Statistik Diskriminasi

| Monday, October 31, 2011 | |
-himpit kenderaan lain bila nak exit dari highway
-membahayakan nyawa pengguna lain, terutama penunggang motosikal
-tukar lane tak toleh kiri kanan
-kurang komunikasi dengan pengguna yang lain
-drive lupa turunkan handbrake sampai berasap tayar
-60 km/j kat lane tengah
-memandu tanpa sense
***76.4% yang buat kesalahan kat atas adalah daripada gender yang berlawanan dengan aku.

-bawak kereta/moto macam setan tanduk kat bontot
-membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri
-keluar masuk simpang ikut suka kepala nenek dia
-laju macam babi jantan gila betina, menonong semacam
-cilok kereta lain macam dia sorang bayar road tax
-kereta wira tapi bubuh sticker mitsubishi
-pasang speaker kuat-kuat macam orang tuli
-bukak tingkap, siku sandar keluar
***89.9% pengguna jalan yang aku maksudkan adalah daripada mereka yang Tuhan tak
kurniakan kebolehan melahirkan anak

**********

Minta maaf banyak-banyak atas statistik yang aku sengaja bahagikan mengikut gender ni. Bukan berniat nak mengamalkan sikap diskriminasi gender, tapi ini adalah atas pemerhatian yang aku dapat setiap hari sejak bergelar penunggang motosikal kat Lembah Klang. Si perempuan dengan sikap tak peduli dengan penunggang motosikal kat sebelah mereka walaupun nampak macam bersopan, yang lelaki pulak dengan perangai anak setan mereka.

Dan hampir setiap hari aku memaki pemandu-pemandu yang kurang ajar tak kira lelaki atau perempuan. Percayalah, statistik yang aku buat ni pasti akan dipersetujui oleh kebanyakan penunggang motosikal.

Ramai perempuan yang enggan mengakui kelemahan mereka semasa memandu, tapi ramai jugak yang mengeluh dengan cara pemanduan para pemandu sejantina mereka. Entah kenapa, kita akan berasa seriau tiap kali kita menyaksikan ada mayat yang terbaring kat tepi jalan atau menonton berita orang mati kat berita sambil mengucapkan kalimah Allah, tapi seketika kemudiannya bila tangan kita kembali menggenggam stereng, serta-merta kita jadi lupa diri. Lupa yang orang lain pun ada anak isteri kat rumah yang perlu disayangi atau sekurang-kurang ingin dilihat memasuki darjah satu. Terlupa juga yang kesilapan (atau keegoan) kecil yang kita tunjukkan atas jalan pasti akan menjejaskan nyawa orang lain. Terutamanya penunggang motosikal.

Aku berharap sangat pemandu yang enggan melihat para penunggang motosikal ni sebagai makhluk bernyawa, supaya mereka dapat merasai risiko yang mengekori mereka sepanjang jalan pergi dan balik kerja. Tolonglah hormati hak kami. Kami juga mahu sampai ke rumah dengan selamat.

Apa kata kalau kalian para pemandu kurang ajar ni duduk di atas seat kami sekarang, dan secara tiba-tiba datang satu kereta pelesit menghimpit semata-mata tak sabar nak ke depan. Cubalah bayangkan! Ohye, tak mungkin kalian dapat bayangkan sebab kalian sedang duduk di atas seat empuk berhawa dingin dan selamat daripada titisan hujan. Mana ada masa nak bayangkan. Tak ke celaka namanya tu!

Amaran, pemandu lelaki BDJ2363 Honda Civic warna maroon, kau memang kurang ajar! Pukimak la lu...!

12 comments:

Lady Windsor Says:
October 31, 2011 at 9:01 AM
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor Says:
October 31, 2011 at 9:03 AM

Beb..pemandu lelaki BDJ2363 Honda Civic warna maroon tu himpit ko ke? Orang macam tu, suatu hari nanti dia akan tahu bila buku bertemu ruas...yg penting ko selamat, dan aku masih ada geng blogger nak buat bergaduh kat sini...hihi

Fara Says:
October 31, 2011 at 2:46 PM

Hoh! Amaran tulisan merah tu yg btaku seriau wehhh!

Terima kasih sbb adil. Kali nie, aku tak berasap kepala baca entry ko. Tapi kan...ko perasan tak? Yg mati eksiden kebanyakannya pemandu lelaki. Betul tak ckp aku? Kenapa mcm tu ye?

SM Says:
October 31, 2011 at 9:46 PM

LW: haha, aku kejar dia beb!
MF: perasan, sebab pemandu wanita (kebanyakan) cuma bahayakan nyawa orang lain je, tapi lelaki rata-rata bahayakan diri sendiri jugak.

Lady Windsor Says:
November 1, 2011 at 12:24 AM

ko kejar dia? ko hebat beb! tapi aku nak nasihatkan ko, len kali x payah habiskan minyak ko...biar dia sorang je buat kerja x senonoh tu..lambat laung dia akan tahu undang2 atas jalan dan paling mengerikan bila dia sedar langit itu tinggi ke rendah..ko sabar ya beb!

NenetPenne (NP) Says:
November 4, 2011 at 4:14 PM

tapi kan tapi kan..
penunggang motosikal sendiri kadang2 tak sayang nyawa diaorang...kadang2 bawak tengah2 jalan tapi slow..
haaa kalau slow bawalah kat tepi
tapi mesti bukan kau kan SM sebab kau kan berhemah..

mana pegi?? balik kampung ker??

SM Says:
November 4, 2011 at 6:26 PM

LW: aku target nak ludah cermin kereta dia.
NP: tapi kan, tapi kan... entri ni khas untuk spesis pemandu otak kat celah dubur, untuk penunggang lahanat lain kali je aku lepaskan amarah. aku pergi kampung orang lain la.

Lady Windsor Says:
November 4, 2011 at 7:55 PM

Eh ko da balik ek...cepat arrr hapdet musti ada banyak benda bersarang dalam kepala otak ko tu beb...

SM Says:
November 7, 2011 at 10:44 PM

kepala aku dah tumbuh sarang. malas nak pikir. ini semua DUNIA...

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 1:54 AM

Sarang apa beb? Sarang burung eh..burung apa beb? Burung murai...hahahahah...kalau aku teruskan tak cukup kawasan...

SM Says:
November 8, 2011 at 7:34 AM

sarang buaya...

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 8:35 AM

wow! buaya...musti ganas!