Siapa Bijak?

| Friday, October 21, 2011 | |
Mari menyusun seroja bunga seroja,
Hiasan sanggul remaja puteri remaja,
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja,
Pujalah ia sekadar, sekadar saja...

Cikgu aku dulu pernah nyanyikan lagu ni kat depan kelas masa aku tingkatan tiga. Dia adalah antara cikgu yang aku respek sebab dia seorang cikgu yang berjiwa art. Menurut kisah yang pernah dia ceritakan, dulu dia pernah bawa grup teater sekolah aku sampai ke peringkat kebangsaan. Whoa..! Itu sudah kira dahsyat.

Dan tiap kali melalui depan mana-mana sekolah, kadang-kadang aku akan teringatkan beberapa individu yang pernah mengajar aku, antaranya adalah cikgu ni. Cuma yang paling aku tak puas hati, sampai sekarang aku masih tak dapat lagi jawapan bagi satu soalan yang aku kira sepatutnya sama dengan jawapan yang ada padanya. Aku berharap, satu masa nanti Tuhan akan menganugerahkan jodoh antara kami walau pun hanya terserempak di Giant supaya dapat aku bertanyakan jawapan yang dia mahukan.

Soalannya macam ni: Antara orang dulu dan sekarang, siapa lebih bijak dan kenapa?

Dia kata, jawapan apa pun yang kamu berikan adalah betul, tapi adakah jawapan yang kamu ada itu sama dengan jawapan saya. Itu yang membezakannya... Oh ya, kalau tak silap nama dia Cikgu Hamid.

Sekian.

7 comments:

Lady Windsor Says:
October 21, 2011 at 8:02 AM

payah nak jawab soalan Cikgu Hamid tu sebab pada aku soalan dia tu berbau kebijaksanaan..menyebabkan kita teragak-agak nak cari jawapan yg paling tepat dan bijak...ko jawab apa pun, mungkin dia akan kata betul..tapi adakah sama dengan apa yg ada dalam kepala dia kan...aku tak gemar soalan begini...menguji minda..sakit kepala otak beb! tapi kalau aku yg jadi pembei soalan ini, yay! aku suka..

SM Says:
October 21, 2011 at 9:55 AM

mungkin dia nak mentafsirkan sebijak mana kepala hotak kami masa tu berdasarkan asalan2 yang kami berikan. dan sampai sekarang jugak aku tak dapat alasan yang kuat nak pilih `orang dulu' atau `orang sekarang'.

NenetPenne (NP) Says:
October 21, 2011 at 1:03 PM

kedua2 bijak mengikut zaman masing2
ok ka?

Fara Says:
October 21, 2011 at 2:54 PM

Klu ye betul (sama), takkan ada confetti yg turun dari langit.

Hiks~

Nak tahu siapa yang bijak? Mereka yang masih mahu belajar...

=D

Lady Windsor Says:
October 21, 2011 at 9:00 PM

aku setuju statement MF tu..siapa yg bijak? mereka yang sentiasa dahagakan ilmu..

BonekadalamChermin Says:
October 22, 2011 at 2:16 AM

cikgu hamid cuma nak uji confidence level kau

jawabla apa saja janji kau tau apa kau jawab walaupun salah

aku rasela,

SM Says:
October 23, 2011 at 11:07 AM

NP: cikgu hamid nak kami pilih salah satu je, tiada jawapan yang memihak kepada kedua-duanya.

MF: jadi, siapa yang lebih banyak belajar? dulu atau sekarang?

LW: statement tu terlalu general pulak.

BdC: aku takde rasa, sebab masa tu aku tak ambik port sangat. dalam kepala cuma fikir sebelum tengahari karang, pagar belah mana aku nak panjat.