Tunjuk Kuasa

| Tuesday, October 25, 2011 | |
SATU

Minggu lepas, tak ingat hari apa (petang), dalam perjalanan ke Cheras, dengan dua orang lagi sekutu.

Kutu Satu : Wah, bila dia datang bukan main lagi berlagak. Datang dengan buat muka paiseh dia. Cakap pulak siap cekak pinggang. Dia ingat kita ni bangsat sangat ke?
Kutu Dua : ...(diam)
Kutu Satu : Konon-konon dia nak tunjuk dia punya power kat kita la. Nak saman orang takde budi bicara. Hek eleh, sekali aku tengok dia punya sain kat situ gred 17 je! Tapi berlagak macam besar sangat kuasa. Cuba dia pergi Petaling Street tengok. Mampus dia tak berani. Sebab apa?
Kutu Dua : Dah suap la tu...
Kutu Satu : Ha, tau pun. Kalau dia betul-betul nak tunjuk berani bawak la pistol, kau kan penguatkuasa. Dengan orang kita je berani tunjuk power.
Kutu Dua : Hahahaa... Macam lancau.
Aku : ...(sandar kat seat belakang layan lagu Soley Soley kat Sinar)


DUA

Lebih kurang sebulan lepas, hari Sabtu. Pasar malam lagenda Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Brader Satu : Eh, macam ni mana boleh kalau owner takde. Dia pergi mana?
Brader Dua : Hari ni dia takde bang, pergi tempat lain.
Brader Satu : Kalau macam tu aku boleh saman kau. Barang yang kau jual pun tak sama. Apa cerita?
Brader Dua : Saya kat sini pun cuma tumpang tapak je bang. Selalu tak ambik space banyak pun. Cuma minggu ni je owner takde. Dia pun dah bagi saya pakai.
Brader Satu : Takde, aku nak kau kemas balik barang-barang kau ni.
Brader Dua : Alamak bang, takkan tak boleh nak consider sikit bang. Banyak ni.
Brader Satu : Takde, takde... Kalau kau tak kemas pergi aku boleh angkut barang-barang kau ni. Atau pun kalau nak terus berniaga jugak, aku kena saman kau la.
Brader Dua : ...
Brader Satu : Kau pilih, nak saman ke nak aku angkut?
Brader Dua : ...(garu kepala)
Aku : ... (perhati dari jauh)


TIGA

Macam bangsat je perangai. Ni la dia jenis manusia yang tak tau nak tolak ansur sikit. Bukannya buat kerja haram pun, cuma nak cari makan je. Yang kau motherfucker ni sibuk-sibuk nak tunjuk lagak sangat apa hal? Wah, kalau orang lain tu kau buat bangang je macam takde apa-apa berlaku. Mentang-mentang la perut dah kenyang kena sumbat `daging babi', ingat orang tak tau ke. Jalan sana sini pakai uniform, dada ke depan macam ayam laga. Aku rasa macam nak tumbuk je muka gemuk kau tu! Pukimak la...!

Sebab aku marah sangat:
*Brader Satu - lelaki Melayu lewat 40-an, penguatkuasa DBKL, cakap rupa nak berlagak.
*Brader Dua - juga lelaki Melayu berumur awal 30an, orang biasa yang tak kaya, berniaga pasar malam nak cari makan.

SEKIAN...!

23 comments:

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 10:18 AM

Yang setakat kuasa suam2 kuku tu lah yg selalunya tunjuk kuasa macam dunia ini bapak dia yg punya....memang patut dilancau lah orang macam tu...

SM Says:
October 25, 2011 at 10:26 AM

alamak, kau jangan ikut perangai buruk aku yang suka carutkan orang keji macam ni. aku cuma mampu menentang dengan hati sambil memaki di mulut (dan jari).

Fara Says:
October 25, 2011 at 11:03 AM

Yg kutu2 tu, cite psl DBKL gak ke?

SM Says:
October 25, 2011 at 11:27 AM

MF: yup. SATU dan DUA perbualan yang berkaitan. tapi aku senyap je time tu.

NenetPenne (NP) Says:
October 25, 2011 at 11:42 AM

biasalah makan suap tu..

masa i pegi workshop kat kepong tu ada penguatkuasa tu masuk bengkel tu... pastu dia nampak i dgn hubby terus tak jadi jumpa tokey tu.. lama lepas tu dia datang lagi..dah tua ni dalam umur 50an kot... diiringi oleh bakal2 pemakan suap 3 orang... pastu dia mintak tengok lesen..i nampak tokey cina tu selitkan bawah lesen tu duit rm50.00

pastu pegawai tu amik duit terselit tu..wahhh dia ingat i tak nampak..konon nak cek lesen..poraahhhh

pastu hubby i kata, mcm tu ke tokey?? mcam tu laaa kalau tak i kena saman sebab kedai i ni dah melebihi had...

huh tua2 pun masih lagi nak makan suap... melayu pulak tu..islam pulak tu...

SM Says:
October 25, 2011 at 11:45 AM

NP: banyak dah berlaku depan mata, busuknya dah macam najis babi tak dapat sembunyi lagi. dan pelopor kepada perkara keji ini adalah... ala, kau pun tau la!

Fara Says:
October 25, 2011 at 12:05 PM

Tiba2 aku teringat cite Sivaji the Bos.

SM Says:
October 25, 2011 at 12:08 PM

MF: ah sudah, masuk topik filem tamil pulak. aku pulak teringat gerak khas!

NenetPenne (NP) Says:
October 25, 2011 at 2:07 PM

@SM
sila nyatakan siapakan pelopor perkara keji itu..sebab aku tak tahu siapa orang yang kau maksudkan tu
siyes ni

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 2:15 PM

bukan kutu berahak DBKL je yang salu buat pangai busuk cenggini...ramai lagi yg suka buat...

SM Says:
October 25, 2011 at 3:37 PM

NP: orang kita...

LW: cuma amarah aku kali ni aku tujukan pada mereka, yang beruniform DBKL.

Fara Says:
October 25, 2011 at 3:48 PM

Yelah, Sivaji tu kan nak bukak Universiti Yayasan Sivaji. Tapi org kerajaan tak luluskan selagi tak dpt duit kopi. So, relevan lah kan? Hahahahah!

SM Says:
October 25, 2011 at 4:00 PM

ya, sangat relevan. sivaji menentang segala macam korupsi dari sekecil semut sampai sebesar bapak bapak paus.

Fara Says:
October 25, 2011 at 4:19 PM

W'pun cite die cite K*l**g tp sarat dgn mesej. Aku suke. Hiks!

Tapi aku tak suke hero tua berlagak muda. Adehhh....

SM Says:
October 25, 2011 at 4:23 PM

bukan berlagak muda, tapi memenuhi tuntutan audien. dia punyai aura tersendiri yang mampu bertahan untuk seribu tahun lagi. back to the topic, suatu perkara yang memalukan dan menyedihkan bila orang kita jadi pelopor pamakan `najis' ni. SEDUUUUTTT!!!!

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 7:42 PM

Hmmm aku x boleh campur diskusi korang ni...sebab aku x berpeluang nak tengok kehebatan sivaji the boss...

SM Says:
October 25, 2011 at 9:24 PM

betapa ruginya kau, pada aku filem itu sendiri yang dah cukup hebat. hahahaa...! terpuji filem luar pulak.

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 10:53 PM

apa salahnya puji kalau ia benar-benar hebat...

SM Says:
October 26, 2011 at 1:14 AM

ada SEBAHAGIAN orang kita yang tak dapat menerima dang menyangka pujian itu diberikan oleh orang yang mengagungkan karya luar.

NenetPenne (NP) Says:
October 26, 2011 at 2:05 AM

sivaji adalah best.. penuh dgn sindiran yang sungguh sinikal kepada kerajaan mereka...

kalau kat mesia buat citer mcm tu terus masuk ISA...

SM Says:
October 26, 2011 at 11:49 PM

NP: tak sempat buat, baru draf skrip tangan dah kena gari, terus terajang masuk kem tahanan kamunting. empat kali raya korban baru boleh keluar.

NenetPenne (NP) Says:
October 26, 2011 at 11:56 PM

@SM
kebenaran kena disorok
nak nampak yang elok2 je kat luar sana... (sinikal)

SM Says:
October 27, 2011 at 12:01 AM

takkan nak macam buah tembikai. nampak solid, kukuh dan cantik pada kulit. bila belah isinya, hancur... ada ke siapa2 yang makan kulit tembikai? hah, takde makna macam tu...