Ustaz SM nak tazkirah diri sendiri...

| Saturday, October 08, 2011 | |
Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku...

Suatu hari (atau sekarang pun dah ada) nanti aku pasti akan ada yang bermulut gatal dan sedikit lancang dengan mempersendakan bait puisi ni. Apa yang akan terpacul nanti seolah-olah datangnya daripada mereka yang berhati mudah menyerah kalah. Mereka akan berkata, "Abis tu, kalau semua dah patah, apa lagi yang mesti kita jadikan tongkat?"

Hahaaa.... Pada aku, puisi di atas (sebahagian sahaja, nak lebih cari sendiri, jangan jadi lembu pemalas) walaupun kelihatan agak tergantung tanpa kata noktahnya yang pasti, tapi kesinambungannya terdapat di dalam hati bagi yang benar-benar menghayatinya. Sekiranya segala apa yang kita pertaruhkan telah terbukti gagal dan semua usaha kita langsung tak menerbitkan sebarang tanda-tanda positif, tidak bermakna kita sudah diketemukan dengan penghujung jalan usaha.

Bak kata aku yang ilmu senipis kertas A4 60gsm ni, "biar sayap berkecai dimamah sang garuda, biar paruh hancur menghentam gunung, biar terkulai siku menghimpit rusuk, biar lumat dagu dikisar bumi, biar terkopak kuku digaris gempa, biar patah segala tongkat yang ada, tapi jangan patah semangat yang berbalut api..."

Power siut gua bermadah!!! Sekian...

17 comments:

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 1:19 PM

madah ko memang power gila! aku suka...! gimme 5! meh nak tambah, menyerah kalah tidak sekali, selagi ada sisa nyawa, mara...

NenetPenne (NP) Says:
October 8, 2011 at 5:12 PM

mara dan terus mara..
ada kaitan tak?

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 6:21 PM

ada kot..kita tunggu apa kata tuan tanah kedawung...

SM Says:
October 8, 2011 at 8:03 PM

aku takde hal, memang nak mintak sahabat2 tambah, berbekalkan nyalaan hati berapi yang mustahil dipatahkan, terus mara walaupun terpaksa mengesot.

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 8:10 PM

Cayalah beb, berpantang maut sebelum ajal...

SM Says:
October 9, 2011 at 10:28 AM

biar ajal telah menyapa, walau hayat sudah tiada, namun semangat takkan patah, dijulang ditegak pewaris darah...

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 2:25 PM

Bujur lalu melintang patah...apa saja mandating, kita hadap...

Ewahhh aku rasa macam nak pergi berperang pulak..tapi memang lagi dua tiga hari aku nak berperang pun dengan misi dan doctor...!

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 2:25 PM

*mendatang...

SM Says:
October 9, 2011 at 2:50 PM

haha, kau imagine je kau tengah 'mendating' dengan doktor.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 3:16 PM

weii doktor yg aku nak 'mendating' tu handle kes lain aarr...haha!

SM Says:
October 9, 2011 at 3:27 PM

not your lucky day. hahaaa!!!

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 4:28 PM

Tak pe...one fine day...haha x mau putus asa sehhh...

SM Says:
October 9, 2011 at 4:36 PM

i hope. kau akan mendating dengan doktor kacak pada hari mendatang.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 7:02 PM

i hope...pada hari 'mendatang' itu ramai yang kacak2 akan datang tengok 'kes' aku..haha!

SM Says:
October 10, 2011 at 12:00 AM

ceh...!

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 8:13 AM

jangan dengki beb..ini je la peluang aku nak berfoya-foya...hik!

SM Says:
October 10, 2011 at 11:33 AM

all the best, semoga tak gagal...