Tuhan Pun Dah Bosan

| Thursday, October 27, 2011 | |
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita

-Ebiet G. Ade


Ini adalah antara lirik lagu yang terbaik aku pernah dengar, tapi malangnya sedikit masa dulu berlaku kontroversi kat sini apabila terdapat suara-suara yang mahukan lagu ni diharamkan penyiarannya kat Malaysia. Atas sebab yang tak sepatutnya iaitu ungkapan `Tuhan mulai bosan', tu je. Kata mereka yang bijak pandai ni, Tuhan tak mungkin akan menyerupai sifat manusia sama sekali, dan juga tak mungkin berasa bosan terhadap makhlukNya.

Eh, boleh pulak macam tu? Memang tak boleh pun. Tapi ini kan lirik lagu, hasil kerja seni. Seni ni boleh dilahirkan dalam bentuk yang objektif atau pun yang terlalu subjektif. Semua kita mempunyai tafsiran yang pelbagai terhadap sesuatu perkara sama yang kita lihat atau dengar. Macam jugak lirik ni. Perkataan `bosan' yang diungkapkan si penyanyi ini, pada aku tak sepatutnya ditafsirkan secara direct. Itulah dia metafora, atau dengan kata mudahnya ungkapan perlambangan.

Apa yang aku faham dengan perkataan kontroversi ni, bosan itu menunjukkan kita manusia ni dah lerlalu banyak dan dah lama sangat buat jahat sampai makan berkurun. Walau pun Tuhan tak bosan melayan kerenah kita, tapi tempoh masa yang terlalu panjang dan timbunan jumlah kerosakan pukal yang kita dah buat cukup menggambarkan yang tak siapa pun selera lagi nak mengadap. Seolah kita diulang siaran drama dan filem yang sama oleh `Ass'tro sampai kita jelak, bosan dan jemu. Itulah tafsiran yang aku faham.

Apa-apa pun, aku masih lagi tak faham dengan orang yang singkat tafsirannya dengan hal-hal yang berkaitan dengan art ni. Dan akibatnya, perkara-perkara semudah itu pun boleh berubah jadi bencana. Aduyai, bosan aku...

8 comments:

Lady Windsor Says:
October 27, 2011 at 2:19 PM

Mwahaha..pandai kau guna perkataan aduyai...aku rasa tak sesuai dengan imej botak ganas ko tu...kih!kih!kih!
Okeh itu intro aku...

Mereka yang melatah dengan lirik Ebiet G Ade itu adalah mereka yang terkena atau terpukul batang hidungnya dengan kata-kata itu...pada aku..dangkal sangat fahaman mereka dengan art specially bila kita memperkatakan mengenai lirik. Ini kerana penulisan lirik lazim dihasilkan dengan sifat dua lapis atau double meaning, ada metafora, hiperbola dan segala bagai ilmu art yang seronok ditelusuri kalau kita mahu faham dan meneliti dan akan jadi tak seronok kalau kita memang tidak minat...

lagi sikit, mereka yang mempersoalkan lirik itu, mungkin terlalu banyak masa lapang...dah tak ada benda nak diperkatakan atau dibahaskan, so isu art yang cantik itu pun dipolitikkan..ceittt!

Fara Says:
October 27, 2011 at 3:15 PM

Hiks...

Aku rs aku dah ckp menjaga tepi kain org. Aku pun dah bosan.

SM Says:
October 27, 2011 at 4:18 PM

LW: aku tak silap orang. kau lebih bijak menilai dan mentafsir dengan komen berbentuk teknikal yang agak mendalam. betul, cantiknya sesuatu lirik tu bila kita perlu mencari segala kebarangkalian yang berkaitan dengan maksud tersirat. metafora, hiperbola dan parabola...

MF: weh, tak salah la menjaga tepi kain orang. memang menjadi tuntutan pun. bukannya dalam kain!

Lady Windsor Says:
October 27, 2011 at 6:54 PM

SM, parabola tu apa...tak de kena mengena dengan lirik lagu beb...ko saja nak pancing mata aku kan...back hand karang...hik! Okeh parabola itu boleh disegandingkan dengan tengokbola piala eropah di kalangan penduduk Indon ya Pak SM!

SM Says:
October 28, 2011 at 7:40 AM

ya, satu struktur bersaiz gergasi yang wajib ada di halaman rumah di sana. hiperbola yang kau sebut apa benda? hiperaktif aku tau la... ada kaitan dengan bentuk geometri ke?

Lady Windsor Says:
October 28, 2011 at 8:32 AM

Hiperbola tu satu bentuk perlambangan yang agak melampau dalam istilah kesusasteraan....contoh...kalau tak silap aku ya....sebab aku dah meninggalkan dunia kesusasteraan ni berpuluh tahun sudah..
* ibarat nyalarasa yang membakar tujuh tanjung
* ombak rasa yang membajiri seluruh lautan jiwa
* kesumat yang tak terucap walau sejuta kata

Maksudnya betapa kau nak menggambarkan sesuatu keadaan dengan maha hebat...

auntie nenet Says:
October 28, 2011 at 1:02 PM

mgkn bosan yg digambarkn oleh penyanyi tu 'we keep doing the wrong thing lps tu nak selalu mntak ampun pada tuhan'..
da tahu benda tu salah tp buat jugak lps tu nk mntak ampun..

SM Says:
October 29, 2011 at 12:22 AM

LW: ya, masalahnya kalau berdepan dengan orang yang tak faham tapi buat-buat pandai, lain pulak jadinya.

AN: ya jgak. sebagai tambahan, kesilapan disengajakan yang terus-terusan berulang.