`Seseorang Sepertimu'

| Monday, October 10, 2011 | |

Ada sekali tu aku pernah dengar dj Red.fm kata this is one of the most emotional song from Adele tapi lagu tu dalam versi radio.

Esok pagi, sebelum sarapan dan sebaik je sistem pc aku dah booting aku akan dengar tiga lagu wajib `Nyalakan Api Dalam Hujan', `Lagu Cinta' dan jugak lagu `Seseorang Sepertimu' macam selalu. Cuma bezanya, lagu ketiga tu aku akan dengar dengan menggunakan headphone, sebab aku tak nak gangguan daripada suara nyaring makcik-makcik kat sekeliling aku.

Pada aku, aku lebih suka dengar versi `live' sesebuah lagu tu berbanding versi studio. Lagi masyuk. Aku dapat hayati kelunakan suara dan adunan sempurna antara bunyian instrumen dan vokal mereka.

Maafkan aku sayangku Adele. Aku telah download semua lagu yang kau pernah nyanyi secara live dan kesemuanya aku telah `convert' ke dalam semua jenis format audio dan video yang ada. Maafkan aku sekali lagi. Kerana ini adalah sebagai tanda aku begitu mengagumi suaramu itu.

Dan juga menunjukkan betapa kau telah `memandu aku gila' sejak beberapa bulan yang lalu.

20 comments:

Nadia Says:
October 10, 2011 at 1:16 AM

nadia pun gemar versi live :D

SM Says:
October 10, 2011 at 1:26 AM

terbaik. apa-apa lagu yang aku suka, kalau boleh nak dapatkan yang versi live jugak. lebih asli.

Chik Att Says:
October 10, 2011 at 7:25 AM

CA memang surendder bab2 lagu ni ..... buka raadio dengoo jaaaa....

sedap layan ... tak sedap ... tukar channel

SM Says:
October 10, 2011 at 7:58 AM

aku pulak, sedap simpan, tak sedap bo layan!

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 8:12 AM

buddy..lupa nak cakap, semalam aku rindu gila dengan adele sebab cdnya dipinjam adik aku...nasib baik buka radio je ada lagu adele...hwaa..aku pusing volume paling kuat..x peduli apa jiran bujang aku kata...lepas tu aku sambung dating dengan imran ajmain, selamat ulang tahun sayang!..hahaha..

NenetPenne (NP) Says:
October 10, 2011 at 10:09 AM

hey this is my songgg...

SM Says:
October 10, 2011 at 11:31 AM

ni lagu adele aku la!

Fara Says:
October 10, 2011 at 11:45 AM

Pagi-pagi aku dgr lagu Jalur Gemilang. Biar ada semangat patriotik sikit pepagi hari. Pastu aku dgr lagu Melayu. Biar ada semangat sikit lagu hasil dari negara/org sendiri. Pastu baru aku dgr lagu omputih berselang-seli. Tak le nak dgr lagu omputih je sepanjang masa.

Sape2 yg dgr lagu K-Pop pepagi buta sebelum start keje, sila jgn kwn dgn aku sbb perbuatan tu keji okehhh (bab nie aku gurau kasar je, sila jgn ambil hati kawan-kawan)

SM Says:
October 10, 2011 at 11:49 AM

k-pop? kau dah rosakkan pagi aku sebab buat aku teringat sekumpulan remaja lelaki berwajah jambu menari atas stage! ptui (pada mereka)!

Fara Says:
October 10, 2011 at 12:31 PM

Tapi aku kagum betul dgn industri hiburan korea nie. Dia punye tapis bdk2 yg berangan nak jdk artis kumpulan k-Pop nie, aku tatau la tapis smpi bape peringkat. Mmg jambu tak hengat! Aku rs, org Melayu pun tak sejambu diorang. Dah jambu, kurus cekeding lak. Dah mcm bapok2 pun ada. Kasar g muke bapok kat Msia nie aku rs. Adehh.

SM Says:
October 10, 2011 at 12:43 PM

macamana dengan j-pop yang dah mula tenggelam? teringat gandingan takuya kimura dengan tokako tokiwa (eh, yang ni pelakon). aku tak reti nak komen pasal k-pop ni, tak tahan seh tengok muka jembu diorang ni! patut ramai budak2 kita yang histeria...

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:09 PM

eh lagu adele tu pun aku punya jugak tau!

lagu jepun yg aku ingat nyanyian mayumi itsuwa dan lagu kitari je..tak ikuti sangat jepun punya music!

Fara Says:
October 10, 2011 at 2:14 PM

Hah!...aku tak bape suke J-Pop. Tapi aku suke J-Rock! Cool. Heheheheh. Aku sbnrnya sedih, nape Jepun punye product (hal2 entertainment) nie tenggelam? Walhal, kualiti die tersangat jauh terbaik dr Korea tu. Dulu ms sekolah, aku sgp je ngadap tgk cite siri Jepun. Siap layan DVD lagi. Jantan2 die taklah sejambu Korea. At least, ade la gak kejantanannya.


LW - Kak, np tak suke muzik Jepun? Akak ptt dgr theme song utk kartun Atashinchi tu. Mmg cool. Tak pun, ending song utk Shin Chan ms early season. Mmg best!

SM Says:
October 10, 2011 at 2:15 PM

LW: lagu tema untuk drama `teruterubozu' dan `with love'. tu pun pandu aku setengah gila.

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:38 PM

MF, bukan x suka...kalau tengok i akan jadi addict, nanti sakit hati je sebab x dapat tengok..jadual keje hectic gila, selalu balik rumah citer jepun/korea da abes..kan ke sakit hati...

SM: lagu doraemon pun best kalau follow..

SM Says:
October 10, 2011 at 2:46 PM

MF: ya, jepun aku anggap sebagai peneraju dalam industri hiburan sebelah timur sini.

LW: sayangnya aku tak tau bahasa jepun, kecuali baghero...

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 6:14 PM

SM, gambatte!

SM Says:
October 10, 2011 at 7:48 PM

tak faham. "jumjumatun" faham la!

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 10:52 PM

SM, gambatte kudasai! Good luck!

SM Says:
October 11, 2011 at 7:37 AM

hait!