undi aku bukan rahsia

| Monday, October 10, 2011 | |

Ok, mungkin ramai tak kenal dengan individu yang aku pangkah tu. Entah mana punya macha aku dah tepek muka dia kat kertas undi ni. Korang tak kenal, aku peduli apa. Aku punya undi, aku punya suka la nak pangkah siapa pun.

Bagi aku mamat yang aku pangkah tu mampu melakonkan wataknya seribu kali ganda lebih baik daripada mamat bermisai nipis yang aku tak pangkah tu. Tak percaya sudah. Ini bukan strategi memenangi hati pengundi atau pun janji-janji kosong semata-mata bertujuan memenangi undi. Tapi ini adalah sesuatu yang wajar selepas aku tengok (tonton) dua filem yang mamat ni lakonkan.

Selain daripada tu, faktor yang menyebabkan mamat ni menerima undi aku adalah kerana dia tak pernah menipu terutama sekali apabila di dalam skrin (kat luar entah pulak). Watak-watak yang dibawakan tu memang nampak jujur sangat. Tak dibuat-buat. Pendek kata tiada kepura-puraan!

 Serious shit! Aku tak tipu beb...!

17 comments:

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:05 PM

sorry beb, aku dah lama tak tengok tv, apatah lagi citer tamil, aku cuma dengar lagu tamil je kat youtube...aku banned tv sebab hangen dengan TM pu&^*ak! perhitungan aku dengan TM pun belum selesai..lepas settle aku boleh tengok tv sampai tv tengok aku belik...

SM Says:
October 10, 2011 at 2:12 PM

jangan mengharapkan sangat kat TM B*ngs*t untuk saluran tv. aku cuma guna untuk telefon dan internet je. jangan undi TM untuk entertainment...

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:19 PM

tidak sama sekali...bahkan sapa2 yang tanya aku pasal service TM, i definitely told them 'NO'..punya la aku meluat dgn TM ni...

Fara Says:
October 10, 2011 at 2:44 PM

Org Cina, mcm ne bangsat pun org dia...diorang tetap akan undi bangsa die.

Org India, aku tatau mcm ne pesen diorang. Diorang cuma undi org yg angkat Dewa Wel-Wel Thaipusam je kot? Aku kurang pasti.

Org Melayu, aku tau sgtlah pesen org aku sendiri. Diorang pilih kualiti walau terpaksa angkat bangsa lain.

SM Says:
October 10, 2011 at 2:52 PM

MF: aku setuju sangat (aku la contoh terdekat: mengaku). aku terpaksa tolak tepi sentimen kaum tu bukan sebab aku tak sayangkan bangsa sendiri. perlu ke aku memuji semua ketidaksempurnaan yang disengajakan oleh bangsa aku sendiri semata-mata bersandarkan alasan `kita sebangsa'? aku tidak mengundi kerana aku itu adalah cara aku meluahkan cara macamana aku nak mereka memperbaiki diri. bukan sebab aku sokong bangsa lain totally, tapi sebab aku (ulangi) sayang bangsa aku sendiri. ini adalah cara yang aku pilih. dan aku akan biarkan orang pilih cara mereka sendiri walau pun kadang-kala ada yang seperti memuji tak bertempat. eh, terpanjang pulak komen.

Fara Says:
October 10, 2011 at 3:04 PM

Aku teringat Melayu di zaman kolonial dulu. Org Melayu syg bangsa Melayu hingga ada yg sgt mengalu-alukan kedatangan org British yg kononnya bijaksana (hakikatnya mmg begitu) demi utk mengajar org Melayu ckp omputih, menghrpkan diri terbiasa dgn fahaman modernism, menghrpkan pemerintahan bercorak demokrasi dan bla, bla, bla....

SM Says:
October 10, 2011 at 3:40 PM

terjualnya tanah kita ketika itu adalah kerana pendekatan mereka yang keterlaluan seolah mengalihkan kiblat ke istana ratu di england.

Fara Says:
October 10, 2011 at 4:25 PM

Iye? Bukan sbb mementingkan kualiti? Bukan British itu amat terkenal dgn kualiti? Kualiti mencekik darah bangsa-bangsa yg bodoh? Mcm bangsa Melayu zaman dulu2?

NenetPenne (NP) Says:
October 10, 2011 at 4:30 PM

tak minat politik..
balik dulu lah...

SM Says:
October 10, 2011 at 5:05 PM

siapa kata melayu dulu pentingkan kualiti? mereka bodoh pasal kualiti. yang mereka tau (1) cabut ubi kayu untuk sara anak bini makan atau (2) kumpul harta banyak2 hasil dari kudrat orang lain atau (3) menambah kekayaan pada mereka yang sedia kaya. bukankah itu hidup yang berpaksikan kuantiti?

SM Says:
October 10, 2011 at 5:05 PM

NP: aik, lalu je? singgah dulu...

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 6:10 PM

X minat politik, I tumpang lalu jap ya...

SM Says:
October 10, 2011 at 7:44 PM

LW: aik, nak lalu jugak? ni bukan cerita politik la.

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 10:46 PM

A ahh..lalu je...

SM Says:
October 11, 2011 at 7:36 AM

silakan, jalan elok-elok. jangan toleh belakang kalau bulu roma meremang...

Paria Perawan Says:
October 11, 2011 at 9:14 AM

ahahahahaha sinis!

SM Says:
October 11, 2011 at 10:09 AM

PP: lama tak nampak!