Siapa Kau?

| Monday, October 24, 2011 | |
"Aktivis gerakan sosialis hampir semuanya datang dari keluarga borjuis yang selesa, mereka punya masa untuk mencerca penindasan di pasaran, sementara orang miskin cuma ada masa untuk bergelut dalam pasaran untuk mendapatkan sesuap nasi"

Ya, aku terpilih untuk menghuni dalam golongan yang kedua tu. Setiap hari aku tak berapa peduli sangat soal idealogi, gagasan atau apa ke jimbet yang orang politik sembangkan dalam paper atau tv. Sebab bukannya diorang yang bagi beras kat aku tiap-tiap bulan yang membuatkan aku perlu mengambil perhatian yang bapak serius. Jelas sekali, mereka juga bukannya orang yang perlu aku bagi nafkah zahir dan batin tiap-tiap malam.

Jadi secara automatiknya semua motherfucker tu terkeluar dari senarai orang-orang penting dalam hidup aku. Cuma sejak akhir-akhir ni, semua tindakan dan keputusan veto yang mereka sedang sibuk rangkakan sedikit-sebanyak menjejaskan amaun dalam akaun bank CIMB aku. Nak marah macam babi buta tak boleh, nak diam macam babi bisu pun tak kena jugak.

Untuk itu, aku perlu menjadi individu yang sekali-sekala merenungi apa-apa sahaja yang berlaku di depan dan di belakang mata kepala aku, supaya aku layak menyalahkan orang lain kalau aku gagal membeli susu untuk anak aku nanti.

Mengapakan tidak? Mereka adalah golongan yang lahir dari rahim seorang wanita yang tidak pernah menjadikan ikan pekasam sebagai menu utama makanan tengahari atau meneguk air suam sewaktu sahur atas sebab tak mempunyai apa-apa yang boleh dimasak di dapur. Dan mereka juga sepatutnya tak layak melaksanakan polisi-polisi sesat mereka terhadap aku dan keluarga aku. Apa gampang kau nak tentukan hidup kami sedangkan kau tak pernah (mustahil sebenarnya) merasai keperitan menjadi rakyat biasa.

Terima kasih kepada sang borjuis semua sebab bikin susah sendiri memikirkan tentang butir-burir beras yang bakal berkurangan dari cupak kami. Ah, sedut...!

32 comments:

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 7:56 AM

mereka sang bojouis yg tidak pernah mengenal susah...tapi sentiasa berpura-pura melaungkan hak untuk menolong mereka yang susah..

Fara Says:
October 24, 2011 at 9:22 AM

Ah, ko...tensen sket, nak sedut.

SM Says:
October 24, 2011 at 10:05 AM

LW: hipokrit je diorang tu... sangat sedut!

MF: sedut air tebu.

Fara Says:
October 24, 2011 at 11:00 AM

Air tebu tu klu ko jadikan rutin, ley dpt kencing manis.

Aku sedut udara segar.

SM Says:
October 24, 2011 at 11:14 AM

tiap kali buat medical check up, doktor cantik selalu puji aku "awak terlalu sihat".

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 11:27 AM

doktor cantik puji sebab tanak ko nerves...tapi kalu ko amalkan sedut air tebu...ko harus berjaga2 beb..diabetes tak memilih mangsa..

SM Says:
October 24, 2011 at 11:34 AM

tu cuma minuman kegemaran aku je. tapi tak semestinya aku akan beli tiap kali lalu brader jual air tebu. apa hal dengan blog kau? kena mandrem?

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 11:48 AM

eh blog aku ok jer..blog MF yg ada problem pagi tadi, x bleh view..now dah ok kot..

SM Says:
October 24, 2011 at 11:57 AM

LW: silap, aku nak tanya MF. tapi blog kau pun masih ada masalah yang sama sejak mula. aku tak dapat apa2 notification email tiap kali ada komen baru dalam entri kau. tu yang kadang2 tertinggal bas.

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 12:41 PM

tertinggal bas? tak pe lah...blog aku blog pinggiran je beb..hik! lagipun aku tak tau dah nak godek kat mana lagi dah...

SM Says:
October 24, 2011 at 1:29 PM

aku suka ke pinggiran, sebab aku juga golongan pinggiran.

Fara Says:
October 24, 2011 at 3:16 PM

Eleh, nak kate la yg ko terlebih sihat? Jgn terpedaya dgn kata2 doc tu. Maybe doc tu nak usha ko kot. Ko yg suke sgt nak jual mahal. Wahahahah!

Blogspot bt hal la aku rs. Mandrem? Entahlah. Sape lak nak anta tuju-tuju kat blog aku eh? Best sgt ke blog aku? Lagipun, aku bkn watak antagonis dlm memana cite org pun melainkan ko. Hahahahha!

Ok, aku mcm dah ada sorang saspek utk dikenalpasti.....

SM Says:
October 24, 2011 at 3:20 PM

ceh, aku nak kau terus menjadi watak antagonis yang bagus, daripada memuji tak tentu pasal dalam ruang komen. sangat sedut perbuatan itu pada aku. hahahaa...!

Fara Says:
October 24, 2011 at 3:26 PM

Hahahahaha....

Aku tatau nape aku gelak tp aku rs kelakar. Sedutlah ko klu ko nak sedut. Tp pada pandangan aku, sedut tu tampak sopan gak...

Eh, aku puji ke nie? Cehh! Hilang keantagonis aku mcm nie!

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 4:40 PM

ok..antagonis dah ada..protagonis pun dah ada..maka aku adalah sherlock holmes di tengah-tengah kekalutan itewww!!

SM Says:
October 24, 2011 at 4:43 PM

MF: aku puji terpaksa sebab nak sedapkan hati kau supaya aku tak sering dipandang seorang yang berfikiran seksis dan mendiskriminasikan wanita. hahahaaa...!

LW: kau jadi stephen king aje la. baru kau boleh create situasi yang misteri sikit.

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 5:41 PM

stephen king pun stephen king lah..sebab sekarang ni..bila aku melangkah setapak saja masuk ke no 24 windsor..telinga aku berdesing...

SM Says:
October 24, 2011 at 5:45 PM

petanda kau dah memasuki zon `twilight'.

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 6:49 PM

mungkin!

Fara Says:
October 25, 2011 at 11:05 AM

Perhatian! Aku bukan seksis. Bukan feminis. Aku still ok dgn kedudukan perempuan adalah selepas lelaki. Tapi benda yg buruk yg dilakukan kedua gender, harus disalahkan keduanya. Bukan pad sesatu gender aje. Faham?

Haishhhh! Aku tak fhm nape aku tak abis2 komen entry ko yg nie. Hiks~

Fara Says:
October 25, 2011 at 11:06 AM

*still ok maksud aku, aku terima dgn hati yg terbuka bahawa perempuan adalah kedua selepas lelaki. Jgn slh fhm okeh. Bhy nie klu tersilap ckp sket. Aisehhh!

SM Says:
October 25, 2011 at 11:33 AM

ye betul, dan tak sepatutnya diletakkan di tempat terbawah atau kebelakang. aku seboleh-bolehnya taknak dianggap seksis atau mendiskriminasikan gender lain, sebab tu aku berulang-kali meletakkan perkataan SEBAHAGIAN atau KEBANYAKAN setiap kali mengkritik (atau menyebut) sesuatu gender tu. ingat, kau kena perhatikan setiap perkataan tu, terutama perkataan yang aku `huruf besar'kan tu. aku bukan jenis suka pukul rata...

kau nak komen sampai terkehel buku lali pun takde hal. bagus jugak dapat ber`gaduh' kat sini.

diulangi, SEBAHAGIAN atau KEBANYAKAN!

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 7:45 PM

MF, akak ngeri nak komen sini...SM ni kan anak murid Cikgu Fatimah, tinggi ilmu bahasanya, jadi kena berhati2.

SM Says:
October 25, 2011 at 9:26 PM

merci! apa ngeri pulak, dengan perbendaharaan kata yang terhad, ilmu kosa kata senipis kertas A4, apa la sangat nak banding dengan orang kat sana.

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 10:56 PM

sekurang-kurangnya kau blogger yang patuh berbahasa..

SM Says:
October 26, 2011 at 1:15 AM

patuh? aku pun menggunakan rojak bahasa la beb... sedap.

Lady Windsor Says:
October 26, 2011 at 6:52 PM

Rojak kau ada step..rojak aku caca merba..

SM Says:
October 26, 2011 at 11:50 PM

step yang canggung bagaikan meniti lantai bergoyang.

Lady Windsor Says:
October 27, 2011 at 7:39 AM

ok, ko tak pandai menari!

SM Says:
October 27, 2011 at 10:31 AM

tak pandai, ditambah pulak lantai yang sentiasa terjongket!

Lady Windsor Says:
October 28, 2011 at 2:19 PM

Panggil tukang baiki lantai, nanti boleh menai dengan lancar..

SM Says:
October 29, 2011 at 12:23 AM

menari dengan lancar dalam erti kata, monyet kena belacan?