Remember The Libas

| Monday, October 10, 2011 | |

Aku suka filem ni bukan sebab aku peminat sukan american football yang palyer dia macam pondan pakai seluar ketat berlari-lari manja kat tengah padang tu, atau pun bukan sebab aku peminat Denzel Washington walaupun aku ada jugak buat koleksi vcd filem-filem dia, tapi sebab aku suka tengok (tonton) filem yang berlatar belakangkan sukan. Tak kira la sukan apa pun, sama ada sukan baseball (dulu selalu main bola rounders) macam filem League Of Their Own (Gina Davis) yang keunikannya menceritakan kisah liga baseball untuk wanita ketika perang dunia kedua tu, atau cerita pasal Aamir Khan melaga lembu dalam Lagaan, semua aku sebat.

Sementelah pulak, penghasilan filem yang bercorak sukan kat Malaysia ni dah macam bini nombor empat, jarang-jarang... Jadi, terpaksalah aku meletakkan Remember The Titans ni di atas podium dalam senarai filem bercorak sukan terbaik sepanjang hayat aku. Filem ni bukan cuma berkisarkan sekumpulan anak muda dari dua kaum yang telah disatukan dalam satu pasukan `football' ketika zaman kekalutan kaum sedikit masa dulu, tapi juga mengajar aku bahawa, walau pun kulit kita semua berlainan warna dan juga folikel yang menghasilkan bentuk rambut yang berbeza sehingga ada antara kita yang berambut lurus dan blonde atau kerinting macam bulu ketiak, tapi semangat untuk mencapai kemenangan tu terletak dalam diri masing-masing. Selain daripada sekuat mana kita boleh bekerja dalam satu pasukan walau pun berbeza keturunan dan fahaman.

Semenjak dah tua bangka ni, aktiviti menonton wayang aku dah semakin merosot prestasinya, jadi aku terpaksa selongkar balik koleksi vcd aku yang lama-lama dulu untuk aku tengok (tonton) tengah-tengah malam kalau semua episod Swamp People dah habis aku hafal.

****************************************


Celaka! Apasal dari dulu lagi pembikin filem kita tak nak buat filem macam ni? Tak kisah lah kalau jalan cerita hancur, segala macam mak nenek punya aspek teknikal berserabut sekali pun, aku takde hal punya. Tetap akan sokong (dalam hati je) jugak walau pun tak teringin nak keluar duit beli tiket. Bagi aku, biarlah sinema lokal ni bervariasi sikit. Balik-balik cerita hantu kejar orang, samseng tunjal kepala orang, tak pun stok-stok cerita couple frust menonggeng macam orang kena penyakit buasir! Nasib baik scene cium mulut diorang buat belakang kamera je. Ptui...!

Ok, kesimpulan pendeknya, aku berikan sedikit penghargaan pada penerbit filem ni sebab berani berlari talam tempo yang songsang walau pun aku tak terasa nak tengok (tonton) filem ni kat panggung. Maaf...

****************************************

Dulu aku pernah terbayang nak menghasilkan filem yang menjadikan sukan sebagai subjek utama. Dalam filem tu, aku sebagai seorang yang gila kuasa akan bertindak sebagai produser, tuan direktor, pelakon utama (lepas buat plastic surgery), penulis skrip, screen writer dan jugak budak milo. Jalan ceritanya lebih kurang macam ni...

Aku adalah seorang panjaga gol kedua daripada pasukan liga simpanan sebuah kelab yang bermain dalam Divisyen Dua telah pun dipanggil untuk menyarung jersi kesebelasan utama dalam baki beberapa perlawanan. Perlawanan itu adalah perlawanan yang penting di mana pasukan aku tak boleh tewas supaya dapat menjamin tempat ke Divisyen Satu kerana sehingga itu, pasukan aku cuma ketinggalan empat mata berbanding pendahulu liga dengan kedudukan semasa di tempat ke-4. Mengikut peraturan badan bolasepak utama, hanya tiga pasukan teratas yang layak menyertai Divisyen Satu pada musim hadapannya.

Kehadiran aku ke dalam sebelasan utama adalah kerana kebanyakan pemain untuk pasukan utama termasuk kedua-dua penjaga gol sedang menjalani hukuman penggantungan atas kesalahan rasuah. Di sinilah bermulanya pergelutan aku untuk menyaingi reputasi yang ditinggalkan penjaga gol asal dan pada masa yang sama aku terpaksa menghadapi cabaran dipulaukan rakan sepasukan kerana mereka menganggap aku hanya pemain pasukan liga simpanan dan tak layak menyertai mereka. Ada macam filem The Replacements (Keanu Reeves) je. Tapi sumpah, aku dah lama terfikir cerita macam ni...

Untuk tambah merumitkan keadaan, diagnos yang telah dilakukan doktor sebelumnya mengesahkan aku menghidap sejenis penyakit saraf yang berpunca daripada keturunan (ada ke?), sekaligus tidak memungkinkan aku meneruskan kerjaya dalam bolasepak lagi. Tapi, demi membuktikan kemampuan aku pada pasukan dan memenuhi janji kepada arwah tunang aku yang mati akibat kanser darah beberapa tahun sebelumnya, aku nekad bermain sehingga ke perlawanan terakhir liga walau pun tindakan itu mampu merisikokan nyawa aku.

Klimaks kepada filem ini adalah ketika pasukan aku terikat seri tanpa jaringan dengan pasukan di tempat kedua liga, aku terpaksa menjadi benteng terakhir dalam minit-minit terakhir apabila pasukan aku bermain dengan 8 orang pemain sahaja. Waktu semakin kritikal, dalam kesengsaraan menanggung kesakitan, aku mesti bertahan sehingga wisel dibunyikan. Kesudahannya, aku tak tak sempat habiskan lagi sebab sibuk fikir benda lain... Oh ye, harap-harap Johor FC dapat menang Piala Malaysia tahun depan sebab adik kepada sepupu classmate aku dulu main kat situ. Hahahaa...!

25 comments:

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 8:09 AM

adik kepada sepupu classmate..eh ko ada apa-apa ke dengan adik sepupu classmate tu...muahahahah!

SM Says:
October 10, 2011 at 11:31 AM

...masuk baris!

Fara Says:
October 10, 2011 at 11:41 AM

Dpt menang ke? Dpt ke?

Weh, mana Beautiful Boxer? Ko tak mention pun? Kate suke tgk movie berkaitan sukan? Thai boxing pun sukan gak!

SM Says:
October 10, 2011 at 11:47 AM

MF: kalau aku nak masukkan semua, tak larat pulak aku nak taip. dalam masa suku saat, tak mungkin aku dapat ingat semua filem bergenre sukan ni. aduyai... Bujang Selamat nak? silat tu pun sukan jugak.

Fara Says:
October 10, 2011 at 12:28 PM

Hahahahahahahah!

SM Says:
October 10, 2011 at 12:44 PM

dua kali kanan, dua kali kiri... skil tebas semak boleh diaplikasikan dalam silat. macam team thailand yang suntikkan skil tomoi dalam takraw.

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:06 PM

beautiful boxer ek...best citer tu kan..

Fara Says:
October 10, 2011 at 2:09 PM

LW - Cite tu mmg best kak. Kat situ je kite boleh tgk semangat org Siam mcm ne. Klu kalah, die punye azam mcm ne. Klu menang, die unye azam nak kekal mcm ne. Bukan mcm Msia, menang sekali...terus enak dibuai mimpi. Sedarlah! Sedarrrrrrrrrrr!

SM - Skil tepuk carpet pakai raket badminton pun ley di apply dlm badminton ngan tenis. Cuba ko try!

SM Says:
October 10, 2011 at 2:14 PM

MF: banyak rupanya... aksi si `cantik' dalam beautiful boxer dalam ritual awal tomoi sapu mekap tu pun nak kira jugak ke?

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:25 PM

MF: kan..puas hati tengok citer cenggitu...ingat tak citer Sutun? Ala budak lelaki yg nak jadi pompuan tu...finally dia berjaya juga dalam hidup...sadis citer tu tapi baik untuk pengajaran...

SM Says:
October 10, 2011 at 2:48 PM

sutun? tapi pengajaran kat situ tak berapa nampak. seolah-oleh membenarkan perilaku menyamai jantina yang berlainan.

Fara Says:
October 10, 2011 at 3:31 PM

LW - Sutun tu best tp ade pengajaran ke kak?

SM Says:
October 10, 2011 at 3:41 PM

LW & MF: aku dah tengok (tonton) Sutun dan Sutun II, aku lebih banyak nampak negatif daripada positifnya. ha, nak aku gali ke?

Fara Says:
October 10, 2011 at 4:27 PM

Sm - Tak yah le. Aku suke Sutun sbb aku teringat zaman2 study dulu. Hiks~

Dr ko gali Sutun, baik ko gali....ehem, ah..tekak aku perit lak. Tak dpt nak teruskan kata-kata.

SM Says:
October 10, 2011 at 5:06 PM

MF: maknanya kau menyokong dan menggalakkan lelaki yang berperwatakan atau buat-buat lembut?

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 6:12 PM

MF & SM, pengajaran part dia belajar dan jadi berjaya je lah, part dia terus jadi pompuan tu out...jangan ikut!

SM Says:
October 10, 2011 at 7:48 PM

LW: tapi masalahnya pengajaran yang kau sebut (taip) tu tak berapa nak melekat sangat. lagipun drama tu menjadikan budak lelaki lembut sebagai subjek utama. jadi fokus penonton lebih kepada perubahan perwatakan budak ni, yang mana tak kesampaian pun walaupun sehingga ending SutunII. aku tak rasa ada penonton (remaja/kanak-kanak terutamanya) akan berkata, "oh, elok aku belajar rajin2" sebaik habis menonton drama ni. sebaliknya ramai yang beranggapan bahawa fenomena songsang ni akan diterima dengan baik kelak.

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 10:48 PM

Betullah tu, x berkesan sangat...

SM Says:
October 11, 2011 at 7:37 AM

jadi, apa yang kita cari dalam drama macam ni?

Lady Windsor Says:
October 11, 2011 at 8:27 AM

ada elemen lain...boleh tengok dari aspek penghayatan, kontinuiti etc..aku kena buka kitab filem dulu beb..setiap filem atau cereka akan ada pro and con nya sendiri..

SM Says:
October 11, 2011 at 10:10 AM

itu kalau penonton yang sedikit sebanyak ilmu filem macam kau. macamana dengan kak kiah dengan anak dia rosley (a.k.a. rose) kat rumah tu?

Lady Windsor Says:
October 11, 2011 at 11:00 AM

kalau kak kiah dengan rose aka rosley tengok..memang rosak la dua anak beranak tu...so aku isytihar cerekarama tu x de bintang langsung!

SM Says:
October 11, 2011 at 11:15 AM

LW: oit, takkan takde `binatang' langsung kot... drama ini aku kategorikan sebagai niat baik yang tak kena cara.

Lady Windsor Says:
October 11, 2011 at 11:44 AM

bolehlah...separa binatang! zalim tak?

SM Says:
October 11, 2011 at 12:20 PM

kalau dari segi teknikal dan garapan cerita mungkin boleh bagi kredit sikit kot. tapi untuk cari pengajaran, zero! (pada aku la)