu apabila calon yang berasal dari Pulau Pinang, Kimberley Ann Estrop-Leggett telah dimahkotakan sebagai Cik Alam Semesta Malaysia 2012. Umum mengetahui bahawa, pemenang ini akan menggalas cabaran ke peringkat seterusnya menjadi duta keamanan di serata dunia. Bincangkan. Karangan mestilah tidak melebihi 360 patah perkataan (atau sesuka hati abah anda jika mahu markah dipotong sesuka hati kepala nenek pemeriksa).


JAWAPAN:

Pertandingan Cik Alam Semesta adalah suatu pertandingan yang mengumpulkan wanita-wanita tercantik seluruh dunia bukan sahaja berdasarkan kecantikan luaran, malahan juga menampilkan hati budi mereka yang luhur. Ditonton oleh lebih 600 juta penonton, pertandingan ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1952 di California dan hanya terbuka untuk peserta setempat sahaja sehinggalah diglobalkan pada sepuluh tahun kemudian. Kini, seorang individu super kaya bernama Donal `Duck' Trump yang terkenal adalah antara penganjur utama setiap tahun.

Di Malaysia, pertandingan ini telah menghasilkan beberapa orang selebriti yang kemudiannya menceburkan diri ke dalam kancah dunia hedonisme tempatan dan serantau sekitar Indonesia dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpeluang mengahwini kerabat-kerabat di-Raja seterusnya mampu mengubah hidup keluarga yang sebelumnya hanya tinggal di rumah teres atau skim perumahan rakyat.

Ini menunjukkan, pertandingan yang seperti ini tidak harus dipandang sebelah mata oleh semua pihak terutamanya makcik-makcik kolot yang tinggal di ceruk-ceruk kampung, kerana selain daripada dapat memberikan peluang kepada para pakcik tua nak mampus mencuci mata sambil menghayati keindahan anatomi ciptaan Tuhan, mereka juga dapat didedahkan dengan perkembangan fesyen terkini. Warna apa yang menjadi pilihan untuk dipadankan dengan night gown atau pun sekurang-kurangnya mereka dapat memahami saiz ideal buah dada wanita. Berlanjutan daripada itu, fesyen yang mereka adaptasi daripada apa yang ditonton sepanjang pertandingan berlangsung, dapatlah mereka gunakan untuk diperagakan di hadapan suami masing-masing agar suami mereka tak gila mencari pemanis di luar.

Selain daripada itu, kebaikan yang kita dapat perolehi dengan penganjuran pertandingan seumpama ini adalah dapat meningkatkan imej negara kita di mata dunia. Sekiranya calon yang terpilih dari negara ini layak sehingga ke peringkat tertinggi, maka Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara membangun yang berpotensi menjadi pusat perkembangan industri porno setanding negara maju lain seperti Jepun dan Jerman. Seterusnya, tahap keyakinan para pelabur ke negara ini akan meningkat selaras dengan keupayaan kita menjadi hub dalam pemasaran dan penghasilan filem berkualiti tinggi, tidak seperti video 3gp picisan hasil produser-produser muda yang banyak bersepah sekarang ini.


Apa yang diperhatikan sejak akhir-akhir ini, peserta yang mengambil bahagian bukan semata-mata memiliki kecantikan luaran, malahan kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan. Ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan soalan-soalan yang sukar dijawab walau pun untuk pelajar lepasan UPSR. Pendedahan yang berterusan seperti ini akan memberikan impak yang positif kepada golongan pelajar, kerana mereka adalah sasaran penonton yang utama. Jadi, ini secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi para pelajar agar menimba ilmu sehingga ke negara China dan kemudiannya cuba memohon untuk menyertai pertandingan Cik Alam Semesta sebaik umur mereka layak untuk bertanding. Sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai jumlah pelajar yang ramai walau pun majoriti daripada mereka hanya bercita-cita mahu menjadi ratu cantik.

Untuk keburukan daripada penganjuran acara tahunan ini pula, saya dapati tiada sebarang keburukan yang mampu memberikan kesan negatif kepada masyarakat amnya atau kepada individu tidak mengira apa agama jua secara khusus. Ini kerana, program yang disiarkan secara langsung ini amat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Selain dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan, setiap ahli keluarga juga berpeluang bertukar-tukar pendapat sesama mereka secara harmoni.

Sebagai penutup, saya berharap agar penganjuran Cik Alam Semesta ini dapat diteruskan sehingga selama-lamanya atau beberapa hari sebelum tibanya hari kiamat kerana banyak kebaikan yang boleh kita kongsi bersama ketika di dalam neraka kelak. Sebagai cadangan, pencalonan para peserta juga patut dibuka kepada sesiapa sahaja tidak mengira sama ada mereka itu adalah transgender atau beragama Islam atas sebab yang telah saya nyatakan awal tadi.

Sekian terima kasih, diharap karangan saya ini dapatlah kiranya membawa saya ke mercu kejayaan di dunia dan akhirat.