Stick

| Friday, October 14, 2011 | |
Terselit di antara celah-celah susunan stick rokok tu, salah satunya adalah yang telah habis aku hisap. Dah beberapa lama aku amalkan perkara terkutuk ni, tak pernah sekali pun aku perhatikan bontot stick yang aku habis hisap. Selalunya aku akan tenyeh dalam ashtray atau jentik ke luar pagar masuk ke longkang. Macam jahanam perangai, yang mana tuan perangai terkutuk ni pun sama jahanam jugak. Tak pernah pulak aku buat kerja gila simpan balik dalam kotak, bukan boleh redeem pun.

Dan baru la ni aku perasan, bontot rokok yang dah lepas kena pam tak sama rupanya dengan yang baru. Aku cuba bayangkan, kalau sehari aku hisap 4 batang (dulu 10!), kali dengan seminggu, kali dengan sebulan, kalikan lagi dengan setahun... Mak ai! Macamana agaknya kondisi paru-paru aku lepas 10 tahun jadi perokok tegar (aku tak tegar pun).

Ini pun nasib baik hisap rokok sambil buat kerja, ada la dalam tiga ke empat kali pam. Kalau sambil bersembang entah macamana agaknya bontot stick ni. Tobat dah, lepas ni aku nak amalkan hisap rokok terbalik. Nak nyalakan kat bontot pulak. Pada teori logik akal aku, mungkin efek tu akan terbalik seterusnya akan membersihkan semula sistem pernafasan aku.

Insya-Allah, sekian...

Gambar diambil selepas habis rokok aku yang keempat hari ni. Waktu selepas jam 5 petang adalah waktu yang paling heaven pada aku sebab makcik mulut kepoh kat sebelah dah berambus. Boleh buat kerja dengan tenang.

32 comments:

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 7:38 AM

gila ke hapa isap rokok bontot terbalik..lagi la nikotin tu terus masuk ke paru2 ko tanpa tapisan...nak bunuh diri pun biar la cara nobel sket beb! Mawahaha...

Uncle Says:
October 14, 2011 at 9:53 AM

Apa kata kalau isap rokok CAMEL yang tak dak filter....terbalik pun tak pa...jadi tak kompiusss.....hahahahahah.....

Fara Says:
October 14, 2011 at 10:12 AM

Sejak bila perokok sibuk nak amik tau psl paru-paru sendiri?

Lebih baik aku layan lauk sambal paru lunch nanti.

SM Says:
October 14, 2011 at 10:45 AM

LW: eh, aku rasa ni la cara paling genius dan nobel.

uncle: pernah, tapi terbabas sampai betul2 kat bibir. sedap jugak.

MF: takde la, aku ambik tau pasal bontot rokok tu je.

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 11:06 AM

SM: sedap eh rokok cap unta tu ya...hahaha!

SM Says:
October 14, 2011 at 11:27 AM

tak sedap, pening kepala pekena keretek ni. oi!!! bagi la semangat aku nak kurangkan!

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 11:37 AM

hahaha aku ingap macam nikmat je sedutnya...sekali ko sedut, dua kali cepat nafas ko pendek..fikirkan beb!

SM Says:
October 14, 2011 at 11:46 AM

ejaan!

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 11:58 AM

baiklah!

Fara Says:
October 14, 2011 at 12:38 PM

"Macamana agaknya kondisi paru-paru aku lepas 10 tahun jadi perokok tegar (aku tak tegar pun)."

Ko nak nafikan lagi? Hah! Klu ko org politik, dah lama dah aku kuar parti!

Kasih Firdaus Says:
October 14, 2011 at 2:41 PM

ko dah cuba ker hisap rokok terbalik, ok tak?klu ok elok pegi sarankan kt kerajaan buat kempen hisap rokok terbalik.tak susah2 naikkan harga rokok..

NenetPenne (NP) Says:
October 14, 2011 at 3:05 PM

actually dia jadi kaler mcm tu sebab dah bercampur dgn saliva kau laa SM
not to worry..paru2 kita kan ada filter..

paru2 kita??? hiksss..

SM Says:
October 14, 2011 at 4:19 PM

MF: hahaha.. untuk entri ni, aku cuba bercakap (menaip) seperti ahli politik. sama tak?

KF: nanti negara luar `naik hairan' pulak tengok kempen serba ajaib ni!

NP: betul ke? ok, lega aku...

Fara Says:
October 14, 2011 at 4:27 PM

Ahh...ko pun 2x5 la.....

NP - Ceh! Ini komen sedapkan ati memasing nie!

SM Says:
October 14, 2011 at 4:42 PM

MF: kira aku boleh la jadi ahli politik?

Fara Says:
October 14, 2011 at 4:50 PM

Aku tak sangka ko sbnrnya memendam niat. Hahahah! Ko cuma tunggu ms aku ckp ko sesuai jdk ahli politik. Kan?

SM Says:
October 14, 2011 at 5:39 PM

kadang-kadang aku rasa menjadi ahli politik ni sangat2 menguntungkan (tak kira la parti mana pun).

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 7:41 PM

ko nak jadi ahli politik...okeh aku awal2 lagi kuar baris!

SM Says:
October 14, 2011 at 11:47 PM

wei, aku perlukan penyokong dan ahli dalam parti baru aku nanti!

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 12:19 AM

Parti apa beb? Parti Tupperware eh? Yayy!! Aku setuju...

SM Says:
October 15, 2011 at 12:26 AM

parti politik. sebab aku rasa aku dah mula belajar memutar belit.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 12:46 AM

Maaf tak minat!

SM Says:
October 15, 2011 at 12:51 AM

ok la, parti politik tapi lambang pinggan mangkuk.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 1:10 AM

Boleh dipertimbangkan...

SM Says:
October 15, 2011 at 1:48 AM

kecuali mangkuk hayun atau mangkuk tandas.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 9:07 AM

Hahahaha...

NenetPenne (NP) Says:
October 16, 2011 at 11:42 PM

@MF
sdapkan hati perokok2 seantero alam...

@SM
kalau kau jadi politicin,aku akan jadi penyokong kau yang paling setia sebabnya aku nak kaya.... penyokong mesti ditabur dgn wang ringgit baru akan menyokong..ha ha ha dasar mata duitan... ahaks...

SM Says:
October 17, 2011 at 7:28 AM

NP: kalau aku jadi ahli politik sengkek, maknanya aku takde penyokong la? adoi... "bekerja bersama saya, bukan berkerja untuk saya", macam pernah dengar...

NenetPenne (NP) Says:
October 17, 2011 at 4:15 PM

@SM
siapa nak ahli politican yang sengkek... yelah kang anak sekolah nak buat sukaneka sekolah, aku nak mintak duit sumbangan dari siapa kalau bukan dengan politician..

kata sahaja bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya... tapi aku rasa mcm bekerja untuk saya jer...

SM Says:
October 17, 2011 at 4:18 PM

pasal masalah duit tajaan tu sikit punya hal beb, walau pun aku politician sengkek, tapi kat keliling aku ada ramai individu kaya yang dambakan kuasa aku. jadi, senang2 je aku palau duit diorang buat taja sukaneka sekolah, majlis PIBG tahunan, rombongan cik kiah ke sukan olimpik pun boleh!

ok la tu, jangan `kerjakan saya" sudah!...

Lady Windsor Says:
October 17, 2011 at 6:19 PM

denggg! aku nak kerjakan kau!!! hahahahaha..jahat tak???

SM Says:
October 17, 2011 at 6:20 PM

maaf beb, aku bakal politikus takkan menikus dengan ugutan tak relevan kau tu...