Renigunta

| Saturday, October 08, 2011 | |

Aku ada banyak nak cerita, tapi nanti dulu la aku gebangkan. Tengah sibuk, tak kuasa aku nak taip panjang-panjang. Cuma bila teringat awek cun dan comel Sanusha dalam Renigunta, sekali lagi aku terpaksa akur dan mengakui bahawa aku lebih mengagumi hasil kerja pembikin filem di sana. Dan betapa mereka itu sangat kreatif dalam berkarya. Sepanjang filem Renigunta ini berputar, mata aku sentiasa sahaja dijamu dengan debu-debu jalanan yang berterbangan atau pun sekumpulan lelaki pelarian yang serba selekeh sehingga akhirnya aku terlupa filem ini langsung tidak mempunyai visual yang memaparkan betapa hebatnya senibina rumah agam di sana atau betapa canggihnya model-model kereta mewah, di mana elemen-elemen inilah sudah dikira wajib dalam semua filem Skop Production. Sekian!

12 comments:

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 2:49 AM

ok! ok aku masukkan cerita ini dalam senarai 'must see' bila aku bercuti di bilik kecil sambil ada vampire cantik yg akan datang hisap darah aku later...

SM Says:
October 8, 2011 at 9:57 AM

cerita ni biasa2 je pada aku. tapi aku lebih santai dan mampu duduk di sofa sepanjang menonton tanpa peduli nak mencari air kat dapur. pelik kan, kenapa pelakon (utama) filem ni semua berwajah selekah dan baju comot tapi aku tetap nak tonton jugak sampai abis. argh.... aku sudah ketagih filem tamil agaknya...

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 1:20 PM

aku tahu kau sejak dulu ketagih filem tamil...tapi kalau filem tamil bagus, apa salahnya kau ketagih..lebih baik daripada ketagih filem hampas yg x mendatangkan sebarang mesej...

SM Says:
October 8, 2011 at 8:05 PM

tapi sekarang aku sedang kempunan sebuah filem dari seberang, sambil menuntut janji. hahahaa..! meleleh air liur aku.

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 8:13 PM

Sabar ya, kempunan kau tu akan dapat dizahirkan barang sehari dua lagi, aku tengah pindahkan ke hard disc aku, then akan dipindahkan lagi ke dalam cd...then ko boleh dtg ambik atau hantar runner datang jumpa aku...

SM Says:
October 9, 2011 at 10:28 AM

cetak rompak?

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 2:27 PM

X lah...copycat manja2 je...

SM Says:
October 9, 2011 at 2:52 PM

adakah dengan izin? aku enggan subahat.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 3:16 PM

ya izin sepenuhnya daripada 'someone'..

SM Says:
October 9, 2011 at 3:28 PM

ok, boleh je tapi tak elok amal selalu.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 4:29 PM

Ini special case, citer ni x dak jual kat sini..tu pasal crook sikit...

SM Says:
October 9, 2011 at 4:37 PM

betul jugak tu. kes ini diberikan pengecualian.